Awet muda memang menjadi impian ramai wanita. Meskipun bertambahnya umur, sebolehnya kita tidak ingin terlihat tua.

Apatah lagi jika usia masih di awal 30an, pun begitu sering kali pula orang beranggapan sudah menjangkau lewat 40an. Ini pastinya akan menjadi mimpi ngeri pula bagi seseorang wanita. Jadi apa usaha anda untuk tampak sentiasa muda?

Sebenarnya ada banyak cara untuk anda mengekalkan keremajaan wajah dan seterusnya kelihatan awet muda. Ini telah pun diamalkan sejak sekian lamanya dan ternyata memberi kesan yang cukup hebat.Ayuh kita lihat satu persatu.

Petua Awet Muda

  1. Cendawan tremella atau white fungus

Ini dia makanan dan minuman untuk awet muda yang wajar kita semua kaum perempuan amalkan untuk tujuan kesihatan dan kecantikan. Dikatakan jika hidangan ini jika diambil selalu anda akan rasa lebih bertenaga dan nampak berseri.

Istimewanya cendawan tremella atau white fungus adalah khasiatnya hampir sama dengan sarang burung. Jadi tidak hairanlah menjadikannya cukup hebat dan bertindak aktif untuk melewatkan kesan penuaan pada wajah.

Resipi penyediaan menu ini yang juga dikenali dengan LUK MEI telah dikongsi di artikel terdahulu dan untuk detail boleh klik di sini.

2. Minuman Halba + kurma

Minum air rebusan halba memang diakui akan kelebihannya. Namun menggabungkan halba yang berkhasiat dengan kurma yang sememangnya berganda khasiatnya buat tubuh rasa lebih hebat. Paling menarik gabungan dua bahan ini bukan hanya sihat malah buat tubuh lebih awet muda.

Jom ikut langkah yang dikongsikan Dr Malinda ini secara terperinci di sini

3. Air mawar

Air mawar mengandungi banyak khasiat antaranya mengandungi ada vitamin A,C dan E. Semburkan air mawar pada kulit wajah selepas cuci muka setiap hari. Hasilnya, pori pori muka semakin kecil dan wajah semakin berseri-seri.

4. Ulam

IKLAN

Mengikut kajian Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), anda boleh melambatkan proses penuaan wajah dengan memanfaatkan khasiat pucuk daun gajus.

Terdapat 2 kaedah yang boleh anda amalkan untuk kelihatan awet muda dengan pucuk gajus ini iaitu:

1. Makan begitu saja
– Anda ambil pucuk gajus dan bersihkannya.
– Jadikan pucuk gajus ni sebagai ulam-ulaman semasa makan tengahari atau malam.

2. Minum air rebusan
– Ambil segenggam pucuk gajus dan bersihkan.
– Rebus pucuk gajus tadi sehingga mendidih.
– Bila dah mendidih, anda biarkan ia suam dan minumlah air rebusan tersebut.

Selain itu, ada lagi 5 petua awet muda yang perlu anda klik di sini untuk info yang bermanfaat.

IKLAN

5. Jus Pegaga

Rasanya tak perlu diperkatakan lagi mengenai kelebihan ulaman herba yang satu ini. Pegaga sebenarnya cukup banyak khasiatnya buat tubuh kita.

Samada dimakan mentah bersama nasi sebagai ulam atau rajin sikit boleh hasilkan jus pegaga. Sama-sama punya khasiat yang tersendiri.

Bagi yang amalkan selalu, pegaga juga cukup baik untuk kesihatan kulit malah buat kulit lebih anjal dan sihat. Hebat kan? Nak jus yang sedap dan rasa lain sikit boleh ikut resipi cara Nur Aida Md Zainuddin ini

Ektra Info

Khasiat Jus Pegaga

– menegangkan kulit dan meningkatkan antioksidan
– tingkatkan kecerdasan minda
– merawat parut pembedahan
– hilangkan kesan selulit dan kulit tegang sewaktu mengandung.
– rawat demam panas
– atasi masalah buasir dan penghadaman
– sejukkan badan dan segarkan tubuh
– kurangkan tahap kolesterol dalam tubuh