Kisah yang cukup menyentuh hati. Itulah yang boleh diungkapkan pada kisah yang dikongsikan oleh lelaki ini.
Demi anak, pasangan suami isteri OKU Pendengaran sanggup bersusah payah demi membawa anak mereka ke hospital untuk pemeriksaan.
Ikuti kisah pasangan ini yang dimuat naik oleh lelaki bernama Zairul Eizam di Facebook nya.
Dua kali saya menangis dengan asbab yang berlaku. Luluh hati.
Sekitar waktu maghrib semalam, tengah laju bawa motor dekat Highway Guthrie, perasan ada satu motor ni menunggang macam tak stabil. Dalam hati apa ke halnya ni. Bahaya betul.
Sepintas lalu, saya toleh ke sebelah kiri. Sepasang suami isteri dengan seorang kanak-kanak di depan penunggang dan ada sepasang kaki terjulur di antara pembonceng belakang.
“Allahu, ada baby”.
Saya terus berhenti tepi dan menyonsang ke belakang, pergi ke arah motor tadi. Dalam hati, Ya Allah, nasib tak jadi apa-apa. Kalau sebab tak stabil, boleh jatuh motor tu.
“Bang, kenapa ni”. Tanya saya.
Ads
Terpinga-pinga nak jawab soalan. Lantas si isteri tadi, bagi bahasa isyarat yang mereka tak boleh bercakap.
Tersepak di lamunan. Pasangan suami isteri ini OKU Pendengaran. Mereka hanya mampu berbahasa isyarat. Saya ke arah tayar belakang. Rupanya angin tayar kurang.
Terus dapat idea, saya keluarkan handphone dan taip apa yang berlaku. Kemudian saya tanya rumah di mana. Si isteri yang sedang kendong baby, cuba membalas soalan saya.
“Bukit Subang”.
Kebetulan ada pakcik turut sama bantu dan bagi cadangan supaya tukar motor. Saya bawa motor mereka dan mereka sekeluarga naik motor saya. Terus setuju, sekurang kurangnya, mereka selamat sampai ke rumah. Pak cik tu sempat hulur not 10 pada si suami.
Ads
Saya tonjol dari belakang sampailah ke Caltex Denai Alam untuk bantu isi angin tayar. Sempat juga saya tanyakan pada si isteri kerja di mana.
Yelah saya beranggapan, mungkin mereka bekerja dan hantar ke rumah pengasuh yang berdekatan dengan tempat kerja. Tapi sangkaan saya meleset. Jawab si isteri,
“Tak kerja. Kami dari Hospital Ampang. Check up baby. Ada masalah hearing”.
Terus saya menangis. Berkata dalam hati. Apa Tuhan nak tunjuk pada aku ni. Saya terus taip di Whatsapp, nyatakan bagi saya bawa motor si suami ni, sampai ke rumah. Mereka bersetuju.
Sampai di premis perumahan flat kos rendah berdepan Surau Al Mahdi, Taman Bukit Subang, Shah Alam. Saya parkir dan serahkan kunci motor mereka. Saya nekad nak bantu mereka. Saya nyatakan yang saya nak tulis cerita di Facebook untuk bantu mereka. Dengan izin Allah, bantuan sampai.
Ads
Bila mana saya nyatakan begitu, si isteri dan suami tadi mengalirkan air mata. Mungkin merasakan sesuatu yang tidak disangka-sangka. Mereka juga maklum, anak sulung, sempurna tapi ini speech delay. Tak semena-mena saya sekali lagi menyeka air mata melihat si ibu mengendong Nur Jannah dan si ayah memimpin Muhammad Ziyad Wafi.
Kawan-kawan, jika datangnya peluang untuk kita bantu, kita cepat-cepat hulurkan bantuan. Yakinlah. Dengan kudrat yang kita ada, waimah dengan berkongsi entri ini atau berkongsi wang ringgit yang ada ianya akan memudahkan urusan dan tugasan keluarga ini.
Bagi kalian yang ingin membantu, saya sertakan nombor akaun dan nombor telefon si ayah.
12234020181048 – Bank Islam
0129414966 – En. Zubair Muhammad
Facebook – Zubair Muhammad
Selain tu, saya lampirkan foto dan video untuk tontonan kalian semua. Terima kasih. Moga Tuhan permudahkan segala urusan dan tugasan kita semua.
Kami bertukar motor. Mereka bawa motor saya dan saya bawa motor mereka. Dengan harapan, mereka selamat sampai ke rumah di Bukit Subang.
Posted by Zairul Eizam on Wednesday, 15 January 2020
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap kali memandang rimbunan pokoknya yang lebat berbunga dengan warna yang cukup menarik membuatkan hati cukup teruja dan tak jemu mata memandang.
Warna kuning cair, merah jambu, ungu, merah manggis dan putih serta beberapa jenis pokok bunga kertas lain sentiasa buat kita rasa segar mata memandang. Cantik kan! Bunga kertas atau sering juga disebut bunga bougenville sebenarnya dapat tumbuh subur di mana saja.
Jika anda sendiri teringin memiliki rimbunan bunga kertas yang lebat dan cantik, kena tahu bagaimana caranya.
Ini ada 8 tip yang patut anda tahu jika mahu pastikan bunga kertas kita subur dan mengeluarkan bunga yang banyak.
Pokok bunga kertas akan tumbuh lebih subur jika ditanam di atas tanah berbanding di dalam pasu. Ini kerana keupayaan akar mencari nutrien untuk pertumbuhan pokok lebih baik.
Sebolehnya pindahkan pada kawasan tanah jenis sedikit berpasir. Jenis tanah ini mempunyai pori-pori kecil yang berfungsi untuk melancarkan aliran udara. Selain itu, pasir juga mampu menstabilkan kelembapan.
