Sesungguhnya bahagian seorang anak adalah apabila ibu ayahnya tidak memaksanya untuk melakukan perkara yang diluar kemampuannya. Malah ia turut memberi kesan kepada dirinya untuk menunjukkan potensi lain dalam dirinya selain akademik.
Tidak dinafikan, setiap ibu ayah akan risau mengenai pembelajaran anaknya terutama apabila anak usia enam tahun masih tidak tahu lagi membaca dengan lancar. Lebih menakutkan tahun hadapan akan ke sekolah rendah. Memang stres je rasanya.
Namun pendapat Pengiat Industri Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Puan Norazura Ismail ini mampu memberikan kelegaan kepada ibu-ibu di luar sana. Kenapa tu? Ikuti pendapatnya ini.
Apa salahnya jika anda cuba melihat dan mengenalpasti selain kecerdikan dalam akademik, apakah kelebihan dan keistimewaan anak anda ini dari sudut yang lain. Mungkin anak anda pandai melukis.
Belajarlah memahami potensi lain dalam diri anak.
Anda boleh memberi dorongan kepada minat dan hobi melukisnya. Pujilah dia bila dia boleh menghasilkan satu lukisan yang istimewa walau dalam masa yang sama dia gagal menunjukkan kemampuan dalam pelajarannya.
Ads
Dia sebenarnya insan yang istimewa kerana dia boleh menzahirkan imiginasinya dalam bentuk lukisan yang cantik. Dia sebenarnya seorang yang sangat kreatif dalam berfikir dan menghasilkan idea. Tidak mustahil, dengan minat apatah lagi ada dorongan dan galakan yang berterusan dari anda, hobi yang diminatinya ini boleh memberi kejayaan kepadanya di masa depan. Anda boleh galakkan anak untuk meneruskan pelajarannya dalam bidang kemahiran yang diminatinya.
Kesilapan besar kita sebagai ibubapa ialah apabila kita menilai anak hanya dari segi akademiknya.
Kesalahan kita sejak dari anak kita mula masuk TADIKA ialah kita hendak sangat anak kita cepat pandai walaupun baru masuk TADIKA. Ibubapa pasti akan merunggut atau bising bila anak yang belajar di TADIKA lambat dapat menguasai kemahiran membaca. Kita sering beri galakan dari sudut kepandaian akademik hingga kita lupa bahawa kemampuan anak mungkin tidak sama dengan harapan kita.
Oleh kerana kita meletakkan harapan yang sangat tinggi pada anak yang masih di awal usia itu, hingga kita lupa untuk menggilap potensi diri anak dari aspek perkembangan yang lain. Kita sebagai ibubapa kekadang lupa untuk melihat potensi dan kemampuan anak dari sudut yang lain. Dan kita juga lupa untuk beri pujian pada anak dari sudut yang lain.
Ads
KESILAPAN 1
Jom lihat satu contoh. Ada anak kerana telah diberi latih tubi yang berterusan dari awal maka dia boleh membaca seawal 3 tahun tetapi anak ini kurang pandai bergaul dengan kawan-kawan sebayanya. Ibubapa mungkin nak anak fokus pada membaca hingga lupa bahawa dunia anak adalah bermain dan terus bermain. Ruginya anak-anak awal usia yang tidak diberi peluang untuk mengisi sepenuhnya ruang dalam kehidupannya untuk bermain. Seketika kita lupa bahawa dengan bermain anak-anak belajar pelbagai perkara.Tak salah mendedahkan anak pada pembacaan awal, yang salah ialah bila memaksa anak dan meletakkan harapan yang tinggi supaya anak-anak cepat pandai membaca sama seperti anak orang lain. Biarlah anak-anak awal usia ini memilih minat dan kecenderungan mereka sendiri.
KESILAPAN 2
Ads
Jom lihat pula apa berlaku di TASKA@TADIKA maupun anak-anak yang baru memasuki Tahun satu di Sekolah Rendah. Pengasuh pendidik maupun guru di TASKA TADIKA dan sekolah sering membandingkan anak-anak dari sudut kepandaian akademiknya. Anak yang cepat pandai membaca di awal usia, anak itulah yang selalu dipuji pengasuh pendidik@ guru. Manakala anak yang agak aktif dan banyak bertanya apatah lagi lambat sedikit menguasai pembacaan, anak itu tidak dipandang dan akan sering dimarahi. Para pendidik pun suka anak-anak yang pandai sebab itulah yang diamanahkan oleh ibubapa yang menghantar anak ke TASKA TADIKA atau Sekolah. Untuk seketika kita semua lupa bahawa anak-anak adalah berbeza dari pelbagai sudut. Kita lupa untuk memahami setiap anak adalah berbeza.
