Ardell Dibuli Teruk, Diugut Anak Dibunuh, Ditumbuk, Diejek, Direntap Tudung

Share

Ardell dibuli teruk, diugut anak dibunuh, ditumbuk, diejek, direntap tudung. Aktivis kemanusiaan Malaysia, Ardell Aryana menceritakan pengalaman ngeri apabila menjadi mangsa kekasaran fizikal oleh tentera Israel semasa ditahan dalam misi Global Sumud Flotilla ke Gaza baru-baru ini.

Ardell Dibuli Teruk, Diugut Anak Dibunuh

Menurut Ardell, kecederaan yang dialaminya disahkan oleh doktor selepas pemeriksaan dijalankan sejurus dibebaskan dari tahanan rejim Zionis.

“Dalam pertemuan dengan doktor tadi, doktor sahkan soft tissue bahu koyak, muka lebam dan rambut direntap,” katanya.

Jelasnya lagi, laporan perubatan berkenaan akan dibawa pulang ke Malaysia bagi tujuan dokumentasi dan akan diserahkan kepada pihak peguam serta Sumud Nusantara Operation Center untuk tindakan lanjut.

Ditumbuk, Diejek, Direntap Tudung

Menceritakan detik mencemaskan ketika ditahan, Ardell berkata tudungnya direntap dengan kasar hingga menyebabkan rambut tercabut, sambil diejek dan disorak oleh sekumpulan askar Israel yang berniat mempermalukannya.

“Saya pun tidak faham kenapa saya menjadi sasaran, tetapi mungkin sebab saya paling rajin buat live, dan live SOS saya diikuti ramai,” ujarnya.

Lebih memilukan, Ardell turut mendakwa rejim Zionis mengugut akan membunuh anak-anaknya sekiranya beliau enggan memberikan kerjasama semasa proses penahanan berlangsung.

Ardell bersama 22 aktivis kemanusiaan lain telah selamat tiba di Istanbul pada Sabtu menerusi penerbangan khas hasil usaha bersama Kerajaan Turkiye dan Kerajaan Malaysia.

Buat masa ini, belum ada tarikh rasmi diumumkan mengenai kepulangan semua aktivis Global Sumud Flotilla ke tanah air.

Sumber: Astro Awani

Artikel lain: Ardell Aryana Direntap Hijab, Kemeja-T Jadi Pengganti Penutup Kepala

Tisu Bahu Koyak, Muntah, Hospital Istanbul Maklum Keadaan Ardell Lemah

Tular Foto Wajah Lebam Ardell Di Media Sosial, Dalam Kesakitan Dia Masih Boleh Tersenyum, Warga Maya Sebak

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my