Buah limau kasturi antara buah yang sering menjadi pilihan bagi yang suka berkebun.
Tapi ada yang tanam tapi buahnya kurang atau tak berbuah mungkin boleh praktikkan cara yang dikongsi oleh Muspirah Samat.
TIP LEBATKAN POKOK LIMAU KASTURI
.
Hanya guna baja yang dibancuh sendiri menggunakan minuman probiotik dan telur hasilnya pokok berbuah limau kasturi lebat hingga tunduk dahan. Lagi menarik pokok juga berbuah sepanjang tahun katanya.
“Banyak sudah yang dipetik buat makan, basuh ikan, gugur sebab terlebih masuk pun ada. Sekarang pokok ini keluar bunga baru pula. Alhamdulilllah syukur.”
Ads
Tanam limau kasturi, berbuah sepanjang tahun. Lebat hingga menunduk batang. Dah macam padi pun ada. Makin berisi makin menunduk.
.
Ads
INI CARANYA
Cara bancuhan
1. Ambil sebotol Yakult dan bancuh dengan 2 biji telur. Peram bancuhan ini selama seminggu.
2. Cara penggunaan Air: baja Yakult nisbah, 5: 1 lebih kurang. Sembur awal pagi atau lewat petang.
Semoga bermanfaat dan boleh la try kat rumah…
Ads
Cara saya jaga pokok ikut masa yang ada, baja sebulan sekali. Selain baja Yakult, siram juga air beras, air basuhan ikan boleh juga guna semburan cuka kayu.
6 Disember yang lalu, pemain bola sepak JDT, Muhammad Syafiq Ahmad, 25, terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan bayi lelakinya berusia 22 hari.
Dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vellfire berwarna hitam itu, turut maut adalah Zainab Wahab, 45, yang merupakan ibu mentua Syafiq dan warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an.
Sementara itu, Syafiq dan seorang lagi anak perempuannya, Aaira Nur Saffiyya, 2, cedera ringan manakala isteri beliau, Nur Amalina Nur Ain, 25, dilaporkan cedera parah.
Ekoran kejadian tersebut, ramai yang mendoakan semoga pasangan ini serta keluarga tabah dengan dugaan tersebut.
Dalam satu perkongsian, Ebit Lew berkesempatan menziarahi keluarga Syafiq Ahmad dan isterinya di Kedah. Lawatan tersebut dimuat naik bersama beberapa keping gambar ketika di kediaman keluarga pasangan tersebut.
Sebak sayu ziarah Syafiq Ahmad,Amalina dan keluarga di Kedah. Jarang saya menangis. Tadi tak dapat tahan menangis tadi. Kehilangan ibu dan anak serta bibik asbab kemalangan jalan raya.
Amalina masih belum boleh bangun. Tadi bercerita ujian kerana kasih sayang Allah. Allah sayang. InsyaAllah anak menanti dalam syurga.
Buat ibu yang baik insyaAllah semoga Allah ampunkan dosa beliau dan hadiahkan syurga Firdaus. Allah nak beri mereka berehat dan nanti dapat kembali bersama dalam syurga. Sabar ialah amalan yang teramat besar disisi Allah.
Sayu sebak dengar soalan Syafiq dan Amalina. Bagaimana nak bantu mak masuk syurga. Nak hadiahkan amalan buat arwah mak.
Banyak soalan dan luahan hati mereka. Baik sangat keluarga ini. Melihat air mata mereka sepanjang luahan dan berbual tadi. Hati saya jadi sebak sangat. Sempat juga berbual dengan abang aen ayah Amalina. Merindui arwah isterinya.
Ya Allah berilah kekuatan buat keluarga ini. Rahmati mereka. Bantu mereka melalui semua ini. Ya Allah,ampunilah arwah ibunya hadiahkan syurga FirdausMu.
Bila diumumkan bermula 4 Mei, semua sektor ekonomi boleh menjalankan operasi seperti biasa memberi pelbagai reaksi antara kita.
Ada yang berlapang dada dan ramai juga berasa bimbang akan terjadinya penularan covid-19.
