Dia sentiasa percaya hidup ini perlu diteroka dan bukan hanya duduk berpeluk tubuh. Pasti ada sesuatu yang boleh dimanfaatkan. Walaupun sudah bergelar isteri dan memiliki dua cahaya mata comel, namun dia tidka betah duduk diam. Dia juga turut bersama suami terjun ke dalam dunia perniagaan.
Tidak cukup dengan itu, ibu kepada Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa ini kini bergelar pengacara pula mengendalikan program bual bicara dalam talian, Bersama Tya.
“Jujur pada awal fasa perkahwinan, saya pernah bertanya kepada suami, hidup saya saat itu untuk apa? Saya pernah seperti rasa hilang punca. Takkan saya hanya mahu menjadi isteri yang hanya menunggu kepulangan suami di rumah. Sedangkan saya sangat aktif ketika hidup solo. Saya tidak betah duduk diam.
“Saya bukanlah datang daripada keluarga yang senang. Jadi sebelum ini pun saya mencari rezeki untuk membantu keluarga. Datang ke Malaysia juga saya perlu membiasakan diri dengan kehidupan di sini. Ia bukan sesuatu yang mudah. Saya juga ketika itu bergelut antara cintakan keluarga serta kerjaya seni dan masa depan bersama suami.
Ternyata pengorbanan dan keputusan Tya atau nama sebenarnya, Nurtria Wulandri membuka 1001 hikmah.
Akui Tya Ariffin lagi, pandemik COVID-19 yang sudah lebih setahun melanda dunia menjentik semangatnya untuk berkongsi hal positif dan suntikan inspirasi menerusi program berkenaan.
Bersiaran secara langsung setiap Isnin, Selasa dan Rabu jam 10 malam di ‘Instagram Live’ sejak 14 Jun lalu, Tya juga dalam masa sama membiasakan norma baharu bekerja dari rumah.
Terdahulu, isteri kepada Asyraf Khalid ini pernah berlakon, menyanyi dan menceburi perniagaan jus kesihatan, Mutyara.
“Dalam membiasakan norma baharu sekalipun berdepan kekangan tertentu di era pandemik ini, kenapa tidak saya manfaatkan platform media sosial seperti Instagram hingga ke YouTube.
“Sebenarnya, dulu di negara kelahiran sendiri, Indonesia… saya pernah juga jadi penyampai radio. Cuma tak sempat berjinak jinak jadi pengacara,” katanya.
Ads
Malah dalam membiasakan norma baharu ini juga, segala serbi kerja dilakukan sendiri wanita kelahiran Palembang, Indonesia ini.
“Untuk tugasan program ini, saya banyak melakukan semua kerja sendirian. Awalnya pasukan kerja saya yang menguruskan set program, tetapan gajet, bahan grafik dan sebagainya. Lagi pun saya sudah terbiasa buat ‘live’ di Instagram, jadi tidak canggung.
“Selepas itu, pendek kata semua saya uruskan sendiri. Termasuklah menata rias diri, menentukan pakaian yang mahu dipakai. Malah tetamu atau panel jemputan pun saya sendiri yang undang.
“Lagipun mudah kerana saya bersiaran di rumah. Anak pula jam 9 malam sudah masuk tidur. Jadi masa ‘live’ saya tak diganggu mereka. Pembantu rumah hanya ‘standby’ tekan butang ‘live’ di telefon bimbit saja,” katanya.
Setakat ini sudah lebih 30 episod bersiaran yang kemudiannya turut dikongsi di pelbagai platform termasuk di ‘feed’ Instagram dan dimuat naik di saluran YouTube Tya Arifin.
Tidak hanya mengundang rakan artis dan personaliti di Malaysia, Tya atau nama penuhnya, Nurtria Wulandari Arifin ini turut mengundang selebriti dari Indonesia.
Ads
Datuk Seri Siti Nurhaliza, Tengku Zawiyah, Nina Ismail Sabri, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad antara yang pernah diundangnya.
“Saya fikir ketika pandemik ini ramai yang bergelut. Malah terlalu banyak hal negatif di media sosial. Setidak tidaknya perkongsian inspirasi dan positif daripada tetamu jemputan boleh menyebarkan aura baik.
