Kemunculan Datuk Seri Siti Nurhaliza menyampaikan laporan cuaca di YouTube Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) yang turut disiarkan saluran Berita RTM, petang tadi, dipuji ramai.
Siti yang mengenakan sut rona hitam tampak bersahaja dan yakin ketika menyampaikan laporan kaji cuaca seluruh negara.
Siti turut memuat naik hantaran ke Instagram (IG) mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim serta MetMalaysia atas undangan menjadi penyampai itu.
“Terima kasih kepada kementerian melalui MetMalaysia kerana mengundang saya menyampaikan ramalan cuaca hari ini sebagai penyampai selebriti.
“Kolaborasi itu diharap dapat menggalakkan orang ramai mengikuti laporan cuaca dan bertindak mengikut nasihat berkaitan risiko bencana seperti banjir, angin kencang serta laut bergelora,” katanya.
Selain saluran YouTube, laporan kaji cuaca berkenaan turut disiarkan Berita Wilayah di RTM 1 jam 5 petang tadi dan Berita RTM jam 8 malam ini.
Ads
Dalam tempoh kurang sejam, video yang disiarkan di saluran YouTUbe itu sudah meraih lebih 1,000 tontonan.
Dalam reaksinya, seorang pelayar YouTube itu mendakwa tidak pernah menonton laporan kaji cuaca.
“Saya tak pernah tengok berita cuaca. Tapi sebabkan Siti yang sampaikan, saya tengok,” komennya.
Sementara itu, seorang lagi pengunjung kagum dengan cara penyampaian penyanyi tersohor itu.
“Nada Datuk Siti macam penyampai berita dulu-dulu…Best,” komennya.
Ads
Sebelum ini, penyanyi itu pernah muncul membaca berita untuk Awani, kira-kira tiga tahun lalu.
Bila hendak menanam kesum tidak semua berjaya, lebih-lebih lagi buat yang pertama kali ingin mencuba bercucuk tanam. Ada orang kata ambil sahaja keratan batang dan cucuk terus ke tanah, begitu mudah bunyinya. Namun bila dibuat sendiri, tidak juga hidup-hidup kesum yang dicucuk ke tanah. Mungkin ada silap di mana-mana semasa proses menanam kesum dilakukan.
Jadi apa kata anda mencuba dengan teknik rendaman batang terlebugih dahulu sehingga keluar akar seperti mana yang dikongsikan oleh Siti Rokiah Che Hat ini. Semoga perkongsian panjang lebar daripadanya dapat memberi input yang bermanfaat untuk anda gunakan semasa mencuba menanam kesum.
Semoga berjaya.
Cara Tanam Kesum yang Betul di Rumah
Kesum merupakan bahan masakan yang penting terutamanya bagi masakan seperti laksa, asam pedas dan sebagainya. Kesum juga dijadikan sebagi ulam penambah selera bagi mereka yang sukakan ulam-ulaman yang tumbuh terutamanya di kawasan beriklim sederhana.
Penanaman kesum di kawasan rumah adalah penting supaya mudah diambil sekiranya ingin digunakan di dalam masakan. Terdapat beberapa kaedah yang perlu diambil perhatian bagi memastikan tanaman kesum yang ditanam hidup subur dan boleh dipetik apabila matang.
Pemilihan benih
Benih kesum diambil dari keratan batang. Keratan batang boleh dipetik dari pokok sedia ada mahupun kesum yang dibeli dari pasar. Pastikan pilih keratan batang yang matang dan subur. Elakkan memilih keratan batang yang terlalu muda ataupun yang telah layu. Pilih keratan sekurang-kurangnya 10 – 15cm.
Penyediakan bahan tanaman
Kesum merupakan tanaman yang sangat sukakan air. Maka tidak hairanlah sekiranya pernah melihat kesum ditanam di kawasan yang berair terutamanya di tepi paip air ataupun kawasan yang lembap. Terdapat beberapa cara atau bahan tanaman yang boleh digunakan untuk menanam kesum iaitu sama ada ditanam di tanah, di dalam pasu ataupun secara hidroponik.
