Belum reda isu kenaikan dan kekurangan bekalan ayam di Malaysia, kini timbul pula masalah bekalan ikan yang dilaporkan turut berkurangan sekaligus berlaku kenaikan harga.
Menerusi laporan yang dibuat myMetro, kenaikan harga sebanyak 20% di Kelantan disebabkan nelayan di negeri itu tidak dapat turun ke laut berikutan keadaan cuaca buruk sejak seminggu lalu.
Keadaan itu membahayakan nyawa nelayan sekali gus menyebabkan mereka tidak boleh menjalankan aktiviti menangkap ikan di laut.
Harga ikan dilaporkan telah naik mendadak dengan selayang kecil berharga RM12 sekilogram berbanding RM8 sekilogram sebelum ini dan kerisi sebanyak RM16 sekilogram berbanding RM10 sekilogram sebelum ini.
Manakala Sinar Harian pula melaporkan, di Johor, bekalan ikan dan hidupan laut berkurangan sebanyak 50% berbanding sebelum ini menyebabkan harganya meningkat sekitar RM1 sehingga RM4 sekilogram.
Ads
Hal ini berlaku disebabkan faktor cuaca selain kos pengangkutan yang semakin mahal.
Ikan kembung, cencaru dan selar kuning mengalami masalah kekurangan bekalan yang ketara dan kini kebanyakannya hanya boleh diperolehi dari pembekal di Perak.
Ads
Sebelum ini, kembung dijual pada harga RM14 hingga RM16 sekilogram namun telah mula meningkat dan dijual antara RM18 hingga RM20 sekilogram.
Ikan selayang pula sekarang RM15.50 sekilogram berbanding hanya RM11 manakala cencaru pula naik ke RM11 berbanding hanya antara RM8 hingga RM9 sekilogram.
Pernah dengar ungkapan, setiap kejayaan seorang lelaki, pasti ada wanita yang berdiri teguh dibelakangnya. Tidak mustahil andai dikatakan isteri adalah ‘magnet rezeki’ dalam rumah tangga. Berbuat baik dengan isteri dan anak-anak, pasti rezeki seseorang lelaki itu bertambah.
Seorang isteri tidak mengharapkan apa-apa balasan di atas segala pengorbanannya. Memadai dengan curahan kasih sayang murni dari seorang suami. Dengan doa yang ikhlas, dan tanggungjawab yang dijalankan dengan solehah, nescaya hati suami pun akan lebih tenang untuk mengharungi pelbagai cabaran.
Berkongsi pendapat mengenai hal ini, jelas saudara Mohd Fhais yang banyak menulis tentang tip keibubapaan dan rumah tangga, beberapa perkara ini perlu dilakukan oleh seorang suami kepada isterinya.
Manjakan isteri, rezeki manja dengan kita.
Tak mungkin dengan berkahwin orang boleh jadi papa kedana sebab kahwin tu sendiri adalah pembuka pintu rezeki. Bukan penyempit.
Malah kahwin melipat gandakan rezeki kita sebenarnya. Kalau lepas kahwin rezeki jadi sempit tu mesti ada silapnya dalam rumahtangga. Salah satunya ialah bila si suami tidak betul-betul menjaga amanah isteri.
Berikut 5 perkara penting yang suami kena buat kepada isteri.
1. Ambil tahu kisah dia Ambil tahu apa yang isteri kita lalui setiap hari. Kena prihatin, empati dan sokong setiap yang isteri ngadu. Isteri dah tolong kita banyak sangat, ini masa untuk balas jasa dia.
Kalau nak tahu, menurut kajian saintifik minda wanita ni berfikir 10 kali ganda lebih laju dari lelaki. Sebab itulah terapi wanita ni ialah dengan bercakap. Semakin banyak dia bercakap semakin lega minda dia.
Jadinya, kita balas jasa isteri dengan rendahkan diri dan tadah telinga bila isteri bercerita. Boleh hilang stress dia.
2. Bantu buat kerja rumah Wanita ni hebat. Dia boleh buat banyak perkara dalam satu masa. Tapi itu bukan lesen untuk kita lepas tangan. Alah, dah memang kerja isteri, isteri la kena buat.
