Isu melibatkan pengacara Awal Ashaari dengan pihak pengurusan rumahnya menjadi viral baru-baru ini.

Belum reda insiden tersebut,kini pelakon Amar Baharin turut berkongsi masalah yang sama. Menurut suami kesayangan Amyra Rosli ini lagi, dia tidak dibenarkan melakukan aktiviti penggambaran di premisnya sendiri.

“Beli Rumah, Tapi Bukan Macam Rumah Sendiri.” Tak Dibenar Shooting Di Rumah Sendiri,  Amar Baharin Luah Rasa

“Saya pemilik mutlak rumah itu namun tidak menetap sepenuhnya di situ disebabkan lebih banyak kerja di Kuala Lumpur dan menetap di rumah saya di sana.

“Sebagai pelakon saya sering menggunakan kediaman sendiri untuk penggambaran dan saya akur setiap aktiviti keluar masuk di rumah memerlukan kebenaran pihak pengurusan.

“Beli Rumah, Tapi Bukan Macam Rumah Sendiri.” Tak Dibenar Shooting Di Rumah Sendiri,  Amar Baharin Luah Rasa

“Tetapi baru-baru ini saya didatangi oleh wakil dari JMB dan meminta bukti kebenaran penggambaran di rumah saya. Wakil saya telah berhubung dengan pengurusan dan mengesahkan kebenaran tetapi JMB tidak berpuas hati dan cuba mencari salah saya,” katanya.

IKLAN

Dalam perkongsian yang dibuat itu, Amar turut mempersoalkan hal dirinya sebagai pemilik rumah berkenaan.

“Apa guna saya sebagai pelakon membeli rumah di kawasan yang tidak dibenarkan untuk buat penggambaran sedangkan itu kerjaya saya dan saya beli rumah tersebut hasil titik peluh sendiri.

“JMB ini bila ada kuasa setahun dah lupa diri… Belum jadi wakil rakyat. Sampai mesyuarat agung tahunan pasti kena tukar,” ujarnya.

“Beli Rumah, Tapi Bukan Macam Rumah Sendiri.” Tak Dibenar Shooting Di Rumah Sendiri,  Amar Baharin Luah RasaSementara itu, suami kepada pelakon Amyra Rosli ini turut mengingatkan supaya sentiasa mengeratkan hubungan baik dalam kalangan jiran dan bukan hanya mencari masalah apabila diberi kuasa.

“Kita hidup berjiran, fikir macam mana hendak eratkan silaturrahim dan bukan bila ada kuasa di sesebuah kawasan hanya mahu cari salah orang lain.

IKLAN

“Sekarang ini saya rasa beli rumah tapi bukan sepenuhnya milik saya. Ramai nak ambil tahu fasal rumah saya, nasib baik tak ambil tahu hal dalam kain,” jelasnya lagi.

“Beli Rumah, Tapi Bukan Macam Rumah Sendiri.” Tak Dibenar Shooting Di Rumah Sendiri,  Amar Baharin Luah RasaAwal yang juga suami kepada Scha Alyahya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor atas pertuduhan melakukan khianat merosakkan palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara bulan lalu.

“Beli Rumah, Tapi Bukan Macam Rumah Sendiri.” Tak Dibenar Shooting Di Rumah Sendiri,  Amar Baharin Luah Rasa

 

IKLAN

Mengikut pertuduhan selebriti itu didakwa melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan Challis Damansara dengan kerugian sebanyak RM600 di pondok pengawal perumahan itu di Jalan PJU 3/30 pukul 11.30 pagi pada 16 April lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin)

Sumber: mStar & amarbaharin


ARTIKEL MENARIK: “Rumah Pertama Beli Umur 21 Tahun.” Fasha Sandha Sebak & Syukur Impian Bina Surau Dalam Rumah Tercapai

ARTIKEL POPULAR: “Meh Sini Mak Simpan.” Alhamdulillah Rezeki, Neelofa Dedah Bilal Collect RM14K Duit Raya

BACA INI JUGA : “Humble Makan Dengan Anak Sambil Duduk Atas Lantai Je.” Elly Mazlein Dipuji Pandai Bawa Diri Ketika Beraya Kampung Suami


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI