Setiap kali tibanya cuti sekolah atau musim perayaan, semua orang tak sabar untuk pulang ke kampung. Inilah masanya dapat berkumpul ramai-ramai sambil mengeratkan kembali silaturahim antara satu sama lain.

Bukan hari biasa tidak boleh berbuat demikian, namun kekangan kerja selain sibuk dengan urusan sendiri menyebabkan tidak berpeluang berbuat demikian.

Tidak dinafikan apabila berkumpul ramai- ramai memang seronok. Terasa kemeriahannya. Nak nak lagi kalau dah lama tak berjumpa kan. Macam-macam hal nak diborakkan.

Begitu pun, dalam ramai-ramai pasti terselit masalah atau situasi yang menimbulkan ketidakpuasan hati. Salah satunya berkaitan duit belanja dapur. yelah dah ramai-ramai tu pasti banyak duit yang nak keluar kan.

Saudara Firdaus Shakirin ada berkongsi hal ini dilaman facebooknya. Jom kita baca dan sama-sama manfaatnya apa yang dikongsikan itu.

Raya ramai2, dapat berkumpul smua adik-beradik memang seronok…

Ianya akan jadi TAK SERONOK kalau balik 5 family, TAPI satu family ja yang kena tanggung serba serbi perbelanjaan dapur untuk kesemua yang balik beraya di kampung tu…

Benda ni adalah sesuatu yang susah nk kita cakap pada adik-beradik kita takut diorang terasa, takut jadi bermusuh, tapi kita tetap kena cakap…

“Abang Long, kau beli kuih raya…Kak Lang, kau beli bahan2 buat lemang, ketupat, rendang…Kak Ngah, kau beli bahan2 buat nasi tomato., bihun sup…Abg Cik, kau beli kerepek, maruku…”

Atau…

“Abang, Kakak, Adik, tolong bagi sorang 100 atau 200 untuk beli ayam, daging, tulang, ikan, sayur dan kelengkapan2 dapur dan raya yang lain2…”

Bayangkan 5 family, satu family 4 org…dah hampir 20 orang satu rumah…campur mak ayah kita, 22 org…22 orang sekali makan, bayangkan lauk banyak mana yang kita perlu beli, masak, dan hidangkan…

Modal tu, bukan biashe2, banyak jugak tu yang perlu dikeluarkan…keje pulak biasa2 ja, gaji tak besar mana…abang, kakak, adik semua keje hebat2, balik naik Alphard, naik Honda, naik motor besar tapi nak keluar duit belanja dapur, beli brg raya.

KEMUT…SEP…

Yang keje biasa2 ni pulak kena tanggung diorang…maka daripada selalu makan hati ulam jantung, suarakan, pm sorang2 untuk mintak duit barang…jangan tanggung sorang2…

Kalau awak tu dah berbelanja berhabisan sebab seronok rasa meriahnya duduk beramai2 ni, nanti tengah bulan diorang ada nak tanya awk, cukup duit ke  tak untuk hidup? Tak,  hadap la sorang2…korek la mana yang ada untuk hidup…

Banyak yang alami benda ni, balik beraya ramai2, end up rasa terbeban sebab serba serbi kena keluar duit poket sendiri…😞

Tinggalkan Komen