Pelakon Syatilla Melvin berkongsi berita bakal melahirkan bayi ketiganya secara pembedahan.
Isteri kesayangan Shaheizy Sam ini memberitahu, dia akur dengan pilihan tersebut selepas doktor mengesahkan dirinya mengalami masalah placenta previa atau uri yang berada di bahagian bawah.
Dia sebelum ini mengalami pendarahan setiap kali melakukan pergerakan yang banyak atau mengangkat benda berat. Usai melakukan pemeriksaan bulanannya, barulah dia mengetahui punca sebenar.
Tadi pergi checkup doktor bgthu kata placenta previa💆🏻♀️kenapalah tak placenta proton ka preve ka perodua ka 🦧
Sebab lately ni asyik bleeding, jalan byk bleeding, angkat anak bleeding, kasaq sikitbleeding. Rupa2nya uri kt bawah.
“Lain anak lain sungguh pembawakan dia. Tpi no3 ni mmg pelik. Dari awal mmg pelik. Sampai sekarang xlalu nak promote produk sendiri😭😭😭
“Dah berapa lama dah xbuat content utk kekasih. Bila pegang ja produk rasa meremang nk penin💆🏻♀️ tak ka yg aneh2 tu?
“So no3 ni kompom lahhh doctor kena belah jugak perut akuuuuuuuuuu😩😭bru plan nk try VBAC 💔xdak rezeki sungguh. Xpala, apa nk jd kt ibu sekalipun jadi lah, janji anak ibu selamat sempurna amin🤍🌹
Btw, doc suruh warded dh masa 36weeks nnti. Tapi aku nk rayaaaaaaaaaaaa😭😭tpi xmauuuuuu warded lg😭
Dia dalam pada itu meminta pengikutnya berkongsi pengalaman dalam situasi tersebut.
“Ya allah sapa lg ada pengalaman menghadap placenta previa ni? Please share, tilla nak baca😍
farahdianaanuar ada amalan zikir,kena amal selalu,pujuk baby insyaAllah 😍 cuba google , best of luck hot mummy ❤️
maznurshuhada_ Pernah jadi tapi lepas 2 minggu kena p scan balik, doktor kata uri dah naik balik lega rasa 😂
nurdahlia12😢hati2 sis Jgn lasak2 sebab ianya bahaya saya dah alami nye🥺seperti di beri hidup peluang kedua
asna_nafeesa Sy baru melahirkan week 38.. pp stage 2.. anak ke 8. Sebelum ni melahirkan biasa.. Ya Allah Maha Besar Rahmat Allah melahirkan secara biasa.. tpi sy yakin Allah Sebaik2 Perancang… bila placenta kat bawah tak ada pilihan, kena csection.
ndaliyla Hujung2 2nd trimester uri dok bawah jugak. Lpas 3x check up uri naik balik. Mmg kena relax byk time tu. X mengurut apa pon. Duduk/baring ja. Pastu Alhamdulillah vbac 🥰
ciklija Saya anak melintang masa 36 weeks so since that buat senaman search dekat google Alhamdulillah 40 weeks pusing elok kepala kat bawah.
Bila menyebut nama Zarina Zainuddin, pasti ada yang menggagumi ketabahan ibu kepada empat orang anak ini. Gigih membesarkan anak kembarnya yang istimewa membuatkan pelakon ini menjadi idola kepada sesetengah ibu di luar sana.
Apa yang menariknya, Zarina tidak pernah menyembunyikan anaknya dari khalayak, justeru ke mana sahaja dia pergi termasuk mengadakan penggambaran drama, pasti anaknya, Azal akan turut hadir.
Dia yang selalu berkongsi cerita anak-anaknya di instagram termasuklah video dan gambar anaknya.
Dalam satu perkongsiannya di Instagram, Zarina mengimbas kembali kenangan ketika penggambaran sebuah drama bersama Remy Ishak. Pelakon Pujaan Hati Kanda ini digambarkan sebagai seorang pelakon yang cukup humble menerusi kaca mata Zarina.
Malah, dia amat berterima kasih kepada Remy atas layanan mesra buat anaknya itu.
“Bila lihat gambar ni teringat kat @remyishak masa shooting drama satu hari.. Remy mengusik cakap kat Azal awak kerja dengan abang Remy lah ya jadi p a abang ..Azal senyum dan berkata heiii tapi Azal p a to Zarina Zainuddin only ..
“Terus tersenyum remy untung akak ada anak syuga katanya.. Azal seorang anak yang jujur dan baik dia selalu mengalah untuk adik abang nya dia pandai bawa diri dia.