Tapi harus diingat, pokok bunga kertas tidak gemarkan tanah yang terlalu lembap dan air bertakung. Jika jaga dua perkara ini, pokok bunga kertas kita lebih panjang jangka hayatnya disertakan dengan bunga yang lebat.
Untuk hasil yang terbaik dedahkan ia sentiasa pada sinaran matahari terik secara langsung sepanjang hari.
Jangan letakkan baja organik kerana ia akan menarik perhatian semut membina sarang, sebaliknya gunakan baja kimia.
Jangan lupa untuk melakukan pemangkasan untuk percambahan lebih lebat, cepat dan kekal segar. Bunga pun banyak.
Siram dua hari sekali. Sebelum menyiramnya, pastikan permukaan tanah, baik di atas tanah atau di dalam pasu itu kering. Kalau musim hujan, tak payahlah disiram lagi.
Akhir sekali, cantas ranting-ranting sepanjang kira-kira 50 cm ke 60 cm dari batang pokok. Ini akan menggalakkan pertumbuhan ranting baru yang juga akan menghasilkan bunga yang lebat.
Itulah kata-kata kata penyanyi dan juga anak kepada usahawan, Datuk Seri Vida atau Vida, iaitu Cik B, menggambarkan kepayahan dan ketabahan ibunya selama ini.
Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen berkata, sudah lama dia memendam perasaan sebenar terhadap ibunya dan kini hanya dapat luahkan menerusi lagu terbarunya berjudul Doakan.
“Lagu ini luahan hati yang tidak dapat saya cakap sendiri kepada ibu. Betapa saya ingin sekali beritahu kepadanya tetapi saya sejenis yang suka meluah. Saya pendam saja selama ini.
“Mengimbas kepayahan ibu, banyak hal saya nak cakap pada dia. Apatah lagi melihat sendiri betapa ibu bersusah-payah membesarkan kami, urus perniagaan dan lain-lain. Saya nampak semua itu,” katanya.
Memetik laporan Harian Metri, Cik B berkata, dia memang kurang mendapat perhatian seorang ibu kerana Vida sibuk memajukan perniagaannya.
“Sejak kecil, saya kurang merasa kasih seorang ibu kerana mama jarang ada di rumah dan sibuk setiap masa. Sehinggakan saya rasa kalau dua hari bersama mama sangat bermakna.
“Mama adalah insan yang terhebat Allah kurniakan kepada saya. Mama tak pernah jentik atau pukul saya. Dialah mama, ayah, kawan dan kakak dalam hidup saya,” katanya.
Bagaimanapun, Cik B faham pengorbanan Vida itu adalah demi kebaikan keluarga pada masa hadapan juga.
Dalam pada itu, Cik B berkata, lagu terbabit juga bukan bertujuan provokasi kepada pihak tertentu. Sebaliknya ia boleh dikaitkan dengan kisah orang ramai secara umum.
“Lagu ni tak ada tuju kepada sesiapa pun. Tetapi siapa yang makan cili dia lah terasa pedasnya. Lagu ini memang kena kepada sesiapa yang pernah melalui kisah hidup yang sama macam saya.
“Di YouTube, ramai yang komen tersentuh dengan lagu Doakan ini. Ada yang kata mereka melalui kisah yang sama seperti saya,” katanya.
Sumber : Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kita tak akan tahu apa yang kita buat selama ini dalam membina keluarga yang bahagia benar-benar berhasil atau sebaliknya. Ini selagi kita sendiri tidak melihat apakah ciri atau tanda-tanda yang menunjukkan sebuah keluarga itu bahagia dan dapat menjalani kehidupan yang tenang walau hidup ini penuh dengan ujian.
Memberi makna kehidupan ini, semuanya bermula dari sebuah keluarga. Di sinilah seseorang akan mendapatkan kebahagiaan, kasih sayang, ketenangan dan kedamaian hidup.
Tidak dinafikan juga, semakin teguh pegangan agama dan juga moral dalam institusi kekeluargaan, semakin besarlah kegembiraan dan kebahagiaan yang akan dirasakan oleh anggota keluarga tersebut.
Dan menurut Dr Taufiq Razif untuk menilai keluarga kita dapat merasai kehidupan yang makin tenang dan bahagia, ada 10 tanda yang boleh dilihat. Nak tahu detail ini perkongsiannya.
10 tanda keluarga kita makin tenang dan bahagia
1. Aktiviti rumah semakin dipenuhi dengan bacaan Al Quran dan ceramah agama
Gambar hiasan
2. Solat jemaah bersama keluarga menjadi keutamaan walaupun kepenatan bekerja
3. Mood di awal pagi tetap terjaga walaupun pelbagai tekanan dan ujian melanda
4. Rumah dipenuhi kata-kata baik dan pujian sesama ahli keluarga
Gambar hiasan
5. Nada percakapan yang dituturkan menenangkan hati ahli keluarga yang mendengarnya
6. Sebarang kritikan sesama ahli keluarga disampaikan dengan penuh hikmah dan pertimbangan jiwa
7. Tangisan dan jeritan anak anak disambut dengan kawalan emosi yang baik daripada mereka yang lebih tua
8. Setiap ahli keluarga sedaya upaya menunaikan tanggungjawab masing masing tanpa merendahkan orang di sekelilingnya
9. Terpancar raut wajah ketenangan dan kebahagiaan di wajah setiap ahli keluarga tanpa mengira usia
10. Sedekah dan membantu orang terdekat menjadi agenda utama dalam keluarga
” Ya Allah. Jadikanlah kami semua yang membaca nukilan ini menjadi keluarga yang tenang dan bahagia di dunia dan akhirat selama lamanya ”