Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah tuah Aurel Hermansyah isteri kepada YouTuber terkenal Indonesia Atta Halilintar yang menerima kejutan istimewa sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-24.
YouTuber terkenal itu membuat kejutan di atas kapal mewah dan memberikan tiket percutian ke Itali untuk mereka sekeluarga.
Sebenarnya hadiah tersebut merupakan impian Aurel sebelum berkahwin yang pernah menyatakan hasrat mahu berbulan madu di Almafi, Itali.
Namun impian tersebut ditangguhkan setelah dunia dilanda wabak Covid-19.
“Ulang Tahun Terbaik Hidupku”
Atta berkongsi detik memberikan kejutan kepada isteri tercinta dalam Instagram dengan kapsyen yang turut teruja melihat senyuman gembira Aurel yang merupakan anak kepada penyanyi terkenal Indonesia, Kris Dayanti.
Ok aku cerita rangkaian Surprise Istriku….. ini senyuman pertamanya pada jam 00:00
Dalam posting seterusnya Atta turut berkongsi luahan gembira Aurel yang merasakan kejutan tersebut hadiah ulang tahun terbaik dalam hidupnya.
Ads
Sebagai suami, Atta puas dapat membahagiakan isteri tercinta dengan menghadiahkan impiannya.
“Ini Ulang tahun terbaik di hidupku” -Ma Wife said- 🖤 Happy for u.. Love uu and lettss goo to amalfi! Amalfi Italy show ur magic 😉
“Terima kasih banyak-banyak ya suami tercinta. Papa Ameena ini selalu extra sampai memberikan hadiah yang sangat banyak.
Ads
“Yang lebih mengejutkan adalah percutian ke Almafi, Itali yang juga merupakan impian aku sebelum berkahwin untuk bulan madu ke sana tetapi waktu itu pandemik, jadi terpaksa dibatalkan,” tulis Aurel di Instagram.
Percutian Pertama Ameena
Walaupun bukan lagi percutian bulan madu tetapi lebih menyeronokkan pasangan selebriti terkenal ini dapat membawa buah hati pertama mereka bersama dalam percutian ini.
Ads
Dalam Instagram miliknya, Atta berkongsi reaksi anak kesayangan yang kelihatan teruja dalam penerbangan jarak jauh pertama kalinya itu.
Rancangan realiti teleyisyen diakui bukan sahaja menarik untuk ditonton malah melalui rancangan tersebut juga dapat membuka ruang dan peluang buat sesiapa sahaja menunjukkan dan menyerlahkan bakat, sekali gus menjadi platform terbaik untuk merialisaiskan impian.
Begitulah juga buat gadis dari Indonesia, Putri Ariani, 17 tahun dan siapa sangka meskupun mengalami kecacatan penglihatan (buta) namun mampu menawan dan memukau semua penonton dan khususnya juri dalam America`s Got Talent malah mendapat Golden Buzzer yang jarang diberikan, terutama daripada Simon Cowell.
Ketika memperkenalkan diri kepada para juri, Putri menjelaskan impiannya untuk melanjutkan pengajian di sekolah muzik terkemuka di Amerika Syarikat, Juiliard dan menambah: “Impian saya ingin menjadi seorang diva seperti Whitney Houston dan memenangi anugerah Grammy.”
Putri memulakan persembahannya dengan piano dan menyanyikan lagu ciptaan sendiri yang memukau penonton dan juga para juri, dan seterusnya Simon naik ke pentas dan memintanya mempersembahkan sebuah lagu lagi.
“Saya beritahu Putri, saya suka sangat suaranya, saya mahu dia menyanyikan lagu kedua,” jelas Simon.
“Lagu ini untuk anda,” kata Putri sebelum mendedikasikan lagu Elton John yang turut dipopularkan oleh kumpulan Blue, Sorry Seems to be the Hardest Word kepada Simon.
Persembahan tersebut cukup memukau sehingga membuatkan para penonton memberikan standing ovation selepas selesai menyampaikannya dengan cara tersendiri.
“Saya fikir kita semua merasainya, anda berusia 17 tahun, boleh menulis lagu dan mempunyai suara yang sangat tersendiri. Ia sangat bagus dan ada sesuatu mengenai anda,” kata Simon sebelum menekan Golden Buzzer.
Putri kini merupakan salah seorang peserta akhir dalam AGT musim 18. Dia akan bersaing dengan peserta lain daripada pelbagai latar belakang untuk merebut hadiah bernilai AS$1 juta dan kongtrak persembahan di Las Vegas.
