Khasiat kurma cina juga sering disebut-disebut bagus untuk kesihatan tubuh badan dan dapat membantu memberi lebih tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan untuk kekal aktif dan sihat.
Namun begitu tidak semua antara kita biasa mengamalkan pengambilan kurma cina ini berbanding rempah atau herba seperti halba, cengkih dan sebagainya sedangkan khasiatnya cukup luar biasa.
Antara khasiat yang terkandung di dalam kurma cina menurut kajian yang dikongsikan di klikdokter adalah seperti berikut :-
Meningkatkan imuniti tubuh
Melawan pertumbuhan sel kanser
Melancarkan dan memelihara saluran pencernaan
Menibgkatkan kualiti tidur dan mencegah insomnia
Memelihara fungsi otak
Mencegah penyakit jantung dan pembuluh darah
Mencegah penyalit berkaitan hati
Meningkatkan kesihatan kulit
Mengetahui betapa banyaknya kebaikkan kurma cina ini untuk kesihatan, apa kata anda amalkan untuk minum air rebusan kurma cina ini seperti mana yang diamalkan oleh Fairuz Azmi.
Menurut perkongsiannya, air rebusan ini bagus untuk membuang angin dalam badan dan sekali gus dapat menjadikan tubuh badan lebih bertenaga dan tidak mudah letih.
Bagi anda yang ingin mencuba di sini di kongsikan cara untuk menyediakan air rebusan tersebut, selamat mencuba.
Resipi Air Rebusan Kurma Cina Untuk Lebih Bertenaga
Bahan-bahan:
Air 4 mug
Kurma cina segenggam
Halba 1 sudu besar
Halia ketuk 2 inci
Gula batu Secukup rasa
Cara Buat :
Ads
Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
Masak sampai mendidih.
Kemudian tuang dalam cawan dan minum panas-panas.
Ekstra info : Air rebusan ini boleh guna untuk 3-4 kali minum. Contoh : Malam ini saya rebus dalam periuk, tuang dalam cawan untuk minum. Kemudian saya tutup periuk tu elok-elok. Esok malam saya akan panaskan sahaja. Ulang sampai 3-4 hari. Lepas tu baru tukar bahan yang baru.
Aktres dan ahli perniagaan kelahiran Palembang, Indonesia berusia 26 tahun ini sebenarnya pernah mempersoalkan apakah hidupnya hanya sekadar bergelar isteri dan ibu semata mata sebelum ini. Apa lagi beliau hadir dalam keluarga sekali gus bergelar menantu kepada usahawan terkenal Datuk K atau Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
Kasih bertaut antara Tya dan Asyraf akhirnya menyatukan mereka pada November 2015. Pasangan ini juga dikurniakan sepasang cahaya mata comel, Arif Jiwa, 3, dan Azzahra Jiwa, setahun lebih sekaligus menjadi pelengkap kebahagiaan.
“Jujur pada awal fasa perkahwinan, saya pernah bertanya kepada suami, hidup saya saat itu untuk apa? Saya pernah seperti rasa hilang punca. Takkan saya hanya mahu menjadi isteri yang hanya menunggu kepulangan suami di rumah. Sedangkan saya sangat aktif ketika hidup solo. Saya tidak betah duduk diam.
“Bagaimanapun perasaan itu bukan bermaksud menyesali setiap keputusan yang dibuat. Cuma saya sentiasa percaya hidup ini perlu diteroka dan bukan hanya duduk berpeluk tubuh. Pasti ada sesuatu yang boleh dimanfaatkan.
“Berkahwin dengan Asyraf juga memerlukan saya banyak berkorban. Saya tinggalkan kerjaya seni di Indonesia yang sedang berkembang dan berjauhan dengan keluarga.
“Saya bukanlah datang daripada keluarga yang senang. Jadi sebelum ini pun saya mencari rezeki untuk membantu keluarga. Datang ke Malaysia juga saya perlu membiasakan diri dengan kehidupan di sini. Ia bukan sesuatu yang mudah. Saya juga ketika itu bergelut antara cintakan keluarga serta kerjaya seni dan masa depan bersama suami.
Ternyata pengorbanan dan keputusan Tya atau nama sebenarnya, Nurtria Wulandri membuka 1001 hikmah tersendiri saat melahirkan anak lelaki sulungnya.
“Kehadiran Arif boleh saya anggap satu hadiah dan isyarat yang cukup berharga. Posisi ibu mulai mengubah dimensi hidup saya. Menceburi dunia perniagaan Mutyara pada April 2018 juga mula membuka skop hidup saya jadi lebih luas.
“Ilham cetusan perniagaan jus kesihatan yang diwarisi dari keluarganya secara turun temurun membuka satu langkah bermakna.
“Saya kian nampak ada hala tuju dalam hidup. Menjadi isteri dan ibu kepada dua anak juga tidak membataskan saya mencari titik kesempurnaan dalam hidup. Saya jadi lebih optimis dan bersemangat dalam hidup ini apabila perniagaan yang diusahakan juga dapat membantu mengubah nasib orang lain,” katanya.
Hampir tiga tahun menjalankan perniagaan bersama suami hingga memiliki wisma sendiri yang tersergam megah di Puchong menerusi perniagaan jenama Mutyara akhirnya membongkar sebuah kisah yang tidak pernah dikongsi aktres Tya Arifin selama ini.
“Kalau ikut semangat membara dalam jiwa, sejak awal lagi saya sudah mahu memiliki wisma sendiri. Begitu juga dengan suami. Namun semua itu bukan mudah. Tak salah bercita cita tinggi, namun ada kalanya kita kena berpijak pada bumi nyata.
“Saya sendiri bergelut memulakan perniagaan bersama suami. Maklumlah buat sendiri itu ini. Ada kalanya percaturan kita menjadi dan begitulah sebaliknya.
“Saya percaya ia adalah proses. Berguru dengan pakar pemasaran serta mentor usahawan, Dr Azizan Osman menyuntik keyakinan saya dan suami hari demi hari.
“Alhamdulillah apa dilakukan itu penuh berkat. Saya buat apa saja, Allah permudahkannya sampai jadi. Jadi dalam tempoh dua tahun lebih untuk memiliki wisma sendiri saya masih anggap satu kejayaan dan pencapaian peribadi,” katanya
Pengalaman lalu itu benar benar mematangkan dirinya. Dengan kepayahan itu sendiri mengajar wanita yang anggun ini akan sebuah erti kehidupan.
“Alhamdulillah pada hujung Julai lalu, wisma sendiri yang didambakan jadi kenyataan. Saya awalnya seperti bermimpi. Tidak pernah menyangka semua ini menjadi realiti.
“Pada akhirnya soal lambat atau cepat sudah tidak saya fikirkan dalam merealisasikan kewujudan wisma sendiri. Saya percaya ia sudah tersusun cantik dengan izin-Nya. Ia datang pada waktu yang tepat sudah buat saya optimis memastikan kelangsungan perniagaan diusahakan,” katanya.
Lebih utama Tya menekankan setiap kerja dilakukan bersama suami tercinta dizahirkan dengan penuh kejujuran.
“Jujur jadi kunci segala serbi langkah dimulakan. Niat saya dan suami memulakan empayar perniagaan sendiri selain mahu mengubah kehidupan sendiri juga bertunjangkan paksi membantu mereka yang berdepan masalah kesihatan.
“Tak ketinggalan mengajak orang lain menjana pendapatan bersama sama. Begitu juga menjaga kebajikan staf tersayang.
“Kita imbangi hal dunia dan syurgawi dalam masa sama. Kita tak pernah sempurna, namun sentiasa mahu berubah jadi lebih baik daripada sebelumnya. Kita nak keberkatan dunia dan akhirat. InsyaAllah.
“Saya datang daripada keluarga yang selesa dan tidak terlalu mewah. Saya sendiri dengan niat mahu membantu keluarga di Indonesia. Selain itu, saya dan suami mahu membalas jasa baik ibu bapa mendidik diri ini menjadi manusia berguna.
“Saya pernah melihat perniagaan diceburi suami sebelum ini ada antaranya turut kecundang di tengah jalan. Suami pernah gagal dan kami pernah sama sama susah. Kejayaan itu tidak datang bergolek. Tewas itu juga jadi ruang saya bermuhasabah diri.
“Mak saya selalu pesan sentiasa ikut resmi padi. Semakin berisi, semakin menunduk. Namun untuk saya mahu memastikan legasi ini kebal dan konsisten sudah cukup baik. Semoga kemanisan ini akan terus berpanjangan. Saya beruntung kerana banyak belajar erti hidup dan sepak terajang dunia perniagaan dengan suami. Dia kekuatan saya,” katanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nak cuba tanam pokok lemon? Ada banyak cara sama ada keratan batang dan daun, ia juga boleh menggunakan biji benih. Beli buah lemom dan ambil biji benihnya.
Jom cuba cara Liyana Mohd Poad yang berkongsikan idea menerusi page Berkebun Untuk Beginner.
Assalamualaikum.Hari ini di pagi Jumaat yg barokah, saya nak ajar ahli ahli group cara utk tanam pokok lemon melalui biji benih.
Ikut semua step yang mudah di bawah.
Cara tanam:
Potong 2 lemon.Korek ambil bijinya yg bersaiz besar.
Rendam semalaman di dlm satu bekas slps disunatkan. Air hanya perlu paras lemon shj. Tak perlu byk.
Ini bentuk biji lemon slps disunatkn dan direndam semalaman.Senang aje nk sunatkn. Hanya potong sedikit kulit dan sedikit biji secara menyerong. Guna pisau lipat lbih mudah.
Tebuk begini mangkuk polisterine spy mudah disemai.
Begini jadinya.
Sediakan tanah hitam, sekam padi mentah dan sedikit cococopeat halus hingga penuh bekas. Siram bg lembap.Tanam biji lemon anggaran 0.5cm.Letak di tempat cahaya 8pg-12 tegari cukup.Saya letak atas batu dskat dgn pagar.
Setelah 3 minggu.Bagi full cahaya.
Setelah sebulan setengah.
Hampir dua bulan.
Byk daun daun baru yg keluar slps ditabur dgn Epsom salt bulan lepas.
Buang semua daun daun yang tua supaya nutrien sampai ke atas.
Setiap kali memuat naik video atau gambar di laman instagram mereka, pasti akan mendapat respond darii netizen. Terbaru, Ozlynn memuat naik satu video anak sulungnya, Ariq yang sedang mengaji. Menurut Ozlynn, anaknya itu pada awalnya mahu menunaikan solat subuh di masjid namun membatalkan hasratnya sebaliknya hanya solat dan mengaji di rumah.
.
Dia ketuk bilik nak subuh kat masjid.. kita ckp mama boleh anta.. dia ckp xpe la cuba call pakcik dia (adik aku) so aku pun teruskanlah urusan aku dlm bilik.. 6.20am mcm terfikir.. mane anak aku.. jadi ke pergi masjid.. skali dgr sayup2 suara org mengaji.. puas cari.. rupanya dalam bilik game.. dia ckp x dpt pegi masjid.. pakcik dia x jwp fon.. so dia solat n mengaji kat umah jek.. aku ckp nape x bgtau.. aku boleh anta.. dia jawap.. xnk ganggu mama.. ingat mama nak rehat.. pastu moleiq n chantiq tdo kat ruang tamu.. so abg mengaji kt sini.. anak bertuah.
.
moga Allah lindungi kamu abg Ariq.. kamu nih anak yg soleh.. merasa semua kesusahan dgn mama n papa.. moga Allah terangkan hati kamu dgn Al Quran, sihatkan kamu dgn ibadah dan amalan, cerdaskan minda kamu utk atasi ujian, dan ambil kamu di saat kamu sedar dunia bukan lagi keperluan.
.
Terima kasih Allah utk “pinjaman berharga” ini.. Doa aku xkan putus utk dia..
Perkongsian Ozlynn itu mendapat respond rakan selebriti dan juga pengikutnya. Rata-rata mengakui sebak dan terharu dengan luahan hati isteri kesayangan Johan ini.
lisasurihani Sejuk hati baca caption ni babe. I kagum sgt dgn cara u and Johan membesarkan anak. May you and family sentiasa dibawah perlindungan-Nya.