Jodoh pertemuan, ajal maut semuanya ditentukan oleh Sang Pencipta. Kebahagian yang diimpikan berpanjangan hingga ke akhir hayat, rupanya hanya mampu dikecapi buat seketika sahaja.
Demikian bagi lelaki ini apabila isteri tersayang pergi tak kembali selepas 3 bulan mengecapi alam rumah tangga. Kesedihan sang suami turut dirasai oleh ahli keluarga yang lain. Lebih-lebih lagi arwah merupakan menantu perempuan pertama di dalam keluarga tersebut.
Kepulangan Farah Njawa Binti Zakaria ke Rahmatullah akibat demam panas nyata meninggalkan kesan yang cukup mendalam.
Shastri Rathi yang merupakan bapa kepada pengantin lelaki Amirul Licap berkongsi kisah pertemuan anaknya bersama menantu yang bermula sejak di bangku sekolah lagi sehingga diijabkabulkan dan akhirnya terpisah buat selama-lamanya.
Aku dapat pangkat bapa mertua
Jodoh, Rezeki, Ajal…. Ketetapan yang ditulis Allah swt. Manusia hanya mampu merancang dan menerima seadanya ketentuan yang tersirat.
Akad nikah pada Jumaat 26/10/2018 berjalan lancar. Alhamdulillah… Anak ku bergelar ‘suami’ dan aku dapat pangkat ‘Bapa Mertua’. Persandingan belah perempuan di Kem Sg Besi keesokan harinya juga berjalan lancar. Meriah majlis anjurannya berteraskan budaya Melayu. Dengan berbaju Melayu bersisipkan sebilah keris, anakku mengiringi isterinya ke pelamin. Betapa gembiranya hati ini bila menyaksikan kebahagiaan pasangan pengantin. ‘Alhamdulillah, bertambah sorang lagi keluarga aku’ bisik hati kecil ini. Sekarang ada kurang 3 bulan sebelum berlangsung persandingan belah lelaki.
Percintaan berputik di zaman sekolah
Pada Sabtu 05/01/2019, berlangsunglah persandingan pihak lelaki di Taman Melawati. Perancangan rapi telah kami uruskan dengan harapan agar semua tetamu-tetamu yang dijemput akan bergembira dan menyaksikan bertemunya jodoh anak sulungku Amirul Licap dengan pasangannya Farah Najwa Bte Zakaria. Percintaan yg berputik dizaman persekolahan SEMASHUR 10 tahun akan sempurna dengan langkah akad & bersanding.
Alhamdulillah…. Sebagai seorang Ayah… Ini yang diimpikan. Kebahagiaan berkekalan dan penerusan warisan. Gembira hati ini bila melihat sumbangan usaha pasangan, saudara mara, kawan-kawan untuk memastikan kesempurnaan majlis.
Ads
Kami gembira dan syukur atas kehadiran mereka
Khusus pada birasku Mus sekeluarga dan Khai sekeluarga. Terima kasih banyak atas segala sumbangan, pertolongan, bantuan dan juga masa bersama. Tidak lupa juga pada adik beradik pengantin perempuan dan sahabat-sahabat mereka dari SEMASHUR yang turut menyumbang usaha & tenaga. Pada Event Planner dari Azzuieena Villa Bunglow terima kasih atas kerjasama padu kalian hingga tiada cacat cela perjalanan majlis dari mata kami. Terima Kasih yang tak terhingga dari kami pihak keluarga. Semoga Allah jua yang membalas budi kalian.
Di malam persandingan ini, berjumpa semula saudara mara yang dah lama tak bersua, kenalan-kenalan dari tempat aku membesar dahulu di Ulu Tiram, kawan sekolah SJI 85, sahabat-sahabat dari KDU, kenalan dari tempat kerja MAS. Alhamdulillah, sebak dan terharu bila berjumpa kembali selepas hampir 40 tahun tak berjumpa. Kenalan dari MAS yang ku kenali dari 1994 juga hadir meramaikan majlis. Kami gembira dan bersyukur atas kehadiran mereka.
‘Wawa berehatlah ye’
Pengantin berdua kami syorkan duduk serumah dengan kami selepas berkahwin. Syarat kami hanyalah. Seminggu dirumah kami dan seminggu dirumah besan di Ampang. Selamat Datang Wawa. Kami teruja dengan kehadiran ‘Anak Perempuan’ di teratak kami. Gelak tawanya, masakan yang dihidangkannya, celotehnya, kemesraan pengantin berdua dan keakrabannya dengan isteriku amat mendamaikan sanubari ini.
Ku lihat anakku gembira sekali. Anak lelaki ku yang sorang lagi juga gembira dengan kehadiran ‘Kakak’. Isteriku dah ada ‘Geng’ Pakat ‘membahan’ dan menyakat ‘Ayah’ sorang ni. Aku suka semua tu dan aku redha dengan kebahagiaan dari Illahi.
Ads
Sehinggalah.. Pada Jumaat 08/02/2019. Menantuku masuk hospital. Demam panas. Kami di sisinya sehingga Ahad. Keadaan tidak berubah dan kami pindahkan ke Ampang Hospital lepas Asar. Dekat Maghrib, Farah dimasukkan ke Zon Kritikal. Berderau darah bila dengar penerangan Doktor bertugas.
Seluruh keluarga dapat melihatnya. Dikala azan berkumandang. Kami dapat berjumpa dengan Wawa. Dia masih dapat berkata-kata dan luluh hatiku melihatnya berusaha untuk bernafas. Salam terakhir dari isteriku dijabat erat seolah tidak mahu dilepaskan. Mata ku mula ‘berkaca’. Yang dapat ku ucapkan hanyalah ‘Wawa berehatlah ye, In syaa Allah. Kami sentiasa di sisi Wawa’. Teringat kata Doc tadi.. ‘Jika sampai esok pagi tak perlu Induce Coma n put on Life Support, in syaa Allah, Wawa akan beransur pulih’ Malangnya, kira-kira pukul 0330h. Wawa terpaksa dibantu pernafasan.
Bagaikan dentuman halilintar
Isnin…Wawa di ICU. Sedihnya bila kenalan, saudara mara berpusu melawat. Rutin kami hanyalah rumah di Puchong dan kembali ke Ampang Hospital. Keadaan Wawa masih tak berubah. Pressure masih low dan erratic. Kejap naik kejap turun.
Selasa….Wawa masih tak berubah. Ku lihat anakku Amirul disebelah Wawa. Mengaji di telinga Wawa dan diurutnya tangan Wawa. Ku saksikan kasih seorang suami kepada isterinya. Aku sebak melihat kesedihan anakku. Besan ku juga sudah dibilik ICU. Mengaji bersama dan mengurut kaki Wawa. Terdetik dihati ku sewaktu hendak memakai Hair Net, Gown, Gloves & Face Mask bila Doc kata dengan sayu. ‘Takpe, masuk aja lah’
Panggilan telefon dari kawan anakku, Pora pada 2215h dan dari anakku pada 2230h bagaikan dentuman halilintar. Wawa sudah dijemput Illahi. Inna Lillahi Wainna Illahi Rojiuun. Wawa tiada lagi. Ya. Wawa tiada lagi. Arwah dikebumikan di Tapak Perkuburan Cheras Baru selepas Zohor pada hari Rabu 13/02/2019 di usia hampir 25 tahun. Selepas hampir 3 bulan bergelar isteri dan menantu kini bergelar Arwah.
Ads
Selamat bersemadi arwah Farah Najwa
Ya Allah. Daku redha dengan ketentuan Mu. Cucurilah Rahmat Mu ke atas Rohnya, ampuni lah dosa-dosanya, Lapangkanlah kuburnya, kasihanilah dia dan tempatkanlah rohnya dikalangan mereka yang Solihin.. Aamiin.
Aku masih bersedih. Sedih kerana arwah pergi…
Sehari sebelum hari mengambil Sijil Perkahwinan 5 hari sebelum hari kelahirannya yg ke 25 2 minggu sebelum siapnya Video Perkahwinan 3 bulan sebelum kami dapat berpuasa bersama
Kepada anakku Amirul Asyraf. Ayah bersimpati atas kehilanganmu. Ayah doakan agar arwah aman bersemadi disana. Ayah doakan agar Allah swt anugerahkan ketabahan kepadamu. Ayah berasa bangga dan terharu bila melihat ketabahanmu memandikan arwah, solatkan arwah, mengusung arwah, menurunkan arwah ke liang lahat dan sama-sama bertahlil keatas rohnya. Syukur Alhamdulillah. Semoga ketabahan mu diberkatiNya… Aamiin.
Kepada saudara mara, sahabat handai yang sesama menziarahi dan solat jenazah. Semoga Illahi memberkati penghidupan dan pengorbanan kalian. Semoga kalian dibawah Lindungan Nya sentiasa.. Aamiin.
Selamat bersemadi arwah Farah Najwa. Semoga tenang disana. Ayah, Ibu, Adam & Amirul amat merindui mu. Terima Kasih Ya Allah kerana telah meminjamkan arwah kepada kami dan menganugerahkan kebahagiaan kepada kami sekeluarga biarpun untuk sekejap waktu. Al Fatihah.
Aktiviti mengemas rumah seperti mengemop lantai memang selalu kita buat setiap hari. Rutin harian ini nampak mudah pada pandangan mata kita. Mudah pada pandangan mata tetapi sebenarnya ada banyak ilmu yang harus kita pelajari.
Mengemop lantai hingga benar-benar bersih dan diistilah bersih di sisi islam, Ustaz Syed Shahridzan buat pencerahan ke atas permasalahan ini. Jangan pandang mudah. Pastikan rumah kita, syurga kita anak beranak ini bebas najis dan bersih.
AIR MOP LANTAI BERCAMPUR NAJIS
Banyak orang zaman sekarang, bila ada najis seperti muntah, tahi lipas ke, cicak ke, dia buang dulu najis kmudian mop, cuma, dia tak guna air mutlak, dia guna air mop lantai (sabun lantai). Adakah semua kawasan lantai yang dia mop menjadi najis atau kawasan najis tu sahaja selepas mop?
Menurut mazhab Syafi’ie, air yang berkapasiti 2 kolah (230 liter) dan ke atas bercampur dengan najis, maka air tersebut tidak bertukar menjadi najis melainkan berubah salah satu dari 3 sifat air tersebut, iaitu bau, warna atau rasa. Ini berdasarkan sepotong hadith yang menyebut:
Maksudnya: Abdullah bin Umar RA bahawa Rasulullah -sallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda: “Jika kandungan air mencapai dua kolah maka ia tidak mengandungi kotoran.” Dalam suatu lafaz hadith: “Tidak bernajis”. (Diriwayatkan oleh Imam empat dan dinilai sahih oleh Ibnu Khuzaimah, Hakim, dan Ibnu Hibban)
Jadi jika air mutlak 2 kolah dan ke atas berubah salah satu sifatnya contoh jernih berubah warna kekuningan disebabkan najis, maka air itu bukan lagi air mutlak malah kategori air mutanajjis (air najis). Ini berdasarkan hadith baginda -sallallahu ‘alaihi wa sallam- yang menjelaskan:
وَعَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ – رضي الله عنه – قَالَ: قَالَ رَسُولُ – صلى الله عليه وسلم: «إِنَّ الْمَاءَ لَا يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ، إِلَّا مَا غَلَبَ عَلَى رِيحِهِ وَطَعْمِهِ، وَلَوْنِهِ». أَخْرَجَهُ ابْنُ مَاجَهْ
Maksudnya: Abu Umamah al-Bahily RA bahawa Rasulullah -sallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda: “Sesungguhnya air itu tidak ada sesuatu pun yang menajiskan ia kecuali sesuatu yang dapat merubah bau, rasa dan warnanya.” (Riwayat Ibnu Majah)
Manakala air di bawah kapasiti dua kolah, jika bercampur dengan najis maka secara automatik ia berubah menjadi air mutanajjis (air najis) meskipun tidak berubah sifat sama sekali. Ini kerana kekuatan menolak kesan najis hanya ada pada air yang berkapasiti 2 kolah dan ke atas sepertimana yang dinyatakan oleh Baginda -sallalhu ‘alaihi wa sallam- dalam hadith di atas.
Berbalik kepada air mop yang bercampur najis seperti najis dan muntah. Mengikut kaedah mazhab Syafi’ie, air mop di dalam baldi bercampur dengan najis maka air itu menjadi air mutanajjis. Bahan bernajis seperti air mutanajjis haram dimanfaatkan termasuklah mop lantai menurut mazhab Syafi’ie. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab-kitab fiqh Syafi’ie antaranya Imam al-Khatib al-Syirbini -Rahimahullah-, sepertimana kata beliau di dalam karangannya ‘al-Iqna Fi Hall Alfaz Abi Syuja’:
لو أخذ دما أجنبيا ولطخ به نفسه أي بدنه أو ثوبه فإنه لا يعفى عن شيء منه لتعديه بذلك فإن التضمخ بالنجاسة حرام
Maksudnya: ” Begitu juga seseorang yang mengambil darah orang lain(ajnabi) kemudian melumuri dirinya iaitu badannya atau pakaiannya maka ia tidak dimaafkan sedikit darinya kerana lumuran darah yang melampau pada dirinya, sesungguhnya meletakkan(menyentuh) najis adalah haram”.
