Peti sejuk atau juga peti ais ibarat peti harta karun yang menempatkan segala macam termasuklah makanan yang sudah di masak, makanan mentah, minuman, buah-buahan, sayuran. Tidak ketinggalan barangan basah seperti ikan, daging, ayam dan sebagainya.
Mungkin ada antara ibu-ibu yang bosan melihat peti sejuk nampak ‘togel’ tidak berbalut. Jadi bagi yang kreatif mereka menampal kertas dinding atau wallpaper untuk menampakkan ia lebih menarik.
Wallpaper ditampal pada dinding untuk mencantikkan dinding. Apabila siap dipasang, wallpaper dapat memberi impak atau tekstur yang berlainan daripada cat. Tetapi jika ditampal pada barangan elektrik, ia boleh mengundang bahaya . Nah baca perkongsian ini sebelum anda mencantikkan peti sejuk di rumah.
USAH PASANG KERTAS DINDING PADA PERALATAN ELEKTRIK. Pemasangan kertas dinding (wallpaper) boleh menjadikan ruang pada sesebuah rumah itu kelihatan cantik dan menarik. Namun, usah sesekali menampal bahan mudah terbakar itu pada peralatan elektrik.
Ads
Selain haba tidak dapat dibebaskan dengan baik, trend pemasangan kertas dinding pada peti sejuk misalnya boleh meningkatkan risiko kebakaran.
Ads
Tindakan itu juga dapat mengurangkan keberkesanan dan memendekkan jangka hayat sesebuah peralatan elektrik.
Gabungan rasa susu dan mangga yang masam-masam manis memang sangat menyegarkan. Teksturnya yang lembut lebih-lebih lagi kalau makan sejuk-sejuk memang sedap.
Untuk ibu-ibu yang tengah berdiet tapi nak cuba puding mangga susu yang simple ini resipinya. Bahan-bahan pun mudah hanya menggunakan 3-4 bahan utama saja. Hasilnya pula sangat menarik, ala puding mangga KFC tapi lagi sedap!
Jadi, jangan buang masa lagi. Jom kita tengok resepi puding mangga oleh Puan Yang Ku Rodzmah ini.
RESEPI PUDING MANGGA SUSU ALA KFC. KURANG MANIS LAGI SEDAP!
Hari tu ada orang share resepi dadih susu yang viral.
Serius sedap makan sejuk-sejuk. Rasanya ala puding mangga yang dijual di KFC. Mungkin lagi sedap lagi sebab kita boleh olah ikut citarasa sendiri dan pakai pula bahan yang segar. Dah tentulah lagi uummpph hasilnya.
Ini saya sertakan bahan yang saya gunakan dan cara membuatnya langkah demi langkah.
Mula-mula masakkan agar-agar tali menggunakan 1 liter air.
Tunggu sampai agar-agar betul-betul larut dan hancur. Masukkan sedikit gula dan garam.
Bila dah hancur agar-agar tu barulah letak susu kotak full cream 1 liter.
Tunggu sampai meruap dah boleh padamkan api ya. Tak perlu sampai gelegak sebab nanti susu tu tak cantik.
Isi puding susu ke dalam bekas dan tunggu kejap biarkan ia memejal.
Untuk topping tu saya cuma campurkan mangga yang dipotong dadu dan bersama Sunquick perisa mangga. Tak perlu masak, terus campurkan saja.
Ikutlah banyak mana nak guna, boleh agak-agak ikut kita nak manis macam mana.
Bila dah siap, inilah hasilnya. Mudah kan? Nampak warnanya pun menarik.
Ada orang jenis kalau makan mesti nak pedas makanan tu. Tak pedas tak sah! Haa dah kalau ‘hantu’ sangat makanan pedas, boleh la buat stok sambal guna resipi dari Afy Al Habibi ni. Boleh tahan nama sambalnya tu, terliur dibuatnya! Makan dengan nasi panas-panas, ada ulam sikit dan telur mata pun dah ngam tau! So….tunggu apa lagi, jom cuba!
