Dalam kehidupan Muslim, sikap redha adalah tahap terakhir setelah terlebih dahulu berusaha dengan segala kemampuan.
Namun adalah tidak wajar jika tiada langsung usaha yang dilakukan dengan hanya mengharap pertolongan orang lain.
Bagi pakar kewangan, saudara Azizul Azli Ahmad, kehendak yang berlebihan membuatkan ada antara kita berbelanja melebihi kemampuan.
Lantaran itu, tanpa segan- silu meminta bantuan orang lain untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
Sebagaimana tangkap layar yang dikongsinya menunjukan seorang individu menagih sempati bantuan kewangan tanpa sedar bahawa permintaannya itu adalah untuk kehendaknya. Malah sikap malas untuk berusaha menjadikan sistuasi menjadi teruk hingga menjejaskan ahli keluarga lain.
Ikuti peringatan pakar kewangan ini mengenai kehendak berlebihan yang berlaku tanpa kita sedar dengan membuat perbandingan ibu-ibu zaman dahulu.
Zaman mak ayah dulu tak ada pamper pakai buang, ada kain lampin atau napkins sahaja. Buang najis anak, spray air kuat kuat basuh sampai hilang warna najis itu.
Jika najis itu kuning kuat dan cair, lagilah lama kena sental napkin itu bagi kembali putih dan bersih.
Bilas, keringkan dan jemur satu satu diampaian. Lambat ambil hujan basah balik atau burung berak.
Ads
Napkin ini boleh disimpan, diwariskan buat adik adiknya nanti. Pin kepala besar kena ada agar kemas ikatan napkin ini agar tak berterabur dan bocor.
Hujung 80-an mula ada lampin pakai buang tapi masih dihitung mahal bagi rakyat marhain macam kita kita nie. Rak kat kedai diletak depan depan, ada pasaraya simpan dalam lemari kaca.
Mak zaman dulu masak air simpan dalam termos yang besar macam roket Elon Musk tu. Ada penutup gabus bila buka.
Tudungnya dari tembaga dan boleh jadi cawan juga. Jangan pernah jatuhkan, nanti termos dalamnya pecah.
Masak air siap siap sebelum tidur, tuang masuk simpan. Bila nak guna buka pelan pelan isikan dalam botol susu anak.
Jika terlebih akan kepanasan, menangis lagi kuat budak tu. Mak saya dulu akan tuang belakang tapak tangan susu dah bancuh nak tahu panas atau tidak. Comel sungguh!
Ads
Mak akan sentiasa pastikan pelas termos ini ada stok air panas.
Zaman itu tak ada penapis air ini semua kawan kawan.
Jika mampu, kaya silakan pakai sahaja buat keluarga kita sejahtera.
Tiada yang salah.
Tapi jika sampai meminta minta, hidup susah masih malas masak air simpan.
Sesungguhnya, malanglah siapa yang berjodohan dengan kita itu.
Keluarga bahagia pastinya idaman semua pasangan suami isteri. Makin tambah seri apabila kehadiran anak-anak.
Namun, kadang kala wujud salah faham sehingga tercetus kemarahan didepan anak-anak.
Sebagaimana perkongsian ini saudara Faris di laman facebooknya mengenai cara teguran dan pujian (promote) isteri depan anak-anak. Barulah keluarga bahagia. Anak-anak pun respek kita, ibu ayahnya.
Wahai suami, hargai isteri mu.. dan jangan marah isteri depan anak2.
Bila saya belajar prinsip ni, baru saya faham kenapa kita ibubapa tak boleh berselisih depan anak-anak.
Ia akan bagi kesan pada anak-anak.
Kalau kita (suami) komen, tegur, dan marah isteri depan anak-anak, anak-anak akan belajar dari situ.
Walaupun mungkin komen kita dengan niat nak membetulkan isteri, tapi ia tetap beri kesan yang buruk!
Anak-anak akan tengok, ayahnya tak hormat ibunya. Ibunya dengan mudah boleh dikritik dan dikomen.
Bukan dihormati dan disegani. Suatu hari nanti, dia akan ‘ambik tempat’ ayahnya – tegur, komen, marah dan tak hormat ibunya.
Dia tak respek ibunya sendiri sebagaimana kita (bapa) tak respek isteri kita.
Maka tak peliklah kalau anak-anak tak dengar cakap ibunya. 10 kali suruh kemas mainan tapi tak jalan-jalan juga.
Malah dia boleh buat ‘bodoh’ apa saja suruhan ibunya. Ibunya hilang ‘bisa’ depan anak-anak.
Promotelah Isteri Depan Anak-anak- Beri pujian
Kita sepatutnya kena selalu promote (edify) isteri kita depan anak-anak. Zahirkan yang kita respek isteri kita depan anak-anak.
