
Beli set cadar dan bunga jasmine warna putih petanda arwah Nor Ayuni nak pergi buat selamanya. Tragedi nahas bas yang melibatkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini telah menggemparkan negara dan meninggalkan kesan mendalam kepada rakyat Malaysia.
Beli Set Cadar Dan Bunga Jasmine Warna Putih Petanda Arwah Nor Ayuni Nak Pergi Buat Selamanya
Salah seorang mangsa yang terkorban dalam insiden tersebut ialah Nor Ayuni Maslan, seorang pelajar yang dikenali sebagai adik bongsu yang penyayang dan bertanggungjawab dalam keluarganya.
Menerusi perkongsian video di TikTok oleh pengguna @yoeikhlas7 abang kepada arwah Ayuni menceritakan permintaan terakhir adiknya sebelum pergi buat selamanya.
“PERMINTAAN TERAKHIR ADIK BONGSU SAYA, DIA NAK SERBA PUTIH SEBELUM DIA PERGI BUAT SELAMANYA. DIA ORDER 2 HARI NAK RAYA, SAMPAI LAMBAT SEDIKIT SEBELUM DIA PERGI BUAT SELAMANYA”
@yoeikhlas7 pemintaan ter akhir adik bongsu sy dia nak semua putih sebelum dia pergi buat selamanya.. dia order 2 hari nak Raya sampai lambat sedikit sebelum dia pergi buat selamanya😭 #nor ayuni bt maslan #alfatihah ♬ Salam Terakhir – ◦•●◉✿💞🇷 🇪 🇪 🇿💞✿◉●•◦
Ramai warga maya yang tersentuh dengan kisah ini dan meluahkan rasa sedih serta mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Mereka juga berkongsi bahawa kadangkala seseorang yang bakal pergi dapat merasakan saat-saat terakhirnya, namun tidak mampu untuk meluahkan perasaan tersebut.
Manakala menerusi perkongsian pengguna TikTok @iedah_muhamad wanita ini berkongsi video ketika berkesempatan melawat rumah arwah Nor Ayuni.
@iedah_muhamad #nahasjrtb #AlmarhumahNorAyuniBTMaslan #9/5/2025 #upsi ♬ original sound – Iedah Muhamad PersonaJewels
Kisah Ayuni ini menjadi peringatan kepada kita semua tentang pentingnya menghargai setiap detik bersama insan tersayang dan sentiasa bersedia menghadapi ketentuan Ilahi. Semoga arwah Nor Ayuni Maslan ditempatkan di syurga Firdaus dan keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan dan ketabahan.
Sumber: TikTok yoeikhlas7 dan TikTok iedah_muhamad
Baca artikel lain juga: Naskhah Al-Quran Tulisan Tangan Nurly Shahirah Buat Ramai Terpukau
Nahas Pelajar UPSI, 100 Koleksi Lukisan Arwah Mustaqim Jadi Kenangan Terakhir Keluarga
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my