RESEPI SAMBAL BELACAN MENYENGAT
1. Sediakan bahan-bahan di bawah;
– dua genggam cili padi merah + hijau
– *2 biji bawang merah (saiz bola ping pong)
– *1/4 bawang Holland
– *1 biji tomato saiz kecil
– *1 ulas bawang putih
– *2 inci belacan
(bahan bertanda *dibakar atas pan terlebih dahulu)
2. Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam pengisar.
Tambahkan :
– 3 sudu besar cuka
– 1/2 sudu kecil garam
– 2 sudu besar gula
– secubit dua ajino
– sedikit air masak ( jangan letak banyak. Nanti cair sangat)
* kuantiti garam gula mungkin perlu ditambah atau dikurangkan mengikut bahan atau citarasa sendiri*
3. Selepas itu, kisar semua bahan hingga lumat. Hidangkan. Perah sehiris dua asam limau nipis.
Siap!
RESEPI IBU SAMBAL KICAP MABELESS
1. Bahan-bahan yang diperlukan;
– dua genggam cili padi hijau
– 8 ulas bawang putih
* Tips sambal kicap lebih sedap dan tahan lama,
– Goreng seketika dua bahan di atas.
– Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.
2. Masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar.
3. Tambahkan kicap. Cikgu suka guna kicap Jalen lemak manis. Nak guna kicap cap apa pun boleh. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi.
4. Cikgu tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk seimbangkan rasanya.
5. Untuk menambahkan kepekatan dan rahsia sambal lebih sedap, cikgu tambahkan 1/2 genggam kismis dan 3 sudu besar bawang goreng untuk dikisar sekali. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa.
6. Kisar semua bahan tersebut sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.
7. Cara simpan ibu sambal kicap supaya tahan lama:
*masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Guna sudu kering setiap kali mengambilnya. Hidang dalam bekas berasingan.*
*kalau simpan terlalu lama dalam peti, sambal kicap akan memekat. Jadi boleh tambah air masak. Kacau sebati. Perasakan lagi sekali jika tidak memadai*
RESEPI SAMBAL AYAM PENYET MENGOSEK
1. Sediakan bahan berikut untuk digoreng seketika;
– 20 batang cili merah
– segenggam cili padi merah + hijau
– 1/2 biji bawang holland
– 2 biji bawang merah saiz bola pingpong
– 4 ulas bawang putih
– 2 biji tomato kecil
– 2 genggam kecil ikan bilis
– 1 sudu kecil udang kering
– 1/2 inci belacan
2. Gorengkan bahan-bahan di atas untuk seketika.
Cikgu goreng asing cili dengan bahan lain.
3. Semua bahan yang sudah siap digoreng disejukkan seketika lalu dimasukkan ke dalam tabung pengisar. Tambah sedikit air untuk melumatkan bahan.
*simpan segenggam ikan bilis untuk ditabur dalam sambal selepas ini*
4. Panaskan minyak gorengan tadi. Masukkan bahan kisar. Tumis sehingga sedikit garing.
5. Masukkan pula baki ikan bilis tadi.
Biarkan sambal terus masak dalam api perlahan.
6. Perasakan sambal dengan nisse @ gula melaka, gula, garam bukit dan secukup rasa.
Kuantiti terpulang kepada citarasa sendiri.
7. Masak kira-kira 30-45 minit dalam api perlahan. Keluarkan sedikit lapisan minyak setelah sambal pecah minyak sepenuhnya.
Ikut tips penyimpanan cikgu untuk tahan lama. Bahagikan stok untuk simpanan dalam tempoh lama letakkan dalam freezer.
Untuk tempoh 2-3 minggu memadai sahaja simpan dekat chiller.
Sambal boleh bertahan seminggu jika diletakkan diluar peti.
