Nampak cantik, nak cuci baju pun senang. Campak saja masuk dalam mesin basuh. Hakikatnya sabun candy viral yang cantik dan bersaiz kecil ini amat berbahaya terutama kepada anak kecil.
Menurut perkongsian Dr Redza Zainol, sabun candy viral ini amat berbahaya malah beracun yang membolehkan gangguan kepada saluran pernafasan.
Ikuti perkongsian beliau.
“Anak makan apa? Makan sabun candy viral?
Pertama kali dengar sebenarnya. Lepas buat carian Google terus keluar imej macam ni. Pergh patutlah budak sanggup makan sabun ni. Memang sebiji macam gula-gula!
Masa maknya di dapyr, tiba-tiba terdengar anak menangis kuat. Bila dijengah dalam mulut penuh dengan sabun. Meleleh-leleh ke baju dan seluar.
Bila datang dekat, bau sabun kuat datang dari dalam mulut anak. Paniknya tak payah cakap. Tak tahu nak buat apa.
Cepat-cepat sabun dicuci dari muka dan mulut anak. Kebetulan seorang diri di rumah, semuanya kena hadap sendirian.
Berlari terus mak ni buat panggilan telefon pada suami. Syukur suami memang nak dekat sampai ke rumah.
Ads
Bila kami buat panggilan ke Pusat Racun Negara, kandungan sabun Candy Viral ni ialah bahan pencuci dan sabun (katerogi bahan kimi ionic and non ionic)
Yang merisaukan ialah ‘half-life’ kandungan sabun ini tak tahu berapa lama.
Maksudnya kalau anak dah termakan sabun ni, kita tak tahu sabun tu akan kekal berapa lama dalam badan anak.
Selain itu sabun ini boleh menyebabkan:
– Hakisan pada lapisan mulut dan laluan pernafasan. Kalau sangat serius, hingga perlukan bantuan pernafasan.
– Kecederaan pada lapisan usus hingga menyebabkan muntah yang teruk.
Ads
– Pengsan atau hilang kesedaran.
Selama saya jadi doktor kanak-kanak, berkali-kali saya lihat anak terminum sabun pencuci tapi kali ini saya memang risau dengan bentuk dan warna sabun ni.
Nasihat saya,
* Simpanlah sabun ini ditempat yang selamat dan jauh dari jangkauan kanak-kanak.
* Kalau anak tertelan bahan pencuci jangan paksa dia muntah.
* Kalau paksa dia muntahkan sabun tu anak boleh tersedak. Bila tersedak sabun tu boleh masuk ke paru-paru anak pula. Lagi bahaya.
Ads
* Basuh mulut anak dengan air berkali-kali.
* Tukar baju dan seluar anak yang dah terkena bahan pencuci tu.
* Bawa segera ke hospital.
Bantu saya sebarkan ilmu ini pada mak ayah yang lain. Kadang-kadang kita terlepas pandang isu macam ni tapi anak kita yang menjadi mangsa.
Cuaca yang tidak menentu ditambah pula dengan masalah pandemik, pasti ibu bapa cukup bimbang anak-anak jatuh sakit. Lebih-lebih lagi jika demam tiba-tiba.
Jadi untuk ibu-ibu yang nak turunlan suhu panas demam anak-anak boleh cuba petua yang dikongsikan ini. Cukup mudah dan cepat je. Tapi jika suhu badan panas dan demam tak kebah-kebah sebaiknya terus ke klinik untuk dapatkan rawatan!
PETUA TURUNKAN PANAS DEMAM
Sekarang kami anak beranak ada dekat Negeri Sembilan. Dah 4 hari duk kat tempat orang. Ditakdirkan pagi semalam yang si kecik tetiba badan suam² panas. Tengah hari tu dah betul² panas.
Biasanya kalau travel saya tak pernah lupa bawa stok ubat timbang kilo saya ni. Tah macam mana boleh lupa pulak kali ni. Nasib baik jumpa Mydin kat sini. Terus beli sepaket biji semangkok ni. . Bila anak² demam, inilah remedi wajib untuk anak² saya. Selain minum air kelapa, minum air biji kembang semangkok juga sangat bagus untuk menurunkan panas badan terutama ketika demam panas.
Caranya ambil 3 biji buah kembang semangkuk dan direndam dalam air suam sehingga kembang. Rendaman ini akan menghasilkan air berwarna coklat jernih. Kemudian, rendaman tadi ditapis dan terus boleh diminum. Boleh juga ditambah sedikit gula organik. Dengan izin Allah, 1jam selepas minum, serta merta suhu panas makin menurun. Inilah yang saya selalu perhatikan. Alhamdulillah, sekali minum je panas badan dah hilang. Hari ni dah sihat walafiat. . Bagi anak² yang kerap demam panas atau panas badan lambat turun, ibu² boleh lah cuba petua ini.
Selain itu, jangan lupa jerlum kepala dan badan anak dengan air yang dicampur perahan lemon atau limau. Tak kisah samada limau nipis atau kasturi. Semua boleh. . Jaga pemakanan anak, jangan bagi minum sebarang air berperisa, air kotak, air bergas. Jangan bagi makan makanan merapu, makanan proses macam roti, biskut, kuih dan sebagainya.
Banyakkan makan buah. Makan nasi yang berkuah atau sup tanpa MSG. Lagi bagus kalau ada broth. Ini lah cara saya selama hampir 2 tahun tak beli ubat demam untuk anak².
Nak cepat sembuh sebagai ibu bapa kita yang perlu bertegas. Kita dah berikhtiar, hanya Allah yang boleh menyembuhkan atau tidak.
.
Biji semangkok ni boleh disimpan dan tahan lama. Masukkan dalam bekas kecil dan boleh dibawa ke mana².
Harga pun murah. Tak padan dengan khasiat yang sangat bagus. Rugi kalau tak manfaatkan.
.
*peringatan. Sekiranya demam anak tak kebah² dan panas tak turun² lebih sehari, sila dapatkan rawatan dari doktor ye. Jangan tunggu lama².
Sayur brokoli banyak manfaatnya untuk kesihatan tubuh baik untuk kanak-kanak mahupu orang dewasa. Antaranya adalah sebagai agen melawan kanser, mengurangkan kadar kolestrol dan membantu menguatkan tulang.
Namun, pasti ramai yang tak tahu sayur ini memerlukan ketelitian ketika membersihkannya. Melalui perkongsian di laman Facebook Puan Fieza Nelson, beliau berkongsi cara yang sangat teliti dan mudah untuk membersihkan sayur brokoli. Jom kita sama-sama rujuk langkah demi langkah.
Assalammualaikum.. Dah lama nak share benda ni. Tapi hari ni baru ada peluang untuk share hal ni.. untuk penggemar sayur brokoli.. Semua dah sedia maklum brokoli ni tinggi khasiatnye kan.. & sayur yang sedap sangat kan.. kan..kan.. & bagus buat puri brokoli utk baby kan..
Taaaaapiiiiiiii… Eh jap.. jap.. ni kita bukan nak kondem psl sayur ni yer.. kang keluar lak komen ingat kita nak suruh black list sayur ni lak dalam menu harian u all..
Ni kita nak highlight pada yang ambik cara mudah pembersihan & basuh sayur tu.. Tengok betul2 dalam gambar tu apa yang ada di celah2 brokoli tu. Ada ulat rupa seakan kutu banyak sgt2.. ulat bulu? pun ado.. ? dorg berjemaah bersama lak dalam brokoli tu.. ish.. geram sebab buat tokak den kombang.. ?????Kita dah rendam dengan air garam dalam 30mnt -1 jam.. Memang banyak ulat yang mati & keluar dari celah2 sayur tu.. tapi.. tapi.. bukan semua ulat yanag keluar yer.. masih banyak lagi ulat2 melekat kuat kt celah2 sayur tu.. Nak tak nak kena lah belek setiap bahagian sayur tu dengan teliti sebelum nak masak.
Jadi pada mama/mommy chef tu yang nak masak untuk family or buat bubur baby.. sila / tolong / mohon cuci dengan betul2 bersih.. sebelum bagi orang tersayang makan masakan yang kita masak yer.. Atau pun ada tip lain rendam pakai cuka.. jom kita cuba…
Berikut adalah langkah paling berkesan untuk membuang ulat pada brokoli yang perlu dilakukan sebelum memasak sayur ini.
1. Potong brokoli dan sediakan campuran air dan juga cuka. Rendam brokoli ke dalam air ini selama 15 minit.
Selepas itu anda akan dapat melihat ulat-ulat halus akan terapung di permukaan air. Bilas dan barulah dimasak.
2. Satu lagi cara adalah dengan merendam sayur brokoli dengan air garam selama 30 minit hingga satu jam. Kemudian bilas.
Selepas membersihkan brokoli dengan cara ini barulah sayur ini boleh dimasak. Cuba bayangkan sekiranya kita tidak membasuh bersih sayur ini sebaliknya terus menyajikannya pada anak kecil.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penerima vaksin Sinovac yang belum mengambil dos penggalak berisiko hilang status lengkap vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera bermula 1 April ini.
Terdapat kira-kira dua juta penerima dua dos vaksin COVID-19 keluaran Sinovac di Malaysia yang masih belum mengambil suntikan penggalak.
Justeru itu Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menggesa semua penerima vaksin Sinovac untuk segera mendapatkan dos penggalak dalam tempoh masa yang berbaki lagi seminggu menjelang 1 April bagi mengekalkan status lengkap vaksinasi masing-masing.
“Berdasarkan data terkini, seramai 2.09 juta penerma dos primer vaksin Sinovac belum menerima dos penggalak.
“Untuk tempoh seminggu lagi, Kementerian Kesihatan (KKM) mengunjurkan mungkin akan ada dua juta penerima vaksin primer Sinovac yang berisiko untuk hilang status lengkap vaksinasi mereka pada 1 April,” katanya pada sidang media di Parlimen.
Dapatkan Dos Penggalak Segera
Beliau berkata demikian ketika ditanya unjuran KKM mengenai jumlah penerima dua dos vaksin Sinovac yang bakal kehilangan status lengkap vaksinasi kerana enggan mendapatkan dos penggalak.
Photo by Towfiqu barbhuiya
Mengulas lanjut, Khairy memaklumkan keperluan untuk penerima vaksin Sinovac mendapatkan dos penggalak bukan sahaja untuk memudahkan urusan seharian di Malaysia, sebaliknya ia turut menjadi keperluan beberapa negara luar seperti Singapura.
“Saya ada bincang perkara ini dengan Menteri Kesihatan Singapura, dan Singapura juga menetapkan status lengkap vaksinasi untuk penerima Sinovac adalah tiga dos,” katanya.
Pada 7 Februari lalu, Khairy dilaporkan berkata, semua individu berusia 60 tahun ke atas atau penerima dos lengkap vaksin Sinovac berusia 18 tahun ke atas perlu mengambil suntikan dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap sebelum 1 Mac 2022.
Bagaimanapun, Khairy kemudian mengumumkan tempoh itu dilanjutkan sehingga 31 Mac.
Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di