Anak tiri penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga usahawan, Asyraf Khalid baru sahaja menyambut ulang tahun ketujuh perkahwinannya bersama pelakon Tya Arifin, baru-baru ini.
Tular kerana menghadiahkan isterinya sebuah kereta Tesla, Asyraf mengenang kembali perjalanan mereka sebelum mendirikan rumah tangga.
“Apabila cakap nak kahwin, ayah saya (Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa) terkejut dan dia tidak bersetuju. Apatah lagi ketika itu saya baru berumur 23 tahun. Bukan saja ayah, tapi keluarga juga menyakinkan agar jangan kahwin awal. Lagi pula ketika itu mereka tak pernah berjumpa Tya, sebaliknya tahu artis di Indonesia.
“Saya memang nak kahwin, sebab betul-betul dah jatuh cinta. Selepas keluarga saya berjumpa Tya, semuanya menjadi lebih baik dan lancar. Pendek kata perjalanan cinta saya dengan Tya ambil masa setahun sebelum kami berkahwin pada 1 November 2015.
“Sekarang, bila bapa saya jumpa orang terutama anak muda, dia nasihat cepat kahwin, duit tak ada tak apa, rezeki datang kemudian. Malah, nasihat sama juga dia bagi pada adik bongsu saya,” katanya.
Ads
Menurut Asyraf yang mengusahakan perniagaan Jamu Mutyara bersama isteri, rezeki selepas berkahwin dipermudahkan.
“Saya bukan suami yang sempurna, tapi menjadi sempurna sejak kehadiran Tya. Dia wanita yang cantik luar dan dalam. Saya bangga melihat perubahan dan kejayaan dicapai hari ini. Dia juga menjadi lebih berkeyakinan tinggi dan ketua yang baik.
Menerusi perkahwinan itu, Asyraf dan Tya dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arif Jiwa Asyraf, 5, dan Azzahra Jiwa Asyraf, 3.
Anak kedua Linda Hashim masuk hospital, melecur terkena air panas – “Doakan kesembuhan untuk Anggun Cassandra.” Anak kepada pasangan pelakon popular, Linda Hashim dan Beego, iaitu Anggun Cassandra, terpaksa mendapatkan rawatan di hospital selepas mengalami kecederaan melecur akibat terkena air panas.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh kedua-dua selebriti berkenaan menerusi perkongsian di laman Instagram masing-masing. Dalam hantaran tersebut, mereka memohon doa orang ramai agar anak kedua mereka segera pulih daripada insiden yang tidak diduga itu.
“Mohon segala doa kesembuhan untuk anak saya Anggun Cassandra yang melecur terkena air panas,” tulis Linda dan Beego di media sosial.
Dalam pada itu, Linda turut berkongsi momen dirinya berada di dalam ambulans bersama anaknya. Katanya, meskipun hatinya hancur melihat keadaan Anggun menahan kesakitan, dia tetap berusaha kelihatan tabah agar anak kecil itu merasa sedikit tenang.
“Kali ini mommy tak kuat tapi acah-acah kuat depan Anggun,” ujarnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warga maya menitipkan doa dan kata-kata semangat buat Anggun Cassandra. Ramai yang berharap agar anak perempuan pasangan selebriti ini kembali sihat seperti sediakala dalam masa terdekat.
Rezeki itu datang dalam pelbagai cara. Saat kita tak punya apa-apa dan meletakkan pengharapan kepada Dia Yang Satu, tanpa sangka pertolongan datang secara tiba-tiba. Itulah hikmah disebalik doa yang tidak putus-putus.
Itu yang diceritakan oleh puan Syahirah Omar tatkala teringat kisah yang menimpanyaenam tahun lepas. Satu perkongsian yang cukup berinpsirasi.
Berkat DOA dan SEDEKAH, Allah bantu wanita ini untuk melalui segala dugaan yang menimpa.
Niat nak beli sabun tu sebab kesian
Teringat kejadian 6 tahun lepas.
Waktu tu aku hidup sendirian. Dengan apa saja yang ada dalam account bank, semua aku terpaksa guna untuk deposit sewa rumah dan beberapa keperluan lain lagi.
Biasalah, aku memang hidup mewah sebelum tu. Tak pernah beringat untuk ada simpanan yang banyak. Lagipun tak pernah terfikir pun untuk berpisah. Nak uruskan duit memang lemah betul aku.
Pagi tu,
Aku baru lepas hantar anak anak ke sekolah. Waktu tu aku terpaksa hantar sekolah jauh sedikit sebab itu sekolah terbaik buat anak anak.
Hujan tak berhenti dari Subuh. Jadi aku memandu agak perlahan dan lebih berhati-hati. Kemudian aku ternampak seorang pakcik tua, dengan kereta kancil yang agak uzur. Pakcik tadi duduk dibawah payung, ada meja kecil satu, kemudian ada sabun Jasmin warna warni tak silap aku tersusun atas meja.
Allahu,
Kesian betul. Aku berhenti tepi jalan. Niat nak beli sabun tu sebab kesian menjual dalam hujan. Sekali tengok dalam purse tinggal RM 35. Ini saja duit yang tinggal sebelum gaji minggu depan. Tapi muka pakcik tadi dah happy nau aku bersungguh nak beli. Tengok harga sekali RM 27 sebotol besar tu.
Doakan anak saya boleh bercakap ya
Tapi aku teringat arwah Tok pernah pesan, mudahkan orang dalam kesusahan, nanti Allah mudahkan urusan kita pula.
Terus aku ambil sebotol. Aku beri RM30, dan aku tak mahu duit baki. Ada RM5 saja tau nak survive seminggu lagi? Memang hilang akal sungguh.
” Terima kasih nak, pakcik memang betul betul sebak ni. Hujan pun kamu berhenti beli sabun pakcik,”
” Pakcik doakan saya murah rezeki ya? Doakan anak saya boleh bercakap ya pakcik,” macamana nak survive dengan RM5 ni?
Sumpah aku menangis masa masuk kereta semula. Menangis sebab aku sentiasa sebak bila minta orang doakan Lana cepat bercakap. Dari dalam kereta aku lihat pakcik tadi menadah tangan doakan aku. Sambil memandu terfikir juga macamana nak survive dengan RM5 ni? Barang basah semua dah beli. Tinggal RM5 dalam hidup ni belum pernah berlaku.
Aku fikir saat aku susah begini Allah saja boleh bantu. Berhenti di surau , aku solat Dhuha lebih dari 2 rakaat. Saat kita tak ada apa apa ni doa kita pun lain macam juga. Menangis teruk juga aku minta Allah murahkan dan berkati rezeki aku.
Usai solat maghrib, aku terima satu SMS dari nombor yang aku agak familiar, cuma aku tak save dalam hp.
” Syera, aku baru ada rezeki lebih ni. Duit ko aku baru lepas masukkan ke account Maybank. Aku transfer RM500. Baki hutang nanti aku bayar lagi ya. Doakan aku murah rezeki ya. Maaf sebab lambat bayar hutang ni,”
Tak tahu doa siapa yang Allah jawab.
Allahu,
Menangis teruk aku waktu tu. Mungkin doa pakcik tadi Allah angkat. Mungkin doa mama abah yang sentiasa doakan anak perempuan mereka ni. Tak tahu doa siapa yang Allah jawab. Diri sendiri banyak sangat dosa, tapi Allah tak pernah lupa walaupun kita hamba hina dina
Sungguh,
Sedekah waktu kita punya apa apa, itu biasa. Sedekah saat kita tak punya apa apa, itu memang luar biasa. Saat tak punya apa apa tu sungguh hanya pada Allah kita berserah.
Gunalah kudrat yang ada.
Kalau tak ada duit sekalipun, kau masih punya tenaga. Gunalah kudrat yang ada. Contohnya, basuh tandas surau, atau semudah memberi kucing jalanan makan dan minum. Percayalah, saat kita mudahkan urusan makhluk tuhan yang lain, pasti Allah akan mudahkan urusan kita.
Begitulah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak kena belajar susah, barulah dia jadi lebih kuat. Sebagai ibu bapa, adalah naluri semula jadi untuk ingin memberikan yang terbaik kepada anak-anak. Namun, dalam usaha memastikan mereka hidup selesa, ada risiko anak-anak menjadi terlalu bergantung atau kurang memahami erti susah dan usaha.
Oleh itu, penting bagi kita mendidik mereka untuk merasai kesusahan, agar mereka membesar sebagai individu yang lebih berdikari, kuat, dan matang.
Berikut perkongsian Mohd Zulkifli Shafie
Kena belajar rasa susah, supaya dia lebih kuat.Pagi tadi anak saya nak ke Balai Seni di KL. Dia nak siapkan assignment universiti katanya.
Dia cek Grab, tambang sehala RM90.00. Itu belum masuk tol. Kos pergi balik boleh cecah RM200.
Jadi saya suruh dia naik MRT dan naik bas sahaja. Lebih jimat.
Dia keluar dua beradik (adik lelaki dia sebagai bodyguard) tak habis pun RM20.00. Kos sebenar cuma RM15.20 untuk dua orang.
