Baiknya Hati ‘Cleaner’ Ni! Tak Ada Kereta, Wakaf 2 Mesin Dialisis, Raih Perhatian Ramai
Seorang Mukmin yang ingin menjadi baik iaitu menjadi manusia yang bermanfaat kepada manusia lain dan menjadi hamba yang taat kepada Allah SWT pastinya tahu akan perkara yang boleh membina kebaikan dalam diri seseorang manusia.
Ramai manusia yang ingin menjadi baik, tetapi tidak dapat membina kebaikan diri kerana tidak tahu akan formula untuk menjadi insan yang benar-benar baik pada pandangan Allah SWT dan baik dalam kalangan manusia.
Namun jika kita yang pilih untuk menjadi baik dan bermanfaat kepada orang lain tidak perlu kaya atau hartawan.
Sebagaimana perkongsian ini menarik perhatian ramai apabila seorang ‘cleaner’ sanggup mewakafkan mesin dialisis. Tidak berkira, biarpun hidup seadanya. Tetapi sanggup korban harta untuk memberi manfaat kepada insan yang memerlukan pertolongan. Baiknya hati insan ini.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Seorang ‘orang’ berhati mulia. Jual tanah untuk wakaf 2 mesin dialisis. Saya panggil dia Kali.Nama penuh Kalipulizan. Dia pelanggan saya.Dia kerja cleaner kat Pusat Dialisis.
Ads
Dia tak dak kereta. Dia ada motor pi kerja, motor pi kedai dan motor makan angin. Tahun lepas dia lantik saya jual tanah dia.
Saya dah jual. Saya tanya, ‘Nak buat apa duit jual tanah?’. Dia kata nak buat belanja. Dia juga nak beli mesin dialisis 2 biji, nak wakaf kat Pusat Dialisis yang dia kerja cleaner.
Hari ni Kali hantar gambar mesin dialisis. 2 biji. Saya tanya, ‘Berapa kos 2 biji mesin dialisis yang dia wakaf?’ Lapan puluh ribu.
Kali masih kerja cleaner kat Pusat Dialisis yang dia wakaf 2 biji mesin yang berharga lapan puluh ribu ringgit.
Pendakwah selebriti Da’i Syed dan isterinya pengacara, Hana Ismail kini sedang menghitung hari menanti kelahiran cahaya mata sulung mereka.
Menurut Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 29, isteri kesayangannya itu tidak mengalami simptom kehamilan yang teruk malah kini teruja untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat.
“Insya-Allah saya dah nak menimang cahaya mata. Isteri saya dah sarat tinggal tunggu lagi dua, tiga minggu,” kongsinya.
Tambahnya lagi, isterinya berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami alahan atau mengidam yang pelik-pelik sebaliknya dia yang mengidam sesuatu.
“Hana tak ada apa-apa simptom, tiada alergi, dia baik-baik sahaja tapi rasanya lebih kepada saya. Saya yang banyak mengidam daripada dia,” kongsinya.
Sementara itu, Syed bersyukur dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dalam kerjaya lakonan dan perniagaannya.
“Nak jadi ayah ni rezeki makin banyak, Alhamdulillah. Dapat tawaran berlakon filem, ada buat agensi pelancongan dan isteri saya menjual batu-batu kristal.
Meninjau di Instagram isterinya, Hana juga mengakui teruja untuk menantikan cahaya mata pertama mereka malah kini dilihat semakin berseri-seri.
“Alhamdulillah, hajat nak ‘babymoon’ before my delivery dimakbulkan.
“Momen bersama suami disini takkan Hana lupa insyaAllah sampai bila-bila. Thank you, Cahaya selalu bawa rezeki tak disangka-sangka untuk umi and baba. Can’t wait to see you,” tulisnya di kapsyen.
Terdahulu, Syed dan Hana mendirikan rumahtangga pada 3 Disember 2022. Hana sebelum ini pernah mengalami keguguran i awal perkahwinan mereka.
Hanya kerana lambat pulang dari kedai, seorang suami sanggup membakar isterinya. Kejadian itu berlaku apabila pelaku naik berang kerana menunggu isterinya yang lambat pulang setelah ke kedai fotostat.
Suami Marah Isteri, Sanggup Bakar Hidup-hidup, Naik Berang Sebab Lambat Pulang Dari Kedai Fotostat
Kejadian yang berlaku pada Ahad lalu, turut tular di media sosial selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang merakamkan kejadian berkenaan ‘bocor’. Kejadian dipercayai berlaku di rumah pasangan berkenaan di Kecamatan Cipondoh, Kota Tangerang, Banten.
Seorang lelaki ditahan polis selepas cuba mencederakan isterinya sendiri dengan cara membakar wanita itu hidup-hidup.
Ketua Rukun Tetanga (RT) kawasan berkenaan, Romli mendakwa insiden itu sememangnya sudah dirancang oleh pelaku.
Romli menunjukkan kawasan kejadian kepada pemberita.
“Jika menurut sumber kami, bahan api itu sudah disediakan oleh pelaku.
“Bagaimanapun kita tunggu dahulu hasil siasatan polis sama ada dirancang atau sebaliknya,” katanya kepada pemberita pada Isnin.
Jelasnya, bahan api itu disembunyikan di sebuah kawasan himpunan kayu yang tidak jauh dari lokasi kejadian.
“Saat dia bergaduh dengan isterinya, pelaku (Sulistiawan,40) langsung mengambil bahan api itu lalu dicurahkan kepada isterinya (Suci Ratna Derawati, 21) lantas dibakar menggunakan mancis,” dedahnya.
“Difahamkan isterinya pergi ke kedai itu untuk membuat salinan dokumen.
“Mungkin pelaku beremosi dan terasa terlalu lama menunggu menyebabkan dia lantas bertindak sedemikian,” katanya lagi.
Dalam kejadian malam itu menyebabkan mangsa luka di bahagian muka dan kepala hingga meliputi 27 peratus bahagian.
Mangsa telah dibawa ke hospital untuk kini menerima rawatan manakala si pelaku sedang menunggu masa untuk dibicarakan.
Suami Jangan Buat Sesuka Hati Pada Isteri: Sepatutnya Jadi Pelindung Isteri
Dalam institusi perkahwinan, suami dan isteri sepatutnya saling menyayangi, menghormati, dan melindungi antara satu sama lain. Malangnya, terdapat situasi di mana suami bertindak sesuka hati terhadap isteri, menyebabkan ketegangan dan masalah dalam rumah tangga.
Peranan Suami sebagai Pelindung Isteri
Menjadi Pembimbing dan Penyokong
Suami sepatutnya menjadi pembimbing dan penyokong isteri dalam setiap aspek kehidupan. Ini termasuklah menyokong isteri dalam kerjaya, hobi, dan minat mereka. Suami yang baik akan mendengar dan memberi nasihat yang membina kepada isteri.
Melindungi Emosi dan Mental Isteri
Kesejahteraan emosi dan mental isteri adalah sangat penting. Suami harus peka terhadap perasaan isteri dan mengelakkan tindakan atau kata-kata yang boleh melukakan hati mereka. Ini termasuklah mengelakkan daripada menggunakan kata-kata kasar, menghina, atau merendahkan isteri.
Gambar hiasan.
Menghormati Isteri sebagai Rakan Kongsi
Perkahwinan adalah satu perkongsian antara dua individu yang setara. Suami perlu menghormati isteri sebagai rakan kongsi yang setara dalam semua keputusan yang melibatkan keluarga. Ini termasuklah membuat keputusan bersama dalam hal kewangan, pendidikan anak-anak, dan perancangan masa depan.
Mengambil Berat Keselamatan Fizikal Isteri
Suami juga bertanggungjawab memastikan keselamatan fizikal isteri. Ini bermakna suami perlu melindungi isteri daripada sebarang bentuk keganasan atau ancaman, sama ada di dalam rumah tangga atau di luar.
Tindakan yang Boleh Diambil oleh Suami
Komunikasi yang Berkesan
Komunikasi adalah kunci kepada hubungan yang harmoni. Suami perlu sentiasa berkomunikasi dengan isteri secara terbuka dan jujur. Ini termasuklah berkongsi perasaan, mendengar dengan teliti, dan menyelesaikan masalah bersama-sama.
