Jika mempunyai ahli keluarga yang gemar menu yang berasakan ayam, tentu pening kepala dibuatnya untuk memasak hidangan yang menyelerakan. Nak beli diluar yang sudah dimasak, harga agak mahal.
Misalnya hidangan ayam daripada restoran Kenny Roogers. Namun baru-baru ni viral mengenai perkongsian yang sungguh inspirasi apabila puan Ulie Julieah melalui paparan di grup Masak Apa Hari Ni, menyediakan resepi ayam pangggang ala Kenny Roogers. Jom semak cara membuatnya!
RESEPI AYAM PANGGANG ALA2
” KENNY ROOGERS ”
BAHAN BAHAN
1 ekor AYAM (1.3kg)
1 Sudu teh GARAM
1 Kiub PATI AYAM
2 Inci HALIA
3 Batang SERAI
6 Ulas BAWANG PUTIH
4 Sudu makan LADA HITAM (YANG SUDAH DITUMBUK)
6 Sudu makan MADU
4 Sudu makan SOS TIRAM
4 Sudu makan MINYAK ZAITON Tapi di RUMAH hanya ada MINYAK MAKAN..so aq GUNA INI SAJALA
? KENTANG…kentang nie REBUS dulula separuh masak pastu bakar besama AYAM..Jika masuk mentah2 n bakar susah MAU EMPUK..
? JIKA nak TAMBAH rempah Seperti MIXED HERBS tu boleh je…utk NAIKAN AROMA Tapi di RUMAH CUMA ada PIZZA SEASONING tu jakla AQ BEDAL N MASUK SEKALI..hahaha..
CARA2
?CAMPURKAN SEMUA DALAM BLANDER..DAN BLAND..
?SELEPAS ITU RASA DULU PERAPAN JIKA ADA RASA YANG KURANG BOLEH TAMBAH..N PERAPLA AYAM SEMALAM…
SIMPAN DI PETI AIS…JIKA NAK PERAP DALAM 3 HINGGA 4 JAM BOLEH TAPI KURANG UMPPHHH….
CARA BAKAR
?Panaskan OVEN..letak ayam DI DULANG PEMBAKAR.. aq guna loyang KEK 10×10 N LOYANG DI balut aluminium..sewaktu bakar tu…kena rajin tuang kuah perapan di atas ayam kuah yg sama di loyang tu k..pastu bila nak masak dah.. sapu Ayam dengan BUTER N.bakar SEHINGGA MASAK….
?Suhu bergantung kepada oven..sy semalam 125′ masa 1 jam lebih jugala sebab saya buat SLOW COOK…AYAM SERIUS EMPUK N BERJUICY
SELAMAT MENCUBA?
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kebiasaannya, jika kita membeli telur masin di pasaran mesti disalut dengan lapisan tanah dan sekam padi.
Melihat keadaan itu, mungkin ada beranggapan renyahnya untuk menghasilkan telur masin.
Tapi apabila melihat perkongsian Nora Lamina tentang cara membuat telur masin ini, nyata mudah sahaja. Hanya menggunakan 2 bahan, telur masin dapat disediakan.
Untuk lebih jelas, ini perkongsiannya. Jom semak.
Terlebih dahulu ingin saya beritahu bahawa resepi ini bukan dari saya. Saya hanya berkongsi dari yang empunya resepi tersebut. Jika empunya resepi ada dalam group ini, saya mohon maaf. Niat saya untuk berkongsi. Apapun saya dahulu kan dengan ucapan terima kasih kerana telur masin saya menjadi.
Bahan-bahan:
Telur itik, cuma dan garam
STEP 1
Telur itik dicuci bersih dan kemudian lap dengan kain untuk dikeringkan.
STEP 2
Rendam telur itik dengan cuka selama 2 hingga 3 minit.
STEP 3
Kemudian terus salutkan telur itik dengan garam.
Ekstra info : Fungsi cuka adalah untuk melekatkan garam pada kulit telur.
STEP 4
Setelah itu, masukkan ke dalam bekas dan span selama lebih kurang 2 minggu.
Ekstra info :
Selepas 2 minggu saya cuci telur-telur tersebut dengan air untuk elakkan dari bertambah masin. Simpan dalam peti sejuk.
Sumber : Nora Lamina via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pernah makan tak scotch egg? Kebiasaanya restoran-restoran ‘high end’ atau kafe ada menjual menu ini. Scotch egg merupakan makanan gaya barat dan kemudian berevolusi ke pelbagai gaya dan cara mengikut kreativiti yang memasaknya.
Sedikit istimewa kerana kali ini anda dapat mencuba menu ini dengan hanya menggunakan resipi yang dikongsikan olehWan LuQman ini. Di samping itu, menu ini juga sangat sesuai bagi para suami isteri yang mahukan konsep ala-ala ‘candle light dinner’ di rumah sahaja.
Scotch Egg
Bahan-Bahan:
Cara-Cara:
– Guna telur saiz kecik je. Saiz C-D dan rebus. Kenapa lebih baik guna telur kecil? Pasal senang nak bungkus.
– Sebelum bungkus ni, gaul dulu daging dengan garam dan serbuk lada hitam. Ada 3 step nak kena bauat dulu sebelum goreng.
– Lepas balut telur dengan daging, golek dalam tepung, lepastu ke dalam telur kemudian golek ke dalam serbuk panko. Ni panko breadcrumb.
– Kemudian deep fried. Buat mash potato sebagai hidangan sampingan. Lenyek kentang putar, buat from scratch.
– Rebus ubi kentang sampai lembut habis kemudian lenyek kat penapis. Akan dapat super smooth mashed potato. Masa ni dia masih panas-panas, masukkan garam atau serbuk pati ayam, mix herbs, salted butter dan sedikit susu segar dan kacau sebati.
– Satu lagi side dish, caramelised onion. Hiris bawang holland nipis-nipis, panaskan sedikit minyak dan tumis sampai garing nak ke hangit.
– Bila dah ada yang garing dan hangit-hangit, masukkan sedikit air kemudian letaklah sikit serbuk perasa. Kacau-kacau selama 10-15 minit.
– Untuk cili oil masukkan madu + kicap cair + cili oil. Dah siap!
Boleh dikatakan siapa sahaja yang tidak pandai merebus telur bukan? Hanya masukkan beberapa biji telur ke dalam periuk berisi air, kemudian letakkan di atas api dan biarkan mendidih untuk beberapa minit, siap.
Memang tidak dinafikan cukup mudah, namun apa yang jadi tidak puas hati adalah apabila hendak dikupas kulit telur tersebut melekat. Habis menggerutu telur yang dikupas dan lebih menyedihkan lagi bila dikupas kulitnya terkopek sekali dengan isi telur tersebut. Rugi pula terbuang begitu sahaja.
Tidak mahu berlaku seperti itu, sebenarnya ada banyak petua dan cara boleh dilakukan untuk pastikan kulit telur rebus mudah ditanggalkan dan dalam masa yang sama telur nampak elok kejadiannya, berkilat dan licin.
Salah satunya seperti yang dikongsikan di facebook oleh Basiroh Kz di salah satu group masakan. Difahamkan petua tersebut diperolehi daripada kenalannya yang berasal dari Indonesia.
Petua Rebus Telur Agar Cantik ‘Kejadiannya’
Mungkin sudah ramai yang sudah tahu petua ini. Dulu-dulu saya gagal rebus telur, mesti pecah atau kulit jadi berkerutu.
Bila dapat petua daripada kenalan dari Indonesia barulah dapat hasil yang sebegini. Jadi saya nak kongsikan petua mudah ini.
Cara-caranya :
1.Masukkan 2 sudu kecil garam halus, 2 sudu kecil cuka masakan.
2.Rebus seperti biasa menggunakan api sederhana. InshaAllah telur jadi berkilat, kenyal dan tak mudah pecah dan sgt mudah dikupas.
Ekstra Tip
1.Paras air pastikan tenggelam telur.
2. Tak perlu tunggu air mendidih dulu, terus masukkan telur dalam air biasa dan rebus sehingga mendidih
3.Lebih kurang 10 minit sahaja rebusnya
4.Bila sudah cukup masanya terus buang air.
5.Teknik nak mudah kupas kulit. Guna belakang sudu ketuk-ketuk manja saja, kulit dah retak senang nak kupas.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.