Hati mana yang tidak sebak apabila, barang kenangan orang tersayang hilang daripada padangan mata. Lebih menyedihkan jika ia pemberian itu daripada tersayang yang telah pergi berjumpa Sang Pencipta.
Begitulah yang dikongsi oleh saudara Eddie Dieana yang berusaha membantu mendapatkan kembali telefon milik seorang pemuda setelah menyedari banyak kenangan. Mujur nasib menyebelahi pemuda berkenaan, telefon telah dijumpa setelah mendapatkan bantuan pengawal yang bertugas.
Menurutnya, pemuda berkenaan mampu untuk membeli telefon lain, namun pemberian hadiah daripada arwah ibu amat dihargai dan dijadikan kenangan kala rindu datang menerpa.
“Handphone tu pemberian arwah mak saya. Dan yg paling penting bagi saya.Banyak voice note saya berbual dengan arwah mak dan gambar² mak saya dalam tu.”
Sebak dengan perkongsian ini, moga menjadi iktibar buat agar menghargai pasangan dan ibu bapa ketika mereka masih ada di sisi sebelum mereka meninggalkan kita.
Ikuti perkongsian ini.
Gambar hiasan
Tadi masa saya tengah buat kerja dekat Changi. Ada seorang hamba Allah ni datang dekat saya.
“Bang, Maaf nak tanya. Ada nampak Handphone saya tak, saya tertinggal dalam bakul motor ni tadi?”
Saya pun jawablah. “Sorry bro, kitorang pun baru sampai ni. Memang tak nampak apa² handphone pun masa lalu tadi.”
“Oh, kalau macamtu takpe lah bro.”
Hamba Allah tu terus pergi meninggalkan saya dan rakan² lain. Tak lama berselang. Saya dan kawan hendak topup CashCard. Saat kami melalui ruang legar pintu masuk bangunan tersebut.
Saya nampak Hamba Allah tadi sedang duduk sambil mengesat air mata dia. Dapat saya lihat dari riak wajah dia seperti baru sahaja menangis.
Saya pun beranikan diri untuk tegur lagi sekali. “Dah jumpa ke bro Handphone awak?”
“Belum bang.”
“Handphone apa yg hilang tu. Iphone ke?” tanya saya berseloroh.
“Tak lah bang, Handphone murah je. Samsung lama”
“Oh, Kalau handphone murah takpelah. Nanti saya ajak kawan² saya buat donation. Kita beli handphone lain yang murah². Nak tak? Dekat sini $150 dah dapat handphone yg okay². Boleh la buat pakai sementara.”
BANYAK KENANGAN
Ads
Gambar hiasan
“Tapi saya taknak handphone lain bang. Saya nak handphone tu jugak.”
“Apa yg penting sangat ada dalam handphone tu?”
“Dalam handhone tu ada macam² bang. Walaupun murah. Tapi……”
“Tapi apa?”
Handphone tu pemberian arwah mak saya. Dan yg paling penting bagi saya. Banyak voice note saya berbual dengan arwah mak dan gambar² mak saya dalam tu.”
“Apa? Voicenote dari arwah mak dan gambar² mak?”
Saya terdiam. Berkaca jap mata. Tak jadi nak tanya lagi. Saya cuma cakap.
“Jangan pergi kemana². Duduk situ dulu sebab saya nk cuba tanya Security dekat sini.”
“Baik bang”
DAPATKAN BANTUAN PENGAWAL KESELAMATAN
Saya pun dengan kawan saya cepat² pergi ke bilik security. Sebab kebetulan Security dekat situ memang kami kenal rapat. Bila sampai je terus kami tanya.
Ads
“Bang,Tadi ada nampak handphone tak tertinggal dekat bakul motor.”
“Bakul motor, Motor apa?”
“Motor LC135 bang.”
“Oh, ada. Masa buat rondaan tadi budak aku jumpa. Dia letak atas meja ni.”
“Terima kasih bang.”
Saya pun tandatangan dekat buku sebagai tanda terima barang tersebut dan cepat² lari ke hamba Allah tadi.
Bila nampak wajah dia tengah kusut. Saya terus tegur.
