Kreatif dan berani, itu antara komen warganet kepada perkongsian seorang ayah mengenai kegigihan anak-anaknya menjual lukisan di depan rumah mereka.
Menurut Fadhil Zainuddin (Pekan), anak-anaknya meminta izin untuk berbuat demikian dan nampak begitu bersemangat mahu berniaga lukisan.
Apa yang menarik perhatian adalah, tapak gerai anak-anak ini hanyalah berbekalkan sebuah kanopi berwarna kuning, sebuah meja dan kerusi serta enam buah lukisan.
Layan anak sulung aku jual lukisan dia, punya beria dia nak bukak kedai, dia kata dekat aku “Depan rumah pun takpe” jadi aku pun layankan sahaja.
Malah, lukisan hasil Alya Aqeela, 7, dan adiknya, Alya Adeela, 3, yang dijual pada harga serendah RM1 sahaja setiap satu mendapat sambutan.
Ads
Aku tak nak patahkan semangat dia tu, jadi aku sediakan tempat dia dan aku tinggalkan dia dengan adik dia biar mereka cuba jual sendiri, tak sangka semua 6 lukisan dia habis dijual.
Sekarang mak dia pening sebab esok dia nak bukak kedai jual lagi, mak dia ingat tadi tak ada orang nak beli. 😅😂🤣
Kala ini sudah tentu ada yang sudah bergerak pulang ke kampung halaman untuk meraikan hari raya bersama keluarga dan sanak saudara.
Sudah tentu terbayang hidangan yang enak-enak di atas meja di pagi raya. Namun makan-makan juga, kesihatan perlu diutamakan.
Sebagaimana nasihat Pakar Otak, Dr Rizal Abu Bakar yang menasihati supaya menjaga pemakanan ketika hari raya dan lakukan detox untuk memastikan badan kekal sihat.
Katanya, detox boleh dilaku melalui PURE. Ia proses semulajadi. Jom ikuti lanjut perkongsiannya.
“Ramai belasah sakan masa raya baharu ni. Lepas tu mesej “macam mana nak detox”. Kan dah menyesal tu.”
Yang kesian geng yang beli produk untuk detox. Duit habis. Silap silap detox tak ke mana pun.
Nak detox senang saja. Ikut formula PURE ni. Detox berlaku melalui PURE. Ia proses semulajadi.
Jadi PURE ni apa?
P yang pertama ialah Perspiration. Detox berlaku melalui sistem peluh kita. Bila kita berpeluh toksin akan keluar melalui air peluh. Macam mana nak berpeluh?
Senang saja. Aktifkan hidup anda.
Banyakkan bergerak. Buat senaman. Berjalan kaki. Naik basikal. Nak try sauna pun boleh.
U ialah urination. Detox berlaku bila buang air kecil. Bila minum air kosong banyak, keraplah ke tandas. Masa buang air kecil inilah toksin juga terbuang.
Jadi rajin rajinlah minum air kosong. Bukan mengeteh atau mengopi. Memineral dah memadai.
R pula bawa maksud respiration atau pernafasan. Yang ni ramai tak amalkan. Selalunya kita bernafas pendek dan cepat. Atau shallow breathing. Bernafas pula guna kaedah salah.
Nak buang toksin kena buat mindful breathing. Bernafas dalam keadaan kita sedar kita sedang tarik nafas. Tarik nafas perlahan dan dalam dalam. Cubalah. Boleh rasa sendiri perbezaan.
E ni bawa maksud Excretion atau buang air besar. Cuba kira berapa kali buang air besar sehari. Ramai yang sekali sahaja.
Kita sihat bila buang air besar ni 2-3 kali sehari. Masa nilah toksin akan dibuang.
Kalau makan makanan kurang fiber memang susah sikit nak buang air besar. Makanan fiber portion besar buatkan kita kerap buang air besar.
Lepas ni nak buang toksin ikut jer PURE ni. Selamat dan alami.
Sebagai seorang ayah yang bertanggungjawab terhadap anak-anaknya, pasti walau apa pun yang terjadi hal nafkah akan dilunaskan sebaik mungkin. Ini kerana seorang ayah itu tahu bahawa menafkahi anak-anak adalah wajib ke atasnya.
Namun tidak dinafikan ada juga segelincir yang culas menunaikan tanggungjawab. Lebih-lebih lagi andai sudah berpisah dengan pasangan dan hak penjagaan anak pula di bawah bekas isteri.
Lagi mengundang geram, bila seorang lelaki tersebut berkahwin lain boleh pula dia menanggung nafkah untuk anak-anak tirinya. Sedangkan anak kandung dibiarkan begitu sahaja tanpa nafkah!
