Boleh dikatakan dalam sehari kerap juga kita mendengar anak-anak mengadu lapar walau sudah makan nasi. Pelik juga kalau difikirkan, tapi begitulah lumrahnya. Macam-macam ragam anak-anak ni.
Jadi apa kata kali ni, bila anak hendak makan kita hidangkan menu ringkas yang dikongsikan oleh Puan E-mah Najmah. Nampak pun cukup menyelerakan.
Ini perkongsiannya.
Petang-petang macam ni bila tiba-tiba anak kata dia lapar, mak laju ke dapur selongkar barang. Tengok-tengok yang ada cuma tepung gandum je. Kemain ligat kepala mak pikir nak masak apa, maka jadi lahh…
Cucur manis sticks
Buat bentuk sticks ni senang, cucur tak akan jadi herot petot. Tak la malu sangat nak bagi laki makan anak-anak pulak rasa macam chuross kahkah laju habis dik. Sedap makan petang-petang ni, lagi-lagi kalau hujan perghh layannn.
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
3-4 sudu besar gula
1 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
Ads
Cara-caranya :
1.Mula-mula masak air, gula, minyak &
garam. Masak sampai semua gula
larut. Air dah mendidih, tutup api.
2. Letak tepung dalam bekas yang sesuai. Saya guna tepung gandum cap ros. So far yang ni best, tepung lain kadang-kadang jadi lembik sikit.
3. Tuang air gula yang dimasak tadi ke
dalam tepung.
Ads
4. Kacau-kacau, gaul rata. Tunggu sejuk
sikit, uli-uli pulak dengan tangan, nak
pastikan semua tepung sebati dengan
air gula.
5. Ni rupa lepas dah uli. Doh ni
sepatutnya tak melekat kat tangan ye.
Ads
6. Bentukkan panjang-panjang macam ni,
lepas tu potong. Ikut suka nak potong
jadi panjang mana. Kat rumah ni
anak-anak ramai, kena buat
kontot-kontot sikit, bagi dapat banyak.
7. Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana. Balik-balikkan goreng sampai perang.
Enak dimakan begitu sahaja atau dicicah bersama dengan sos.
Perkongsian resipi kali ini memang istimewa. Nampak sungguh menyelerekan dan tidak hairanlah boleh membuatkan sesiapa pun terasa teringin untuk menikmatinya. Apatah lagi buat penggemar keju, mesti tidak sabar untuk mencuba menyediakan menu nan satu ini. Jadi usah tunggu lagi, ayuh kita sediakan menu ini dan nikmati bersama seisi keluarga. Jom semak ramuan-ramuan yang diperlukan.
Ada ke yang suka makan lasagna? Hari ni ariana nak share cara ariana masak lagsana
Resepi Lagsana Daging Cheese Tertarik
11-12 keping lasagna
600gram daging cincang
1 sudu cili giling
3 biji bawang merah(dicincang halus)
3 biji bawang putih(dicincang halus)
1 sudu besar oregano
1sk secukup rasa
1 sudu besar gula
1sk garam
680gram sos pasta tomato prego
1/2 cawan air
================
400ml susu full cream
2 sudu besar butter
1sk gula
2 sudu besar gandum
2 slice cheddar cheese
================
100gram tomato puri
1 sudu besar minyak
Cara penyediaan:
1. Mula-mula tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan. Kemudian masukkan cili giling dan tumis sehingga pecah minyak.
2. Masukkan daging cincang dan tumis sehingga daging bertukar warna. Masukkan pula sos pasta tomato dan kacau sebati
Masukkan oregano dan kacau sebati.
3. Masukkan gula dan kacau sebati. Masukkan garam dan kacau sebati. Kemudian masukkan secukup rasa dan kacau sebati. Akhir sekali masukkan air. Kacau sehingga kuah sedikit pekat serta daging masak. Ketepikan
4. Dalam kuali lain cairkan butter dan masukkan tepung gandum. Kacau sehingga sebati dan tak berketul.
5. Masukkan pula susu full cream dan gula. Kacau sebati.
6. Masukkan kepingan cheese dan kacau sehingga pekat. ( Jangan terlampau pekat, nanti bila sos putih dah sejuk, sos lagi pekat)
7. Dalam bekas masukkan sos tomato puri + minyak masak. Kacau sebati. Ariana guna bekas kaca 9 inci(boleh bakar dalam oven)
8. Rebus lagsana dulu sehingga lembut,
9. Susun lagsana dalam bekas tadi. Letak inti daging dan ratakan
10. Letak sos putih
11. Taburkan mozarella cheese dan daun basil(nak guna oregano or yang lain pun boleh)
12. Ulang semula dengan letak kepingan lagsana, daging, sos putih, cheese sehingga ke lapisan teratas. Ariana buat 3 lapisan. Pastikan bahagian atas sekali tabur dengan oregano.
13. Dah siap balut dengan aluminium foil dan bakar suhu 170°c selama 50 minit. Bergantung pada oven masing-masing. Boleh kurangkan masa@suhu
Andai pernah ke Terengganu untuk bercuti bersama keluarga, tentu tidak melepaskan peluang menikmati Ikan Celup Tepung atau juga terkenal dengan nama singkatannya ICT.
Rasa ikannya segar dan salutan tepungnya yang ranggup, semua itu tidak dapat digambarkan keenakan rasanya hingga membuatkan makan berkali-kali.
Untuk itu, bagi mengubat rasa teringin menikmatinya lagi, apa kata anda sediakannya sendiri. Bahan yang digunakan juga cukup ringkas. Bolehlah dijadikan menu kudapan di waktu petang bersama keluarga.
Ini resipinya.
Ikan celup tepung akak style..
