Benar, jodoh dan perpisahan itu adalah ketentuan Ilahi. Tidak salah untuk kita berikhtiar untuk memastikan kebahagiaan yang berkekalan. Sudah tentu perkara yang menakutkan adalah perpisahan akibat pergolakkan dalam rumahtangga. Justeru, selain memberi layanan yang baik kepada suami, titipkan doa buat suami supaya suami setia dan sayang kepada isteri.

Bagi isteri yang khuatir suami mereka tidak berlaku jujur dan tidak setia kepada anda, bolehlah amalkan petua dan amalan doa ini. Insyaallah si suami akan lebih jujur kepada isteri dan setia dengan limpah kasih sayang.

Amalkan Doa Ini, Supaya Suami Kekal Kasih Sayang Pada Isteri

1. Doa agar suami tidak berlaku curang

Ketika suami sedang tidur atau suami sedang beristirehat, pujilah suami anda. Usap dan belailah rambutnya atau wajahnya sambil membaca Surah Yusuf Ayat ke empat. Ambil ayat yang pengakhiran sahaja.

Amalkan Doa Ini, Supaya Suami Kekal Kasih Sayang Pada Isteri

Rumi : inni ro aitu ahada ‘asharo kaukaban wash-shamsa walqomaro ro-aituhum lisajidin

Maksudnya : “Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku”.

Kalau boleh tiup di muka suami, tiup terus. Tapi janganlah sampai exaggerate sehingga suami hairan pula ya.

IKLAN

2. Doa agar suami sentiasa jujur dan tidak berahsia

Sama juga seperti di no 1, anda bolehlah mengusap atau membelai suami anda sambil membacakan Surah Taha ayat ke tiga puluh sembilan (39). Tapi ambil ayat yang hujung sahaja.

Amalkan Doa Ini, Supaya Suami Kekal Kasih Sayang Pada Isteri

Rumi : wa alqaitu ‘alaika mahabbatammini walitusna’a a’laa ‘ain

Maksudnya : Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.

Boleh juga cuba tiupkan pada suami atau minuman suami. Juga boleh diamalkan ketika memasak atau menyediakan pakaian kepada suami.

IKLAN

3. Doa agar suami tidak ada niat untuk berkahwin lagi satu

Antara tips lain untuk melembutkan hati suami ialah tawarkan diri untuk mengurut mereka. Siapa tidak suka diurut kan? Kalau anda tawar untuk memberikan masaj di tengkuk, di leher, belakang badan atau lain-lain, pasti suami tidak akan menolak. Pada ketika ini, bacalah Surah Ali Imran ayat ke 31 ini.

Amalkan Doa Ini, Supaya Suami Kekal Kasih Sayang Pada Isteri

Rumi : qul inkuntum tuhibbu nallaha fattabi’u ni yuhbib kumullahu wa yaghfir lakum zunubikum wallahu ghafururrahim

Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

IKLAN

Baca ayat ini sambil mengusap-ngusap tubuh suami. Insyaallah hati suami akan lembut dan bertambah kasih sayangnya kepada anda. Kalau anda tak jampi ayat ini pada suami pun, penulis amat yakin suami anda tak akan cari calon isteri baru kalau setiap hari anda urut badan mereka.

4. Doa agar suami setia

Amalkan doa ini selepas solat fardhu harian. Ayat ini bukan untuk jampi pada suami, tapi untuk diri anda sendiri. Amalkannya setiap hari Insyaallah menemui kejayaan.

Amalkan Doa Ini, Supaya Suami Kekal Kasih Sayang Pada Isteri

Rumi : Ya aiyuhallazi na amanusbiru wa sobiru wa robithu wattaqullaha la’allakum tuflihun

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

Moga perkahwinan kekal bahagia hingga akhir hayat.

Sumber: iluminasi.com

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI