Tentu ramai yang gemar memasak agar-agar. Makan waktu sejuk-sejuk memang sedap! Namun bagi yang belum ada pengalaman membuat hidangan ini tentu ada tak jadi! Sama ada lembik atau keras.
Nampak senang nak buat tetapi jika salah sukatan memang buat terus jadi ‘dowm’ , Jadi tak mustahil ada je sanggup membeli aje di kedai kerana bila buat tak menjadi.
Namun bagi yang ingin mencuba memasak hidangan ini, apa kata cuba tip ini. Ada sukatannya yang kena tahu. Barulah jadi elok dan ‘terletak’ je puding tu.
Jom lihat sukatan ini.
Kiraan asas jumlah AIR vs berat AGAR-AGAR:
10gm agar-agar = 1 liter air
Ads
Jika anda guna AGAR-AGAR SERBUK:
13gm serbuk agar-agar = 1.3 liter air
AGAR-AGAR BERTALI:
Ads
25gm agar-agar = 2.5 liter air
30gm agar-agar = 3 liter air
Mudah kan! Apa lagi jom cuba buat ikut sukatan ini yang dikongsikan oleh puan Diana Ana.
Jika berkunjung ke bazar Ramadan tentu sahaja kita akan nampak pelbagai jenis pilihan air yang berwarna warni dan perasa, sungguh ia nampak begitu menyelerakan. Umpamanya air katira yang begitu istimewa untuk dinikmati ketika bulan Ramadan ini.
Memandangkan ramuan herba getah anggur semulajadi yang istimewa diadun dengan pelbagai bahan-bahan lain seperti biji selasih, kembang semangkuk dan bahan-bahan lain dapat membantu menyegarkan dan menyejukkan badan.
Pun begitu, ada juga terjadi air katira yang dibeli tidak mewakili rasa sedapnya air katira yang original, untuk itu lebih baik anda sediakan sendiri ramuan dan bahan-bahannya. Sekali buat boleh minum seisi keluarga.
Nak tahu caranya, di sini Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi resipinya untuk dicuba.
Ini katira. Ia juga dipanggil sebagai getah anggur/gond katira/gum tragacanth. Benda ni lah yang memberi nama kepada minuman itu. Jika peniaga jual air katira tapi tiada benda ni, maka peniaga tak jujur.
Katira ni boleh di beli di pasaraya (kawasan jual rempah ratus), kedai tabib cina atau kedai jual peralatan hindu. Saya beli online (Shopee/Lazada) je.
Minuman ni berasal dari timur tengah (tak pasti negara mana) dan di bawa ke Tanah Melayu oleh para pedagang. Johor naturalisasikan minuman ini menjadi minuman tempatan.
Orang Johor buat perubahan sedikit dari segi bahannya. Orang timur tengah gunakan air mawar untuk mendapatkan aroma segar, tapi di Johor ia diganti dengan pandan.
Buang biji kurma dan hiris halus. Kemudian masukkan kurma, biji selasih, katira dan kembang semangkuk di dalam cawan atau mangkuk berasingan. Masukkan air ke dalam setiap cawan macam ni.
Semua bahan ni akan mengembang. Jika dah kembang, kira dah boleh angkat dan tos. Biasanya perlu sekitar 4-6 jam.
Sementara tu, potong badam. Cincang pun boleh. Daun pandan tu saya carik halus, sekadar untuk hiasan.
Daun pandan tadi, kita rebus dengan air dan gula untuk dapatkan aroma dan warna hijau.
Air katira Johor berwarna hijau lembut. Tiada pewarna tambahan atau esen pisang diperlukan.
OK bahan-bahan rendam tadi dah kembang cantik. Air Katira Johor yang asli kadang kala diletakkan kismis. Cincau tidak tergolong sebagai bahan asli dalam resepinya.
Air Katira Abu Bakar yang merupakan salah satu jenama popular minuman ini, telah menambah bahan moden dalam ramuan mereka iaitu air berkarbonat aiskrim soda. Itu kira versi moden.
OK sekarang kita dah boleh satukan semua bahan yang kita dah sediakan. Bahan rendam tadi, perlu tos tau. Jangan kau tuang terus dalam susu tu. Cair susu tu karang. Jangan lupa masukkan badam.
Susu segar boleh diganti dengan campuran air dan susu sejat. Jika gunakan susu pekat manis atau minuman aiskrim soda, tak perlu tambah gula. Nanti manis sangat. Hiperglikemia karang!
Itu dia! Kita punya air katira Johor dah siap! Sedap diminum sejuk. Beraroma, dan menyegarkan.
Biasanya kalau kita memasak dan sentiasa berada di dapur sepanjang waktu penyediaan hidangan, memang jarang terjadi masakan yang dimasak menjadi hangus. Melainkan kalau kita buat kerja dua dalam satu. Kebarangkalian untuk kita terlalai itu cukup tinggi.
Lebih-lebih lagi semasa memanaskan masakan berkuah. Bisanya kita akan menggunakan api yang kecil. Kemudian sementara menunggu masakan panas mendidih, kita akan buat kerja lain pula. Kalau kerja di dalam rumah boleh tahan lagi, tapi kalau di luar rumah contohnya menyidai kain, menyapu balkoni dan sebagainya itu lagi bahaya.
Mungkin pada mulanya memang kita sudah set di fikiran untuk melunaskan kerja tersebut dengan segera. Namun selalunya kita jadi leka hingga menyebabkan masakan yang dipanaskan boleh hangus. Alih-alih bila dah berbau, kita berlari ke dapur dan lihat periuk jadi hitam legam!
Bila ini terjadi, apa yang perlu anda buat untuk menanggalkan kesan hitam yang melekat pada periuk tersebut. Caranya cukup mudah hanya menggunakan kuasa garam. Ilmu ini dikongsi oleh Dian Esero, dan dia juga mempunyai pengalaman periuknya hangus. Jom baca perkongsiannya untuk manfaat bersama.
Teringin nak share pengalaman sendiri walaupun hakikat yang benonye segan nak tunjuk periuk hangus kita.
Korang pernah tak panaskan lauk kat dapo sambil menyapu car porch. Idung tetibe kembang kuncup dok cari jiran manalah yang goreng ikan api beso sangat nih !
Bile masuk rumah dah berasap dapur. Habis kuah lemak cili padi rebung madukuuuu. Rebung yang helok betuka jadi hitam.
Kerak pulak bukan nipis ala2 tu. Haaa kau, tebal yakkmattt. Rendam satu malam tak lembik pun kerak tu.
Camne nak ilang ni ? Mudah je. Bahan pun memang ade kat dapo.
GARAM ! ambil sesudu garam rebuskan bersama air sampai didih.
Sejukkan sekejap, lepas tu bolehla cuci guna berus piuk. Tak payah nak sental beriye sangat. Kerak legam tu senang je tanggal.
Kalau rajin korang sental lah sekali sampai licin licauuuu. ting ting tinggg. Silau tau ! ?
Dah boleh pi dapo rebus air garam kat piuk memasing okeh. Selamat toraiii
Sumber : Dian Esero vis MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.