Belum sempat reda berita kurang enak mengenai Noh Salleh baru-baru ini, tiba-tiba timbul pula perkhabaran angin kononnya penyanyi itu dan isterinya Mizz Nina sudah bercerai.
Memetik dari sumber Harian Metro, pasangan itu bercerai talak satu dengan lafaz dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Rabu. Difahamkan permohonan cerai difailkan di mahkamah pada 14 Jun lalu.
Kisah Noh dan Nina mula mendapat perhatian sejak beberapa bulan lalu apabila timbul gosip kononnya hubungan mereka bagaikan retak menanti belah. Namun bagaimanapun Noh menafikan dakwaan kononnya perkahwinan mereka bermasalah dan menganggap orang ramai telah tertipu dengan berita yang tersebar.
Ads
Dalam masa sama, mereka juga dilihat mengambil pendekatan mengunci mulut
apabila cerita rumah tangga mula diperkatakan.
Ads
Bagaimanapun Nina sebelum ini menerusi beberapa perkongsian di laman Instagram seakan memberi bayangan terdapat masalah dalam rumah tangga.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011 dan mempunyai seorang anak angkat bernama Musa.
Berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul. Tatkala melihat penderitaan adik Tuan Nur Batrisya Tuan Nasir yang menderita masalah Hydrosephalus atau kepala besar, pasti hati terpaut pilu. Kanak-kanak berusia lima tahun ini dikesan menghidap penyakit berkenaan sejak kandungan ibunya, Nur Suriati Dakta berusia tujuh bulan.
“Kami tidak sanggup lagi melihat penderitaan dan kesakitan dialami setiap kali dia menjalani pembedahan memasuk dan membuang tiup bagi membuang lebihan cecair dalam kepala.
“Tambahan pula, doktor sudah mengesahkan penyakit dialami Batrisya sukar untuk sembuh dan kembali normal seperti kanak-kanak lain kerana kepalanya semakin membesar selepas lebih tujuh kali melakukan pembedahan.
“Kami reda dengan ketentuan Ilahi dan sentiasa berdoa agar Batrisya sihat serta bebas dari masalah kesihatan lain,” katanya ketika disantuni jawatankuasa Kelab Wartawan Media Terengganu (KAWAT) di kediamannya di Kampung Duyong Besar, Kuala Nerus, hari ini. Yang turut hadir adalah Presiden KAWAT, Wan Abdul Rahman Hayat.
Menurut Nur Suriati lagi, walaupun ada beberapa pihak termasuk individu bersedia untuk membiayai kos rawatan termasuk menjalani pembedahan di luar negara, tetapi dia dan suami, Tuan Nasir Tuan Dalam, 35, yang berkerja sebagai pekerja am di sebuah hotel bersepakat menolak tawaran itu kerana tidak sanggup melihat kesakitan bakal dialami Batrisya ketika menjalani pembedahan.
“Batrisya anak bongsu daripada dua beradik mula dikesan mengalami masalah Hydrosephalus atau kepala besar sejak kandungan berusia tujuh bulan lagi.
“Kami terpaksa membawa Batrisyia untuk menjalani rawatan homeopati di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) setiap bulan,” katanya sambil memberitahu Batrisya dikesan mengalami masalah Hydrosephalus atau kepala besar sejak kandungan berusia tujuh bulan dan bukannya selepas dilahirkan seperti didakwa beberapa pihak.
“Pertama kali diberitahu doktor yang kandungan saya mengalami masalah Hydrosephalus dan kepala besar, tiada perkataan mampu digambarkan melainkan sedih, tetapi saya terpaksa kuatkan semangat dan reda menerima takdir Allah SWT.
“Selepas beberapa hari dilahirkan, Batrisya terpaksa dibedah bagi memasang tiup khas dari otak ke perut untuk mengeluarkan lebihan cecair di kepalanya bagi menghalang kepalanya daripada terus membesar.
“Walaupun tidak mampu bercakap dan bergerak seperti kanak-kanak sebaya, tetapi Batrisyia anak yang baik dan tidak banyak meragam serta mudah dijaga kecuali ketika sakit.
“Tetapi sejak beberapa hari lalu, Batrisya kerap mengalami kekejangan saraf serta kerap berjaga malam selepas pulang daripada menjalani rawatan homeopati di HSNZ,” katanya.
Nur Suriati berkata, dia terpaksa membelanjakan sebanyak RM700 sebulan bagi membiayai susu khas dan kain pakai buang untuk anaknya itu.
“Dengan pendapatan suami sebanyak RM1,000 sebulan, kami terpaksa berjimat dan menggunakan wang untuk membeli keperluan harian dan barangan dapur secara ala kadar termasuk perbelanjaan persekolahan kakak Batrisyia, Tuan Nurbalqis, 7, yang belajar di tahun satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Duyong.
“Selain bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) juga turut menyalurkan bantuan perubatan sebanyak RM3,000 setahun,” katanya sambil menambah memerlukan kerusi khas bagi memudahkan kerja memandikan Batrisya.
Sementara itu, Wan Abdul Rahman berkata, kerajaan negeri diminta mempertimbangkan kediaman kepada Tuan Nasir, berikutan rumah didiami empat beranak itu adalah rumah pusaka selain tanah milik penduduk kampung.
Biasanya bila berdoa kita selalu ucapkan bila usai solat namun hakikatnya,amalan berdoa ini tidak semestinya di atas tikar sejadah semata-mata. Malah dimana-mana dan pada bila-bila masa kita boleh berdoa, bertepatan betapa kita begitu bergantung harap mendapat rahmat dan kasih sayang Allah.
Lantas sebagai ibu bapa, kita perlulah mendidik anak-anak kita untuk sentiasa berhajat kepada Allah walaupun pada perkara-perkara yang kita rasakan nampak begitu remeh dan ringkas. Hal ini cuba diingatkan oleh Prof Muhd Kamil Ibrahim, dan ini katanya.
DIDIK ANAK BERDOA
Didiklah anak-anak agar sentiasa berdoa kepada-Nya walaupun dalam sesuatu yang kelihatan tidak mustahak.
Setiap kali – misalnya – mahu meninggalkan rumah ke sekolah, kembali ke asrama atau pulang ke universiti berpesanlah kepada anak-anak agar memohon kepada-Nya supaya dipermudah pengajian.
Ia kelihatan tidak perlu, tidak diajar dan tidak diamalkan oleh ramai orang kerana ia bukan amalan harian.
Malah ramai di antara kita yang tidak melihat berdoa sebagai satu amal ibadat paling ringkas, mudah dan tanpa kos.
Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.
Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina.
Penyanyi yang popular dengan lagu etnik klasik, Syura Badron telah selamat melahirkan putera lelaki pada hari Isnin, 13 Mac 2023 bertempat di sebuah hospital swasta di Johor Bahru.
Berita gembira tersebut dimuat naik oleh suaminya, Muhamad Farizat Ismail menerusi sebuah hantaran video di Instagram milik mereka sebentar tadi.
“Syukur Alhamdulillah.. Pada 13 Mac 2023 isteri saya telah selamat melahirkan seorang putera seberat 2.5 kilogram (kg) secara normal pada pukul 9 malam.
“Syura dirawat sempurna oleh Dr. Thokha Muhammad di Regency Specialist Hospital, Johor Bahru.. Terima kasih di atas segala doa yang tak hentio-henti dari semua..
“Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala doa kalian. Terima kasih sayang untuk anugerah terindah ini..” tulisnya.
Malah, dalam perkongsian yang sama, mereka juga turut mendedahkan nama anak lelaki mereka di akhir kapsyen tersebut.
“Assalamualaikum dan selamat datang sayang daddy mummy, Muhammad Umar Eussof,” tambahnya.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.