Baca artikel menarik lain di sini:
Ayah Sanggup Berhenti Kerja
Pun begitu disebalik kejayaan anak, ibu ayah sebenarnya memainkan peranan penting dan dalam masa yang turut berkorban bagi merialisasikan impian anak tercinta.
Begitu juga buat Ismawan Kurnianto, bukan kecil pengorbanan yang dilakukan kepada anak kesayangannya itu hingga sanggup berhenti kerja demi memastikan akan sentiasa ada bersama Putri hingga akhirnya berjaya ke pentas America Got Talent. Ini sebagaimana memetik artikel di Tribunnews.com
“Saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana Putri Ariani lebih memerlukan saya ada di sisinya,” ujar Ismawan.
Sebagai orang tua, Ismawan senang saat melihat anaknya membesar menjadi pribadi yang lebih percaya diri.
“Buat saya Putri Ariani sudah menjadi juara, dia sudah menjadi pribadi yang lebih percaya diri, lebih mandiri,” kata Ismawan.
Biasa kita dengar orang memberi alasan jika rumah bersepah sebabnya kerana anak masih kecil dan sebab itu juga tidak berbaloi rasanya untuk dihias.
Namun, sedar atau tidak bila kita sendiri membiasakan anak-anak dengan hidup di dalam rumah yang bersepah secara tidak langsung kita sedang membentuk personaliti anak yang tidak mementingkan kekemasan.
Memahami lagi tentang pentingnya mendidik anak-anak dalam hal dekorasi dan perkaitannya dalam membentuk tingkah laku anak sejak kecil, jom kita baca perkongsian daripada Puan Khairunnisa Hamzah ini.
“Kalau ada anak kecil macam mana nak dekor rumah? Akak hantar sofa dan perabot ke rumah mak dekat kampung sebab risau anak panjat-panjat” luah seorang ibu yang punya anak kecil ramai.
Adakah rumah tidak perlu didekor bila ada anak kecil? Di dalam buku Dekor Dekor Cinta, saya ada berkongsi tentang membentuk Tamadun bermula dari rumah sendiri.
Apabila tidak ada program dan cara hidup, anak akan bertambah liar, sedangkan saat mereka masih kecil ini lah merupakan satu peluang keemasan untuk membentuk peribadi mereka yang baik.
Ada kajian yang dibuat mendapati minda seseorang terekod dengan banyaknya semasa berusia emas, iaitu 0-6 tahun. Cara hidupnya semasa kecil yang akan membentuk peribadi diri mereka apabila dewasa kelak.
Waktu ini, otak sedang laju digunapakai dan merekod. Kerana itu waktu ini dikatakan waktu yang sangat baik untuk membentuk anak kecil yang mudah dibentuk dan diprogram. Buat kata pepatah melayu, “Melentur buluh, biarlah dari rebung”.
Tapi malangnya, kita sering diomokkan dengan kata-kata,
“Membazir saja menghias rumah masa anak kecil”
“Mereka belum tahu apa-apa lagi”
“Biarlah anak kreatif explore dunianya sendiri”
Dan macam-macam lagi.
Saya suka mengajak kepada pemikiran kenapa Sultan Muhammad Al-Fateh sudah bersedia menjadi pemerintah kerajaan pada usia yang muda ?
Bagaimana untuk jadikan anak kita sebagai seorang yang berperibadi baik dan rajin?
Kelakuan ini tidak datang dengan sendiri. Ia perlu dilatih. Ia perlu berlaku dalam rutin harian.
Pernah dengar tentang anak-anak kecil ini kita perlu ulang cakap beribu kali, baru mereka ingat dan faham?
Jadi, kelakuan yang baik itu perlu dilatih beribu kali baru ia boleh terjadi sendiri.
Antara latihan yang boleh dibuat adalah dengan menyediakan kelengkapan kemahiran buat mereka di rumah.
Jadikan mereka sebahagian dari penghuni rumah dan boleh kendiri (melakukan pekerjaan sendiri) di rumah mereka sendiri.
Sekiranya banyak perkara memerlukan mereka meminta pertolongan dari orang dewasa, kadangkala itu boleh membuatkan mereka rasa penat meminta tolong, hatta boleh jadi give up apabila pertolongan itu bertangguh. Yakni, lambat diberikan pertolongan kerana orang dewasa sibuk bermain telefon, sibuk selesaikan urusan lain atau tidak endah akan permintaan mereka.