KESILAPAN 3
Untuk anda yang mempunyai anak-anak yang telah bersekolah, cuba kenalpasti potensi diri anak. Fahami anak dari sudut sikap, tabiat, kecerdikan dan juga kemahiran yang dimilikinya. Jika anak anda berpotensi besar dalam akademiknya, beri galakan untuk anak meneruskan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Sebaliknya untuk anak yang kurang pencapaian akademiknya, kenalpasti kemahiran yang diminatinya. Bimbing anak untuk menggilap kemahiran yang dimilikinya. Puji anak yang mempunyai bakat@potensi dalam bidang kemahiran tertentu. Jangan samakan anak yang cerdik akademiknya dengan anak yang mempunyai kepandaian kemahiran dalam sesuatu bidang. Berlaku adil lah pada anak-anak anda sendiri.
Kesimpulannya, saya tekankan lagi setiap anak adalah tidak sama jadi belajarlah memahami perbezaan anak-anak. Paling penting peranan kita kita sebagai ibubapa ialah untuk beri peluang kepada anak memiih sesuatu yang diminatinya. Jangan sesekali memaksa anak dalam menentukan minat atau memilih bidang yang ingin diceburinya. Anda perlu bertindak sebagai penasihat@pembimbing bukan sebagai diktator yang menentukan masa depan anak-anak anda sendiri. Doakan kejayaan anak-anak kita dalam apa jua bidang yang diceburi @ diminatinya. Semoga anak-anak kita berjaya bukan sahaja dalam kerjayanya di dunia malah juga kejayaan di SANA jua.
Kisah duka hari ni buat rakyat Malaysia. Sekitar 100 orang pengunjung dikhuatiri menjadi mangsa kejadian tanah runtuh di sebuah tapak perkemahan awam yang terletak berhampiran dengan Father Organic Farm, Batang Kali di sini, awal pagi Jumaat.
Terkini menurut laporan Astro Awani, Seramai 37 individu berjaya diselamatkan dalam kejadian tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan di Batang Kali, pada awal pagi Jumaat.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, jumlah mangsa berkenaan merupakan anggaran awal daripada pihak polis dipercayai terbabit dalam kejadian sekitar jam 3 pagi itu.
“Ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 39 meter dengan anggaran keluasan runtuhan seluas 1 ekar.
“Maklumat terkini sekitar jam 5 pagi, seramai 31 orang telah berjaya ditemui dan diselamatkan pasukan penyelamat,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Norazam berkata, sebanyak tiga buah jentera termasuk unit anjing pengesan (K9) dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Sentosa, BBP Ampang, BBP Pandan, dan beberapa balai lain telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
Katanya, kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa terlibat sedang giat dijalankan.
Sesi persekolahan bakal beroperasi semula selepas Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah diedarkan bermula esok (Khamis). Memetik laporan Bernama, Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata pihak KPM belum menetapkan tarikh pembukaan namun menjelaskan garis panduan terbabit sebagai persediaan awal pihak sekolah sebelum memulakan operasi persekolahan.
Jelasnya, pembukaan semula sekolah hanya akan melibatkan pelajar tingkatan lima dan enam sahaja dengan hampir 3,000 sekolah menengah. Ujarnya, garis panduan berkenaan dihasilkan secara terperinci dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Sehubungan itu, katanya ibu bapa tidak perlu bimbang untuk menghantar anak-anak ke sekolah dan berharap ibu bapa memainkan peranan mendisiplinkan anak mereka supaya membiasakan diri dengan penjarakkan sosial. “Kita keluarkan garis panduan ini bagi melihat kaedah yang perlu dilakukan dalam konteks pembukaan sekolah dan persiapan sewajarnya harus dilakukan oleh pihak sekolah bagi memastikan bila sahaja kita umumkan pembukaan, maka setiap sekolah telah bersedia.
“Kementerian sentiasa berbincang dengan pihak sekolah iaitu ruang yang boleh ditambah baik dalam garis panduan itu akan kita lakukan.
“Apa yang penting semua pihak mainkan peranan iaitu pengurusan sekolah, guru termasuk ibu bapa. Misalnya, jika anak bergejala, tidak perlu hantar ke sekolah,” katanya seperti dipetik dari Bernama.
Tambahnya, pematuhan Garis Panduan tersebut akan dipantau oleh jabatan pelajaran negeri dan pejabat pelajaran daerah. “Saya juga akan singgah di sekolah-sekolah untuk melihat pelaksanaan garis panduan yang telah diadakan dan kita yakin pihak pengurusan sekolah dan juga guru akan bantu kementerian agar garis panduan ini akan dipatuhi.
“Apabila Kementerian Kesihatan dan MKN merasakan sudah sampai masanya sekolah dibuka, maka kita akan umumkan dua minggu sebelum ia dibuka. Kami belum menetapkan sebarang tarikh untuk pembukaan sekolah,” katanya ketika ditanya tarikh pembukaan sesi persekolahan.
