
Atuk 80 tahun cedera, kereta dipandu rempuh warung. Seorang lelaki berusia 80 tahun yang juga pesara polis mengalami kecederaan ringan selepas kereta Perodua Myvi yang dipandunya terbabas dan merempuh sebuah warung di Batu 13, Pantai Belimbing, Durian Tunggal pada petang Isnin.
Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah, kejadian berlaku sekitar jam 2.55 petang ketika mangsa sedang memandu seorang diri dari arah Pulau Sebang menuju ke Taman Melaka Perdana.
“Setibanya di lokasi kejadian, kenderaan dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan dan melanggar warung yang terletak di tepi jalan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.
Nasib menyebelahi kerana tiada sesiapa berada di warung berkenaan sewaktu insiden berlaku. Mangsa pula hanya mengalami bengkak di bahagian kepala.
Mangsa yang menetap di Taman Dahlia, Bukit Beruang, Ayer Keroh kemudian dikejarkan ke Hospital Alor Gajah untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Kes kini disiasat di bawah Peraturan 10, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan semasa memandu.
Sumber: Sinar Harian
Baca artikel lain juga: Warga Emas Terkejut Duit Hilang RM4 Juta
Tak Sampai Sejam, Resipi Kuih Talam Cik Mah Warga Emas 71 Tahun Ini Habis Terjual!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my