Mungkin cara kita peluk anak selama ni tidak betul. Keadaan ini mungkin menyebabkan anak makin keras dan melawan!
Anak yang tak rasa dicintai dan disayangi memang akan lebih keras dan suka melawan. Padahal kadang kadang kita sayang je anak anak kita tapi rupa-rupanya mereka TAK DAPAT RASA.
Kita sayang je tapi mungkin mesej tu tak sampai kat anak kita!
Mungkin salah kita sebab kita tak belajar cara terbaik untuk MEREKA RASA apa yang kita rasa.
Ads
Cara peluk yang betul :
1. Baiki dulu emosi kita. Jangan pergi peluk anak masa kita tengah stress melampau. Ambil deep breathing dulu dan ambil nafas daripada perut untuk tenangkan emosi.
2. Melutut dulu, biar mata kita dan anak kita tu selaras atau satu level. Masa ni kalau kita ada buat salah kat anak pun, kita boleh je mintak maaf. Tak jatuh pun derajat mak ayah kalau mintak maaf kat anak.
Ads
3. Jangan peluk anak dengan paksaan. Kalau anak jenis susah nak bagi peluk atau rimas kena peluk, pandai pandai la cari cara untuk pujuk mereka. Alih fokus dan perhatian mereka pada benda di luar sana. Tunjuk pada anak kita tu kereta tengah melintas ke, burung berterbangan ke atau si ayah tengah berdengkur ke ?
4. Dah berjaya peluk anak tu, samakan bahagian dada kita dengan dada anak kita. Rapatkan dada kita sampai bertemu dengan dada anak kita.
5. Ingat tau, jantung kita yang kat dada tu ada electromagnetic fields yang kuat yang boleh dikesan sejauh beberapa kaki daripada badan kita!
Ads
6. InsyaAllah dengan cara pelukan yang betul, anak kita akan lebih tenang dan dia akan boleh rasa yang dia disayangi.
7. Senakal nakal anak pun kalau dipeluk mereka akan kalah kerana keinginan untuk dipeluk itu adalah FITRAH TERINDAH mereka!
Sumber: FB Taufiq Razif
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap kali memuat naik video atau gambar di laman instagram mereka, pasti akan mendapat respond darii netizen. Terbaru, Ozlynn memuat naik satu video anak sulungnya, Ariq yang sedang mengaji. Menurut Ozlynn, anaknya itu pada awalnya mahu menunaikan solat subuh di masjid namun membatalkan hasratnya sebaliknya hanya solat dan mengaji di rumah.
.
Dia ketuk bilik nak subuh kat masjid.. kita ckp mama boleh anta.. dia ckp xpe la cuba call pakcik dia (adik aku) so aku pun teruskanlah urusan aku dlm bilik.. 6.20am mcm terfikir.. mane anak aku.. jadi ke pergi masjid.. skali dgr sayup2 suara org mengaji.. puas cari.. rupanya dalam bilik game.. dia ckp x dpt pegi masjid.. pakcik dia x jwp fon.. so dia solat n mengaji kat umah jek.. aku ckp nape x bgtau.. aku boleh anta.. dia jawap.. xnk ganggu mama.. ingat mama nak rehat.. pastu moleiq n chantiq tdo kat ruang tamu.. so abg mengaji kt sini.. anak bertuah.
.
moga Allah lindungi kamu abg Ariq.. kamu nih anak yg soleh.. merasa semua kesusahan dgn mama n papa.. moga Allah terangkan hati kamu dgn Al Quran, sihatkan kamu dgn ibadah dan amalan, cerdaskan minda kamu utk atasi ujian, dan ambil kamu di saat kamu sedar dunia bukan lagi keperluan.
.
Terima kasih Allah utk “pinjaman berharga” ini.. Doa aku xkan putus utk dia..
Perkongsian Ozlynn itu mendapat respond rakan selebriti dan juga pengikutnya. Rata-rata mengakui sebak dan terharu dengan luahan hati isteri kesayangan Johan ini.
Pelakon cantik Ezzaty Abdullah yang baru lima bulan melahirkan anak keduanya yang diberi nama Ahmet bercerita pengalamannya melalui fasa kelahiran anak kedua yang jauh berbeza dengan anak pertama.