“Bro, Nah. Amek ni nyawa awak.”
“Ya Allah, Abang jumpa kat mane.”
“Dekat bilik security.”
Dia terus bangun dan peluk saya dan kawan saya. Dia ucap terima kasih lebih dari 10x sambil kesat air mata dia.
Sebelum beredar dia sempat ambil gambar saya. Dan dia ada cakap.
“Sebenarnya, saya mampu je untuk beli handphone yg lebih baik bang. Tapi sebagai tanda menghargai pemberian arwah mak. Saya tetap akan pakai walaupun handphone ni selalu je hang(Sangkut²). Saya harap abang dan kawan² hargai mak abang selagi mereka masih ada.”
Ads
Tersentap dengan kata² akhir dia. Saya pun cepat² video call mak saya.
Semoga arwah mak awak ditempatkan dikalangan orang yg beriman. Bertuah mak awak dapat awak. Sebab sangat menghargai emaknya.
HARGAI TERSAYANG SEMENTARA MASIH ADA
Buat teman² saya diluar sana. Hargailah ibu anda selagi mereka masih ada. Sayangilah ibu kamu kerana mereka yg melahirkan kamu dan membesarkan kamu dengan kasih sayang dan penuh belaian. Sama seperti mana kamu menyayangi anak kamu sekarang.
Untuk anak² lelaki. Walaupun kamu sudah beristeri sekalipun, syurgamu tetap di bawah telapak kaki ibu mu, Janganlah sesekali menjatuhkan air mata dan melukai hati ibu mu.
Wahai wanita yg bergelar isteri pada suami. Janganlah jadikan suami mu derhaka terhadap Ibunya, Sayangilah Ibu suami mu seperti mana kamu menyayangi Ibumu sendiri.
Kejujuran dan kesetiaan antara suami isteri itu penting dalam memastikan hubungan suami isteri yang terjalin terus kekal bahagia selamanya. Namun, dalam mengenal erti setia antara pasangan suami isteri, sering kita dengar ungkapan ini; ‘Wanita diuji saat lelaki tidak punya apa-apa dan kesetiaan lelaki diuji saat dia memiliki segalanya’.
Menyedari hal itu, seorang suami ini telah berkongsi kisahnya bagi ‘menjentik’ hati dan memberi peringatan buat lelaki lain yang juga bergelar suami agar lebih memahami erti kesetiaan dan kejujuran kepada pasangan masing-masing.
Ini perkongsiannya.
Teringat masa mula-mula kawin dulu, kami suami isteri masing-masing gaji kecil, tak sampai 2k tapi macam-macam nak kena bayar…sewa rumah, ansuran kereta, duit minyak, duit belanja dapur, bil utiliti, duit untuk orang tua lagi dan lain-lain…
Time ni jugak, tengah plan dengan wife untuk nak beli rumah, maka prepare la sikit-sikit downpayment dalam 10%, lawyer fee, barang-barang kelengkapan rumah yang tak ada lagi, perabot-perabot dan segala bagai….
Wife pun bawak keluar akaun 2 kwsp dia, saving TH dia, dia bagi semua untuk setelkan apa yang patut…then, terminate loan asb dia untuk lapangkan komitmen bulanan sebab pasni nak bayar rumah…2,3 tahun struggle to cope dengan financial planning sebab dapat anak awal…dapat masuk rumah baru dan dalam masa yang sama wife pun bersalin…anak sulung dan tahun berikutnya, anak no 2…
Time perut memboyot tu la dia ikut sama-sama p cat rumah…siang kami berdua kerja, balik kerja, lepas maghrib, trus p umah baru, cat rumah sampai la kul 11, 12 malam…esok kerja pula…
Sekarang after 8 years, kehidupan dah stabil, dah ada harta, dah ada macam-macam, gaji dah tinggi, kewangan dah ok, wife dah jadi surirumah…hmm, mula rasa mewah dan rasa ada duit lebih dah…
Pastu apa yang kita nak buat? Ingat tak time susah dulu, apa yang isteri dah tolong kita? Tak ingat…ingat tak awal-awal kawin dulu, apa yang isteri baig kat kita? Tak ingat…Ingat tak apa yang isteri dah buat untuk kita sampai kita boleh ada serba serbi hari ni? Tak ingat…
Apa yang kita ingat?
