Rupanya ramai yang suka cuci telinga dengan putik kapas lepas mandi. Caranya dengan menolak putik kapas (cotton bud) masuk ke dalam telinga. 

Ada antara kita menjadikan ia habit setiap kali mandi. Hakikatnya tanpa kita sedar cara ini boleh jejaskan pendengaran.

Ia boleh berlaku kebocoran gegendang akibat terlalu kerap buat demikian.

Ikuti lanjut peringatan Dr ini serta tip untuk elak lakukan habit ini. 

Hilang pendengaran akibat kebocoran gegendang.

Seorang wanita ini mengadu kurang dengar dah beberapa hari. Lalu beliau masukan sendiri menggunakan cotton bud ke dalam telinga. Semakin ditolak ke dalam telinga semakin tak dengar.

Akibatnya sekarang pendengaran jadi ‘totally block’… tak dengar langsung!

Apabila saya masukkan skop kamera ke dalam telinganya. Nampaklah beliau ear wax atau lilin telinganya yang telah ditolak-tolak masuk ke gegendang telinga. Tersumbat!

IKLAN

Saya cuba keluarkan juga, cuba buang mana yang boleh. Tapi ia sakit tuan-tuan kalau terkena pada gegendang telinga. Dan ini yang berlaku kepada pesakit saya ini.

Silap hari bulan, boleh bocor gegendang telinga!

Beliau baru tahu bahawa telinga ini tidak perlu dibersihkan. Sudah menjadi ‘habit’ katanya menggunakan putik kapas di tolak ke dalam telinga selepas mandi. Kalau tak buat itu, rasa tidak selesa.

TIP

Saya beri tip berguna ini:

IKLAN

1. Bersihkan guna kain bersih setiap lepas mandi. Di bahagian cuping dan luar telinga sahaja.

2. Elak masukkan air sehingga ke dalam telinga. Lebih bahaya jika gegendang telinga anda bocor.

3. Kalau terlalu gatal, boleh tekan-tekan bahagian luar telinga atau di ‘tragal area’ sahaja. Ia boleh membantu. Tapi, jangan korek di dalam telinga.

4. Jika kurang dengar, pergi buat pemeriksaan doktor di klinik terdekat.

IKLAN

5. Rujukan ke klinik ENT akan dibuat jika perlu.

Asyik Cuci Telinga Dengan Putik Kapas, Wanita Ini Tak Sedar Gegendang Telinga Bocor. Doktor Ini Beri Peringatan!

 Gambar ini menunjukkan bahaya penggunaan cotton bud untuk membersihkan telinga. Risiko kebocoran gegendang telinga boleh berlaku. Jika anda sayangkan ahli keluarga anda, nasihatkanlah mereka. Tulisan ini mungkin boleh membantu.

Ingat ya, bahaya. Hentikanlah!

Sumber: Dr Ezairy M.Sallih

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI