Bahaya alat mainan kecil kepada anak-anak!

Kenapa saya sering menulis tentang bahaya alat-alat serta barang permainan kecil kepada anak-anak kita? Apa bahayanya kepada mereka?

Bahaya Alat Mainan Kecik Kepada Anak. Doktor Ini Jelaskan Sebab!

ℹ️ Sebagai doktor yang bertugas di bidang telinga, hidung dan tekak, memang banyak kes-kes seperti ini yang saya terpaksa hadapi. Kes bayi termasuk alat mainan di telinga bukanlah suatu yang jarang untuk ditemui. Banyak sebenarnya.

ℹ️ Bukan itu sahaja, bahkan alat permainan seperti ini juga boleh termasuk ke rongga seperti hidung. Perkara seperti inilah sebenarnya yang paling perlu ditakuti. Mengapa?

Apabila objek masuk ke rongga hidung, ia amat berisiko untuk tersedut dan seterusnya masuk saluran pernafasan. Apa yang lebih merisaukan ialah ia juga boleh sampai ke paru-paru. Nyawa pesakit boleh terancam!

IKLAN

ℹ️ Adakah setakat itu sahaja? Tidak tuan-tuan dan puan-puan. Objek seperti duit syiling dan bateri juga perlu diberi perhatian. Bukanlah suatu perkara yang jarang ditemui di kalangan anak-anak yang dirujuk ke hospital kerana tertelan duit syiling. Dan Ia bukanlah suatu tugasan yang mudah untuk ditangani dan dirawat.

Pesakit perlu ‘ditidur dan dibius’ bagi melalui prosedur di bilik bedah, semata-mata untuk mengeluarkan objek yang tertelan!

ℹ️ Oleh itu, sebagai ibu bapa yang prihatin, ibu bapa yang sayangi anak-anak kita, pesan dan beritahulah mereka berulang kali. “Kalau jumpa duit syiling, kalau jumpa barang-barang kecil, beri kepada ayah dan ibu.” Pesan selalu kepada mereka, InshaaAllah mereka akan terbiasa. Nampak macam perkara remeh bukan, tetapi ini amat penting untuk ‘dibudayakan’ dalam institusi keluarga di rumah kita.

IKLAN

Langkah bijak dan perlu untuk ibu bapa :

✅ Sentiasa letakkan duit syling di suatu bekas khas yang tidak dapat dicapai oleh anak. Atas meja atau dalam almari contohnya.

✅ Berhati-hati dalam membeli alatan permainan untuk anak-anak. Elakkan terlalu kecil yang berisiko untuk masuk ke rongga hidung, telinga dan hidung.

IKLAN

✅ Perhatikan pergerakan anak terutama ketika bermain-main di dalam rumah bersama alatan permainan. Anak kecil memang cenderung untuk masukkan apa-apa objek ke dalam mulut.

✅ Elak letak bateri-bateri kecil merata-rata, terutama bersaiz kecil seperti bateri jam. Sangat bahaya jika ia masuk ke rongga hidung atau tertelan!

✅ Hati-hati bagi ibu yang memakai tudung ‘berbatu-batu’ yang cantik itu. Kadang kala ia tertcabut tanpa disedari dan diambil oleh anak kecil.

Semoga pesanan kali ini mampu memberi kesedaran buat kita semua. Sama-sama kita berpesan… marilah kita saling beringat. Anda dijemput untuk kongsi tulisan ini jika anda rasa ia amat berharga. Selamat beramal!

Sumber: Fb Dr. Ezairy M.Sallih
Doktor telinga, hidung & tekak (ENT)

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI