Ibu dan ayah mana yang tidak mahu anak yang bijak dan mahir dalam semua bidang. Namun menentukan anak bijak seperti yang kita mahu bukanlah dengan cara paksaaan.

Menurut Dr Rozanizam Zakaria, Pakar Psikiatri, Penolong Profesor Kuliyah Perubatan di UIAM, memaksa anak untuk menjadi pandai seperti yang diinginkan kita bukanlah langkah bijak. Mak ayah perlu tahu tahap kemampuan anak. Ini yang dikongsikan oleh beliau.


Dalam dunia yang berorientasikan formula “anak pandai = anak hebat” hari ini, ramai ibu bapa yang turut terkesan dengan memberi tekanan luar biasa kepada anak-anak untuk cemerlang dalam pelajaran. Sehingga kadangkala jangkaan terhadap anak-anak mengatasi kemampuan anak-anak itu sendiri. Akibatnya, anak jadi tertekan.

Ambil Tahu Apa Anak Mahu, Mak Ayah Jangan Asyik Memaksa!

Saya kongsikan gambarajah yang saya pinjam dari jurupulih carakerja di hospital saya bekerja untuk kita semua melihat gambaran keseluruhan apa yang sebenarnya diperlukan oleh anak-anak untuk menguasai akademik. Piramid ini menggambarkan proses perkembangan kognitif dan intelektual anak-anak.

IKLAN

Kalau anda perasan, akademik terdapat pada puncak piramid. Secara bahasa mudahnya, keupayaan intelektual/akademik anak-anak hanya sempurna, sekiranya bahagian-bahagian bawah itu terbentuk dengan sempurna (sensoy, motor).

Ambil Tahu Apa Anak Mahu, Mak Ayah Jangan Asyik Memaksa!

Contoh mudah nak faham. Nak belajar Bahasa Melayu Penulisan tahap satu di sekolah memerlukan anak-anak memiliki kemahiran asas- melihat papam hitam dan buku (visual), mendengar ayat cikgu (auditory), memegang pensil dengan betul (proprioception, motor planning, postural security), melihat soalan dan menyalin semula ke buku (eye hand coordination, postural adjustment, auditory language skills), perhatian kepada guru (attention) dan keupayaan mengikuti pembelajaran dikelas (behavior).

Semua ini ada proses yang dilaluinya – samaada secara semula jadi sewaktu bermain atau pendedahan dengan permainan, pembelajaran awal di nurseri dan sebagainya.

IKLAN

Ambil Tahu Apa Anak Mahu, Mak Ayah Jangan Asyik Memaksa!

Ada kalanya anak-anak tidak dapat menguasai proses pembelajaran kerana kemahiran-kemahiran asas ini tidak terbentuk dengan sempurna seperti dalam kes anak-anak yang mengalami ADHD, autisme, sensory motor deficit, masalah saraf dan sebagainya.

Oleh itu ibu bapa perlu faham, anak-anak tidak akan mampu dengan tuntutan akademik dengan sekadar kita meletakkan buku di hadapannya atau menghantarnya ke tuisyen, tanpa kita memahami keperluan anak-anak kita.

Ambil Tahu Apa Anak Mahu, Mak Ayah Jangan Asyik Memaksa!

IKLAN

Sekiranya ada masalah seperti lambat bertutur, kemahiran motor kurang, pergaulan sosial terhad, terlalu aktif dan sukar bagi tumpuan – dapatkan penilaian awal dari doktor dan dapatkan rawatan/terapi berkaitan sekiranya perlu.

Jangan bersikap pentingkan diri sendiri inginkan anak jadi bijak tanpa kita menyediakan keperluan terbaik untuk mereka pada fasa awal.

Contoh klasik hari ini – sejak awal beri anak gajet. Akibatnya anak tidak terdedah dengan permainan-permainan atau aktiviti luar yang meransang sensori-motor. Bila masuk umur persekolahan, sukar kuasai kemahiran belajar, sosial dan sebagainya.

Bila anak tidak boleh belajar, kita mula menuding jari tanpa kita sedari apa yang berlaku adalah akibat kita sendiri.

Belum terlambat untuk kita kembali muhasabah cara kita mendidik anak hari ini. Ambil tahu dan ubah kaedah yang tidak positif demi masa depan anak-anak.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI