Lama tidak mendengar khabar pelakon putih melepak ini. Jika dahulu wajahnya sering menghiasi ruangan drama. Watak antagonis yang dibawakannya tidak pernah mengecewakan.
Namun seiring dengan kemunculan muka-muka baru, kelibatnya jarang kelihatan. Terbaru, Zila Bakarin mengejutkan ramai pihak apabila tampil dengan berhijab. Dia menarik perhatian ramai apabila berkongsi gambar memakai tudung menerusi akaun Instagramnya buat tatapan umum. Menurut Gempak, pelakon ini mendedahkan dia telah berhijab sejak sebulan yang lalu.
Dalam satu perkongsian baru-baru ini, PU Azman ada memuat naik luahan rasa mengenai arwah ibunya menerusi laman instagramnya.
Aku takut kehilangan, semua orang takut kehilangan.
Tapi bila Allah takdirkan sebuah kehilangan, rupanya Allah nak anugerahkan sebuah rasa. RINDU. Rindu yang menyingkap kenangan.
Dalam pada itu, PU Azman turut berkongsi masakan kegemarannya yang sering dimasak oleh arwah ibu.
Masa Mak ada dulu, dia masakkan lauk kegemaranku. Masak lemak cili api tenggiri, sambal ikan selar dan sayur goreng tanpa seafood.
Sekarang ni akak yang selalu masakkan untuk aku. Persis masakan Mak.
Aku dibesarkan oleh beberapa wanita agung. Mak panggil aku adik. Kalau dia mengamok, dia panggil nama penuh.
Dulu kalau mak naik hantu, dia kejar aku dengan rotan. Aku cari meja. Berlari keliling meja. Akak akan back up. Dulu kalau nak tinggalkan Mak masa nak balik rumah aku, Mak akan berdiri di muka pintu sambil lambai aku. Sampai hilang dari pandangan, dia masih berdiri dengan tenaga tuanya.
Sekarang ni Mak yang tinggalkan aku. Macam nak masuk dalam perut Mak balik. Taknak pergi ke mana-mana.
Tatkala melihat waniat lain seusia ibunya membuatkan dia kembali teringat dan rindu dengan ibunya.
Sekarang ni, kalau nampak wanita wanita tua, memang aku jatuh sayang, sebab teringat mak. Aku anggap mereka macam mak aku.
Harapan aku tinggi. Nak jumpa mak di sana. Tapi tak tahulah ke mana Tuhan letak aku nanti. Tapi selagi masih hidup, aku cuba usaha terbaik untuk diri sendiri dan doa terbaik untuk mak.
Aku pun tak pasti Mak tahu ke tak yang kat tengkuk aku ada taik lalat.
Sekarang ni aku masih ada Abah. Mak jangan risau Mak, Abah takder awek lain,” Demikian perkongsian oleh PU Azman.
Tabika KemasAutisme ditubuhkan, bukti kesedaran awam meningkat. Penjagaan dan pendidikan inklusif seperti mewujudkan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) khusus kepada kanak-kanak yang disahkan mengalami autisme penting bagi menyokong golongan itu menjalani kehidupan seperti manusia normal lain.
Pensyarah Pendidikan dan Psikologi Kanak-Kanak Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Profesor Dr Norsuhaily Abu Bakar berkata, dengan adanya tempat pembelajaran khas di kawasan luar bandar itu secara tidak langsung mampu meningkatkan lagi kesedaran awam mengenai autisme.
Menurutnya, persekitaran mesra seperti kelas inklusif, alat bantu pengajaran khas dan tenaga pengajar terlatih amat penting untuk membantu perkembangan kanak-kanak berkenaan.
“Saya melihat usaha ini sangat baik dan menunjukkan kesedaran awam berkenaan autisme semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia berbanding 10 tahun lalu.
“Pembelajaran dan pendidikan yang inklusif kepada anak-anak autisme ini secara tidak langsung turut membantu kesihatan mental keluarga yang mempunyai anak istimewa ini.
“Anak-anak yang diberikan pendidikan sesuai dengan tahap kemampuan mereka akan lebih mudah untuk diuruskan dan ibu bapa juga turut mendapat pengetahuan dan kemahiran dalam membesarkan anak-anak istimewa ini.
“Jadi, saya melihat usaha untuk mewujudkan Tabika Kemas khusus untuk autisme ini sangat baik selari dengan jumlah kanak-kanak yang disahkan menghidap autisme semakin meningkat saban tahun,” katanya.
Ketua Pemuda UMNO yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dilapor berkata, Tabika Kemas autisme pertama di Malaysia akan dibuka pada tahun depan di setiap daerah bermula di Melaka dengan mengutamakan anak-anak golongan B40.
Beliau berkata, cadangan pelaksanaan tersebut diterima baik selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Mengulas lanjut, Norsuhaily berkata, seiring dengan pertambahan ketara jumlah kanak-kanak yang disahkan mengalami autisme di negara ini, kesedaran kepada masyarakat, peluang pembelajaran dan pihak yang terlibat secara langsung dalam isu ini perlu diperluaskan lagi.
Beliau berkata, mengambil contoh seperti di United Kingdom (UK) setiap majlis atau pihak berkuasa tempatan (PBT) memainkan peranan penting alam aspek pembelajaran kepada anak-anak autisme.
Selain itu katanya, ibu bapa yang mempunyai anak autisme juga turut dibantu terutamanya dalam aspek kesihatan mental.
“Justeru, kita berharap pemegang taruh yang terlibat dalam isu autisme ini perlu berganding bahu untuk menyediakan akses pembelajaran, tenaga pengajar yang terlatih supaya anak-anak istimewa ini dapat menikmati kehidupan seperti kanak-kanak lain,” katanya.
Wajah adalah aset terpenting bagi seorang wanita. Nak kekal cantik tanpa kedutan, dan paling penting kelihatan awet muda sememangnya menjadi idaman setiap bagi mereka yang sudah mencecah usia setengah abad.
Siapa tahu, dalam kecantikan yang dimiliki oleh pelakon Laila Nasir atau nama sebenarnya Norlaila Yasmin Nasir, dia kini sebenarnya sudah memasuki usia 50-an.
Memetik laporan Sinarplus, tatkala ditanya rahsia kekal cantik dan jelita, ibu kepada dua orang anak lelaki tersebut mengakui tiada petua khusus yang menjadi amalannya.
Ungkap beliau, dirinya hanya menggunakan cara biasa yang dipraktikkan oleh orang lain iaitu minum air suam setiap pagi.
“Selain itu, saya juga mengamalkan minum sesudu madu yang dicampur dengan air masak setengah gelas.
“Dalam usia sekarang, saya memang tidak amalkan minum minuman berais dan bergas. Saya turut mengamalkan pengambilan jus pegaga yang dikisar sendiri,” ujar Laila lagi.
Kesibukan dengan shooting tidak pernah menjadi batasan kepada Laila untuk menjaga kesihatan diri.
Selain dari aspek pemakanan, beliau akan ‘mencuri’ masa melakukan señaman ringan ketika berada di rumah.
“Apabila usia sudah masuk 50-an, kenalah pandai jaga kesihatan. Bagi penjagaan kulit wajah pula, saya suka memakai masker daripada putih telur yang dicampur dengan madu.
“Selain itu malas sekalipun janganlah sesekali kita skip mencuci wajah dan pakai pelembap. Saya juga turut mengambil suplemen seperti vitamin C dan habbatussauda,” ungkap penerima Anugerah Kelantan Business Ikon Awards pada 17 Disember 2021.
Tambah Laila, kecantikan adalah anugerah oleh SANG PENCIPTA. Justeru, menjadi amanah kita untuk menjaganya dengan sebaik mungkin.
“Jangan menyalahgunakan kecantikan. Pada masa sama, hati kita pun kena cantik. Maksudnya jangan ada sifat dengki dan sebagainya.
“Saya percaya aura cantik seseorang itu datang dari hati yang cantik,” jelas Laila lagi.
Pada masa sama, beliau turut menitipkan nasihat kepada kaum wanita supaya tidak terlalu bangga dengan kecantikan paras rupa.
“Kecantikan rupa tidak akan kekal, ia akan pudar mengikut usia kita, cuma yang perlu kita jaga adalah kecantikan dari dalam,” ungkap beliau lagi.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.