Berdepan dengan masalah semut di meja makan mungkin anda juga mengalaminya. Pelbagai cara telah dicuba, bukan sahaja dengan pastikan setiap kali lepas makan meja dilap dengan bahan pencuci namun semut tetap juga nak ‘beratur’ di meja makan. Tambah-tambah lagi bila ada banyak makanan yang terhidang di atas meja.
Pun begitu, usah putus asa apa kata anda cuba pula tips dan cara yang dikongsikan oleh saudara Ahmad Syahril Mohd yang mudah ini. Dia hanya menggunakan dauble sided tape sahaja.
Nak tahu lanjut bagaimana cara dia lakukan, jom baca perkongsian daripanya ini.
Perkongsian simple untuk masalah semut atas meja, terutamanya musim-musim puasa ni, dan nak raye ni..
Bahan-bahan yang diperlukan :
1. Double Sided Tape
2. Gunting
Ads
Bertahan 1-2 minggu
Hanya letak double sided tape di kaki meja, semut tak dapat naik dah, tapi ia boleh bertahan dalam 1-2 minggu, sebelom gam double sided hilang, tapi cukup la sementara nak guna untuk beraya.. Habis gam, tampal balik double sided di tempat sama.. boleh je..
Proses berpantang selalu dipandang mudah oleh sesetengah wanita terutama wanita muda dan moden. Biarlah cara hidup kita moden asalkan rutin yang satu ini dijaga. Bukan itu siapa, tapi untuk diri kita sendiri terutama pada masa hadapan.
Wanita disarankan untuk berpantang sehingga enam bulan bagi memastikan mereka benar-benar cukup kuat dalaman dan luaran. Mungkin sesetengah wanita merasakan tempoh berpantang selama 44 hari itu sudah mencukupi.
Luka mungkin telah sembuh namun yang perlu anda tahu, kekuatan lama terutama kesihatan rahim dan sebagainya mengambil masa untuk dipulihkan.
Apa yang perlu anda tahu, peranakan yang tidak sihat, jatuh dan sebagainya mengundang banyak risiko dan kesihatan pada diri. Disebabkan itulah semua wanita perlu ambil tahu dan menjaga kesihatan diri sendiri.
Berikut merupakan kesan buruk akibat peranakan jatuh. Anda perlu tahu apabila mengalami masalah ini.
Gangguan Kencing
Wanita yang mengalami masalah peranakan jatuh atau prolapse selalunya berdepan dengan masalah kencing yang pelbagai. Ada sesetengah kes yang kerap kencing tetapi ada juga yang sukar untuk kencing. Namun kes yang seringkali terjadi bilamana wanita gagal mengawal kencing terutama ketika batuk, bersih atau ketawa. Ini serius!
Gangguan Hubungan Intim
Apabila peranakan jatuh, faraj akan mengalami kelonggaran dan otot di sekelilingnya akan turut terjejas. Hal ini mengakibatkan kenikmatan hubungan intim menjadi terganggu.
Sakit Pinggang
Masalah peranakan jatuh juga akan membuatkan seluruh kawasan pada bahagian bawah merasa sakit terutama selepas berjalan atau berdiri terlalu lama. Malah kesan daripada itu juga akan membuatkan sakit di bahagian pinggang.
Rahim Terkeluar
Untuk kes yang teruk, ada segelintir wanita yang rahimnya telah terkeluar dan ini menyebabkan kesakitan yang serius. Selain rasa sakit dan tidak selesa, ada juga kes yang terkeluar hingga terkena pada permukaan seluar dalam dan ini pastinya menyakitkan.
Jangkitan Virus
Bukan itu sahaja malah jika rahim terkeluar, mereka cenderung dijangkiti kuman di kawasan ini dan mengakibatkan berlakunya keputihan dan pengeluaran lendir yang banyak. Ini sudah semestinya buat wanita rasa tidak selesa dan terdedah kepada risiko
jangkitan lain.
Petua Elak Rahim Jatuh
* Kena berpantang dengan betul dan jangan sekali meninggalkan rutin berpantang seperti bertungku, berbengkung dan menjaga pemakanan
dengan tepat.
* Bertungku juga kena ada cara yang tepat supaya rahim cepat kecut dan pulih dengan segera.
* Harus berpantang makan dan elakkan daripada mengambil makanan yang dilarang. Ini sangat penting untuk segera sembuh dan menjaga
setiap urat.