1. Penanaman di tanah
Jika memilih untuk untuk menanam kesum di tanah, pastikan kawasan tanaman tersebut adalah berdekatan dengan sumber air. Adalah lebih baik sekiranya kawasan tanah tersebut adalah kawasan yang lembap. Pastikan kawasan telah dibersihkan dari rumpai-rumpai dan bendasing sebelum penanaman dilakukan. Tanah juga perlu digembur supaya akar pokok kesum mudah untuk keluar.
2. Penanaman di dalam pasu
Penanaman kesum di dalam pasu merupakan kaedah yang paling digemari kerana ianya mudah. Sebaiknya guna pasu yang mempunyai lubang yang sedikit untuk meminimakan kadar air yang keluar dari pasu. Hal ini adalah bagi memastikan tanah di dalam pasu sentiasa lembap untuk kesum hidup subur memandangkan pokok kesum sangat sukakan air. Masukkan tanah yang sesuai di dalam pasu dan tanam keratan batang kesum mengikut saiz pasu tersebut.
3. Penanaman secara hidroponik
Penanaman secara hidroponik juga dilihat semakin popular untuk tanaman kesum, namun bagi jangka masa yang panjang, kaedah ini jarang dilakukan. Jika ingin mencuba, adalah lebih baik kerana penanaman kesum menggunakan kaedah hidroponik juga sangat mudah. Secara DIY, ambil keratan batang dan sediakan bekas yang sesuai seperti penapis, masukkan keratan batang dan rendamkan di dalam air. Penggunaan kit hidroponik juga lebih sesuai jika terdapat bahan yang diperlukan. Pokok kesum akan kelihatan mengeluarkan akar dan seterusnya mengeluarkan pucuk yang baru.
4.Cara tanam kesum dan penjagaan
Keratan batang yang dipilih boleh ditanam terus ke tanah dengan membuat lubang sedalam 2 inci. Siram dan letakkan di kawasan yang teduh sekurang-kurang seminggu untuk memberi masa kepada keratan batang untuk menghasilkan akar dan memastikan pokok kesum tidak layu sekiranya terdedah kepada matahari sepenuhnya. Setelah pokok kelihatan stabil, boleh pindahkan pokok ke kawasan yang terkena cahaya matahari. Bagi pokok yang ditanam terus di tanah, perlu meletakkan teduhan sementara supaya pokok tidak layu. Teduhan yang boleh digunakan termasuklah jaring hitam, pelepah kelapa ataupun apa-apa bahan terpakai yang sesuai.
Kaedah yang kedua ialah dengan merendam dahulu keratan batang di dalam air sehingga akar keluar. Seterusnya pindah ke tanah dan letakkan pasu di kawasan teduh beberapa hari sebelum dedahkan sepenuhnya kepada cahaya matahari.
Pengairan dan pembajaan
Pokok kesum memerlukan kadar air yang mencukupi. Siram pokok kesum sekurang-kurangkan sekali sehari. Pastikan tanah lembap sepenuhnya. Baja yang sesuai untuk pokok kesum ialah baja organik seperti baja tahi ayam ataupun baja kompos. Pembajaan boleh dilakukan 2 minggu sekali.
Penuaian hasil
Hasil boleh dipetik setelah pokok membesar dengan subur. Petik batang kesum dengan meninggalkan sedikit bahagian pangkal bawah untuk memudahkan pucuk baru untuk naik dengan seragam.
Penanaman kesum di kawasan rumah merupakan amalan yang bijak kerana kesum boleh dipetik dengan segar dan mengikut kuantiti yang perlu sahaja.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Sedihnya hati bila melihat barang-barang di dalam rumah habis dimasuki air banjir, yang terbayang di mata pastinya bajet yang ‘ke laut’ nak beli yang baru.
Usah kecewa dulu dan tergesa-gesa nak tukar yang baru. Pasti ada yang masih boleh dipakai walaupun terendam dalam air banjir.
Jom cuba tip yang dikongsikan saudara Ben Safwan bagaimana untuk membersihkan barang elektrik selepas banjir. Moga langkah ini dapat membantu anda.
Langkah untuk anda bersihkan barang elektrik selepas banjir dah surut. Saya kongsi untuk warga TAHI yang memerlukan. Saya tak mampu lagi bantu secara fizikal ( luar kawasan seberang laut ) maka saya kumpulkan info berguna untuk anda.
1. Jangan sekali-kali cuba menghidupkan untuk test ia masih OK atau TIDAK. 2. Kumpul semua peralatan letrik, kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur di setiap bahagian. 3. Buka back cover atau sebarang penutup yang boleh dibuka sehingga menampakkan komponen dalam peralatan, kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur. Jangan memberus, jika perlu guna berus cat untuk menyental lumpur yang degil. 4. Bila dah rasa cukup bersih, jemur tengah panas 3 ke 4 hari sehingga puas hati tiada air atau kelembapan pada komponen bahagian dalamnya.
5. Jika ada pengering rambut (hair dryer) tiupkan udara panas kebahagian yang sulit supaya betul-betul kering ,boleh juga tembak dengan angin tapi guna hos kecil 6. Pasangkan balik back cover atau penutup belakang setelah DIPERIKSA BETUL-BETUL KERING ( 3-4 HARI ) . JANGAN RUSHING 7. Hidupkan untuk test OK atau TIDAK.
Yang penting sabar dan tabah mengendali kerja baik pulih peralatan letrik yang sebenarnya tidak rosak pun kerana banjir. Untuk membantu mangsa-mangsa banjir supaya mereka dapat mengurangkan belanja membeli peralatan letrik yang baru.
Siapa sahaja yang tak suka makan mi segera bukan? Menu ringkas yang enak dimakan pada bila-bila masa. Boleh dikatakan bukan sahaja ketika zaman kanak-kanak, malah bila sudah berkeluarga sekarang ini pun sekali sekala teringin juga menikmati mi segera tersebut.
Pun begitu, ada satu video berkenaan mi segera ini yang cukup menarik perhatian yang dikongsikan di aplikasi TikTok yang menunjukkan sebuah keluarga ini menyambut Hari Lahir ahli keluarganya dalam suasana yang cukup meriah dan apa yang menariknya apabila kek yang dibawa adalah dibuat daripada mi segera!
Keluarga Sepakat Bagi Kek Maggi
Menerusi video tersebut, kelihatan sebuah keluarga meraikan hari lahir seorang gadis dan difahamkan dia sangat suka makan maggi dan sekali gus memberi satu idea istimewa untuk meraikan sambutan hari lahirnya kali ini.
Apa yang mencuri tumpuan adalah kek hari jadi yang dibawa oleh seorang perempuan kepada gadis tersebut.
Ia bukanlah kek biasa tetapi kek maggi yang dihias dengan riben dan lilin. Bahkan bukan itu sahaja, siap boleh tarik duit lagi.
Suasana yang terakam cukup meriah dan indah dapat dilihat. Pastinya akan menjadi antara momen yang tidak akan dilupakan buat keluarga ini. Lebih-lebih lagi buat ‘birthday girl’ yang diraikan.
Dalam pada itu apabila meninjau di ruangan komen mendapati ramai yang terhibur dan seronok melihat gelagat keluarga ini yang begitu kreatif hingga ada yang teruja untuk melakukan perkara yang sama.
Malah tidak kurang juga yang menyakat mengatakan kek ini lebih jimat, nanti bila lapar boleh rebus dan ‘duit tarik Jutaria’ boleh buat main.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.