“Walau ke mana dia pergi untuk yang tak kenal Azal memang suka orang popular dan hafal semua nama-nama model, pelakon termasuklah ahli politik #gambarkenangandiexposingapore Thanks to remy ishak yang selalu humble,”tulis Zarina di instagramnya.
Akui Zarina lagi, bagi orang yang tidak mengenali anaknya itu, Azal memang sangat sukakan orang yang popular. Malah, dia turut menghafal nama-nama model, pelakon serta termasuk ahli politik.
Dalam pada itu, ramai yang memuji usaha dan didikan Zarina atas anak-anaknya. Tidak ketinggalan yang menjadikan dia sumber kekuatan dalam menghadapi anak-anak istimewa mereka.
Siapa sangka benjolan kecil pada payudara kanan selepas melahirkan anak sulung tiga tahun lalu rupa-rupanya kanser yang menyebabkan wanita ini koma. Benjolan tersebut dikatakan hilang setelah berubat secara tradisional.
Walau bagaimanapun selepas hamil anak kedua,ia timbul semula yang disangka ‘bengkak susu’ namun semakin membesar sebelum disahkan kanser.
Dalam kegembiraan pasangan ini menerima orang baru dalam rumah tangga, mereka diduga dengan ujian yang cukup berat. Saya gembira menerima cahaya mata baru, namun pada masa sama, hati sayu melihat keadaan isteri yang terlantar koma,” kata Muhammad Hairi Ramli, 27.
Muhammad Hairi berkata, isterinya, Noor Athirah Mohd Ariff, 24, disahkan menghidap kanser payudara ketika sarat mengandung pada bulan lalu, malah difahamkan sel barah itu telah merebak ke bahagian tulang belakang.
Katanya, keadaan isteri menyebabkan doktor mengambil keputusan untuk bayi dalam kandungan yang berusia lapan bulan ketika itu, dilahirkan melalui pembedahan bagi menyelamatkan kedua-dua nyawa.
“Selepas isteri selamat melahirkan bayi kami pada 23 Mei lalu, beliau dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan berada dalam keadaan separuh koma, sekali gus bergantung sepenuhnya pada mesin bantuan pernafasan.
“Lebih menyedihkan, anak bongsu kami yang kini berusia 10 hari dan akan diberikan nama Muhammad Aidilfitri, belum dapat merasa setitik pun susu daripada ibunya dan hanya bergantung pada susu formula khas untuk bayi pramatang.
“Hati saya sebak setiap kali melihat wajah anak bongsu yang baru dilahirkan, masih belum dapat menikmati belaian seorang ibu.
“Jauh di sudut hati, saya berharap keajaiban akan berlaku dan isteri boleh menyusukan bayi kami apabila sedar nanti,” katanya ketika ditemui di rumah sewa mereka di Kampung Kubang Siput.
Menceritakan lanjut, bapa kepada dua cahaya mata itu berkata, selepas melahirkan anak sulung pada 2017, isteri mendapati ada benjolan kecil pada payudara kanan tetapi lama-kelamaan ia hilang susulan berubat secara tradisional.
“Namun ketika mengandungkan anak kedua kami, benjolan pada payudara sebelah kanan timbul semula. Benjolan itu kemudian semakin membesar dan menyakitkan tetapi pada awalnya, disangkakan ia hanya ‘bengkak susu’
“Pada awal kehamilan, isteri sangat cergas. Bagaimanapun apabila kandungan berusia lapan bulan, saya melihat isteri cepat penat dan lesu yang dianggap mungkin kerana beliau sedang sarat.
“Namun, saya melihat keadaan isteri semakin teruk lalu cuba memujuknya untuk mendapatkan rawatan di hospital dan beliau akur. Selepas beberapa siri ujian dilakukan, doktor yang merawat mengesahkan benjolan itu adalah kanser.
“Ketika itu, luluh hati saya dan hanya mampu berdoa kepada Allah SWT supaya nyawa kedua-dua mereka yang amat disayangi itu dapat diselamatkan,” katanya.
Muhammad Hairi berkata, berikutan beliau terpaksa berulang-alik ke hospital untuk menjenguk keadaan isteri, anak sulung berusia dua tahun, Muhammad Hairil Hafsya kini dijaga ibu mentuanya yang tinggal di Kampung Kok Keli, Tumpat.
“Bagi memudahkan urusan menjaga anak bongsu yang baru dilahirkan pula, ibu saya, Hazimah Harun, 50, kini tinggal bersama-sama untuk menguruskan keperluannya.
