Semalam berlangsung Anugerah Skrin 2018 yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Di dalam majlis tersebut menyaksikan sebanyak 12 buah drama bersaing. Salah satunya adalah Anugerah Pelakon Drama Terbaik Wanita yang menyaksikan Nad Zainal dipilih untuk memenangi anugerah tersebut.
Dalam ucapannya, dia mendedikasi kemenangan tersebut kepada ibu bapa yang memiliki anak autism. Nad Zainal merangkul anugerah tersebut bagi drama Fatonah Azali yang sememangnya cukup mantap dan berkesan sehingga ada penonton berterima kasih kepada pelakon tersebut.
Ads
Terutama sekali ibu bapa yang memiliki anak autisme kerana bagi mereka Nad benar-benar menjiwai watak dengan baik terutama dalam menonjolkan ciri-ciri autisme yang ada dalam sesetengah kanak-kanak.
Ads
Anak Autism adalah anak istimewa, bukan gila, dan macam-macam lagi panggilan tidak enak.. jika diberi ruang dan peluang, mereka mampu bekerja, dan mungkin ada kelebihan lain, seperti cepat menghafal, kreatif dan sebagainya.
Memori dan ‘kehadiran ‘ Siti Sarah yang masih kuat dalam dirinya membuatkan Shuib sepahtu enggan bertemu dengan ‘kembar’ arwah.
“Kalau boleh saya mahu mengelak daripada berjumpa dengan dia (Emy Nur Faranizah).”
“Untuk melihat ‘figure’ Sarah sekarang ini saya tak sanggup. Sebab dia dah tak ada dan semestinya tak ada pengganti untuk dia. Untuk tengok depan mata saya tak sampai hati dan tak sanggup.
“Untuk anak-anak berjumpa dia (Emy) saya okay saja dan tak larang. Saya boleh bawa, tak ada masalah. Sebab Allah Maha Kaya, Maha Hebat. Saya selalu dengar kita ini ada tujuh kembar, muka sama kita dalam dunia ini. Satu kelebihan juga Allah nak bagi muka sama,” kata Shuib Sepahtu kepada Harian Metro.
Menurut Shuib dia tidak kisah jika orang ramai menyamakan wajah wanita itu dengan Siti Sarah.
“Saya anggap ini biasa. Saya percaya setiap orang ada muka sama. Begitu juga dengan saya. Perkara sebegini memang dah ada dan tak ada isu pun. Kalau terjumpa ia satu rezeki.
“Kalau orang tanya saya nak jumpa saja-saja saya cakap tak sebab rindu saya dengan Sarah memang takkan pernah habis. Saya tak boleh nak tengok, saya tahu bukan dia walaupun muka sama.
Terdahulu akhbar ini melaporkan bapa Siti Sarah, Raissuddin Hamzah menerima kejutan kehadiran ‘kembar’ arwah anaknya sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-66, pada Ahad lalu.
Kejutan itu dirancang isterinya, Siti Fatimah Suberi, 35, atau mesra disapa dengan panggilan Mak Der.
Selalu kita dengar, ais boleh menyebabkan perut menjadi buncit. Tidak kurang juga yang mengatakan minum ais rahim menjadi kembang dan banyak lagi. Tetapi dimanakah kebenaran disebalik perkara tersebut?
perkongsian Dr. Rusyainie Ramli mungkin dapat membantu ibu-ibu akan hal ini. Boleh lihat status yang dimuatnaik di dalam laman facebooknya berkenaan hal ini.
Namun, terpulang kepada anda sama ada ingin mengikut atau tetap meneruskan pantang seperti yang diturunkan oleh nenek moyang asalkan ia tidak memudaratkan diri sendiri. Yang baik kita ambil dan jadikan panduan.
Teh o ais ni memang minuman kegemaran saya.
Ais tak salah.
Yang salahnya ialah kandungan gula dalam air saya minum ni.
Saya belum boleh minum teh o tanpa gula.
Teh ada kafein. Macam kopi.
Kafein kalau dalam dos sederhana boleh bagi mood lebih baik, buat minda lebih cerdas dan tingkat metabolisma badan.
Teh adalah satu-satunya tumbuhan yang ada asid amino L-theanine. Yang dikatakan merangsang rasa tenang dan rilek. Staf saya kalau nampak saya dah muka merah geram semacam nak naik angin, cepat-cepat pergi belikan saya teh o ais nak sejukkan hati saya yang dah nak melenting.
Ais takkan buatkan rahim saya kembang. Dah 10 tahun rahim saya tak kembang. Hahaha. Rahim kembang sebab saya mengandung. Tak mengandung? Elok je rahim saya dok tempat dia diam-diam.
Ais takkan buatkan becak kat kemaluan sebab saya minum air sejuk ikut mulut. Tak tahulah kalau ada orang minum air kot saluran lain.
Ais takkan buatkan abdomen saya buncit. Sebab air sejuk ni masuk je dekat saluran makan, terus akan ikut suhu badan. Air akan diserap ke dalam darah sistem badan melalui usus.
Yang buncit kat abdomen tu ialah lapisan lemak yang tersimpan. Nak hilangkan tu kena jaga makan dan senam.
Ais takkan buatkan saya rasa letih atau penat. Letih la jadi bos kat ofis. Penat uruskan keluarga. Tidur pun kadang tak cukup. Bukan sebab ais.
Ais takkan buatkan haid berketul-ketul. Tu mitos. Haid tu dinding rahim yang luruh. Maka ada nya tisu dan darah yang keluar ikut faraj. Dalam darah ada bahan untuk bekukan darah. Sebab tulah darah berketul. Cuba potong jari tu, keluar darah atas lantai. Mesti darah tu berketul punya kalau sistem pembekuan darah takde masalah. Kalau takde sistem tu, kita akan berdarah sampai kering. Nak?
Ais takkan buatkan senggugut. Merapu lagi. Senggugut tu benda biasa terjadi dengan haid. Kalau teruk sangat atau berpanjangan, jumpa doktor. Saya dah tulis pasal kitaran haid sebelum ni. Carilah ya.
Ais takkan buatkan vagina tu longgar. Tu auta terbesar bani jamu dan bani klimaks. Mereka tu sentiasa nak takutkan kita dengan ilmu sains songsang sebab hujungnya nak suruh kita beli produk mereka yang biasanya tak daftar pun dengan KKM. Nak ketat? Buat senaman Kegel. Malas? Saya angkat bendera putih dengan orang malas.
Ais takkan buatkan kita cepat tua. Cepat tua la kalau makan tak ingat dunia, berat badan lebih atau obes, malas senam, emosi tak tenteram, hisap rokok macam cerobong asap. Bila dah kena penyakit kronik dan masih tak nak berubah, kualiti hidup takkan sama dah.
Ais takkan buatkan nanti sakit badan bila dah tua sebab tak pantang ais masa lepas bersalin. Tolonglah. Negara kita ni panas ok. Kesian mak stres. Orang melayu ni berialah ikut segala petua masa pantang. Elok habis pantang, terus angkut kaki pergi mekdogol sebab nak buang gian. Tu dah kenapa. Kita ni nak kena jaga kesihatan sepanjang hayat. Pantang sakan la sangat 44 hari pastu buat-buat lupa lepas tu. Nampak macam pantang tu membuta tuli mengikut je tanpa tahu hujung pangkal.
Orang dulu buat petua ais ni sebab ais mahal sangat masa zaman mereka. Bukan semua orang mampu ada peti sejuk. Mereka pergi beli ais kat kedai yang dipotong guna gergaji dan pikul bawa balik rumah. Zaman sekarang dah tak relevan. Kita kan dah belajar sains. Kenapalah masih dok berpegang pada mitos ais ni.
Kesian ais.
Ais tak salah.
Tolong tepek pautan status saya ni kat bani jamu, klimaks dan suku sakat mereka kalau mereka dok membongak pasal ais. Rimas betul saya dengan cerita rekaan mereka.
Bagi setiap pasangan, pasti mahu majlis mereka meninggal sesuatu kenangan yang bermakna untuk diingatkan sehingga akhir hanyat.
Sebab itulah, ada pasangan yang sanggup berhabis untuk kelihatan cantik dan menarik sewaktu hari tersebut dan sanggup mengeluarkan ribuan ringgit semata untuk memuaskan hati.
Berbeza dengan gadis berasal dari Skudai, Johor ini yang memilih untuk memakai busana berusia 18 tahun pada majlis pernikahannya, 18 Februari lalu yang merupakan busana perkahwinan ibunya,
“Pada awalnya tak terfikir pun nak pakai baju kahwin mak.
“Semestinya untuk hari perkahwinan saya ingin sesuatu yang baharu, tapi mak sampaikan hasrat mahu lihat anaknya yang pertama kali berkahwin pakai baju kahwinnya,” ujarnya yang kini berusia 24 tahun.
Kebetulan, baju sanding yang digunakan ibunya dahulu turut sesuai dengan ukuran badan Azeera.
Bagaimanapun, dia perlu membuat beberapa perubahan terhadap busana itu seperti menambah kain hiasan lace.
“Kebetulan saya memang muat baju tersebut. Rezeki saya Alhamdullilah. Cuma ada penambahbaikan seperti lace di bahagian lengan sebab lengan bajunya pendek,” katanya yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik.
Tambah Azeera lagi, kakaknya juga memilih untuk mengenakan busana nikah ibunya yang berwarna ivory white ketika majlis perkahwinan yang dirancang pada Ogos nanti.
“Alhamdullilah hasrat mak tercapai untuk kedua-dua anak perempuannya memakai pakaian perkahwinan miliknya,” luahnya gembira.
Menurut isteri kepada Azman Mohd Fadzil itu lagi, meskipun baju tersebut dibuat pada 1995, namun kualiti kainnya masih terpelihara.
Tambahan pula, fesyen lengan besar atau puff kembali digayakan.
“Selepas nikah mak hantar ke dry cleaning dan simpan di dalam plastik khas dengan memastikan terdapat pengudaraan.
“Baju tu nampak elok mungkin disebabkan kualiti kain pada zamannya dan tak dinafikan keadaan kain masih cantik serta tidak dimakan usia.
“Kalau tengok pada design pun, zaman sekarang popular dengan lengan tangan puff,” ceritanya yang kini sedang menuntut di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor.
Video perkongsiannya telah menarik perhatian ramai. Ramai yang kagum dengan keluarga ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.