Azrinaz Mazhar Hakim tidak pernah lupa titip ucapan hari lahir buat Putera Abd. Wakeel. Bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim menitipkan ucapan istimewa buat anak lelakinya, Putera Abd. Wakeel yang menyambut ulang tahun ke-18.
Azrinaz Mazhar Hakim Titip Ucapan Hari Lahir Buat Putera Abd. Wakeel
Azrinaz, 44, turut memuat naik gambar bersama puteranya itu berserta ucapan dan doa.
“Selamat ulang tahun ke-18 kepada putera raja yang dikasihi. Semoga menjalani hari yang istimewa dan bahagia.
“Semoga dilimpahi dengan kasih sayang dan diberkati. Kehadiranmu sesuatu yang amat bermakna dalam hidup dan berasa bersyukur kerana memilikimu. Saya menyayangimu selamanya,” tulisnya di Instagram.
Perkongsian Azrinaz mencuri perhatian rakan artis dan juga warga maya. Ramai turut mengucapkan selamat ulang tahun buat anakanda Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah itu.
Untuk info Azrinaz berkahwin dengan Sultan Brunei pada tahun 2005, sebagai isteri kedua. Bagaimanapun perkahwinan mereka hanya bertahan selama lima tahun.
Ads
Selain Putera Abd. Wakeel, Azrinaz turut memiliki seorang anak perempuan bersama Sultan Brunei iaitu Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.
Azrinaz mendirikan rumah tangga semula bersama Firoz Khan Abdul Hamid yang juga bekas rakan sekerjanya di TV3 pada 1 Mei 2018. Hasil perkahwinan, Azrinaz dan suaminya dikurniakan dua cahaya mata iaitu Areesya Malaykha, 5 dan Atheera Medinah, 3.
Rata-rata pelajar sekolah menjalani sesi Pembelajaran dan Pengajian di Rumah (PDPR). Jika di sekolah pembelajaran lebih terbuka antara guru dan pelajar, namun berbeza di rumah yang mana pelajar terpaksa menggunakan komputer dan data internet.
Namun, bukan semua keluarga mampu memilikinya. Lebih-lebih lagi dalam situasi mendesak begini. Ada yang terpaksa memilih sama ada membeli peralatan untuk anak belajar atau makanan untuk mengisi perut ahli keluarga.
Demikianlah situasi yang dialami oleh keluarga ini. Saudari Iwaizumi Hajime menerusi laman Twitter memuat naik satu perkongsian yang cukup menyentuh hati. Kisah pelajar ibunya yang hidup susah.
weh gais, sedih la tengok ws anak murid mak aku ni. mak aku sedih sebab dia makan senang tapi anak muridnya tengah susah 😔 jom la gais kita tolong mana yang mampu 😭 rt pun dah hargai sangat sangat 😭😭 pic.twitter.com/B9v4BJo0ZF
Dalam pada itu, saudari Iwaizumi turut memuat naik nombor akaun si ibu berkenaan bagi membolehkan orang ramai menyumbang kepada keluarga ini.
anyone yang nak sedekah dekat dia, boleh transfer dekat number acc mak dia 1011241000078841 nurazean binti abu bakar (BSN) maaf lewat baru dapat number acc dia 😅
Berkat perkongsian tersebut,kisah ini menjadi tular dan ada pihak yang tampil menghulurkan bantuan buat keluarga ini khususnya pemberian telefon bimbit untuk belajar.
alhamdulillahh sy dengan mak sy baru shj memberi bantuan kpd pelajar tersebut.turut disertakan telefon bimbit untk memudahkan urusan pelajarannya, terlihat senyuman dimuka ibu n pelajar trsebut☺️terima kasih kpd penyumbang dn sesiapa mendoakan beliau.semoga allah berkati semua🥰 pic.twitter.com/hCAU1pxMDa
Hasil sumbangan orang ramai itu membuatkan keluarga ini berasa cukup terharu dan berterima kasih dengan sumbangan yang cukup luar biasa diterima mereka.
korang ni update dari dia, alhamdulillahh suka dengar☺️ sorry tau siapa yang nak bank in tapi dah tak valid, maybe sebab bank dah block sebab banyak yang masuk, terima kasih korang yang sudi tolong dan doakan dia, semoga allah lipat gandakan lagi rezeki korang🥰 pic.twitter.com/hGbesshhHR
Merancang untuk bercuti bersama seisi keluarga untuk ke luar negara tentunya kita sudah boleh mencongak-congak kos yang perlu disediakan. Jumlahnya ternyata bukan sedikit. Perlu difikirkan kos pengangkutan,belanja makan minum, hotel dan sebagainya. Semua itu memerlukan bajet yang banyak.
Namun melalui perkongsian daripada fb Kinakira Awg yang telah bercuti mereka empat beranak ke Hatyai selama 3 hari 2 malam, dengan menaiki ETS, siapa sangka hanya menelan belanja RM 1600 sahaja. Cukup berbaloi.
Ikuti perkongsian ini dan ketahui juga bagaimana keluarga ini lakukan penjimatan dan bolehlah anda pula merancang untuk ke sana pada musim cuti sekolah tidak lama lagi. Jom semak.
Backpack with kids ke Hatyai dengan menaiki ETS (3H2M)
Day 1
Dari Kl Sentral ke Padang Besar. Tren bertolak jam 7 pagi. Tiba Padang Besar jam 12.30
Berjalan ke imigresen Malaysia.
Naik van ke imigresen Thailand ( Sewa satu van TBHT 1300). Van bawa kami dari Imigresen Thailand Ke Hotel di Hatyai. Check in hotel. Kami stay di Hatyai Meridien Hotel. RM180 sahaja dua malam. Ada kedai makan muslim dan kedai urut depan hotel. Memudahkan. Cuma, hotel tu..hotel lama. Lunch di Salma Restaurant. Sedap gilerr cuma harga agak mahal
Jalan-jalan di Lee Gardens Plaza. Cuci mata untuk kosongkan perut. Menaiki tuk tuk ke Asean Night Market. (Seorang TBHT 16). Shopping jersey dan makan-makan. Heaven. Street food at it best! Murah
Menyesal juga makan banyak di Salma.. sebab kat sini semua jenis makanan Thai ada. Murahhhh pulak tu. Malam kami balik hotel dan berehat.
Day 2
Breakfast di Dimsum Chadbura.
Makanan super sedap! Seat penuh kedai sesak, so kena datang awal. Kedai buka seawal jam 6.00 pagi
Nora Plaza. Banyak barang kulit dijual disini dan souvenier juga macam T-shirt, keychain dan sebagainya. But harga quite mahal.
Cashew Nut Factory (5 minutes walk from Nora Plaza)
Solat Zohor di Hatyai Central Mosque.Masjid ni benar-benar dekat dihati saya kerana suka melihat keramahan penduduk setempat serta ahli qariah masjid yang duduk bersama-sama menunggu hujan berhenti.
Naik grab ke Floating Market. Rate dia dlm TBHT 120 untuk ke sana. Sebab lokasi dia jauh siket dari town. Cuaca masih hujan renyai-renyai. Jadi kalau boleh standby payung atau baju hujan. Travel dengan budak kecil memang banyak kena standby peralatan lebih-lebih lagi backpack begini.
Floating market ni memang best gilerrr! Makanan authentic semua ada. Cuma kena berhati-hati pilih peniaga yang bersih dan terjamin muslim. Time kami pergi orang memang ramai sangat. Jadi tempat duduk sesak siket plus ada banyak anjing liar mintak makanan. Scaryy! So, kalau nak shopping souvenier.. here is the place. Tshirt Hatyai murah dapat TBHT 80 JE….
Dinner at Klonghae Seafood Buffet. Makanan super murah TBHT 300 SAHAJA! Boleh makan apa sahaja dari pencuci mulut, lauk-pauk sehingga ke pelbagai jenis seafood stimboat and grill. Nyumms.
Day 3
Kim Yong Market. Cuci-cuci mata tengok barang basah dan cari gula kabung. Breakfast kedai makan muslim depan hotel je. Makanan simple tapi sedap oii. Naik Van bergerak ke Station Kereta Api Padang Besar. Tren back Kuala Lumpur.
Total perjalanan kami 4 beranak ke Hatyai 3 hari 2 malam termasuk tiket ETS pergi balik, hotel, pengangkutan dan makan minum dalam RM1600.
Kat sini saya share phone number van yang kami guna. Orangnya ramah, boleh berbahasa melayu dan servis bagus. Riddhuwan – 019 342 3362
One more thing, dalam ETS ni sejuk tau. Jadi please spare baju sejuk or selimut. Terutamanya untuk anak-anak kecil. Kesian takut tak tahan sejuk.
Trip ke Hatyai ni manis sangat. Dapat backpacking sama-sama with my sister and family, kak fae and family. Kids extremely happy. Makanan semua sedap dan murah. Tak puas makan dan memang kena datang balik.
Public transport di Hatyai mudah sangat, kami banyak pakai Grab sebab lebih murah dari tuk tuk. Plus, travelling with ETS and kids sangat menyelesakan. Kids boleh party all the way. Ada kemudahan tandas, surau dan kantin. Kami banyak refer tip dari facebook, terima kasih sangat-sangat pada sudi share. Sangat membantu. So, I wrote some here too. Maybe boleh bantu yang lain juga. Will repeat this trip again one day. Love Hatyai.
Sering bersiaran di televisyen dan dikenali sebagai pendakwah selebriti, nama Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki, sudah sinonim dalam kalangan masyarakat. Beliau merupakan pendakwah selebriti yang sering menjadi tetamu jemputan di radio dan televisyen terutamanya dalam topik keibubapaan dan fiqh wanita. Kini, beliau aktif mengendalikan seminar dan program khususnya keibubapaan.
Kecil molek sahaja orangnya dan bibir tak pernah lekang dek senyuman setiap kali bertutur. Berpendirian tegas dalam setiap perkara yang dilakukan sudah cukup membuktikan anak kelahiran Klang, Selangor ini seorang wanita hebat. Hasil perkahwinan dengan Ustaz Muhidin Mokter, pasangan ini dikurniakan 6 cahaya mata.
Aktif bersiaran di kaca televisyen sejak 2010 melalui saluran TV Al Hijrah (TVAH) sebelum menjadi tetamu untuk saluran TV yang lain. Beliau sebelum itu bergelar pensyarah di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pada tahun 2000 hingga 2012.
Sepanjang bergelar pensyarah, banyak pengalaman diperoleh terutamanya mengenai personaliti dan akhlak individu terutama anak muda.
Biarpun sibuk dengan urusan kerja, namun sebagai ibu dan isteri, beliau menyatakan masa bersama anak-anak ibarat emas.
“Saya anggap waktu bersama anak adalah masa terbaik untuk mengetahui aktiviti mereka. Biasanya saya akan luangkan masa dengan mereka antara waktu maghrib dan isyak. Dari situ saya boleh mengetahui permasalahan mereka dan perancangan untuk hari esok.
“Memandangkan sikap saya yang tegas dalam mendidik anak-anak, konsep perbincangan jadi keutamaan. Setiap apa yang dilakukan oleh anak, saya akan ambil tahu demi kebaikan mereka.
“Menghukum anak bukanlah jalan penyelesaian. Jadi cara terbaik saya lebih suka menerangkan setiap kesalahan mereka,” katanya.
Bercerita mengenai cara beliau mendidik enam permata hatinya, tiada apa yang lebih. Cuma aspek pemakanan amat ditekankan iaitu dengan mengamalkan pemakanan sunnah dan solat berjemaah selain disiplin dalam pengurusan waktu.
“Alhamdulillah kesemua anak dapat menerimanya dan saya bersyukur anak sulung sudah pun melanjutkan pengajian di universiti, dua sedang belajar di sekolah menengah dan tiga lagi mengikuti pembelajaran dari rumah di bawah pemantauan saya dan suami.
Di samping itu, aktiviti kebajikan salah satu aktiviti keluarga setiap kali kami berkumpul.
“Biasanya kami sekeluarga akan melakukan aktiviti kebajikan dengan melawat rumah orang tua, anak yatim dan membantu orang gelandangan.
“Dari situ sikap tolong-menolong dapat dipupuk dan secara tidak langsung mendedahkan kepada anak-anak nilai kasih sayang dan prihatin kepada insan yang kurang bernasib baik,” katanya.
“Jika ada waktu cuti yang panjang, saya dan suami akan membawa anak-anak bercuti bagi melihat suasana di tempat orang bagi memastikan mereka bersyukur dengan nikmat yang diperoleh hari ini,”ujar ustazah Isfadiah.
Berkongsi kunci kebahagiaan rumah tangga, pasangan ini mengakui saling melengkapi adalah rahsia bahagia.
“Sebagai isteri, kena hormat pada suami dan mengkaguminya. Kedua, adalah sentiasa prihatin dengan keperluan dan kena tahu dan ambil perhatian apa yang suami sukai. Kena saling melengkapi, complete each other bukan compete ye dan paling utama adalah solat berjemaah inilah yang paling penting, tarik sahaja tangan suami untuk solat bersama,”ujar Ustazah lagi.