Maka, lebih baik kelengkapan mereka dipersiapkan di rumah supaya mereka mampu menguruskan diri sendiri tanpa meminta bantuan seperti:
1. Tidur dan bangun di tempat tidur sendiri
2. Masuk toilet, berus gigi, buang air dan mandi sendiri.
3. Wuduk, ambil telekung dan sejadah sendiri.
4. Ambil pakaian dan pakai sendiri
5. Bersikat, berdandan, berkemas di depan cermin sendiri.
6. Mengambil buku, permainan, dan membuat latihan di meja belajar sendiri.
7. Mengambil pinggan, cawan, makanan, minuman dan duduk di tempat makan sendiri.
8. Mencuci pinggan dan cawan sendiri selepas makan.
9. Mudah mencapai tisu dan kain lap sendiri.
10.Mengambil biskut, roti, buah dan air minuman sendiri.
Nampak?
Bagaimana untuk mereka boleh buat sendiri?
Oleh itu, kita sebagai ibu ayahnya, boleh menciptakan kelengkapan anak-anak mengikut ARAS KETINGGIAN mereka sendiri.
Ini sangat penting.
Seperti kita juga, lagi-lagi orang rendah seperti saya. Andai kata kelengkapan dapur, kelengkapan almari, kelengkapan bilik air dan sebagainya tinggi tak tentu pasal, agak-agaknya penat tak kita?
Ya, sangat penat.
Perlu menjengket, perlu ambil tangga sampailah perlu panggil orang yang lebih tinggi untuk bantu ambilkan.
Susah, kan?
Tapi kita terus buat kerana kita ada rutin yang perlu diselesaikan.
Tetapi, jika anak-anak kecil, kesusahan tersebutlah sebenarnya halangan untuk mereka menjadi anak-anak yang mahir, bijak dan mampu berdikari.
Jadi, mungkin musim PKP ini, ibu ayah boleh ambil peluang untuk persiapkan kelengkapan anak-anak.
Kita hanya perlu tunduk rendahkan diri dan lihat menggunakan aras mata anak-anak kita.
Lihat, apakah keperluan mereka dan bagaimana kita boleh bantu mudahkan mereka.
Walau apa pun, jangan pisahkan dekorasi dengan hasil penyediaan kelengkapan tadi. Kerana akhirnya dekorasi yang menceriakan suasana dan memberikan impak peribadi dan aura yang luar biasa.
Berikut saya berikan contoh-contoh idea dari carian pinterest sebagai pencetus ilham buat ibu ayah yang mahu buat sudut khusus buat anak-anak di rumah.
Inilah yang dikatakan ‘rumahku syurgaku.’ Kediaman ini iaitu 4 tingkat dengan duduk 5 keluarga telah meraih perhatian ramai. Mana taknya semua anak-anak duduk dalam satu rumah walaupun sudah berumahtangga.
Perkongsian pemilik facebook,acaiijawe berkongsi sebuah kediaman di Arab Saudi yang mengunakan pendekatan begitu.
Dia teruja dengan konsep berkenaan memuji sikap pemilik kediaman itu. Katanya keluarga berkenaan telah membeli tanah dan membina kediaman gaya apartment bagi memuatkan 5 buah keluarga. Malah katanya lagi, cara ini menjimatkan kos dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
Seterusnya ikuti perkongsian inspirasi ini.
Semalam dapat jemputan dinner dari saudara belah wife yang dah 50 tahun menetap di Makkah.
Mak ayah je boleh cakap melayu (banjar) dengan fasih. Anak-anak semua lahir di Saudi. Nak kongsi sikit cara hidup mereka di sini.
• Itu belum appetiser, desert, buah-buahan selain main course ni. • Sebab tu dapur mereka luas. Mereka jenis rajin masak banyak dan jemput tetamu ke rumah. • Rasa teruja lihat setting dapur orang arab. • Ini baru dapur rumah mak ayah. Anak-anak ada dapur sendiri. • Dari luar rumah semua nampak kotak. Dalam cantik. Elak cuaca extreme. Kesimpulan. 2 benda aku belajar. Design rumah mesra keluarga dan meraikan tetamu. Anak2 mereka yang tak fasih melayu pun berusaha sungguh-sungguh cuba borak dengan kami. Lepas berjemaah Isya’ mereka hantar semula kami ke hotel. Setiap orang dapat hadiah lagi Begitulah.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.