Sementara itu, menerusi facebooknya, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah memuat naik beberapa keping gambar sempena lawatan kerja bersama Menteri Pendidikan di sebuah sekolah. Pada petang semalam, saya telah berpeluang untuk turut serta lawatan kerja YB Dr Mohd Radzi Md Jidin, Menteri Kanan Pendidikan ke SMK Engku Husain, Semenyih, Selangor bagi tujuan persediaan pembukaan sekolah pasca Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Turut hadir sama adalah pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan wakil Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM. Kami telah diberi taklimat oleh Pengetua sekolah mengenai simulasi pengoperasian pengurusan sekolah pasca Perintah Kawalan Pergerakan. Langkah-langkah pencegahan jangkitan COVID-19 yang akan diamalkan adalah berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Sekolah Pasca Perintah Kawalan Pergerakan. Garis panduan yang disediakan pihak KPM adalah hasil kerjasama dengan MKN dan KKM serta membabitkan prosedur mengenai ketibaan murid di sekolah, pergerakan ke bilik darjah, susunan meja dalam bilik darjah, pergerakan di kantin dan pelbagai aspek lain Seperti yang telah diumumkan oleh YB Menteri Kanan Pendidikan sebelum ini, tarikh pembukaan sekolah akan dimaklumkan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum sekolah dibuka berdasarkan nasihat daripada KKM dan situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia.
Keutamaan akan diberikan kepada pelajar Tingkatan 5 dan 6 yang akan menduduki peperiksaan SPM, SVM, STPM dan STAM. KKM amat menghargai komitmen yang ditunjukkan oleh barisan tenaga pengajar dan pengurusan sekolah dalam memastikan pematuhan kepada garis panduan yang disediakan.
Terima kasih kepada semua guru di atas dedikasi dan pengorbanan anda dalam mendidik anak-anak kita semua yang merupakan aset berharga negara.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tandas yang harum dan bersih antara yang dititikberatkan kaum wanita terutama ibu-ibu di rumah.
Sebab tu macam-macam petua atau tip dicuba ketika membersikan tandas mahupun bilik mandi. Tetapi ada petua yang sesuai ada juga yang boleh mengundang masalah.
Gambar hiasan
Sepertimana yang dikongsikan oleh puan Syahirah Omar ini berkenaan tip untuk pastikan mangkuk tandas sentiasa wangi dan bersih dengan menggunakan Sabun buku.
Menurut puan Syahirah, tip berkenaan boleh menyebabkan masalah pada ekosistem air dan saliran.
Baru-baru ni viral satu perkongsian di Tiktok, dia ada bagi tip bagaimana nak toilet bowl sentiasa wangi, dan bersih. Caranya dengan dengan memasukkan sabun buku daia dalam tangki flush.
Dan hasilnya memang berbuih la mangkuk tandas.
Hakikatnya ramai tak tahu amatlah tak bagus buat begitu. Sangatlah tak baik untuk ekosistem air dan saliran.
Begini,
Bila terlalu banyak sabun dalam tangki flush tu, kesannya boleh membunuh mikroorganisma yang sepatutnya bertugas dalam proses penguraian dalam loji kumbahan. Maksudnya tak ada bakteria dan kulat baik yang boleh mereputkan najis.
Hasilnya najis kekal bentuk begitu.
Maaf sedikit jijik. Tapi saya nak cerita je apa kesannya.
Kemudian,
Saya terbaca juga kesan buruk lain. Antara sebab lain kenapa tak boleh buat begitu, rubber seal dalam tangki flush tu akan cepat rosak dan tidak dapat menjalankan fungsinya dengan berkesan.
Semuanya disebabkan tindakbalas kimia yg ada pada sabun tersebut menyebabkan air akan terus mengalir ke dalam tandas seterusnya bil air kalian akan tinggi.
Gambar hiasan
Terpaksalah kalian mengeluarkan kos nak repair pula.
Dulu saya cuci tandas seminggu sekali. Tapi sekarang saya biasakan diri cuci tandas setiap kali gunakan. Kalau mandi, terus disiplinkan diri sental tandas. Kalau jamban kalian asing, asal membuang, teruslah berus toilet bowl tu.
Gambar hiasan
Jadi bila kerap mencuci, tak la teruk berlendir berlumut lantai sampai licin bila pijak, kan? Tak payah spend masa yang lama pun sebenarnya. Sekejap je mencuci setiap kali penggunaan tandas.
Lebih 10 tahun menantikan zuriat - "Welcome baby Amanda yang telah sekian lama ditunggu." Sudah lebih 10 tahun Norasniah dan suaminya, Syed Shamsul, mendirikan rumah tangga. Pasangan ini tetap sabar menantikan kehadiran si kecil sebagai penyambung keturunan.