Menghargai dan Menghormati Isteri
Tunjukkan penghargaan kepada isteri melalui tindakan dan kata-kata. Mengucapkan terima kasih atas usaha isteri dalam menguruskan rumah tangga dan menunjukkan rasa hormat dalam setiap interaksi harian.
Gambar hiasan.
Memberi Masa dan Ruang kepada Isteri
Setiap individu memerlukan masa dan ruang untuk diri sendiri. Suami perlu memberi isteri masa untuk bersendirian atau melakukan aktiviti yang mereka sukai tanpa gangguan. Ini penting untuk kesejahteraan mental dan emosi isteri.
Berkongsi Tanggungjawab Rumah Tangga
Tanggungjawab rumah tangga perlu dikongsi bersama. Suami boleh membantu isteri dalam melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak, membersihkan rumah, atau menjaga anak-anak. Ini bukan sahaja meringankan beban isteri tetapi juga mengeratkan hubungan suami isteri.
Suami yang baik adalah suami yang melindungi, menghormati, dan menyayangi isteri mereka. Dengan menjadi pelindung yang sejati, suami dapat memastikan kesejahteraan fizikal, emosi, dan mental isteri terjaga.
Perkahwinan yang harmoni dan bahagia adalah hasil daripada usaha bersama antara suami dan isteri dalam menghormati dan menyayangi satu sama lain. Oleh itu, suami janganlah bertindak sesuka hati terhadap isteri, sebaliknya berusahalah untuk menjadi pelindung dan penyokong terbaik bagi isteri tercinta.
Genap tiga minggu bergelar bapa, Remy Ishak mengumumkan nama putera sulungnya, Tuah Alam.
Remy mengumumkan nama anaknya itu melalui entri di Instagram (IG) yang memaparkan klip video program Oh Baby Remy, semalam.
Dalam hantaran itu, Remy memberitahu, dia dan isteri, Ezza Yusof bersetuju menamakan anak mereka, Tuah Alam.
Remy atau nama sebenar, Mohammad Zalimei Ishak, 41, berkata, dia mahu nama anak mempunyai unsur Melayu.
“Ketika saya bujang dahulu, saya terfikir hendak letak nama anak yang ada unsur Melayu. Saya sudah berbincang dengan Ezza, dia setuju. Apabila saya beri nama itu, dia terus okay.
“Selain Tuah Alam, kita ada letak beberapa nama lain seperti Tuah Arjuna dan Tuan Alexander. Kenapa Alexander? Sebab saya ada baca buku Alaxander Zulkarnain mengenai agama.
“Tetapi, akhir sekali, kita ‘lock’ Tuah Alam. Ada sebab kenapa pilih nama Tuah. Ia bukan semata-mata nama pahlawan Melayu dulu-dulu,” katanya.
Pada masa sama, Remy berkata, ada sebab tersendiri mengapa beliau memilih nama Melayu berbanding Arab, selain percaya nama Tuah Alam mampu memberi aura positif kepada semua orang.
“Ada orang yang nak letak nama Arab dengan maksud yang bagus. Tapi, bagi saya, kenapa tak letak nama Melayu terus?
“Tuah adalah tuah atau ‘luck’. Jadi, daripada pakai nama Arab, saya pakai nama Melayu.
“Alam itu sangat peribadi kepada saya. Ketika itu, saya baca al-Quran selepas solat. Jadi, Alam itu saya dapat ilham daripada ayat pertama surah al-Baqarah.
“Nama ini adalah gabungan huruf alif, lam dan mim. Bila digabungkan, jadilah Alam,” katanya.
Pada 27 Julai lalu, Ezza selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada jam 11.17 pagi di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.
Remy dan Ezza yang juga ahli perniagaan, mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 selepas lapan tahun berkenalan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
World Quran Convention 2025 mengetengahkan tema ‘Trade With Allah’ berasaskan Surah Al-Saff sebagai panduan utama solusi ekonomi Islam global. Program dua hari ini membuka ruang memahami keseimbangan antara spiritual dan ekonomi moden.