Menurutnya pengalaman dalam bilik bersalin selama 28 jam semasa proses melahirkan anak pertama langsung tidak merasai kesakitan walaupun sudah di induce.
“Alhamdulillah masa tu tak sakit sangat. Tak macam orang cerita kalau kena induce sakit sangat. Saya rasa macam period pain je. Masa nak push baby dalam tempoh 40 minit saya siap boleh gelak lagi.
Masa doktor angkat baby dan tunjuk, saya siap cakap boleh beranak lagi doktor,” Ezzaty bercerita pengalaman bersalin anak pertama semasa menjadi jemputan dalam webinar Aku Tak Serik Bersalin anjuran Pa&Ma pada Ahad lepas.
Bagaiamanpun pengalaman melahirkan anak kedua jauh berbeza daripada anak pertama. Katanya dia tidak boleh tidur dan mengalami muntah teruk semasa hampir nak bersalin.
“Oleh sebab doktor yang sama sambut kelahiran anak pertama dulu, jadi doktor nak bagi induce. Saya pun sebab pertama kena induce tak sakit jadi setujulah sebab tak sabar nak keluarkan dia.
Induce pukul 10 malam sempat baca surah Maryam dan surah Yusuf. Tak habis lagi baca surah Yusuf, saya rasa sakit sangat. Tanya nurse ni sakit nak beranak ke? Dia kata tu sakit kontraksi.
Saya memang terkejut sangat rasa sakit tu yang teramat sakit. Sampai pukul 12 malam saya tahan sakit. Minta ubat tahan sakit. Bila doktor cucuk, saya rasa mengantuk sangat.
Pukul 1 pagi terjaga tidur masih lagi rasa sakit sangat. Rasa macam nak mati. Masa tu baru tahu macam ni rupanya sakit kontraksi bila di induce yang orang selalu cerita. Saya suruh suami panggil nurse.
Nurse cakap dah nampak kepala baby dan suruh push. Sebelum tu saya minta maaf pada suami sebab rasa macam dah tak larat sangat dan mengucap siap-siap.”
Lima minit teran, akhirnya bayi keluar dan menurut Ezzaty rasa kesakitan tadi hilang sekelip mata sebaik sahaja bayi selamat dilahirkan dan kali ini dia terus cakap serik dah nak beranak lagi kepada doktor.
“Pengalaman yang sangat berbeza untuk setiap kelahiran anak. Anak pertama 28 jam dalam bilik bersalin, 45 minit proses meneran bayi tapi tak sakit. Anak kedua pula tiga jam sakit kontraksi, lima minit proses meneran tapi sakitnya teramatlah sakit,” demikian ceritanya yang turut diuji kesakitan ketika hamil anak kedua.
Tempoh empat bulan melalui fasa ‘mabuk mengandung’ memang benar-benar menguji. Isteri pelakon Azwan Kombos ini turut mengalami sakit yang membuatkan dia sukar untuk duduk, baring, berdiri dan sukar tidur selain kerap muntah. Namun semuanya berakhir selepas empat bulan kehamilan.
Ibu kepada Harum Dahlia dan Ahmet yang murah dengan senyuman ini kekal langsing biarpun baru beberapa bulan melahirkan anak. Ditanya tip kekal slim, rupanya Ezzaty mempunyai keturunan mudah naik berat badan selepas bersalin.
“Mak dan makcik saya sebelum bersalin kurus. Bila bersalin semua berat naik. Saya takut sebab kerjaya saya menuntut saya tampil menarik sentiasa.
Jadinya lepas anak umur setahun saya memang akan cut off sugar dan banyak minum air putih.
Saya makan sehari lima kali tapi dalam kuantiti yang kecil untuk meningkatkan metabolisme badan. Saya terpaksa korbankan makanan kegemaran saya iaitu kek coklat. Tapi bila dah dapat berat badan target saya makan sikit je buat rasa.
Bagi saya paling penting sekali amalan semasa tempoh berpantang. Saya memang sangat tradisional dan menjaga pantang. Kalau adik dan adik ipar saya waktu pantang tak pakai stokin atau bengkung saya akan bebelkan mereka,” menurut Ezzaty yang memakai bengkung 24 jam semasa tempoh berpantang.