*Gunakan sudu kering setiap kali mengambilnya*
RESEPI AIR ASAM KETAGIH
*Ada sedikit kelainan dalam resepi cikgu berbanding yang dulu*
Untuk tempoh penyimpanan yang lebih lama dan mengekalkan rasanya, cikgu tak terus tambah kulit limau kasturi*
Nak makan baru letak.
1. Sediakan bahan-bahan berikut.
– 2 biji bawang merah saiz bola ping pong
– 1 biji bawang besar Holland
– 1 biji tomato
– 3 ulas bawang putih
– 1 inci belacan
Belah dua bahan di atas kecuali belacan. Bakar atas pan non stick.
2. Selepas dibakar, sediakan bahan tambahan;
– 5 biji limau kasturi
– 2 biji limau nipis.
Perah jusnya. Asingkan biji.
– 5 tangkai cili padi hijau
– 5 tangkai cili padi merah
3. Masukkan semua bahan di atas dalam pengisar.
4. Tambahkan sekali 1 1/2 gelas air asam jawa.
(Segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air)
* Ikut kepekatan yang diingini*
4. Masukkan juga 1 sudu besar garam bukit dan 1/2 sudu besar gula perang. Kemudian kisar selumatnya.
5. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.
6. Cara hidangan untuk kesegaran berpanjangan.
– Ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk.Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Atau nak tambah kerisik stail orang utara pun boleh. Sedia dihidangkan.
RESEPI SAMBAL JANTAN POWER
Sediakan bahan-bahan di bawah:
– dua genggam cili padi merah
– 2 sudu besar gula
– 3/4 sudu kecil garam ( atau masukkan sikit-sikit)
Kuantiti rasa boleh ditambah@dikurangkan mengikut citarasa sendiri.
– 1/2 cuka dari sukatan cili dalam blender
*boleh tambah sedikit air jika alah dengan cuka*
Kisar semua bahan di atas hingga lumat dan selepas sehari dua cili semakin sedap untuk dimakan.
Setiap kali masak daging memang buat kita risau. Mana taknya, jika salah hiris, daging dikatakan keras. Nak beli daging batang pinang pulak agak mahal.
Jika nak masak rendang atau gulai daging sedap jika ambil bahagian daging pejal. Ada juga daging kotak yang liat bila nak masak. Memamg liat daging, nak makan pun susah!
Namun untuk memasak daging ni kena ada teknik yang betul. Salah satunya kena tahu petua nak jadikan daging jadi lembut dan tidak liat.
Kepada ibu-ibu di luar sana tu mesti selalu tercari-cari petua-petua cara untuk lembutkan daging. Berikut dua petua yang disediakan supaya daging jadi lebih lembut.
P/S: Cuba LIHAT NI untuk barang-barang memasak. Menarik!
PETUA 1: Petua Dari Tukang Masak Thai; Guna Ais Batu
Cara macam ni yang selalu saya buat time nak masak daging. Nak masak sup daging sup tulang kejap je tak payah lama. Rebus dulu daging tu 20 minit ke 30 minit (Sempatlah kita sediakan bahan2 lain ). Time air tengah mengelegak kuat tu masukkan ketul ais.
Kejap je daging tu empuk. Petua ni saya dapat dari tukang masak thai.
PETUA 2 : Guna Minyak Masak
Saya share cara nak lembutkan daging untuk ahli group masak apa tak jadi.moga manfaat untuk yg pening cara nak lembutkan daging.
Cara cikgu ida nak lembutkan daging. Selalu org rebus kan? Tapi cikgu tak rebus.
Caranya :
1.Bubuh 2 sudu je minyak.panaskan minyak.
2.Masuk kan daging.
3.Air akan keluar sendiri dari daging tu.
4.Cikgu gunakan api yg kuat
5. kacau sekali sekala je daging tu.masak sampai air kering.
6. Dah nak dekat kering baru kacau banyak kali.
Air dah kering maka lembut lah daging tu. Daging empuk dan lembut. Mudah dan simple je. Senang kan nak daging lembut? Lepas tu baru angkat untuk masak daging sambal kejap lagi.
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.