* Ketika berpantang dan selepas tempoh berpantang (sekurangnya enam bulan), elakkan sama sekali mengangkat barang yang berat.
* Ambil makanan yang berkhasiat untuk kesihatan dalaman tubuh disamping membekalkan susu yang lebih hebat buat bayi.
* Pastikan set ubat-ubatan untuk dalaman wanita diambil setiap hari sehingga tempoh berpantang tamat. Mengambilnya untuk tempoh
yang lama selepas itu amat digalakkan.
* Senaman kegel jangan diabaikan kerana ia mampu melatih otot-otot pelvik dan kawasan sekitarnya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penampilan pelakon terkenal, Fasha Sandha yang langsing selepas mengamalkan gaya hidup sihat menjadi bualan ramai.
Menurutnya, dia kehilangan 10 kg selepas mengamalkan pemakanan yang seimbang serta aktiviti sihat.
Ramai yang terinspirasi dengan penampilanya itu persis anak dara dan menjadikan ia sebagai semangat untuk menurunkan berat badan.
Namun dalam pada itu, ada cerita-cerita kurang baik yang didengari. Seorang wanita telah mendakwa aktres itu melakukan pembedahan bariatrik untuk mengurangkan berat badan.
Fasha dengan tegas telah meminta wanita berkenaan memohon maaf atas dakwa yang terang-terang adalah fitnah yang boleh menjatuhkan reputasinya sebagai artis.
Bagaimanapun, pelakon ini telah menerima permohonan maaf daripada wanita berkenaan dan berharap ia menjadi pengajaran buat pengguna media sosial lain sebelum membuat sebarang tuduhan di media sosial.
“Selepas tiga jam, permohonan maaf terbuka. Saya maafkan hanya untuk kali ini dan semoga dapat dijadikan iktibar.
“Agak tidak berlaku pada orang lain, terhadap artis lain juga. Dapatkan fakta sahih sebelum komen,” katanya.
Fasha berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya yang turut memaparkan permohonan maaf daripada wanita berkenaan.
Dalam permohonan maaf yang dibuat, wanita berkenaan mengakui kesalahannya sekali gus berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.
“Saya ingin memohon maaf kerana telah menyebarkan komen yang tidak pasti benar dan sahih tanpa usul periksa.
“Saya tidak selidik perkara sebenar sebelum menyebarkan komen ini. Saya mohon maaf dan tidak akan mengulanginya,” katanya.
Sementara itu, Fasha berkata, dia berharap orang lain tidak akan menyalahgunakan media sosial kerana negara mempunyai undang-undang.
“Jangan sesekali menyalahgunakan media sosial. Negara ada undang-undang.
“Saya tidak akan menjawab apa-apa lagi tentang isu ini kerana saya sudah pun maafkan dia,” jelasnya.
Di Sebaliknya kelincahannya di trek lumba basikal, rupa-rupanya Datuk Azizulhasni Awang ni terer juga di dapur.
Dalam perkongsian Di laman Instagram, ayah kepada tiga cahaya mata ini menunjukkan cara membuat roti paung yang viral.
Bukan je mudah malah bahan digunakan pun simple dan tak banyak. Yang penting step by step Di dalam video berkenaan memudahkan untuk mereka yang baru pertama kali nak cuba buat.
Nah admin kongsikan resipi dan caranya, selamat mencuba!
Bahan-bahan:
500 gram Tepung Gandum
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil ovalette
1 peket yis
250ml Air suam
30 gram mentega
1 sudu kecil garam
Cara membuat:
1. Masukkan tepung gandum ke dalam bekas besar.
2. Masukkan pula gula, susu pekat, ovalette, garam dan mentega.
3. Sementara itu, kacau yis sebati dalam air suam dan tuangkan ke dalam adunan tadi.
4. Kacau dan gaul adunan sampai sebati.
5. Kemudian dah sebati, uli pula dengan tangan
6. Bahagikan adunan beberapa bahagian dan buat bulatan
7. Masukkan doh ke dalam loyang dan rehatkan selama 30 hingga 40 minit.
8. Biarkan doh naik mengembang dan boleh bakar dalam oven.
9. Dah siap bakar boleh sapukan dengan sedikit mentega atas roti ketika masih panas.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.