Oleh disarankan sesiapa yang mop lantai agar mengelakkan dari membersihkan lantai yang dengan air yang sudah bercampur dengan najis. Ini kerana kapasiti air di dalam baldi ternyata di bawah kadar 2 kolah, maka ia bernajis apabila bercampur najis meskipun tidak berubah sifatnya. Ini kerana air yang bernajis tidak dikira mampu menyucikan sesuatu tempat dari najis.
Jika lantai yang sudah dimop dengan air yang bercampur najis yang tidak dimaafkan, maka wajib lantai dibilas/disapu dengan air mutlak sehingga hilang kesan-kesan najis pada tempat itu. Apa pun terpulang kepada kebijaksaan masing-masing untuk melaksanakan cara penyucian tempat yang bernajis mengikut kaedah yang telah ditetapkan oleh syarak.
Antara najis yang dimaafkan ialah najis cicak yang terlalu sedikit. Sebagai contoh najis cicak dua tiga butir termasuk ke dalam air baldi, ia dikategori najis yang dimaafkan selagimana ia tidak merubah sifat air. Ini kerana tahi cicak antara najis yang sukar untuk dielakkan. Jika ia banyak maka tidak dimaafkan iaitu menajiskan air yang sedikit walaupun tidak berubah sifat.
Bolehkan membersihkan tempat bernajis dengan air sabun? Menurut mazhab Syafi’ie, tempat atau benda yang terkena najis wajib dibersihkan dengan air mutlak dan tidak sah dengan air mutlak yang bercampur dengan bahan lain seperti sabun. Tiada masalah untuk menggunakan air sabun untuk basuhan awal namun basuhan kedua mestilah menggunakan(bilas) air mutlak.
Menurut mazhab Hanafi, air mutlak yang berubah sifatnya dengan bahan lain seperti sabun maka ia tetap suci dan menyucikan. Pendapat mazhab Hanafi boleh diamalkan jika melibatkan kawasan terlalu besar seperti kilang dan proses pembersihan melibatkan mesin canggih yang menggunakan sabun, ini termasuk kategori darurat. Manakala tempat yang kecil seperti rumah maka jangan lari dari kaedah mazhab Syafi’ie.
Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi
Kredit: Ustaz Syed Shahridzan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tak boleh bayangkan, orang pertama yang muncul dalam hidup kita, melahirkan dan membesarkan kita sekelip mata boleh halau dan mengharamkan susunya kepada kita.
Itulah yang dirasai oleh seorang penghuni rumah gelandangan milik Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Marhaen (KMM), Taiping menyatakan dia tetap sayang ibu kandungnya biarpun sudah setahun lebih dihalau keluar dari rumahnya.
Memetik laporan Harian Metro, pemuda yang dikenali sebagai Mohamad (bukan nama sebenar) itu mengakui dia rindu akan keluarganya dan mempunyai keinginan untuk kembali bersama mereka.
“Anak mana yang tak sayangkan ibunya. Biarpun dihalau dan juga diharamkan susu yang diberi, saya tetap sayang dan tak pernah membencinya.
“Setiap kali puasa atau raya mesti teringatkan mak dan teringin nak bersama mereka, namun mak dan ayah tiri bersikap seperti orang asing pada saya. Tak tahu di mana salah saya kerana dari kecil lagi saya dihantar ke sekolah tahfiz sehinggalah umur 12 tahun.
“Selepas ayah meninggal dunia dan apabila mak berkahwin pula dengan bapa tiri beberapa tahun lalu, saya sentiasa menerima layanan buruk sehinggalah dihalau keluar dari rumah pada awal Januari tahun lalu.” katanya.
Tambah Mohamad lagi, 14 Januari 2022 merupakan tanggal yang akan sentiasa dikenangnya kerana pada tarikh tersebutlah dia dibawa ke rumah gelandangan tersebut oleh penduduk kampung.
“Sudah ibarat syurga buat saya, namun tetap terasa kekurangan iaitu kasih sayang ibu sendiri.
“Apakan daya, mereka dah ‘buang’ saya dan walau apapun kesalahan mereka, saya tetap maafkan dengan seikhlasnya,” tambahnya yang kini berkerja di sebuah hotel di bandar ini.
Menurutnya, tahun ini akan menjadi tahun ketiganya menyambut Syawal di rumah gelandangan tersebut.
Difahamkan, Mohamad mempunyai dua adik perempuan berusia 13 dan 17 tahun yang kini tinggal bersama ibunya yang berumur lewat 30-an dan bapa tiri, 50-an.
HUAWEI nova 7 SE merupakan telefon pintar model terbaru yang menawarkan harga menarik pada RM1,499 sekaligus menjadikan ia telefon pintar 5G yang menawarkan harga paling mampu dimiliki di Malaysia! Ia bakal menemui korang di pasaran pada Hari ini bersama dengan FreeBuds 3i yang juga akan dilancarkan pada harga RM399.
Jom mengenali Bersama 9 ciri-ciri hebat HUAWEi nova 7 SE dengan video ni:
Menariknya, anda juga berpeluang untuk memenangi 3x Ganjaran jika anda memiliki HUAWEI nova 7 SE mulai 19 Jun ini!
Ya, dapatkan telefon pintar ini dan anda akan diberikan hadiah-hadiah lumyan sperti berikut:
Dapatkan freebies bernilai sehingga RM1,256!*
HUAWEI Band 4*, HUAWEI Cloud Storage* – 15GB selama setahun, casing nova, HUAWEI Video* (dibawah kategori Dimsum) selama tiga bulan, HUAWEI Book*_(hingga 30th Nov 2020) dan ganjaran Member Center bernilai sehingga RM1,000.
Hadiah Percuma dari HUAWEI AppGallery Carnival untuk setiap pembelian*
Cabutan bertuah HUAWEI AppGallery Carnival: Berpeluang memenangi Proton X70!
*Tertakluk kepada terma & syarat. Sah selagi stok masih ada
Peraduan Sosial Menarik Dianjurkan Oleh Huawei
Jangan lepaskan peluang memilikii HUAWEI nova 7 SE yang baru menerusi peraduan klik, kongsi dan komen yang mudah dengan langkah-langkah mudah berikut:
Tonton video berkenaan 9 sebab mengapa anda perlu miliki siri HUAWEI nova 7 di FB HUAWAI Malaysia.
Nyatakan 3 ciri-ciri kesukaan anda tentang telefon pintar ini di bawah komen.
Kongsikan video ke akuan FB anda (pastikan dalam tetapan Public’)
Dengan hanya empat langkah mudah, anda mungkin akan memenangi HUAWEI nova 7 SE yang baru!
Peraduan berakhir pada 21 Jun 2020 pada 11:59 malam. Jadi, jangan tunggu lagi, jom sertainya! Pemenang akan diumumkan pada 24 Jun 2020! Semoga berjaya!
HUAWEI AppGallery semakin berkembang pesat di Malaysia. Jom tonton video ni untuk ketahui lebih lanjut! Untuk info lanjut tentang HUAWEI AppGallery, layari https://bit.ly/2Y1Gvek
Menerusi HUAWEI AppGallery pula, anda boleh mendapatkan semua aplikasi kegemaran merangkumi pelbagai genre seperti Maybank2u, Shopee, Lazada dan lain-lain lagi yang semuanya tersedia di satu tempat.
Sertai HUAWEI AppGallery Carnival!
HUAWEI AppGallery Carnival kini kembali! Dari 19 hingga 30 Jun ini, korang berpeluang merebut pelbagai tawaran dan memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM2juta! Terdapat di semua HUAWEI Experience Stores (HES), antara hadiah yang menanti ialah Proton X70 dan 500 buah skuter elektrik.
Kalau korang tak sabar nak tunggu hingga 19 Jun, jom singgah di untuk dapatkan baucar bernilai sehingga RM160. Apa tunggu lagi?
Nikmati Ganjaran Menarik dengan Member Centre Rewards
Dengan setiap pembelian HUAWEI nova 7 SE, korang boleh dapatkan pelbagai ganjaran menarik bernilai lebih daripada RM1,000!
Antara rakan kongsi yang menawarkan ganjaran yang ada termasuklah AirAsia Big, Baskin Robbin’s, Domino’s Pizza, Puma,Texas Chicken, Lazada, Free Fire dan banyak lagi!
*Tertakluk kepada terma dan Syarat, sah selagi stok masih ada.
Kami juga tawarkan ganjaran, Baucar Diamond Royale untuk penggemar permainan video!
Layari > log in akaun Free Fire anda > masukkan kod penebusan > klik ‘Confirm’
Tawaran RM5.20 Sehari
Jom singgah di atau Huawei Experience Stores (HES) yang terdekat sekarang untuk ketahui lebih lanjut tentang . Yang lagi best, HUAWEI juga menawarkan yang bermula dari RM5.20 sehari bagi mengurangkan beban korang. Miliki HUAWEI nova 7SE Tanpa Masalah Hari Ini!
Usahlah bertimbang lagi, klik sini segera untuk infomasi lanjut HUAWEI nova 7SE ini! Kalau korang tak sabar nak tunggu hingga Jumaat ini, melayari HUAWEI Store untuk informasi peranti yang lain.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di