Pun begitu, bagi sektor sosial seperti sekolah ianya masih belum beroperasi dan ini bermakna anak-anak perlu disiplin dan terus kekal berada di dalam rumah untuk satu tempoh yang akan dimaklumkan.
Ini memetik laporan berita Sinar Harian, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk membuka semula sektor sosial termasuk sekolah selepas menilai situasi semasa dalam tempoh dua sehingga empat minggu ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini kerana kementeriannya perlu melihat kepada situasi semasa apabila sektor ekonomi telah dibuka sepenuhnya bermula hari ini.
“Kita buka dahulu sektor ekonomi dan dalam masa yang sama kita harap dapat pantau situasi semasa.
“Dalam tempoh dua minggu atau empat minggu (sebelum tentukan sekolah dibuka) kita akan kemukakan cadangan kepada kerajaan untuk buka sektor sosial dan ekonomi,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada sekolah akan dibuka selari dengan kelonggaran yang diberikan kepada sektor ekonomi ketika ini.
Menurutnya, KKM perlu meneliti semua aspek sebelum mengemukakan cadangan kepada kerajaan bagi memastikan rantai wabak koronavirus (Covid-19) dapat ditamatkan sepenuhnya.
Sementara itu, dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham turut memaklumkan KKM juga sedang meneliti prosedur operasi standard (SOP) untuk memberi kelonggaran kepada aktiviti sukan.
Katanya, kelonggaran itu hanya tertumpu kepada aktiviti sukan yang tidak dilakukan secara berkumpulan seperti joging.
“SOP itu akan dibuat mengikut garis panduan KKM seperti perlu ada penjarakkan sosial, tiada perhimpunan ramai dan sebagainya.
“Jadi inilah sebahagian daripada tahap secara berperingkat yang sedang kita lihat dengan lebih teliti dan akan diumumkan nanti,” katanya.
Anak adalah amanah daripada allah. Ibu bapa adalah orang paling penting untuk pembentukan akhlak, sahsiah dan kendiri anak-anak supaya membesar sebagai individu yang cemerlang dunia dan akhirat. Dalam usaha mendidik anak ibu bapa sepatutnya mempunyai amalan asuhan yang terbaik untuk mengenali potensi anak-anak dan seterusnya mengembangkannya pada masa hadapan.
Asuhan dan didikan berdasarkan potensi anak-anak inilah yang boleh menjadikan anak-anak genius dalam bidang tertentu. Namun adakah ibu bapa tahu bagaimana melatih anak itu berfikir seterunya menjadikan anak seorang itu genius. NORHASLIZA YUSOFF mendapatkan nasihat daripada DR ROZIETA SHAARY, Pakar keluarga dan kasih sayang atau dikenali sebagai ibu rose untuk membantu ibu bapa mengetahui amalan-amalan untuk mendidik anak menjadi seorang genius.
1.Didik anak nilai simpati
Apabila ibu bapa mendidik anak untuk menjadi seorang yang mempunyai sikap simpati dalam diri, ini bermakna telah merangsang daya pemikiran EQ atau kecerdasan emosional dalam diri anaknya. Ia adalah asas untuk kekuatan intelektual. Apabila anak dibentuk menggunakan pendekatan ini, ia akan menyebabkan anak itu berfikir untuk melakukan sesuatu atas sebab yang lebih besar untuk memberikan kebaikkan kepada orang lain , bukannya utk dirinya.
Ia juga mendidik anak ini menjadi seorang yang tidak pentingkan diri tetapi menjadikan dirinya untuk kepentingan orang lain. Malah Islam dalam pengajarannya menggalakkan setiap manusia untuk memikirkan orang lain. Apabila mempunyai emosi positif seperti ini, ia akan mengeluarkan endorfin yang membuatkan perasaan akan menjadi lebih tenang dan positif yang sekali gus memberi kekuatan dalaman untuk berfikir dengan lebih luas.
2.Biarkan anak berdikari
Kepentingan anak-anak berdikari memang di ketahui ramai ibu bapa. Berdikari adalah pendekatan perlakuan untuk membantu anak itu mampu melakukannya atau tidak. Ia melatih anak itu mempunyai perasaan bertanggungjawab dan bukannya kepada sikap pergantungan kepada ibu bapa. Bagaimanapun, perlu diteliti kepada usia anak itu terutama anak yang masih kecil. Oleh itu, ibu bapa perlu melihat kepada kemampuan anak itu untuk mencuba melakukannya. Jika anak itu ingin mencuba biarkan anak melakukannya asalkan mengikut kemampuannya. Apa yang berlaku apabila seorang anak itu , berasa dirinya mampu melakukan, ia akan menimbulkan rasa yakin diri dan rasa dirinya dihargai. Anak yang dilatih berdikari akan menjadi orang yang kuat jiwanya dan dapat menyesuaikan diri dengan sebarang keadaan suasana dan tempat. Inilah cara membantu anak berakhlak mulia dan mempunyai emosi postif sekali gus merangsang kecerdasan mindanya.
Sebagai ibu bapa, kita perlu menghargai anak apabila mereka memberi pendapat. Apabila anak memberi pendapat, tidak bermakna dia melawan. Misalnya, ibu memberi arahan, “Pergi basuh kasut.” Anak berjawab, “ Mak boleh tak basuh kemudian.” Namun sikap segelintir ibu bapa beranggapan percakapan sebegitu sebagai ‘melawan’. Oleh itu, anda perlu faham apa yang dikatakan melawan atau apa yang dikatakan memberi pendapat. Ia adalah dua perkara yang berbeza. Apa yang kita nak didik anak ialah perlu diberi peluang untuk memberikan pendapat secara berhemah dan bagaimana hendak memberi pendapat secara sopan. Biasanya anak-anak akan marah apabila tidak diberi peluang untuk bercakap. Seharusnya ibu bapa menjelaskan dengan berkata, “Nanti adik, mama sedang dengar, tak perlu tinggikan suara. Mama hargai pendapat adik”. Jadi anak akan bercakap sopan apabila memberi pendapat, bukannya secara tengking atau melawan ibu bapa. Kebiasannya anak-anak berusia enam tahun sudah mulai menunjukkan sikap sebegini kerana mereka mulai mempunyai sifat ingin tahu yang tingggi dan berkebolehan berdikari.
Merangsang pemikiran anak melalui penjelasan yang berkaitan dengan diri anak. Penjelasan ini akan mengajar anak untuk berfikir sebab dan kesannya. Misalnya , jika anak sudah berpakaian cantik dan kemas, tetapi meminta kebenaran untuk bermain diluar rumah. Ibu bapa perlu menjelaskan bahawa dengan cara bermain diluar akan memberi kesan kotoran pada baju dan akan memberi tekanan kepada anak dan anda sendiri. Apa yang perlu ibu bapa didik kepada anak adalah memberi peluang kepada anak untuk faham situasi ini. Didik anak dengan komunikasi yang jelas supaya anak dapat berfikir, bukannya hanya mengikut kehendak anak semata-mata. Cara ini membantu anak untuk belajar membuat pertimbangan dan berdikari. Malah secara tidak langsung anak boleh berfikir dan mengetahui apa kesannya jika melakukan sebarang tindakan.
Setiap ibu bapa yang inginkan anak sempurna dan genius. Namun kita sepatutnya membuat anggapan sebegitu untuk anak. Ini kerana peranan kita sebagai ibu bapa belum tentu menjamin sempurna. Setiap anak mempunyai kekurangan dan kelebihan. Mungkin ada anak yang tidak cemerlang dalam akademik tetapi berjaya dalam bidang yang lain. Kebolehan dan potensi anak adalah berbeza. Jangan membandingkan setiap anak. Setiap anak yang dilahirkan mempunyai ptotensi diri yang harus ibu bapa gilap. Apa yang paling utama, bimbingan ibu bapa terhadap potensi anak-anak agar dikembangkan secara optimum.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di