Siapa yang tak sayang suami kan. Tentunya setiap isteri inginkan hubungan yang intim dan kasih sayang berpanjangan walaupun sudah lama berkahwin. Sebagaimana panduan dibawah ini boleh jadikan salah satu rahsia untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga.

Begini Caranya Nak Tambah Hati Suami Supaya Makin Sayang. Salah Satunya Jangan Berleter!

1. Mengambil berat tentang penampilan suami

Ada suami gemar diberi perhatian akan hal-hal remeh yang berkaitan dengan dirinya. Dia akan senang jika isterinya mencadangkan baju apa hendak dipakai, mengenakan kancing bajunya, mengemaskan tali lehernya, mengelap kasutnya, memotong kukunya dan sebagainya. Walaupun suami anda bukan jenis yang begini, tiada salahnya anda mencuba dan lihat kesukaannya. Dari situ anda akan mengetahui apakah suami anda jenis suka dimanja atau suka berdikari.

2. Jangan berleter!

IKLAN

Suami akan bosan jika isterinya ‘cerewet’ dan selalu bertanya, hendak ke mana, acara apa, bila balik, kenapa lambat balik, jumpa siapa tadi dan sebagainya. Banyak tanya tu lebih kurang macam berleter juga. Mana ada suami yang suka isterinya berleter.

3. Menambat hati suami dengan sentiasa berhias untuk suami

IKLAN

Kebanyakan lelaki cukup cerewet dengan kebersihan. Mereka akan bosan apabila isteri menyambutnya dengan rupa dan rambut yang kusut masai, anak-anak yang comot dan rumah yang ‘bak kapal pecah’. Sesibuk mana pun anda, persiapkan diri sebaiknya tatkala menyambut kepulangan suami. Hadiahkan dia senyuman. Kalau dia bermasam pun tak mengapa, anda sudah mendapat pahala sedekah dengan memberikannya senyuman.

4. Layan suami seperti raja

IKLAN

Sesetengah suami suka dilayani seperti raja. Dia suka jika isterinya membantu mengelap peluhnya, menyediakan keperluannya untuk mandi dan berdiri ketika ia hendak pergi atau kembali. Ungkapan-ungkapan seperti, ‘Bang, nak makan dulu atau nak mandi dulu atau nak tidur dulu?’ cukup untuk membuat suami tersenyum dan mengurangi penatnya.

5. Ucapkan terima kasih setiap pemberian suami

Lelaki kadang-kadang suka dipuji. Jangan lupa hargai setiap barang pemberiannya meskipun tidak seberapa nilainya. Sekadar ucapan terima kasih dari seorang isteri ketika menerima pemberian, sangat bermakna dan membekas di hati suami. Kalau rasa tak suka dengan pemberian itu, ucapkan dulu terima kasih, baru beritahu. Misalnya, “Terima kasih bang, belikan Nor kain, cantiknya, Nor suka. Tapi kalau lain kali abang nak beli Nor nak warna kelabu pulak”. Suami tak akan tersinggung, malah faham bahawa dia masih belum mengerti kegemaran isteri dan akan cuba memperbaikinya.

Sumber: akuislam.com

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI