Kanak-kanak ni suka melakukan penerokaan disekitarnya. Ini kerana pada usia begini sikap ingin tahu ada dalam dirinya.
Oleh itu, ketika ini ibu bapa harus mendedahkan anakn-anak dengan pelbagai sumber untuk mereka perkembangan dirinya.
Sebagaimana perkongsian seorang bapa ini, Ahmad Abid Amin menerusi grup Tukang Apa Hari Ini yang telah membuat papan aktiviti buat anak-anaknya atau juga dikenali sebagai Busy Board.
Beliau DIY sendiri papan aktiviti ini. Berbaloi buat sendiri.
Busy board ialah sejenis mainan kanak-kanak yang dapat membantu meransang deria kanak-kanak. Antara kebaikan kepada kanak-kanak ialah : 1. Membina sambungan saraf otak kanak-kanak 2. Membantu dalam perkembangan awal kanak-kanak dari pertumbuhan kognitif, pengembangan bahasa, kemahiran motor halus dan kasar, interaksi sosial, dan kemahiran menyelesaikan masalah. 3. Memperkuat daya ingatan kanak-kanak 4. Memberi ketenangan kepada kanak-kanak 5. Mengajar kanak-kanak atribut deria.
Dalam menghadapi cabaran Wabak Covid-19, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pakej rangsangan ekonomi yang memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.
Antara pakej-pakej tersebut meliputi isi rumah, orang bujang, pesara, pelajar dan sebagainya. Antaranya:
1.Bantuan RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah.
2.Bantuan RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 sebulan
3.Bantuan RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah
4.Bantuan secara one-off sebanyak RM200 seorang kepada pelajar institusi pengajian tinggi yang ketika ini turut terkesan.
5.Bantuan tunai RM500 kepada lebih 1.5 juta penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk mereka yang bekerja secara kontrak. Bayaran akan dibuat pada bulan April 2020.
6.Kerajaan akan bekerjasama dengan NGO, persatuan dan usahawan sosial yang berkaitan untuk menyalurkan bantuan makanan, barangan penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan dengan peruntukan sebanyak RM25 juta.
7.Bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari bawah MySalam, turut dipanjangkan kepada golongan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI)
8.Pengecualian pembayaran sewa bagi PPR dan Perumahan Awam selama 6 bulan
9.Bantuan RM500 secara one-off kepada lebih 850,000 pesara Kerajaan juga pada bulan April 2020
10.Kerajaan bersama TNB akan menambah peruntukan RM530 juta untuk diskaun berperingkat antara 15% hingga 50% mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 600 kW sebulan bagi tempoh enam bulan mulai bil bulan April 2020.
11.Antara pakej khas yang akan ditawarkan syarikat-syarikat komunikasi adalah internet percuma kepada semua pelanggan dengan nilai RM600 juta bermula 1 April 2020 selama tempoh pelaksanaan PKP.
12.Penangguhan bayaran balik pinjaman kepada peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran mulai 1 April 2020 hingga 30 September 2020. Inisiatif ini akan memanfaatkan seramai 174,500 peminjam.
Bagi yang mengikuti perjalanan seni pelakon jelita Emma Maembong, pasti anda menyedari yang pelakon ini memang akrab dengan keluarganya.
Malah peribadi Emma sentiasa menjadi perhatian. Dari cara dia melayan keluarga, anak malah rakan-rakan. Emma Maembong sememangnya seorang yang humble walaupun statusnya sebagai pelakon popular.
Emma yang baru sahaja mendapat anak kedua, baru-baru ini telah memuatnaik gambar outing bersama suami dan anak-anak. Turut kelihatan adalah semua pembantu rumahnya video tersebut.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila melihat Emma melayani pembantu-pembantunya itu. Tidak ada jurang antara majikan dan pembantu.
Emma langsung tidak kekok melayan mereka, malah kelihatan gembira dan ceria. Siap bergosip dan ketawa bersama-sama lagi. Untung betul ada majikan seperti Emma dan Shazli ini.
Pada hari raya yang lalu, Emma dan suaminya pernah memberikan hadiah Iphone untuk para pembantunya sebagai duit raya.
Apa-apa pun, semoga Emma sekeluarga sentiasa dalam rahmat Allah, dikurniakan kebahagiaan dan kegembiraan yang berpanjangan.
Dulu waktu kecil-kecil, pernah tak terdetik dalam hati bila dah kahwin dan ada anak, tak nak jadi garang macam mak kita?
Tapi… Bila kita dah meningkat dewasa, baru kita sedar mak kita garang bukannya saja-saja. Ada maknanya! Makna yang kita akan rasa sendiri bila melalui hari-hari kita. Kan?
Dalam ramai-ramai orang yang kita kenal dalam hidup, mak satu-satunya beri didikan yang terbaik dan penuh kasih sayang. Jom ikuti perkongsian dari Asyikin Md Isa ini.
——————————————————————————————————
Ada orang kata, dengan kanak-kanak ni tidak boleh garang-garang dan perlu berlembut dalam mendidik. Adakah ia betul atau sebenarnya ibu garang macam singa adalah cara didikan yang terbaik?
Peranan ibu bapa
Anda pasti pernah melihat situasi seorang ibu memarahi anaknya dan ketika itu pasti terdetik di hati anda, “Saya takkan garang dengan anak saya”, betul tak? Penulis juga pernah mengatakan begitu. Namun, situasinya berbeza sekarang, apatah lagi apabila perlu memikul tanggungjawab sebagai ayah dan ibu dalam masa yang sama.
Adalah normal untuk anak-anak melakukan perkara yang mungkin akan mengundang kemarahan anda. Mungkin itu adalah lumrah proses tumbesaran anak. Namun setiap individu yang bergelar ibu dan bapa sudah tentu mahukan yang terbaik buat cahaya mata mereka.
Ibu garang didikan terbaik
Biasanya anak yang membesar di bawah didikan ibu yang garang dipercayai dapat membesar menjadi individu yang lebih baik. Ibu adalah individu penting yang banyak mempengaruhi cara anak membesar. Malahan, tidak boleh dinafikan, kebanyakan anak akan lebih rapat dengan ibu berbanding ayah.
Disebabkan ini, ibu perlu mempunyai sisi ‘garang’ yang tersendiri. Ini tidak bermaksud anda tidak boleh langsung memanjakan si comel anda, tetapi segalanya perlu mempunyai had agar tidak naik lemak dan memijak kepala ibu. Dalam erti kata lain, ketegasan yang masih terkawal.
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda terapkan di dalam diri anak-anak untuk menjadikan mereka sebagai individu yang lebih bertanggungjawab.
1. Maaf dan terima kasih
Sejujurnya bagi penulis, mengajar anak mengucapkan maaf dan terima kasih adalah perkara yang paling penting. Ia adalah perkara paling asas dalam mendidik anak-anak.
Ajarkan anak anda untuk memohon maaf apabila mereka melakukan sesuatu kesalahan tidak kira kepada sesiapa. Ini dapat membantu mereka untuk menyedari tentang kesilapan mereka dan membantu untuk mengelakkannya daripada berulang.
Sebagai permulaan, didiklah si manja anda untuk mengucapkan terima kasih apabila menerima sesuatu. Ia boleh menjadikan mereka sebagai individu yang tahu menghargai pemberian yang diterima.
2. Lakukan secara sukarela
Tidak dinafikan, ada yang menggunakan cara memberi upah untuk menggalakkan anak-anak membantu melakukan sesuatu pekerjaan. Tetapi dalam masa yang sama, tindakan ini boleh membina satu kebiasaan, iaitu mengharapkan sesuatu balasan apabila melakukan sesuatu pekerjaan atau perkara.
Sebaiknya, cuba untuk mendidik anak melakukan sesuatu secara sukarela tanpa mengharapkan sebarang balasan. Ajarkan mereka untuk membantu anda mengemas dapur atau membersihkan rumah.
Ini dapat melahirkan rasa belas kasihan dalam diri anak-anak dan dalam masa yang sama mengajar mereka untuk membantu individu lain dengan seikhlasnya. Mungkin pada permulaan, anak-anak anda sukar untuk melakukannya, tetapi jangan berputus asa.
3. Mengawal penggunaan media dan gajet
Antara kesilapan paling biasa dilakukan dalam aspek pendidikan anak-anak adalah memberikan kebebasan dalam penggunaan media, gajet mahupun internet. Malahan terdapat juga ibu bapa yang memberikan gajet untuk mendiamkan anak. Hakikatnya tindakan ini adalah salah.
Sebaiknya penggunaan media haruslah dikawal dan tidak membiarkan anak-anak menjadi terlalu obses dengan gajet. Amat disarankan untuk si manja di bawah usia 6 tahun, elakkan daripada mendedahkan mereka kepada penggunaan gajet dan media tanpa kawalan.
4. Rasai kegagalan
Penulis sendiri sebagai seorang ibu, sentiasa ingin mencuba membantu anak. Apabila si manja berdepan dengan situasi seperti sukar untuk melakukan sesuatu, naluri seorang ibu pastinya ingin menolong. Tetapi hakikatnya tindakan itu adalah sangat tidak baik untuk proses keyakinan diri anak.
Jika si comel anda tidak dapat membuat sesuatu, jangan terus menolong. Sebaliknya cuba untuk memberikan sokong kepada anak untuk mencuba dan tidak berputus asa. Masih gagal, bantu mereka dengan memberikan arahan atau menunjukkan cara yang betul.
Sekiranya, si manja anda membuat kesilapan, jangan terus memarahi mereka. Sebaliknya berikan sokongan untuk mereka melakukan yang lebih baik di masa hadapan. Ini kerana jika anda memarahi mereka, ia hanya menjadikan mereka takut untuk mencuba. Ingat, menjadi tegas tidak bermakna anda perlu sentiasa memarahi anak.
Garang tidak bermaksud tidak sayang
Menjadi ibu yang garang tidak bermakna anda tidak menyayangi anak-anak anda. Tetapi kerana rasa sayanglah anda harus bertegas untuk membentuk mereka menjadi ‘orang’ di masa hadapan.
Tidak salah untuk memanjakan anak, tetapi segalanya mempunyai had dan batasan. Jika ada yang mengatakan anda seorang ibu garang macam singa, tak perlu nak marah atau naik angin. Ini kerana anda lebih mengetahui apa yang terbaik untuk permata hati anda.
Nak jadi sebahagian dari ahli Keluargagader Club? Jom sertai sekarang juga di sini !
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.