Kulit berminyak memang menjadi satu masalah jika tidak bijak menjaganya. Kulit jenis ini biasanya perlukan lebih penjagaan dan rawatan agar dapat kurangkan minyak sedia ada.

Jika tersalah menggunakan produk atau kurang sesuai dengan kulit muka, kulit kita lebih terdedah kepada pelbagai masalah kulit seperti jerawat, jeragat dan sebagainya.

Kulit berminyak biasanya berpunca daripada hormon yang tidak seimbang. Begitu juga dengan genetik serta ubatan dan produk yang digunakan.

Malah bebanan kerja juga menjadi salah satu punca masalah kulit berminyak. Pun begitu, kita mampu atasinya supaya kulit kurang berminyak. Bagaimana?

7 langkah ini sangat membantu:

Atasi Masalah Kulit Berminyak, Kurangkannya Dengan Cara Begini!

1. Kerap Cuci Muka
Cucilah muka sekerap yang mungkin bagi mengurangkan minyak yang ada. Sebaik-baiknya cuci muka dengan pembersih yang bersesuaian dengan kulit.

IKLAN

Bagi mengelak minyak yang berlebihan, cukup dengan hanya membersih wajah dua kali sehari. Jika kerap membersih wajah, ia akan mengikis lapisan kulit wajah. Tindakan membersih wajah secara kerap ini juga membahayakan kulit yang sering terdedah kepada cahaya matahari.

Atasi Masalah Kulit Berminyak, Kurangkannya Dengan Cara Begini!

2. Minum Air kosong
Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari. Minum air dengan banyak boleh menjaga metabolisme tubuh. Tubuh yang mengandungi banyak air boleh memberi kelembapan dan menghalang penghasilan minyak berlebihan. Masalah jerawat juga dapat dikurangkan.

3. Asid Salicylic
Boleh juga menggunakan asid salicylic untuk kesan yang lebih cepat. Asid ini berfungsi untuk mengeluarkan kelenjar produksi minyak dan folikel serta mengurangkan jumlah minyak yang dikeluarkan oleh kulit. Ketika membeli pembersih wajah atau krim muka, pastikan produk tersebut mengandungi asid ini. Asid salicylic juga dikenali sebagai 2-hydroxybenzoic acid.

IKLAN

4. Air Suam
Celup tuala muka yang bersih ke dalam air suam yang sudah dicampur sedikit garam. Tekap secara perlahan-lahan ke wajah dan biarkan sehingga tuala tersebut sejuk. Air suam itu akan membuka pori wajah dan garam berfungsi mengangkat kotoran pada wajah.

Atasi Masalah Kulit Berminyak, Kurangkannya Dengan Cara Begini!

5. Putih telur
Ambil putih telur dan gunakannya sebagai masker. Asingkan kuning telur dan putih telur. Pukul putih telur dan sapu di wajah serta biarkan kering. Bilas dengan air suam.

IKLAN

Atasi Masalah Kulit Berminyak, Kurangkannya Dengan Cara Begini!

 

6. Pisang
Selain berfungsi untuk mengurangkan rasa sakit ketika menstruasi, pisang yang kaya dengan vitamin A, B dan E juga berfungsi sebagai anti penuaan. Kisar pisang dan tekap di wajah yang telah dicuci. Jika kulit wajah berjerawat, tambah sedikit madu untuk meyingkirkannya.

Atasi Masalah Kulit Berminyak, Kurangkannya Dengan Cara Begini!

7. Lemon
Lemon mengandungi vitamin C yang membantu kulit lebih cerah dan menyingkirkan bekas jerawat. Perah air lemon kemudian tambah madu dan tekap di wajah. Jika mahu kesan yang lebih, minum air lemon suam yang ditambah madu untuk membersihkan kulit daripada dalam.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI