Kata orang hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Begitulah yang mungkin boleh dikaitkan dengan perkongsian kali ini. Bayangkan, walaupun  rumah yang dihuni oleh Encik Fendi Isa bersama keluarga tercinta tidak mempunyai tanah untuk bercucuk tanam, namun itu semua tidak menghalang keluarga ini memiliki ruang laman yang cukup indah dan menarik.

Subur dengan pelbagai jenis tanaman disusun atur sempurna di ruangan balkoni kediamannya. Nampak begitu memukau.

Untuk itu, sebagai satu perkongsian ilmu untuk pemilik kediaman rumah tinggi yang lainnya, jom semak.


TIPS UTK SETUP MINI GARDEN DI BALKONI RUMAH TINGGI

Salam geng2 deko semua. Since ramai yg PM tanya saya, tips utk setup dan maintain CONTAINER GARDEN di balkoni rumah tinggi mcm yg saya buat ni, so saya share lah kat sini utk rujukan. Semua tips ni adalah berdasarkan pengalaman saya semata-mata.

1. Pastikan ukuran luas balkoni sebelum membeli peralatan dan pokok-pokok utk elakkan masalah tidak cukup ruang yg akan menyebabkan taman nampak crowded. Berbeza taman di ruang tanah rumah bawah yg agak luas utk menempatkan pokok-pokok yg banyak.

2. Pilih kombinasi pokok2 yg berbeza-beza dari segi fizikal bagi menampakkan taman lebih menarik dan tidak bosan seperti a) Bentuk daun: Bulat, bujur, tirus b) Warna daun: Hijau, kuning, merah c) Ketinggian: Tinggi, rendah, mendatar, menjalar d) Jenis: Berbunga, tidak berbunga

3. Gunakan bentuk dan warna pasu yang pelbagai dan bersesuaian dgn pokok bagi menampakkan kelaian dan variasi pada taman

4. Pastikan kita tahu sifat pokok berkenaan utk membolehkan ianya hidup subur dengan penjagaan yang bersesuaian: a) jenis tidak boleh kena matahari secara terus b) jenis tidak boleh menangkung air di bahagian akar c) jenis kena siram tiap-tiap hari atau selang masa d) jenis pokok yang perlu cahaya matahari terus dan lain-lain

5. Gunakan rak, stool atau alas utk menyusun atau meletak pokok bagi memberi kepelbagaian ‘rythm’ kepada susunan pokok utk menampakkan taman lebih menarik, bukan hanya satu paras yg sama.

6. Siram pokok atau sembur (misting) mengikut jenis pokok (ada pokok perlu siram setiap hari, ada dua hari sekali dan ada perlu siram hanya sekali seminggu), namun jumlah air mestilah dikawal memandangkan pokok2 ini berada di dalam pasu. Air berlebihan boleh menyebabkan akar pokok rosak dan pokok akan mati.

7. Gunakan tanah yg sesuai dan telah dikompos dengan baja. Ada dijual dia kedai2 bunga atau pasar raya.

8. Perlu dibaja, sekurang-kurangnya 2-3 minggu sekali sama ada baja utk daun atau bunga. Baja utk kombinasi bunga dan daun ada dijual di nurseri. Namun kalau hanya pokok berdaun, memadai menggunakan baja utk daun shj.

9. Memandangkan taman berada di aras tinggi, gunakan tanah dan pasu yg lebih berat utk elakkan pokok terbalik dan jatuh akibat angin atau hujan yg lebat. Kalau nak gantung, kena pastikan ianya didrill dgn kuat dan gantungan kuat dan selamat.

10. Sekiranya rutin kerja kita menyebabkan kita selalu ‘outstation’, sila pastikan kita tanam pokok2 di taman kita yg tidak memerlukan siraman setiap hari. Kalau tak, balik outstation pokok akan layu atau mati. Kalau beli pokok di IKEA, biasanya di label ada ditulis siap2 tempoh siraman pokok berkenaan.

11. Rajin-rajin la tgk2 pokok berkenaan kalau2 ada serangga perosak yg boleh menyebabkan pokok mati. Kalau ada, boleh guna racun serangga yg boleh dibeli di kedai tanaman.

12. Masa beli pokok di kedai, tanya penjual berkenaan mengenai sifat pokok berkenaan utk elakkan pokok cepat mati.

13. Utk elakkan lantai menjadi kotor semasa menyiram, gunakan pasu pendua atau pelapik. Biasanya pokok2 dlm pasu tidak memerlukan air yg banyak seperti pokok di atas tanah, so memadai siram terus ke tanah di dalam pasu, bukannya siram dari atas pokok bagi elakkan air meleleh keluar yg menyebabkan lantai kotor. Saya hanya guna satu cawan air utk satu pasu. Itu sudah cukup.

sumber : Fendi Isa via DRKSK