Pelakon Elisya Sandha berkongsi berita gembira apabila bakal menimang cahaya mata perempuan dan dijangka bersalin 16 Jun depan.
Berita tersebut dikongsikan pasangan sama cantik sama padan ini usai mengadakan majlis baby shower.
Pemilik nama sebenar, Nur Elisya Sandha Hassan berkata, sepanjang tempoh kehamilan dia mempersiapkan diri dengan membaca buku mengenai keibubapaan dan penyusuan ibu.
“Persiapan saya banyak baca buku, macam mana nak menjadi ibu bapa, macam mana nak susukan anak. Sebab ini pengalaman pertama, jadi tak tahu apa-apa. Banyak kena belajar.
“Kalau boleh nak bersalin normal, tapi kalau ditakdirkan kena menjalani proses pembedahan saya tak kisah. Apa yang penting bayi keluar dengan selamat.
“Sekarang ini usia kandungan sudah mencecah 36 minggu. Dari segi persediaan dan kebimbangan sebagai ibu muda, sebenarnya saya dan suami ‘go with flow’ saja. Untuk anak pertama memang tak nak merancang,” ujarnya lagi.
Ads
Sementara itu, Uzair Haqimy atau mesra disapa Haq mengakui gementar namun sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab seorang ayah.
“Perasaan sekarang adalah gementar sikit sebab saya tahu situasi yang bakal dilalui isteri, bertarung nyawa dan akan banyak darah.
“Bapa saya sendiri pun sudah pesan kena ada di sisi isteri ketika dia bersalin. Sebab dia cakap, kalau ada niat buruk saya kena ingat semula pengorbanan isteri bertarung nyawa ketika bersalin.
“Dalam masa sama saya sudah bersedia menjadi bapa,” kata anak kepada pelakon dan pengarah terkenal Sheila Rusly.
Setiap pasangan yang berkahwin sudah pastinya inginkan kehidupan bahagia sehingga till jannah. Hubungan yang terjalin sekian lama sudah tentu ada pasang surutnya, ada suka dukanya. Bak kata perpatah, sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri.
Bagi pasangan yang sudah lama berkahwin, hakikatnya memerlukan bahasa cinta tersendiri agar rumahtangga sentiasa mesra selalu. ‘
Bahasa cinta bukan sekadar pemberian wang ringgit tetapi, apa sahaja yang membuatkan pasangan berasa dihargai dan dicintai.
Sebagaimana perkongsian oleh Pakar Bius ini,Hana Hadzrami yang berpendapat hubungan mesra suami isteri boleh disemamarakkan apabila mempunyai pasangan saling menjaga hati pasangan.
Ikuti perkongsiannya. Sungguh terkesan dalam hati.
Bahasa Cinta
Di sini anda cuma nampak gambar sekeping thosai dengan kuah chutney kelapa. Namun pada saya, ini adalah salah satu daripada bahasa cinta suami untuk saya. Thosai dibeli khas untuk saya sebagai sarapan pagi, usai pulang keletihan on call.
Seorang sahabat pernah memberitahu, suaminya kalau nak tunjuk sayang, dia akan belikan durian. Bukan dengan sejambak bunga atau intan berlian.
Thosai, durian, bunga, dan intan berlian cuma objek yang menyampaikan perasaan. Objek itu akan ditafsirkan sebagai kasih sayang hanya jika si penerima bijak menafsirkan bahasa cinta si pemberi.
Pernah dengar seorang isteri sanggup berpisah dengan suami yang baik dan rajin kerana tergila-gilakan lelaki yang menaburkan wang ringgit dan harta untuknya?
Pernah dengar seorang suami sanggup meninggalkan isteri yang bersusah payah berkorban untuknya hanya tergila-gilakan perempuan genit yang pandai bermanja-manja?
Sebahagian besar sengketa rumahtangga terjadi kerana suami isteri tak pandai menggunakan dan menafsirkan bahasa cinta.
Ada 5 jenis bahasa cinta universal* antara dua individu (tidak semestinya pasangan hidup saja):
1. Kata-kata penghargaan 2. Pemberian hadiah 3. Pertolongan dan pengorbanan 4. Sentuhan 5. Luangan masa yang berkualiti
Tak semua orang perlukan kelima-lima bahasa cinta untuk merasa bahagia.
Ada orang yang tak hairan dengan pertolongan kerana dia sendiri rajin bekerja namun amat dambakan hadiah dan kata-kata penghargaan daripada pasangannya.
Ada orang yang tak hairan dengan hadiah penghargaan kerana dia sendiri dah kaya, namun amat dambakan sentuhan dan masa berkualiti daripada pasangannya.
Itulah sebab ada orang yang meninggalkan pasangannya kerana dia gagal merasai cinta melalui bahasa yang difahaminya. Mungkin pada dia, cinta bukan dibuktikan dengan kerja kuat dan pengorbanan tetapi melalui hadiah penghargaan.
Tiada dua manusia yang sama. Namun jika kita tahu mentafsirkan bahasa cinta pasangan masing-masing dan mahu pula mempelajari apakah pilihan bahasa cinta pasangan, maka banyak keretakan rumahtangga boleh dielakkan.