Kita rasa diri dah mampu…rasa nak tambah lagi, nak buka cawangan baru…? Mostly ramai suami yang gagal saat ini sebab nawaitu dia dah berubah, dah lain…dulu susah sama-sama dengan isteri, sekarang dah senang, nak senang sorang-sorang…mula terfikir nak tambah isteri, duakan, tigakan, empatkan isteri, curang dengan isteri, atau tinggalkan isteri untuk dapatkan yang lebih baik lagi…
Dia plan masa depan dia sorang-sorang…
Maka asbab apa yang selalu berlaku itulah keluarnya quotes kesetiaan wanita diuji saat lelaki tidak punya apa-apa dan kesetiaan lelaki diuji saat dia memiliki segalanya…sebab memang kehidupan hari ni sama macam ayat tu…
Kita suami mudah lupa dengan siapa yang bersama kita waktu kita tidak punya apa-apa dulu, kita suami mudah lupa dengan siapa kita bina kehidupan kita sehingga kita dapat apa yang kita ada hari ini…dan bila kita dah ada segalanya, kita anggap semua tu sebab usaha kita, datang dari kita, hasil penat lelah kita…just semata-mata diri kita…
Kita lupa apa yang isteri korbankan untuk kita, kita lupa…useless and not grateful kan kita ni..
Semenjak sudah berumah tangga, Jep kerap kali dilihat berhati-hati dalam membawa watak apabila digandingkan dengan artis jemputan wanita. Hal itu mencuri perhatian umum dek kerana caranya yang menghormati perasaan si isteri.
Baru-baru ini, Jep sempat berkongsi detik pengenalan bersama suri hatinya, Sari Yanti yang sekali lagi mencuri perhatian warganet dengan sikapnya yang dianggap ‘gentleman‘.
Menerusi rakaman yang dimuat naik di TikTok, Jep menyatakan dia hanya menghubungi pelakon wanita tersebut menerusi mesej sebelum dirinya berjumpa kedua ibu bapa Sari Yanti untuk langkah seterusnya.
Lepas mesej, pastu ada keluar bersama. Kita cakap yang kita tak main-main.
Jika memang okay, saya memang nak jumpa ayah dia.
Pelawak berkenaan tenang menjawab segala persoalan daripada rakan sekerjanya yang turut berada di konti ketika itu.
Malah, Jep sempat berseloroh untuk ‘sound’ ayah kepada Sari Yanti dan membuatkan keadaan ketika itu meriah dengan gelak tawa.
Walau bagaimanapun, Jep segera memperbetulkan maksudnya dengan gurauan yang disampaikan. Menurutnya, dia ingin menyuarakan isi hatinya untuk mengambil alih tanggungjawab ayahnya dalam menjaga Sari Yanti.
Untuk rekod, Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin mendirikan rumah tangga bersama Sari Yanti pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Kisah duka hari ni buat rakyat Malaysia. Sekitar 100 orang pengunjung dikhuatiri menjadi mangsa kejadian tanah runtuh di sebuah tapak perkemahan awam yang terletak berhampiran dengan Father Organic Farm, Batang Kali di sini, awal pagi Jumaat.
Terkini menurut laporan Astro Awani, Seramai 37 individu berjaya diselamatkan dalam kejadian tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan di Batang Kali, pada awal pagi Jumaat.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, jumlah mangsa berkenaan merupakan anggaran awal daripada pihak polis dipercayai terbabit dalam kejadian sekitar jam 3 pagi itu.
“Ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 39 meter dengan anggaran keluasan runtuhan seluas 1 ekar.
“Maklumat terkini sekitar jam 5 pagi, seramai 31 orang telah berjaya ditemui dan diselamatkan pasukan penyelamat,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Norazam berkata, sebanyak tiga buah jentera termasuk unit anjing pengesan (K9) dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Sentosa, BBP Ampang, BBP Pandan, dan beberapa balai lain telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
Katanya, kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa terlibat sedang giat dijalankan.