Sentiasa cakap pada anak-anak yang ibunya seorang yang baik, hebat, berjasa, bagus dan sebagainya.
Supaya isteri kita ada wibawa terhadap anak-anak. Anak-anak akan benar-benar percaya dan respeknya pada ibunya.
Sekali ibunya cakap, dia pasti akan dengar. Sebab mereka respek!
Mempromosikan isteri kepada anak-anak sebenarnya kita memberi satu ‘kuasa’ (power) untuk isteri mendidik mereka dengan mudah.
Kita mempermudahkan isteri untuk bantu kita didik anak-anak kita, yang akhirnya memudahkan kita.
Sama2 kita saling ingat mengingati 🙂
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sudah dua tahun kita menghadapi pandemik dengan sekatan rentas sempadan negeri. Situasi ini memberi impak kepada mereka yang gemar bercutu bersama keluarga.
Namun setelah kerajaan membuat pengumuman membenarkan aktiviti sosial serta rentas negeri, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk berlibur.
Terbaru, penganjuran Pameran pelancongan terbesar di Malaysia, “MATTA FAIR 2021 bermula hari ini dan esok.
Dengan lebih 300 booth, pameran ini menyediakan pakej percutian menarik pada harga yang berpatutan
Bagi yang bercadang ke sana, pastikan mematahui SOP yang telah ditetapkan.
Manakala yang tidak dapat hadir boleh booking secara online.
Jadi inilah masa untuk anak merancang percutian bagi tahun 2022!
Nak tahu 300 booth tu sila datang ke Matta Fair hari ni!
Tarikh : 20 & 21 November 2021
Masa : 10.00 pagi – 8.00 malam
Tempat : World Trade Centre, Kuala Lumpur
Rancanglah percutian anda ke seluruh negeri dengan pelbagai tawaran pakej istimewa.
Apa lagi jom ke sana. Pilih destinasi buat keluarga anda.
Tidak dinafikan sekarang ini, nilai barang kemas meningkat naik. Buat mereka yang memiliki barang kemas ia merupakan aset yang bernilai dan berbaloi disimpan dalam tempoh lama.
Ia adalah pelaburan jangan masa panjang. Walaupun harganya mahal namun, bagi yang tahu nilai aset ini, ada yang sanggup menambung untuk memilik barang kemas ini.
Begitu juga dengan wanita ini, Chienta Mul’aien II. Beliau telah displin diri setiap duit RM5 akan disimpam. Hasilnya hujung tahun, beliau akan membeli barang kemas untuk pelaburan buat dirinya.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Sis nak share lagi tips untuk suri rumah.. Dari awal kahwin sis didik diri untuk simpan duit rm5.. duit belanja/nafkah suami bagi.. Setiap kali balik kedai ada je note rm5 terus masuk tabung..(kalau mampu rm20 pon boleh buat) Tak kira ada baki 4 keping duit rm5 sis tetap akan simpan.. Sis hanya akan guna bila BETUL2 TERDESAK.. duit hasil meniaga ,cod barang pon kalau ada rm5 sis simpan.. Cukup setahun hasil dia sangat2 la memuaskan,tak banyak tapi ada.. Tiap hujung tahun sis shopping emas dengan duit rm5.. Pernah la sis kena perli dengan pasangan suami isteri dekat kedai emas masa bagi duit rm5 ni.. Katanya “nak beli emas pon korek tabung ke” Sis senyum je.. bila diorg keluar tanpa beli apa2 sis cuma cakap korek tabung pon x pe ada juga hasil nya.. Sis tak malu pon p beli emas guna duit rm5..(tambah duit lain klau terover shopping) Kedai emas tu pon tau dah ha
Dulu tak minat emas tetapi berguna masa susah
Sis ada terbaca ada yang tak minat emas. Sis x kisah cuma nak share sikit cerita sis.. Dulu mula2 kahwin pon sis tak minat emas.. Time tu kemalangan dengan suami..duit tak ada. Pinjam org xde yg nak tolong..
Sedih sangat,last choice sis pergi gadai cincin tunang..dapat la suami baiki kenderaan kami.. See kita rasa kita x minat.. tp fikir panjang.. beli je simpan buat kecemasan kalau x ada duit.. sbb emas tu beli tukar jadi duit cash.. Emas makin lama makin naik.. Cincin sis masa kahwin rm400 je.. sekarang harga dah dekat rm800+.. Tak rugi pon.. duit ni kalau simpan habis..tipu la kalau x terguna sis dh try simpan duit cash.. haishh skli kluar itu ini nak beli.. X nak emas goldbar pon blh…
Tapi kena ingat jangan lupa bayo zakat emas klau dah cukup syaratnya