Sebelum ini pengarah dan penerbit, Datuk Afdlin Shauki telah membuat pengumuman bahawa hubungan perkahwinannya dan isteri tidak dapat diselamatkan dan tidak lagi hidup berumah tangga sejak ramadan lalu.
Namun, dia mendedahkan yang hubungannya bersama bekas isteri, Datin Maria Christina Orow Abdullah masih dalam keadaan baik, sungguhpun mereka sudah tidak sebumbung.
Menurut Afdlin, dia masih menganggap bekas isterinya itu sebagai sahabat memandangkan mereka memang banyak menghabiskan masa bersama sebagai rakan sekerja, terutama dalam bidang penulisan skrip.
“Jujurnya, bekas isteri saya itu adalah sahabat saya untuk selamanya. Selepas lama bekerja berdua, saya juga anggap dia sebagai rakan dalam bidang penulisan, sebab dia sangat bagus menulis.
“Jika ditanya, adakah kami masih berbaik antara satu dengan lain, jawapannya ya. Kami memang boleh bekerja berdua… namun mungkin bukan lagi secara peribadi,” katanya kepada Gempak.
Ads
Afdlin berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media drama bersiri AI.5YA yang diadakan di Sunway Pyramid, Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.
Melanjutkan bicara, Afdlin turut memperincikan sebab terjadinya punca dia dan isteri memutuskan untuk tidak lagi bergelar pasangan suami isteri.
“Sewaktu pandemik melanda dunia, saya banyak bekerja luar. Keluarga pula takut dengan virus dan situasi pada waktu itu. Jadi, saya banyak kali tidak balik rumah. Bimbang jika saya terbawa virus tersebut di kediaman.
“Sungguhpun begitu, kami tetap berhubungan antara satu dengan lain seperti berbual dengan menggunakan telefon atau video call. Mungkin itu antara sebab hubungan kekeluargaan kami terganggu,” ujarnya.
Dalam masa sama, Afdlin menjelaskan yang anak-anaknya, Mia Sarah, Anais dan Ileana Matin juga memahami keputusan yang diambil.
Ads
“Kami duduk berborak dengan anak-anak ketika bulan Ramadan dan kami terangkan pada mereka agar mereka faham. Menurut anak-anak, jika kami bahagia, mereka okey dengan keputusan yang diambil,” katanya.
Dalam pada itu, ditanya jika dia dan bekas isteri masih berharap untuk kembali, Afdlin berkata: “Saya tidak pernah tutup hati saya sekiranya ada rezeki. Cuma pada ketika ini, kami tidak pernah berbicara soal untuk kembali bersama.
“Ketika di mahkamah, kami mohon maaf antara satu sama lain dan berpelukan buat kali terakhir sebelum saya lafaz talak.
Ads
“Menitik juga air mata saya ketika itu. Tetapi, apa yang saya rasa itu perkara yang kami mahukan dan betul untuk dilakukan,” ujarnya lagi.
Kelibatnya dalam acara papan selaju di Sukan Asia 2018 mencuri tumpuan. Apa tidaknya, dia merupakan atlet paling muda kontinjen Malaysia kerana baru berusia 11 tahun.
Malah, pakaiannya yang luar biasa apabila mengenakan seluar sekolah dan tali pinggang Kikilala turut menjadi bualan netizen.
Rupa-rupanya bukan hanya itu sahaja. Ada kisah lain yang sungguh mengharukan. Ayahnya yang juga pengurusnya terpaksa mengeluarkan belanja sendiri untuk datang ke Palembang dan melihat anaknya bertanding.
Sungguh menyedihkan bila membaca kisah adik cilik ini.
Solat tahajud adalah solat sunat yang ditunaikan pada malam hari iaitu waktu yang utama sepertiga malam dan waktu yang sangat mustajab untuk berdoa.
Sudah tentu ramai yang ‘berhajat’ untuk bangun malam melakukan solat Tahajud. Namun, sikap fikirkan mengenai bacaan dan cara solat membuatkan hasrat itu tidak menjadi.
Namun, usah jadikan ia alasan menebal dalam diri, ikuti perkongsian ustaz ini mengenai cara solat tahajud yang mudah.
Moga muhasabah diri.
MACAM MANA NAK BUAT SOLAT TAHAJUD
Waktu yang the best sekitar 4.30pagi hinggalah sebelom subuh. Niat di dalam hati “aku melakukan solat sunat tahjud kerana ALLAH” , tak perlu lafadz niat.
Caranya, buat 2 rakaat salam, 2 rakaat salam…berterusan semampunya. Tidak ada limit rakaat , terpulang kpd kemampuan masing2 samada nak buat 2 atau 4, atau 6 atau 8 atau lebih ikut semampunya.
Tidak terkhusus dgn mana2 surah, ikut kemampuan hafalan masing2 dan tidak menjadi masalah jika solat tahjud itu sambil pegang quran kecil atau phone dan membacanya.
Kalau tak mampu baca quran dan surah yg hanya mampu di hafal itu cuma surah Al-Ikhlas , “Qulhuallah hu ahad…” maka silakan baca surah yg sama pada setiap rakaat. Solat tetap sah dan terbaik.
Jadi lamakan sujud & mintak doa pada Allah apa saja yg kita hajatkan. Kata para ulamak kita boleh berdoa dgn bahasa apa yg kita faham. Sah tahajud walaupun kita baca doa dalam bahasa melayu. Berdoa dalam hati saja tau!.
Jangan solat laju2, slow and steady. Yang penting buat setenang2nya. Selangilah setiap 2 rakaat itu dgn istighfar dan mana2 zikir yg kita hafal.
Jika dah buat tahajud maka tutupilah tahajud itu dengan 1 rakaat witir sekiranya witir belom dibuat selepas isyak. Kalau dah witir selepas isyak maka tak perlu lagi buat witir selepas tahajud. SENANGKAN?
Tentunya menantu ingin disayangi mentua. Memang ada kita dengar konflik antara menantu dan mentua. Namun ada caranya untuk menambah hati mentua. Melalui tweeter @nurhaniniriani ini telah mendapat retweet lebih 7 ribu yang bekongsi petua bagaimana nak menjadi menantu kesayangan. Jom semak cara puan ini.
Gambar hiasan
So disini sis nak jelaskan, tak semua ya. Maybe certain nak privacy, pilih jalan untuk menyewa. But we all know sewa rumah sekarang bukan alang2 mahal. Kalau pasangan setuju / mampu takpa. Tapi bagi yg masih belum stabil, sebulan dua mesti akan duduk rumah parents before pindah.
Bila duduk rumah orang, biasalah. Rutin harian diorg mmg takkan sama mcm mana di rumah kita sendiri. So kena faham2 lah. Ada yg pengotor, ada yg pemalas. Ada yg tak ngam dgn ipar, ada yg phsyco, ada yg drama. So mcm mana nak tangani diorg semua?
Bangun awal
Kita sebagai menantu especially perempuan, jangan suka bangun tidur lambat matahari terik baru nak bangun / keluar dari bilik. Kena sentiasa cari ruang untuk bersembang, kenali keluarga mereka lebih dalam. Sbb bila dah duduk serumah, kt situlah keluarga diorg akan nilai kita.
Yang pandai masak, sebelum waktu mkn tghari sila lah prepare apa yg patut so bila kita lapar takdelah kelam kabut nak masak then berlaparan menunggu makanan kan. Kalau x reti pula, boleh tolong mak mertua ke adik/akak ipar utk sediakan apa yg patut.
Kita ni biar tak pandai masak tapi tolong lah mana yg patut, in shaa allah lama2 kita automatik akan rasa seronok sebenarnya bila kita memasak. And lama2 akan pandai masak benda2 basic.
Ajak Mentua sembang
Bila tengok orang kt dapur, rajin2 kan diri hulur bantuan. I mean like, cuci lah pinggan ke apa yg patut. Tak payah orang suruh baru nak buat. Buat lah apa pun janji jangan duduk je kt bilik tak buat apa sementara org rumah pula sibuk kt dapur.
Haaa bila mak mertua kt dapur, ajak lah sembang. Tak perlu fake kan diri, just be yourself. Jujur je if tak pandai masak, i percaya diorg akan ajar you as long as you nak belajar mak2 ni biasanya suka share resipi masakan yg anak2 dia suka.
So automatically kau akan tahu pasangan kau ni suka masakan yg mcm mana. Berkuah ke, goreng garing ke, nasi yg lembik ke / suka yg keras sikit. Selera orang lain2 kan. Haa dalam masa yg sama kau lebih mesra dgn mak dia & bonus lagi satu dpt idea mcm mana nak tambat hati pasangan
Orang kata, nak ambil hati suami ni senang je. Kenyangkan perut dia, mesti dia sayang lebih & appreciate kita yelah, we admit that masakan kita takkan pernah sama mcm mak dia buat. But bila kita masak dgn ikhlas & penuh kasih sayang, masakan kita mmg jadi sedap.
Tak percaya, cubalah!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di