Waktu kecil, impian kanak-kanak akan bertukar dari masa ke semasa seperti menjadi polis, doktor dan juga angkasawan. Segelintir orang sahaja yang dapat merealisasikan impian mereka. Kisah gadis ini pasti akan membuat anda ingin mencapai impian anda juga!
Zainab Azim, 19 tahun, dikira beruntung atas sebab pembelian “tiket penerbangan” ke angkasa lepas di bawah pengurusan suborbital Virgin Galactic oleh ibu bapanya. Zainab amat meminati dengan eksplorasi angkasa lepas sejak umur 11 tahun lagi.
Diberitahu bahawa harga tiket tersebut berjumlah AS$250,000 atau sebanyak RM1,050,000. Selepas 8 tahun, Zainab bakal mengukir sejarah sebagai pengunjung angkasa lepas berhijab yang pertama!
Zainab berkata bahawa peluang ini sebagai satu perkembangan yang bagus agar lebih ramai lagi wanita yang akan menyumbang ke dalaam bidang matematik, sains, teknologi dan kejuruteraan.
Gadis ini juga merupakan salah seorang pengasas bersama organisasi Global Initiative and Vision for Education (GIVE).
Ads
Bagi pengetahuan anda, seramai 600 orang dari seluruh dunia sedang menunggu giliran untuk menaiki kapal angkasa ini selepas penumpang pertama mereka iaitu pemilik Virgin, Richard Branson, dan akan menyambung operasi tersebut pada akhir tahun ini.
Buat sementara waktu, Zainab harus menunggu untuk beberapa tahun lagi sebelum dapat menaiki kapal angkasa lepas Virgin Galactic tetapi dia tidak akan patah semangat.
Semoga artikel ini dapat memberi inspirasi kepada para pembaca semua agar dapat mencapai impian masing-masing. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih!
Kisah rider Grab Food ini tular baru-baru ini apabila makanan yang dipesan pelanggannya sampai lambat. Malah berkali-kali pelanggan menghubungi tetapi tiada respond.
Rupa-rupanya rider Grab Food tersebut pekak dan bisu. Lebih menyedihkan dia tidak jumpa rumah pelanggan yang menempah makanan tersebut membuatkan dia terlewat sampai di rumah pelanggannya.
Itulah situasi yang dialami sendiri oleh pendakwah dan penulis, Bonda Nor ini benar-benar menyentuh hati . beliau memuat naik kisah berkenaan dilaman facebooknya sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.
Ingat kisah rider Grab Food yang viral tu? Ya, kisah saya order Yong Tau Fu untuk berbuka puasa. Hampir maghrib tak sampai-sampai. Saya penat tunggu dia, dia pula penat tunggu saya. Saya sentiasa bersedia dengan phone di tangan. Dia juga sedia dengan phone juga. Dia call, saya jawab. Tapi dia senyap. Dia call lagi, saya jawab lagi. Dan dia senyap lagi. Begitulah sampai 7 kali, sampai saya dah mula geram, dah kenapa dengan rider sorang ni! Dah hampir sejam dok main misscall je ni! Main-main ke apa? . . Kemudian Allah gerakkan hati saya pada sesuatu. Saya buka apps Grab semula. Rupa-rupanya sarat chat box di apps Grab dengan mesej dia. Dia bagitau tak jumpa rumah. Dia bagitau, dia pekak dan bisu. Allahu Rabbi. Patutlah dia call saya, tapi senyap saja. Rupa-rupanya dia call banyak kali sebab terharap-harap saya alert dengan chat box. Saya pula memang tak biasa guna chat box tu sebab biasanya rider kalau tak jumpa rumah akan terus call saja. Jadi, saya tak boleh expect sebab inilah kali pertama saya guna khidmat rider OKU. Saya tak tahu! Subhanallah. 😭
Bila saya dah balas mesej, Alhamdulillah dia berjaya cari rumah. Tapi dia sampai hantar makanan untuk saya berbuka puasa tu masa dah Maghrib. Saya pula dah sedia atas sejadah, nak solat Maghrib dulu sebelum makan. Jadi, tak sempat jumpa dia sebab anak saya yang buka pintu dan ambil makanan tu. Usai solat, hati saya masih resah. Walaupun dah bagi tips pada dia melalui sistem Grab Pay, hati saya tetap rasa tak best. Saya rasa bersalah sebab salah sangka pada dia. Dan saya rasa perlu bagitau masyarakat supaya tak buat salah macam saya. Kena lebih peka pada kemungkinan macam ni. Jadi saya tuliskan kisah tersebut di FB untuk peringatan bersama. Bahkan saya juga call pihak Grab untuk mengesan siapa rider OKU yang hantar makanan tu. “Saya nak ucap terima kasih, rider you sangat bagus. Boleh bagi no telefon dia?” Telefonis itu turut gembira saya memuji rider syarikat mereka. “Puan order dari Has Yong Tau Fu kan? Nama rider tu Rizuam. Tapi kalau nak nombor telefonnya, saya kena tanya dia dulu ya.” Saya akur.
Menunggu dari sehari ke sehari. Kecewa sebab tak dapat feedback seterusnya. Namun, Allah Maha Baik. Dia tahu keinginan saya mahu menebus rasa bersalah itu. Apa berlaku? Tiba-tiba, seorang lelaki bernama Asyraf inbox saya di Facebook. “Saya kawan Rizuam, rider OKU Kuala Terengganu. Ini nombor telefon dia.” Ya Allah, berderau darah! Walaupun tulisan tersebut viral, tapi saya tak pernah bagitau nama rider Grab itu. Jadi bila dia sebut nama Rizuam, maknanya dia memang tahu kisah ini dan dia bercakap benar! Saya guna nombor yang Asyraf bagi untuk hubungi Rizuam, perkenalkan diri dan meminta maaf berkenaan peristiwa tersebut. “Saya dan suami nak jumpa Wan boleh ke? Nak sampaikan sikit sumbangan.”
Alhamdulillah, saya sempat umum di grup Akademi Bonda Nor dan team speaker Ekspres-i yang saya nak jumpa rider OKU ini dan ternyata ramai nak selit sumbangan. “Saya nak ajak kawan saya, boleh? Nak minta dia tolong translate. Dia pun runner Grab Food juga. OKU pendengaran saja, tapi boleh bercakap,” ujar Rizuam. Rupa-rupanya, Asyraf! Ya, Asyraf yang bagi nombor telefon Rizuam itu pun akan hadir sebagai translator. Masya-Allah, hati saya berbunga-bunga. Rasa lengkap pertemuan kami! Tuan puan, Hari ini Rizuam datang jumpa saya dan suami dengan kaki terhincut-hincut. Rupa-rupanya dia baru kemalangan balik kerja waktu malam. Terlanggar kerbau, katanya. Sejenis gigih! Masuk kerja pukul 10 pagi hingga 10 malam! “Team runner OKU memang jenis rajin, bonda. Kami sentiasa kejar job,” kata Asyraf. Dan paling saya sebak bila Asyraf tunjukkan senarai carta top ten runner Grab Food Kuala Terengganu. Dimonopoli oleh runner OKU! Masya-Allah. Allahu Akbar!
Bahkan apabila Rizuam tunjukkan pencapaiannya di sistem pesanan Grab Food, saya teruja melihat lencana pujian. Apa feedback customer? Antara nombor 1 hingga 5, semuanya memilih 5! Wah! Terus teringat salah satu komen netizen yang saya baca di posting tulisan viral saya itu, “Dah tahu pekak bisu, nak kerja runner buat apa! Menyusahkan orang!” Ya Tuhan, sedap saja dia mengecam! Kalaulah dia tahu hakikat top 10 runner ini, tentu dia malu sendiri! Ternyata pencapaian team OKU sangat luar biasa, mengatasi runner yang sempurna segala sifatnya!
“Asyraf baca kat mana tulisan yang viral tu? Macam mana Asyraf tau rider tu ialah Rizuam?” soal saya, cuba meleraikan tanda tanya. “Kami ada grup, bonda. Masa Rizuam nak hantar makanan bonda tu, dia sebenarnya ada order lain juga nak hantar. Jadi dia kalut sikit sebab tak jumpa rumah bonda, sedangkan dia nak hantar juga makanan customer lain. Jadi, dia tanya dalam grup, ada tak sesiapa boleh tolong. Tapi kami semua jauh. Jadi Rizuam pergi hantar order satu lagi tu dulu, lepas tu patah balik ke rumah bonda.” Allahu Akbar. Rupa-rupanya kekalutan Rizuam lebih daripada yang saya bayangkan! Dahlah kaki sakit dan hari pula makin nak malam. Rumah saya tak dapat dikesan, kalut fikir nak hantar pada customer lain pula. Kesiannya dia! 😭
Sebelum berpisah, saya sampaikan pada mereka, kata-kata Ustazah Asma Harun yang dituliskannya pada tulisan viral saya itu. Tentang OKU pekak dan bisu. “Mereka sangat mulia, bonda. Mulut mereka tidak pernah menyakiti orang lain. Telinga mereka tidak pernah bermaksiat.” Saya lihat wajah Asyraf teruja dan berseri-seri mendengar penghormatan itu. Dan sewaktu melihat dia bersungguh menyampaikan pada Rizuam dan Muhsin kata-kata inspirasi itu dengan menggunakan bahasa isyarat, saya sebak! Sebak melihat mereka mengangguk faham dan tampak ceria memahaminya! Ia memancarkan satu kepuasan luar biasa. Allahu Akbar. Benar kata ustazah, mereka ini kelompok terpelihara. Tak banyak dosa. Sembang-sembang dengan mereka, ternyata memang mereka kuat bekerja. Sebab mereka tak layan games, tak tengok movie. “Kalau layan games, tak jadi kerja pula nanti, bonda! Terlepas job,” kata Asyraf. “Habis tu, apa aktiviti masa lapang?” “Kami suka jalan-jalan, bonda. Suka tengok tempat orang. 2 tahun lepas, ramai-ramai OKU pergi Korea.” Masya-Allah. Kami yang sempurna ini pun tak sebijak itu mengatur kewangan dan perancangan. Syurgalah buatmu, anak-anak! Allah uji kamu semua dengan sedikit kekurangan, tapi ternyata kamu tidak pula berputus asa, tidak hidup meminta-minta. Bahkan usaha kamu sangat luar biasa mengalahkan kami yang sempurna sifatnya!
Alhamdulillah, hari ini dapat sampaikan rezeki Rizuam sebanyak RM5000 sumbangan team Akademi Bonda Nor dan team speaker Ekspres-i. Juga saya bagi planner Semangat! dan buku Bahagia Tanpa Syarat.
Begitulah. Rezeki orang gigih dan amanah pada tugas. Sebab sabar satu jam, Allah kirimkan rezeki sampai RM5000. Barakallahu fikum. Semoga terus sukses Rizuam, Asyraf dan Muhsin! Oh ya, Asyraf ialah Penolong Setiausaha Sukan Persatuan OKU Pekak negeri Terengganu. Ya, dia tak bisu tapi OKU pendengaran. Dia dengar tapi tak jelas. Dia perlu lihat mulut orang yang bercakap, baru dia boleh teka apa yang diperkatakan. Seronok saya dan suami belajar bahasa isyarat hari ini. Masa Rizuam buat tanduk kat kepala, kami ingatkan dia buat isyarat marah atau syaitan. Rupa-rupanya bila Asyraf translate, baru kami tahu Rizuam cerita dia langgar kerbau. Hihi. Hari yang indah buat kami atas jalinan takdir Allah dan ukhuwah ini. Alhamdulillah. 🥰
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit, pepatah yang sesuai dengan seorang lelaki yang bersungguh-sungguh menyimpan wang hasil perniagaannya sehingga tabungannya mencecah sekitar 167 juta rupiah (anggaran RM48,904).Perkongsian ini di muat naik oleh CNN Indonesia berkongsi tentang peniaga makanan bergoreng di Bulukumba, Sulawesi Selatan bernama Eril itu dikatakan menyimpan wang keuntungan berniaga sejak Oktober 2020 yang lalu.
Hasil sisihan keuntungan daripada warung gorengannya, Eril berjaya memperoleh simpanan sekitar RM48,904 selepas membuka tabungnya pada September baru-baru ini.
Menerusi video dikongsikan pemuda itu di laman TikTok, dia bersama ibu bapanya mengira wang tabungan yang disimpan di dalam tong di rumah mereka.
Di dalam video berkenaan, kelihatan pemuda itu menangis gembira atas kejayaan menyimpan wang tersebut dalam tempoh 11 bulan sahaja.
Berkat usaha gigih dan bijak menyimpan inilah hasilnya. Sangat berinspirasi cara pemuda ini.
Sejak pandemik melanda negara hampir dua tahun, pelbagai aktiviti sosial agak terhad untuk dilakukan bersama keluarga dan jiran tertangga.
Sudah tentu ada yang merindui momen-momen sebelum virus paling bahaya ini menyerang dunia.
Meraikan hari jadi anak adalah antara momen yang sering diraikan oleh ibu bapa apabila tiba hari istimewa ini. Bagaimanapun halangan pandemik menyebabkan tetamu tidak dapat diundang untuk menjadikan majlis lebih meriah.
Namun itu tidak menjadi masalah buat seorang ibu ini. Bagi meraikan hari ulang tahun anak tersayang, beliau memasak hidangan, ‘tapau’ dan menghantarkan kepada jiran-jiran yang berdekatan. Menerusi facebooknya, Puan Farrah Emylia telah momen itu di grup Masak Apa Hari Ini.
Ikuti perkongsian beliau.
Rai ulang tahun anak masak untuk jiran
Nampak macam berniaga kan? Hari nie saya masak western untuk jiran tetangga sempena busday anak sulong.
Masak – tapau – bagi pada jiran-jiran
Maaf la pada Jiran-jiran kalau hobi saya nie buat anda x selesa . Maaf juga kalau anak2 asik menganggu beri Salam hari2
Semangat kejiranan beginilah yang sebenarnya perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat negara ini.
Ramai ‘berebut’ nak jadi jiran
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap wanita itu dan ramai pula ‘berebut’ nak tinggal berjiran.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.