Dia yang masih lagi mengamalkan diet sama seperti ketika melahirkan anak pertama, mengakui lama-kelamaan sudah terbiasa dengan minuman tanpa gula.
“Air manis memang tak minum langsung, kalau minum jus atau kopi pun saya tak letak gula. Lama-lama terbiasa,” ujarnya yang naik sehingga 67 kilogram ketika mengandungkan Ahmet.
Siapa sangka pelakon drama Andainya Takdir 2 ini seorang ibu yang sangat mementingkan pemberian susu ibu kepada kedua anaknya. Biarpun anak-anaknya tidak mahu menyusu secara terus daripada payudara tetapi Ezzaty tidak menjadikan alasan untuk tidak menyusukan mereka.
“Saya dah jumpa kaunselor laktasi dan dah banyak cara dibuat tapi anak-anak tetap tak nak menyusu direct. Jadinya saya kena pam susu dari anak sulung sampai anak nombor dua.
Penat tu memang penat tapi sebab dah niat nak menyusukan anak sekurang-kurangnya sampai mereka umur setahun jadi saya gigih mengepam.
Setiap hari Ezzaty akan rebus kurma cina, longan kering dan gula batu sebagai minuman milkbooster untuk membanyakkan susunya disebabkan dia kerap mengepam susu berbanding ibu lain yang menyusu secara direct maka risiko untuk penghasilan susunya berkurangan akan ada.
Pernah berpengalaman melalui pembedahan payudara kerana mengalami masalah breast abscess disebabkan bengkak susu yang tidak dirawat, Ezzaty kerap berkongsi mesej kesedaran kepada peminat dan sesiapa sahaja bakal ibu yang ditemui.
Justeru nasihat Ezzaty, bakal ibu terutama yang pertama kali kena belajar tetang ilmu penyusuan.
“Bengkak susu adalah perkara normal bagi yang baru melahir dan menyusukan anak tapi kalau bengkak lebih dari tiga hari, tolonglah jumpa doktor sebab masa anak pertama saya tak tahu.
Saya rawat sendiri masalah bengkak susu dengan buat macam-macam petua sampai menanggung sakit tiga minggu lamanya.
Lepas tu baru jumpa doktor dan akibatnya breast dah menanah dan perlu dibedah. Jadi masa anak kedua saya alami masalah yang sama tapi tak sampai tiga hari saya terus jumpa doktor dan Alhamdulillah tak perlu sampai dibedah.
Sakit akibat breast abscess tu 10 kali ganda lebih sakit daripada sakit melahirkan anak.
Bila jumpa ibu mengandung saya akan kongsi pengalaman tu sebab tak nak orang lain lalui macam saya,” pesan Ezzaty yang turut mendoakan semua peserta webinar Aku Tak Serik Bersalin melalui pengalaman indah waktu bersalin.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ini yang dikatakan hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Semangat yang ditunjukan oleh pemuda ini dari segi menabung boleh dijadikan inspirasi.
Begitulah yang dilakukan oleh seorang guru guru al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) sanggup menyimpan RM10 sehari dalam tabung buluh sejak tiga tahun lalu untuk digunakan sebagai persiapan melangsungkan perkahwinan dengan wanita pilihannya.
Perkongsiannya mendapat perhatian ramai setelah memuat naik video memecah tabung buluh itu di akaun TikTok miliknya.
Muhammad Farhan Samsudin, 25, berkata, dia merahsiakan perkara itu daripada isteri, Nurul Hannani Patin, 24, dan ia hanya diketahui sehari sebelum mereka bertunang pada 2 Februari lalu.
Muhammad Farhan berkata, dia berjaya mengumpul wang lebih RM9,000 hasil daripada tabungannya sepanjang tiga tahun itu.
Katanya lagi, idea menabung dalam tabung buluh ini timbul selepas melihat rakannya berbuat demikian dan ia membuatkan dia lebih displin kerana apabila mahu mengeluarkan wang perlu memecah terlebih dahulu tabung berkenaan.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.