Contohnya pada si suami, boleh jadi bahasa cinta pilihannya ialah sentuhan dan khidmat pertolongan. Pada si isteri pula bahasa cinta pilihannya boleh jadi masa yang berkualiti dan kata-kata penghargaan. Maka suami patut perbanyakkan memuji-muji si isteri dan meluangkan masa untuknya. Dan isteri patut beri layanan dan sentuhan manja pada suaminya.
Buat pasangan yang dah bertahun-tahun bersama; jika anda tidak lagi memberi hadiah, mengucapkan penghargaan, meluangkan masa, apatah lagi memberi sentuhan kasih sayang kepada pasangan; usah harap kasih sayang pasangan anda akan terus kekal segar seperti dahulu.
Cinta dalam bahasa arab adalah ‘Hub’. Hub juga bermakna benih.
Benih yang tak diberi air, cahaya dan baja akan kering layu tanpa sempat bercambah.
Maka usah ternganga atau terngadah jika benih yang anda gagal bajai itu melayang jauh dan bercambah di tempat lain yang bersedia memenuhi keperluannya.
***
Akhir sekali, usah hanya kerana pasangan gagal memberikan satu bahasa cinta yang anda mahukan maka anda tinggalkan dia. Jika pasangan rajin menolong buat kerja rumah, suka meluangkan masa bersama anda tetapi berat mulut untuk memuji dan agak kedekut untuk membelikan hadiah; maafkanlah dia.
Mana-mana individu berhidung belang boleh memberikan hadiah mahal dan kata-kata manis. Namun hanya orang yang ikhlas menyayangi anda akan memberikan perkara yang mahal iaitu masa dan tenaganya.
Bersyukurlah dengan yang sedikit, bersabarlah dengan kekurangan, nescaya Tuhan akan menambahkan kebaikan untuk anda.
Sumber: Hana Hadzrami 20 tahun berkahwin. Belum pakar cinta, hanya pakar bius.
*”The Five Love Languages” by Gary Chapman”
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Melipat dan mengemas pakaian satu kerja yang mengambil masa terutama bagi anda yang mempunyai ramai anak. Itu belum masuk bab mahu memastikan pakaian yang disimpan itu kekal teratur. Jika ada banyak tangan, pasti akan bersepah semula.
Bagi membantu kaum ibu menangani masalah ini, cuba praktikkan cara yang dilakukan Puan Rose Kamarina
Cuti sambung lg, jum laa kita lipat kain. Ni br tshirt waiz umur 6thn. Anak 4,campur umi abah. Fengsannn nak perabih 😅😅😅
Edit🎀 Sbb ramai yg teruja😂 Lipat kain cara saya yg tak seberapa. Mg bg manfaat utk semua. Blh pakai apa2 sbg ukuran..buku,kad,kertas keras, kotak.. Ikut suka nak saiz mane. Lapik dgn kertas A4 putih, lipat mcm biasa
Cara melipat:
Blh diy dgn kertas keras/kad/kotak/buku.. Ikut saiz yg nak
Mee goreng merupakan hidangan kegemaran ramai antara kita, malah untuk menyediakan juga cukup mudah. Berkongsi kelazatan rasa menyediakan mee goreng basah, di sini dikongsikan resipi penyediaannya oleh Veera Saravanan.
Menurutnya, untuk mengekalkan rasa yang lebih enak ketika menyediakan mee goreng basah, jangan mencampurkan sayur taugeh dan lobak merah.
Untuk lebih detail, jom lihat resipi yang dikongsikan ini dan bolehlah dicuba.
Mee goreng basah
1 kg mee kuning – rendam dalam air panas selama lima minit.
1 peket fish ball potong nipis
1 peket fish cake potong nipis
300gm sawi hijau potong dalam 5 cm.
3 biji tauhu putih. Potong kecil dan goreng dahulu.
1 biji bawang besor mayang halus
5 ulas bawang putih cincang halus
3 sudu besor serbuk cili merah
5 sudu besor Kicap pekat
5 sudu besor sos cili
Garam dan lada sulah secukup rasa
4 biji telur ayam.
Minyak yang secukupnya.
Cara masak
1.Tumis bawang merah dan bawang putih tadi sampai wangi.
2.Masukkan tauhu, fish cake dan fish ball tadi. Letak garam sedikit.
3.Letak batang sawi tadi. Ketuk ketuk sikit batang sawi ni.
4.Masa ni tambah serbuk cili tadi dan godak habih habih.
5.Masukkan mee kuning tadi yang telah di rendam dalam air panas.
6.Tambah kicap pekat dan sos cili sekali. Godak lagi sekali biar sebati. Tuang 1 cawan air dan biar mendidih sampai pekat.
7. Masukkan daun sawi sekarang.
8.Dan masukkan 4 biji telur ayam tu sekarang. Tabur sedikit lada sulah dan garam atas telur dan godak semua bahan sekali.
9. Pakai dua senduk masa godak tu. Senang sikit. Dan api mesti tinggi masa masukkan telur dalam mee.
10. Test garam dan tutup api.
Siap sudah mee goreng basah yang kompom laris.
Ekstra tip: Taugeh dan lobak merah jangan masukkan. Rosak dia punya rasa. Nak letak kobis dan tomato pun ok jugak.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.