“Isu yang dikupas juga sangat dekat dengan kita. Malah ada yang bersifat semasa dan terkini. Malah saya juga tak bataskan hanya tetamu jemputan di kalangan wanita saja. Nanti tetamu lelaki pun ada. Dulu perkongsian atau motivasi saya mungkin terbatas di kalangan usahawan.
“Tapi sekarang ini, sesiapa saja yang mengikuti saya di media sosial boleh mendapat benda sama. Malah saya juga ada kumpulan telegram Tya Arifin. Menerusi saluran itu banyak juga hal dikongsi. Boleh juga ke Instagram @bersamatya,” katanya yang meminati Ellen Degeneres dan Mata Najwa.
Dalam pada itu, Tya juga berharap suatu hari nanti dapat mengundang wanita berpengaruh termasuk Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sebagai tetamu jemputan.
Ads
“Dapat jemput Tun Dr Siti Hasmah jadi tetamu pasti saya akan rasa bangga. Begitu juga di kalangan figura wanita yang menjadi kekuatan pemimpin di Indonesia.
“Malah saya bercita cita mengundang tokoh pemimpin dan motivasi lain selepas ini,” katanya.
Di akhir bicara, Tya tak lepas ditanya mengenai kerinduannya terhadap keluarga di kampung halaman selepas dua tahun tidak bersua.
“Bab rindu ini sebenarnya bagai sudah kering air mata. Kerinduan itu terlalu berat. Tapi apa daya kita melawan ujian pandemik ini. Nak rentas negara, bukan perkara mudah. Saya reda,” katanya yang sudah lengkap dos dua vaksin.
Semalam tular satu kisah penceraian seorang pendakwah selebriti, PU Abu di laman sosial sehingga menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen. Ramai yang menzahirkan rasa simpati kepada bekas isteri pendakwah tersebut. Tak kurang yang melahirkan rasa marah kepada pendakwah selebriti tersebut atas tindakannya.
Dalam pada itu, rakan seangkatan PU Abu ketika bersama-sama dalam program Pencetus Ummah, PU Amin telah menitipkan suatu nasihat ringkas di laman Facebooknya.
Saya sangat takut bila mendengar cerita tentang keretakan rumah tangga . Tiap kali ada cerita yang tak sedap didengar tentang rumah tangga , saya cepat cepat peluk anak isteri saya . Tanda syukur Allah anugerahkan mereka untuk saya.
Kerana bagi saya kelurga adalah pelengkap ke SYURGA . Jodoh dan pertemuan adalah hadiah dari Allah . Allah pilih jodoh dan ahli keluarga kita .
Anak anak yang menjadi zuriat kita adalah anugerah yang paling istimewa . Rezeki bertambah kerana nya . Anak anak pelengkap dunia akhirat .
Saya doakan anda semua bertemu jodoh yang mendamaikan hati dan terus memimpin tangan anda ke SYURGA . Keluarga ini kerajaan kecil yang wajib dipertahankan , pasti ada musuh , pasti ada ujian , pasti ada pasang surut ombak membadai .
Tiap kali ujian hadir ucapkan kalimah kalimah yang menyeru Allah . Kita semua bukan sempurna tapi kita wajib mencari kesempurnaan . Bina perkahwinan kita dengan kasih sayang Allah .
Ingat kalau ada hati nak meninggalkan nya , fikir dan ingat saat saat anda mahu memilikinya .
Ujian kita beza beza .
Allah sedang mencatur hidup ini dengan apa yang kita sangka kan .
Sejak berita kehamilan ibunya diumumkan, rata-rata tidak sabar menanti untuk melihat wajah si kecil ini. Selepas tiga bulan kelahirannya, barulah wajahnya dimuat naik di media sosial buat pertama kali oleh ibu bapanya.
Nyata cukup mengundang perhatian ramai, sana-sini gambar wajahnya terpampang. Bergelar anak selebriti terkenal, pasti tidak dapat elak dari terkena tempias glamor.
Nur Fatima Aisya, buah hati pengarang jantung pasangan sama cantik sama padan Nur Fazura dan Fattah Amin ini cukup comel.
Terbaru, menerusi laman instagramnya, Fazura memuat naik beberapa keping gambar Ftaima yang duduk dipangkuannya.
Smple dengan padanan rompers dani stoking lace,penampilan Fatima mencuri perhatian bila mana wajah comelnya yang tersenyum manis mengundang perhatian ramai.
Mungkin kerana yang mengambil gambar tersebut adalah ayahnya membuatkan Fatima mudah tersenyum.
Selalu kita bercakap tentang jantung sebagai organ utama tubuh. Namun otak juga sama penting seperti organ-organ lain. Ia memerlukan nutrisi yang banyak untuk berfungsi dengan secara maksima. Jika otak kita mengalami masalah, ia akan menjejaskan keseluruhan fungsi tubuh kerana fungsi organ yang lain dikawal oleh otak.
Otak kita memerlukan nutrisi dari makanan yang akan membuatkan otak ini menjadi semakin sihat. Ini adalah sebahagian dari nutrien yang diperlukan oleh otak.
1. Ikan laut berlemak
Ikan laut seperti salmon, sardin, markerel dan sejenisnya mempunyai kandungan lemak sihat Omega-3 yang cukup tinggi. Ia membantu membangunkan sel-sel otak dan saraf baru. Omega-3 juga mengurangkan risiko tubuh mengalami penyakit Alzheimer pada usia tua. Kekurangan omega-3 juga boleh menyebabkan seseorang lebih mudah mengalami kecelaruan emosi seperti kemurungan. Oleh itu bagi mereka yang berusia 40an dan mengalami penyakit kronik seperti diabetes dan tekanan darah tinggi, pengambilan Omega 3 dalam diet sangat penting bagi mengelakkan masalah seperti penyai Dementia.
2. Kunyit
Kunyit mengandungi bahan yang dinamakan sebagai cucurmin yang merupakan antioksida yang bagus untuk menjaga otak secara langsung.
3. Kopi
Kopi adalah salah satu minuman yang memiliki banyak manfaat untuk otak. Ia memiliki kafein dan antioksidan yang menjaga sel-sel otak dan menurunkan risiko mendapat penyakit yang berkaitan dengan ingatan. menurunkan memori. Ambil dalam kuantiti yang sederhana.
4. Biji labu
Biji labu juga baik untuk kesihatan otak kerana mengandung mikronutein yang banyak seperti zat besi, magnesium, dan zink. Mengambil biji labu sama ada dengan menggoreng atau membakarnya dengan kuantiti sederhana (segenggaman setiap hari) beberpa kali seminggu sangat memberikan bermanfaat.
5. Brokoli
Brokoli juga merupakan makanan untuk otak yang sangat baik. Ia adalah sumber antioksidan dan anti keradangan yang baik sekali untuk kesihatan otak.
6. Cokelat hitam
Cokelat hitam (melebihi 70% koko) mengandung sebatian flavonoid yang banyak. Ia digunakan untuk melindungi sel-sel otak. Ia juga baik untuk membantu meningkatkan daya ingatan dan menstabilkan mood.
7. Telur
Telur mengandung banyak nutrisi yang diperlukan untuk kesihatan otak. Salah satu nutrisi yang bermanfaat itu adalah cholin. Ia berfungsi sebagai neurotransmitter yang membantu mengawal mood dan menguatkan ingatan. Telur juga mengandungi protein dan lemak sihat. Bagi mereka yang tiada masalah kesihatan yang kronik, ambil 1-2 biji setiap hari.
8. Vitamin E
Vitamin E adalah vitamin yang sangat diperlukan oleh pesakit kronik terutama bagi mereka yang telah menghidap penyakit ini melebihi 10 tahun. Ia menghalang komplikasi seperti masalah saraf dan masalah ingatan.
Suami rendah, isteri tinggi, murah rezeki? Pernah tak anda dengar pepatah orang lama, “kalau suami rendah, isteri tinggi, murah rezeki”? Mungkin bagi sesetengah orang, ia sekadar gurauan atau kepercayaan turun-temurun, tapi sebenarnya pepatah ini menyimpan satu mesej yang lebih dalam dari sekadar perbezaan fizikal.