Silap tu bang.
Kalau ikut budaya ye isteri buat semua kerja untuk suami tapi kalau ikut agama suami yang kena buat semua kerja untuk isteri. Mana satu betul, Budaya ke Agama?
3. Beri pujian Telinga wanita ni sangat sensitif. Walau sekali pun kita cakap kasar dengan diorang, sampai ke tua dia akan ingat. Begitu juga pujian.
Lelaki ni minda dia 6.5 kali lebih tinggi “Gray Matter” dari wanita itu sebab dia cakap main lepas je. Apa yang dia cakap 5 minit lepas pun dia tak ingat dah.
Tapi wanita sekali dengar boleh ingat sampai 50 tahun, “White Matter” diorang 10 kali lebih tinggi daripada lelaki jadi memori dia kuat.
Jadi bang, hati-hatilah bila cakap dengan isteri tu.
4. Beri hadiah atau buat suprise Ya, sekali sekala tu buat suprise kat isteri tu besar manfaatnya. Baru ni saya ada buat suprise masa harijadi isteri, beri bunga yang berharga rm60 tapi dia punya gembira macam dapat emas harga rm600.
Nak buat suprise atau beri hadiah ni tak perlu tanya. Ada niat, terus beli lepas tu bagi.
Walaupun hadiah tu bunga tak boleh di makan, tak boleh simpan lama-lama bunga layu tapi percayalah kalau isteri dapat bunga dari suami hati dia akan terus berbunga-bunga dan ingat sampai mati kenangan ni.
5. Jadi kawan baik Wanita berkahwin dengan lelaki asing bukan untuk cari penganti bapa dia tapi dia mahukan seorang teman yang boleh memikul tanggungjawab bapanya.
Boleh beri perhatian penuh bila dia nak mengadu dan meminta bantuan.
Teman yang tidak gelak bila dia di timpa musibah, teman yang tidak sampai hati peluk tubuh melihat dia buat kerja seorang diri dan teman yang membimbing dia ke syurga. Itulah peranan suami sebenar!
Tak ada istilah isteri tak boleh di manjakan nanti dia pijak kepala. Itu khurafat!
Isteri la orang paling wajib dimanjakan sebab isteri jambatan rezeki si suami.
Tak percaya?
Balik nanti terus je buat 5 perkara ni kat isteri. Tengok macam mana mood isteri tu berubah dan jangan terkejut tiba-tiba rezeki melimpah ruah. Suami kaya ialah suami yang rajin manjakan isteri dia.
p/s : Begini, kalau nak selalu dapat tips rumahtangga dan hubungan suami isteri percuma boleh je join channel telegram saya. Percuma je. Klik ?t.me/CoretanFhais
Kini, trending sayur Bayam Brazil atau nama saintifiknya Althernanthera sissoo kena ada di setiap rumah. Mana taknya tumbuhan ini mudah ditanam dan banyak khasiat.
Sayur ini adalah spesies tanaman sayuran yang berasal daripada Brazil dan Amerika Selatan. Tumbuhan ini tergolong dalam famili Amaranthaceae. Selain itu, spesies tumbuhan ini mudah hidup dan pembiakkannya melalui keratan batang (Hort, 2013). Bayam Brazil adalah tanaman sayuran yang amat baik dan sangat berkhasiat untuk kesihatan manusia.
Daun Bayam Brazil tidak berlendir dan juga rangup. Oleh itu, sayuran ini sesuai dijadikan ulaman. Selain itu, Bayam Brazil juga sesuai utnuk dijadikan bahan masakan seperti salad, masakan tumis, sup atau sayuran di dalam masakan barat. Masyarakat di Brazil mengamalkan makan secara mentah bersama tomato, bawang putih dan cuka. Selain itu, ada juga menjual kerepek ranggup bayam Brazil.