Sepeket tepung beras cap gajah 3 ekor
2 biji telur ayam
3 sudu kfc serbuk kunyit
3 sudu besar air kapur
Garam secukup rasa
Air ais – agak-agak tepung tu tak cair dan tak pekat.
Cara penyediaan:
1. Satukan tepung beras, serbuk kunyit dan garam- gaul bagi sebati.
2. Masukkan air ais ikut kepekatan yang sesuai
3. Masukkan telur dan air kapur – gaul sebati
4. Goreng dalam minyak yang banyak dengan api sedang-sedang je..
* Bila guna air ais, tepung tu lagi rangup
* Pastikan minyak betul-betul panas baru tepung dia jadi berkerak cantik
Sakit hati jika nasi yang kita masak hari ni, esok paginya belum sempat masakkan nasi goreng, nasi sudah pun basi. Geram juga. Mungkin salah ketika mencuci atau beras yang tak berkualiti. Semua ini selalu jadi andaian kita.
Mungkin kah cara atau teknik memasak anda penyebab nasi mudah basi? Apakah petua masak nasi dengan betul untuk mengelakkan daripada cepat basi?
Jom cuba 7 petua masak nasi ini untuk membantu mengelakkan nasi yang dimasak daripada cepat basi.
1. BASUH HINGGA BERSIH
Sesetengah orang kata, jangan basuh nasi banyak kali kerana risau semua nutrisi akan keluar. Walaubagaimanapun, jika beras hanya dicuci sekali, ia cenderung akan menjadi cepat basi.
Apa yang anda boleh lakukan adalah mencucinya dengan betul dan pastikan air bilasan beras betul-betul keluar sebelum mencuci kali lagi buat kali kedua atau ketiga.
Selain itu, anda boleh cuba membuat bilasan terakhir dan memasak nasi menggunakan air dari mesin penapis sekiranya ada di rumah.
2. PASTIKAN PERIUK DICUCI BERSIH
Salah satu lagi penyebab masalah nasi cepat basi adalah kerana adanya kotoran atau nasi yang masih melekat pada periuk yang digunakan. Jika diperiksa dengan teliti pada bahagian dalamannya, mungkin terdapat bahagian yang dikotori dengan karat atau kesan wap nasi. Ini boleh menjejaskan fungsi ‘rice cooker’ dan kualiti nasi anda.
Oleh itu, pastikan anda mencuci periuk nasi dengan bersih setiap kali selesai menggunakannya.
3. PERAHKAN LIMAU NIPIS
Sebelum nasi dimasak, perahkan setengah biji limau nipis ke dalam 2-3 pot beras yang dah disukat dengan air. Jangan khuatir, rasa nasi tidak akan berubah meskipun ia telah ditambah dengan perahan limau ini.
Malah, ia menjadikan nasi lebih harum dan tahan lama kerana keasidannya.
4. HILANGKAN WAP NASI SELEPAS DIMASAK
Apabila nasi dimasak dengan rice cooker, jangan lupa buka penutupnya sebaik saja butang ‘cook’ berubah kepada ‘warm’.
Kais-kaiskan sedikit nasi supaya nasi masak secara rata dan biarkan wap yang terkumpul keluar daripada periuk. Dengan cara ini, nasi tidak akan menjadi lembab. Sebelum menutup semula nasi tadi, lapkan penutupnya dengan kain bersih.
Petua masak nasi ini bukan saja menjadikannya tahan lama, tetapi juga menjadikannya teksturnya lembut dan berderai dengan elok. Seperkara lagi, pastikan anda mencabut plug ‘rice cooker’ sekiranya nasi tidak akan dimakan dalam masa terdekat.
5. MASUKKAN SECUBIT GARAM
Selepas mencuci beras dan menyukat air, masukkan secubit garam ke dalam periuk.
Tujuan memasukkan garam adalah supaya nasi yang masak lebih tahan lama, sedap dan kenyal.
6. PANASKAN PERIUK NASI ATAS DAPUR
Kadang-kadang kita terlupa ada nasi dalam periuk semasa balik kampung. Maka, nasi pun berulat dan berair. Walaupun dah dicuci banyak kali, mungkin bakteria masih ada yang aktif dan menyebabkan nasi mudah basi selepas itu.
Untuk mengatasi masalah ini, pengguna Facebook, Puan Suaida Salehudin menyarankan agar telingkupkan periuk nasi atas dapur, kemudian nyalakan api. Tindakan ini dapat membunuh semua bakteria yang masih tinggal sekaligus menjadikan nasi yang dimasak tahan lebih lama.
Tambahnya lagi, petua masak nasi turun-temurun ini memang berkesan dan nasi yang dimasak takkan basi walaupun dah 2 hari.
7. MASAK AIR DALAM PERIUK NASI
Cara ini mungkin mempunyai fungsi yang sama dengan tips ke-6 di atas.
Isikan air di dalam periuk nasi sehingga penuh. Kemudian, masak di atas dapur gas sehingga air mendidih. Boleh memasukkan beberapa helai daun pandan ketika proses ini. Dapur akan wangi semerbak.
Menurutnya, proses masak air sehingga mendidih di dalam periuk nasi ini tidak perlu dilakukan setiap kali hendak masak nasi. Memadai melakukankannya sekali sebulan untuk menjamin ketahanan nasi.
MUDAH BUKAN?
Inilah beberapa petua masak nasi yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan kualiti dan menjaga ketahanannya. Jadi, tiada masalah lagi kalau anda terlupa menyimpannya dalam peti sejuk.
Walaubagaimanapun, ia juga bergantung kepada faktor lain seperti suhu persekitaran, teknik sukatan air, dan jenis beras yang digunakan.
Sekiranya anda mempunyai tips lagi, bolehlah kongsikan kepada kami. Mudah-mudahan dapat dimanfaatkan oleh ramai orang di luar sana.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di