Hal ini hakikatnya cukup menyedihkan bagi pihak bekas isteri dan anak-anak. Lantas untuk memberi penerangan lebih detail berkenaan nafkah anak kandung dan anak tiri, Peguam Syarie, Farah Diyana tampil berkongsi faktanya di media sosial.
NAFKAH ANAK KANDUNG VS ANAK TIRI
Nafkah terhadap anak adalah menjadi kewajipan terhadap bapa kandungnya. Meskipun anak tersebut berada di bawah jagaan ibu atau yang lain.
Jika seorang lelaki telah berkahwin baru dengan janda atau balu yang mempunyai anak, tidak menjadi kewajipan untuk seorang lelaki itu menanggung nafkah anak-anak tersebut. Tanggungjawab menanggung nafkah anak-anak tiri adalah kepada bapa kandungnya.
Seksyen 73. Kewajipan menanggung nafkah anak, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Pulau Pinang 2004 memperuntukkan bahawa:
(1) Kecuali jika sesuatu perjanjian atau sesuatu perintah Mahkamah memperuntukkan selainnya, maka adalah menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar kosnya.
Bapa Kandung Meninggal
Bagaimana jika bapa kandung kepada anak tiri tersebut cuai dan culas dalam menyediakan nafkah anak atau telah meninggal dunia?
Jika begitu keadaannya, kewajipan menanggung nafkah anak tersebut adalah kepada keluarga bapanya.
Bagaimana jika nafkah kepada anak-anak kandung telah sempurna?
Nafkah anak adalah meliputi:-
– makanan
– pakaian
– tempat tinggal
– perubatan
– pendidikan
Adakah kelima-lima nafkah tersebut dipenuhi atau sekadar memberikan RM200 kemudian pandai-pandai lah si isteri / bekas isteri untuk mencukupkan keperluan lain? Sedangkan kita mempunyai lebihan pendapatan. Jika begitu, belum sempurna nafkah tersebut.
Jika kelima-lima tersebut telah pun disempurnakan untuk isteri dan anak kandung, lebihan harta tersebut boleh diagihkan kepada orang di bawah tanggungan yang lain iaitu:-
– Bapa
– Ibu
– Cucu
– Datuk
– Saudara terdekat
– Ahli keluarga berikutnya
Jika sempurna semuanya dan ada lebihan pendapatan, baru lah boleh diserah atau dihadiahkan kepada yang layak.
Datuk, bapa saudara dan ahli keluarga bapa yang lain mestilah cakna jika ada cucu, anak saudara yang tidak diberikan haknya atau kematian bapa. Ambil kembali tanggungjawab masing-masing.
Anak yang diberikan Allah adalah amanah untuk diri kita dan kewajipan menanggung nafkah ialah suatu perkara yang akan disoal Allah di akhirat kelak. Sama-sama kita perbaiki mana-mana bahagian yang kurang.
Cukup tersentuh hati tatkala membaca bait-bait kata yang ditulis oleh Datuk Dr Usatazah Norhafizah Musa menerusi kapsyennya di laman instagram semalam.
Berkongsi cerita dan ucapan ketika sambutan Family Day keluarga Haji Musa Dan Hajjah Meriam, menurut Ustazah Norhafizah, setiap teguran dan pesanan orang tuanya disampaikan penuh hikmah dan kasih sayang.
Mak dan Abah menikmati usia yg penuh barakah, inshaaAllah dan ameen ya Rabb…mak dan abah melihat taqdir hidup anak2….mak dan abah kaya dengan ilmu dan pengalaman Alhamdulillah…kurniaan Allah.
Mak abah tenang menjadi pemerhati anak cucu…teguran disampaikan dgn penuh hikmah dan kasih sayang…..ucapan mak pendek sahaja di Family Day Keluarga Haji Musa dan Hajjah Meriam…..
” Mak tak tahu bagaimana hidup mak di alam barzakh nanti….mak didik anak2 mak jadi soleh solehah..anak cucu doakanlah mak …bantulah mak…jgn lupakan mak…bukan sehari dua saja ingat mak…tapi biarlah selamanya…hadiahkan mak doa…baca quran banyak2…beramal soleh…..”
Pesan abah pula….” Alangkah nikmatnya dapat masuk syurga firdaus….kita semua masuk….syurga ada 8 tingkatan…syurga firdaus yg hebat ni macam dlm cermin kaca yg boleh dilihat dari dalam ke luar atau luar ke dalam….jgn nanti ada yg duduk di dalam …melihat ada antara kita yg duduk di luar begitu juga sebaliknya…”…..
banyaknya tazkirah family day…belum lagi tazkirah maklong…pakteh..maklang…Alhamdulillah…addin annasihah. Sayang semua kerana Allah,” kongsi Datuk Dr Norhafizah Musa menerusi kapsyennya.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.