“Pada masa sama, saya buntu memikirkan keadaan kewangan kami sekeluarga kerana sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya hilang punca pendapatan dan kini hanya mengharapkan simpati adik-beradik serta saudara-mara lain. “Namun, sampai bila saya perlu bergantung harap pada mereka untuk meneruskan hidup? Oleh itu, saya akan berusaha memohon bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) agar sekurang-kurang boleh meringankan beban ditanggung,” katanya.
Kisah Noor Athirah turut dikongsikan oleh sepupunya menerusi laman facebooknya .
Kepada sesiapa sahaja yang sudi memberi Bantuan Kewangan bolehlah menyalurkan Bantuan tersebut melalui Akaun Bank pesakit. Bank Islam Malaysia (03120020182482) NOOR ATHIRAH BINTI MOHD ARIF seperti di Gambar tsb @ boleh menghubungi suami beliau *ERY* di talian (011-64845596).
Semoga ALLAH S.W.T terus merahmati dan memberkati seluruh hamba2nya di Dunia juga di Akhirat. In Shaa Allah. Aamiin
Tidak dinafikan zaman sekarang ni kebanyakan wanita bekerjaya. Setelah berkahwin mereka tetap meneruskan kerjaya.
Namun yang menyedihkan ada yang salah memilih pasangan hingga merana badan.
Nasihat pengurus sumber manusia ini perlu diteliti agar ia menjadi panduan buat anak perempuan yang sebelum mendirikan rumahtangga.Ia bantu diri elak kena tindas.
Ikuti perkongsian puan Marlia Ramli.
7 panduan buat anak gadis
Tak banyak yang akak boleh tuliskan. Walaupun selama 18 tahun bekerjaya, dah macam-macam kes kepincangan dan penganiayaan wanita yang akak lihat dalam pekerjaan harian.
Akak sedar bahawa, budaya patriaki amat berakar di dalam masyarakat. Budaya merajakan anak lelaki masih berleluasa dengan jayanya.
Maka, tak banyak yang kita boleh ubah mengenai ini. Cuma buat gadisku, ini pesanan yang amat bermanfaat untuk anda pegang dalam kehidupan.
Gadisku, sementara masih belum bergelar isteri :
1) Elak terdesak mencari pasangan. Letak urusan jodoh di tangan Tuhan. Usah terperangkap dengan stigma, tak ada suami? Tidak bahagia. The time and the right person will come. Jangan terburu-buru dalam urusan memilih pasangan.
2) Bekerja dengan penuh dedikasi. Kejarlah kerjaya dan kumpulkan sedikit simpanan rahsia buat diri. Sebolehnya usaha miliki sebuah rumah sendiri dan 200gram emas pelaburan sebelum masuk ke alam perkahwinan. Peram dua ini diam-diam.
3) Nikmati hidup. Pergilah bercuti. Travel kelilingi dunia bersama mahram anda. Tunaikan umrah. Laksanakan haji. Lakukan apa sahaja yang hati mahu selagi tidak berlanggar syariat agama.
4) Bahagiakan ibu bapa. Luangkan masa sebanyaknya dengan mereka. Selepas ini, masa anda akan terhad kerana keutamaan menjadi berbeza. Gunakan masa single sebaik usaha.
5) Bina sahsiah diri. Tingkatkan ilmu agama dan ilmu kewangan. Ketahui sebahagian asas undang-undang. Ketahui hak diri. Masih ada “segelintir” arjuna patriaki mereka akan masuk ke minda menakutkan anda dengan soal nusyuz dan neraka. Jika anda bijak? Anda akan sukar dipijak.
6) Sehebat manapun wanita, capabilities anda akan dinafikan oleh arjuna patriaki. Akan dinafikan kelebihan anda oleh “segelintir” mentua pembuli. Masih wujud “segelintir” ipar duai neraka yang akan mengorek kekurangan anda. Elak sebolehnya keluarga lelaki begini. Carilah yang sanggup bertoleransi. Saling berbagi.
7) Self loves. Letak syarat dalam menyayangi sesiapa pun. Kita lahir seorang, kita matipun seorang. Elak meletak pengharapan kepada mana-mana manusia. Manusia hanyalah makhluk. Jika serasa bakal calon meragukan dan punya red flag, fikir masak-masak. Kalut sangat nak pi mana? #apeni?
Ya.. 18 tahun melihat pelbagai kisah wanita, tak banyak yang akak boleh coretkan. Cuma gadisku, ketahuilah dan sentiasa ingatkan diri bahawa DIRIMU BEGITU BERHARGA. Always say this : I love me.
Sumber: Marlia Ramli
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...