Kebersihan kuku adalah perkara yang amat penting untuk memastikan kesihatan diri anak-anak terjamin. Ini kerana ia menjadi penyebab pelbagai jenis penyakit. Ikuti perkongsian bapa ini,Mohd Fhais ini.
Allahu, sebak rasa bila bawa annur rania pergi klinik tadi baru perasan kuku dia dah panjang.
Astagfirullah al azim..
Selalunya seminggu sekali saya pasti akan potong kuku tangan dan kaki rania. Tapi 2 minggu leka dengan kerja dan urusan peribadi.
Inilah hasil 2 minggu punya kuku. Panjang dan kotor.
Maafkan papa ye sayang, papa sibuk sangat bekerja tambah pendapatan untuk beri kamu, adik dan mama kehidupan yang lebih selesa tapi papa selalu terlepas pandang perkara kecil ni.
Apa gunanya papa bekerja keras mengejar impian yang besar kalau hal sekecil ini, setakat potong kuku anak pun papa tak boleh buat dengan sempurna.
Mungkin sebab kuku ni kamu kerap muntah, demam dan batuk-batuk.
Tak boleh pandang enteng bakteria dan kuman yang ada di bawah kuku ni.
1 – Keluarga bakteria “enterobacteriaceae” banyak berkumpul di bawah kuku. Antara yang famous dalam keluarga bakteria ni ialah E-Coli dan Salmonela. Dua bakteria ni boleh bertahan berminggu dalam kuku walaupun kerap di basuh.
2 – Dua bakteria ni sahaja sudah cukup untuk buat anak jatuh sakit. Boleh kena demam, selsema, cirit birit dan muntah-muntah tau kalau bakteria ni dah termasuk ke dalam rongga badan anak kita.
3 – Anak juga berisiko kena jangkitan kulit di sekitar kuku. Boleh buat carian di google “paronychia” sejenis jangkitan kulit di sekitar kuku. Bahaya tau paronychia ni.
4 – Ada 2 jenis paronychia:
➡️ Acute paronychia
Jangkitan tak lama, boleh baik dengan cepat.
➡️ Chronic paronychia
Jangkitan ini lebih serius sebab nak baik tu susah, dan boleh berulang-ulang kali kena.
Senang cerita lebihan kuku ni wajib kena buang. Kalau tak buang ia tak elok untuk kebersihan dan kesihatan anak kita.
Cuba bayangkan anak main pasir, main di tapak permaian, salam tangan orang, korek telinga, garu punggung, cebuk lepas buang air dan banyak lagi aktiviti diorang yang kita tak perasan.
Setiap aktiviti ini akan tinggalkan kuman dan bakteria dalam kuku.
Lepas tu tangan yang sama guna untuk makan. Masuk ke mulut bukan sahaja makanan tapi sisa bakteria dari aktiviti seharian tadi. Geli wei kalau kita boleh nampak kuman ni dengan mata kasar.
Lagipun aktiviti potong kuku ni ialah ikatan kecil ( small bonding ) antara ayah dan anak. Walaupun kecil ia kerap kena buat. Ikatan kecil ini kalau betul cara buatnya anak akan ingat sampai bila-bila.
Jom semak kuku anak kita, kemas atau tidak.
Mohd Fhais
Nak ajar anak tentang kebersihan, mulakan dari kuku.
p/s : Begitulah, sebenarnya ramai lagi orang yang terleka dengan kerja dan lupa tentang tanggungjawab kecil ni, tolong sampaikan pada mereka ya sebagai peringatan.
**Banyak lagi ilmu #notakekeluargaanfhais dalam channel telegram ni, ada 17,654 subriber dah.
Jemput join ? t.me/CoretanFhais