Walaupun mampu untuk benarkan dia naik Grab, tapi kena biasakan diri hidup macam mahasiswa yang lain. Yang ibubapa mereka tak mampu sediakan segalanya.
Dia pun kena belajar susah.
Bila dah terbiasa susah, kita tak akan rasa susah lagi bila susah sebenar tu datang.
Hari ni dia anak orang yang ada duit. Yang boleh sediakan segalanya untuk dia belajar dengan selesa. InsyaAllah.
Tapi masa depan dia belum pasti.
Dia kena belajar rasa susah sama macam mahasiswa lain supaya lebih mudah dia bina kejayaan dia sendiri.
Kesenangan yang berpanjangan boleh menjadikan kita lemah. Ibarat hidup tanpa exercise, badan makin lama makin lemah.
Tekanan ketika exercise tu menjadikan otot dan tulang kita makin kuat. Tekanan tu menjadikan tubuh kita lebih kuat.
Daya tahan hadapi tekanan itulah menjadikan diamond sebagai batu pertama yang paling kuat.
Membangunkan Ketahanan Diri
Kesusahan mengajar anak untuk menghadapi cabaran hidup dengan tenang dan berani. Mereka belajar bahawa hidup ini tidak selalu mudah, dan setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Ini membantu mereka mengembangkan daya tahan (resilience) yang penting untuk berjaya dalam kehidupan.
Menghargai Usaha Dan Pengorbanan
Apabila anak mengalami kesusahan, mereka akan lebih memahami nilai usaha dan pengorbanan. Contohnya, jika mereka terlibat membantu kerja rumah atau menabung untuk membeli sesuatu, mereka akan lebih menghargai barang tersebut kerana mereka tahu usaha yang diperlukan untuk mendapatkannya.
Mengelakkan Sikap Manja Atau Bergantung
Anak yang tidak pernah merasai kesusahan cenderung menjadi manja dan kurang berdikari. Mereka mungkin sukar membuat keputusan atau menangani masalah apabila berhadapan dengan realiti kehidupan yang mencabar. Belajar menghadapi kesusahan membantu mereka berdikari dan lebih yakin pada diri sendiri.
Mengajar Nilai Kesyukuran
Kesusahan mengajar anak-anak untuk mensyukuri apa yang mereka miliki. Mereka akan memahami bahawa bukan semua orang bernasib baik, dan ini akan membentuk sifat empati serta keinginan untuk membantu orang lain.
Berikan Tanggungjawab
Libatkan anak-anak dalam tugasan harian seperti mengemas rumah, membasuh pakaian, atau memasak. Tanggungjawab ini akan mengajar mereka bahawa hidup memerlukan usaha dan kerjasama.
Ajarkan Pengurusan Kewangan
Berikan peluang kepada anak untuk mengurus wang mereka sendiri, contohnya dengan memberi wang saku dan menggalakkan mereka menabung. Apabila mereka perlu menyimpan untuk sesuatu yang mereka inginkan, mereka akan belajar bahawa wang tidak datang dengan mudah.
Jangan Terlalu Cepat Membantu
Biarkan anak-anak menghadapi masalah mereka sendiri sebelum campur tangan. Contohnya, jika mereka tertinggal kerja sekolah, biarkan mereka bertanggungjawab mencari cara untuk menyelesaikannya. Ini akan mengajar mereka menyelesaikan masalah secara sendiri.
Libatkan Mereka Dalam Aktiviti Sukarela
Bawa anak-anak menyertai aktiviti sukarela seperti membantu golongan kurang bernasib baik. Ini akan membuka mata mereka tentang kesusahan orang lain dan mengajar mereka untuk lebih bersyukur.
Beri Galakan, Bukan Kemanjaan
Walaupun menghadapi kesusahan, anak-anak tetap memerlukan sokongan emosi daripada ibu bapa. Berikan galakan untuk mereka terus berusaha, tetapi elakkan memberikan keselesaan berlebihan yang boleh melemahkan semangat mereka.
Kesimpulannya mendidik anak untuk merasai kesusahan bukan bermaksud kita tidak menyayangi mereka. Sebaliknya, ia adalah langkah penting untuk membantu mereka memahami realiti kehidupan dan membentuk keperibadian yang lebih kuat dan berdikari.
Sebagai ibu bapa, tugas kita bukan sekadar memberikan kemewahan atau keselesaan, tetapi juga memastikan anak-anak kita bersedia menghadapi cabaran masa depan dengan yakin. Ingatlah, anak yang pernah merasai kesusahan akan lebih menghargai apa yang dimilikinya dan mampu menjadi individu yang tabah dan berjaya.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.