Selain dapat dijadikan hidangan yang lazat, Bayam Brazil sangat berkhasiat untuk kesihatan kita. Bayam Brazil dapat melawan kanser, mengekalkan kesihatan mata, sumber vitamin K dan juga dapat menguatkan tulang. Bagi mereka yang ingin berdiet, Bayam Brazil dapat menurunkan berat badan. Selain itu, spesies tumbuhan sayuran ini juga dapat meningkatkan sistem imunisasi badan, membantu sistem penghadaman, mengelakkan daripada sembelit, membantu melancarkan darah, mencegah anemia, mengatasi masalah gusi, nutrisi yang baik untuk pembesaran, mengekalkan stamina, mengekalkan kesihatan mulut dan mengikat kalsium. Bagi wanita yang mementingkan kecantikan wajah pula, amalan memakan Bayam Brazil dapat mencegah penuaan pra matang dan mengekalkan awet muda. Bagi wanita yang hamil pula, pengambilan Bayam Brazil dapat mengekalkan kesihatan ibu mengandung.
Menyedari akan khasiat sayuran ini, ramai yang mula berkebun tanam tanaman ini. Bayam Brazil mudah hidup dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Sebagaimana perkongsian ini, hasil tanaman bayam bazil yang diusahkan oleh ayahnya sejak Perintah Kawalan Pergerakaan (PKP) telah meraih pendapatan yang mampu menjana pendapatan keluarganya.
Siapa sangka, sekadar suka-suka bercucuk tanam kira-kira tiga bulan yang lalu, telah membantu menjana pendapatan keluarganya. Inilah yang dikatakan, tak rugi berbakti kepada tanah, hasilnya memang ada! Inspirasi.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
BERBUDI PADA TANAH, JANA PENDAPATAN
Sejak sebelum PKP lagi abah aku start berkebun sikit-sikit depan rumah tanam daun pegaga & bayam brazil.Sekarang lepas 4 bulan depan rumah aku dah jadi mcm cameron highland. pic.twitter.com/rIBMswEZ2R
Sejak sebelum PKP lagi abah aku start berkebun sikit-sikit depan rumah tanam daun pegaga & bayam brazil.Sekarang lepas 4 bulan depan rumah aku dah jadi mcm cameron highland.
JUAL KEREPEK BAYAM BRAZIL
Hi semua,Saya ada jual bayam brazil crispy spicy.Bayam brazil ayah saya tanam sendiri.Tak suka makan sayur pun boleh suka makan ni.Makan dgn nasi panas, samyang pun sedap.
Hi semua,Saya ada jual bayam brazil crispy spicy.Bayam brazil ayah saya tanam sendiri.Tak suka makan sayur pun boleh suka makan ni.Makan dgn nasi panas, samyang pun sedap😄
250g-RM22 COD : Klebang,Chemor,Meru,Tasek Pos : Seluruh 🇲🇾
Menikmati set roti bakar di restoran kopitiam memang tidak dinafikan sungguh enak rasanya. Terasa roti yang dimakan begitu garing di luar dan lembut di dalamnya. Manakala salutan kaya dan mentega yang ada pada bahagian lapisan roti melengkapkan lagi rasa hidangan hingga ingin makan berkali-kali.
Jadi pada anda yang teringin untuk menikmati keenakan rasa roti bakar seperti ini daripada hasil air tangan sendiri, ikuti perkongsian daripada Ziera Xiera ini. Menurutnya untuk hasilkan roti bakar yang enak hanya memerlukan bahan-bahan yang cukup asas, hanya 3 bahan sahaja roti putih, sekaya dan buttercup.
Nak tahu lanjut ini langkah demi langkah penyediaannya;
Langkah 1:Potong bahagian sekeliling roti
Langkah 2 : Potong mentega kepada kepingan seperti di dalam gambar dan kemudian setiap keping tersebut dipotong lagi kepada 3 atau 4 bahagian. (Pastikan mentega keras)
Langkah 3 : Sapukan sekaya (lebihkan untuk rasa yang lebih enak) dan kemudian letakkan potongan mentega tadi di atasnya.
Langkah 4 : Lapiskan dua roti tersebut dan kemudian potong dua sebelum dibakar dalam oven pada suhu 180c, 8-10 minit. Nak lagi garing boleh tambah masa lagi.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.