Sebelum ini telah banyak kita dengar tentang cerita yang indah-indah berkenaan peluang mengerjakan ibadah umrah bersama pasangan di Tanah Suci. Secara tidak langsung, kita juga berharap dan berasa teruja agar suatu hari nanti kita juga dapat menjejakkan kaki ke sana untuk sama-sama merasai indahnya menunaikan ibadah bersama pasangan tercinta.
Tidak ketinggalan juga buat penyanyi, Zizi Kirana mengakui sungguh teruja untuk berangkat menunaikan ibadah umrah buat kali pertama bersama suami tercinta, Yusuf Bahrin.
Menerusi laporan Harian Metro, penyanyi Zizi Kirana, 37, mengakui sangat teruja untuk berangkat ke Kota Suci bagi menunaikan ibadah umrah buat kali pertama bersama suami tercinta, Yusuf Bahrin.
Difahamkan pasangan secocok ini akan berangkat menunaikan ibadah umrah buat kali pertama pada 24 Januari ini.
Ads
“Insya-Allah, menjelang 24 Januari ini saya akan ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah, sehari selepas tarikh ulang tahun kelahiran saya.
“Ini adalah kali pertama untuk saya dan suami menunaikan umrah. Jadi, memang kami sangat teruja untuk umrah kali pertama ini,” ujarnya.
Bertanya lanjut berkenaan persiapan sepanjang berada di sana, nyata isteri kepada pelakon Yusuf Bahrin ini begitu teruja berkongsi apa yang telah dilakukan olehnya dari sudut persiapkan diri dengan ilmu ibadah, ubat-ubatan serta penyediaan pakaian musim sejuk.
Ads
“Persiapan semuanya sudah disiapkan. Kami memang serta kelas umrah di samping beberapa persiapan lain seperti pakaian dan sebagainya.
“Yang mencabarnya adalah saya dimaklumkan dalam tarikh kami di sana adalah waktu kemuncak musim sejuk. Saya pula jenis orang yang tak tahan dengan cuaca sejuk,” katanya.
Zizi berkata, dia menganggap semua itu adalah ujian Allah untuknya. Dia juga sudah menyiapkan ubat-ubatan dan pakaian musim sejuk.
Ads
Zizi juga berdoa agar semua urusannya dan suami dipermudahkan.
“Doa dan harapan saya, tentunya agar dikurniakan zuriat dalam rumah tangga kami. Pada masa sama, saya berharap proses ibadah umrah kami dipermudahkan Allah,” katanya.
Sumber : Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sekarang ni semua benda di hujung jari sahaja! Termasuklah dalam perihal mengundi. Untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), zaman kini bukan sahaja boleh menyemak lokasi tepat tempat mengundi di laman web rasmi MySPR dan aplikasi mudah alih sahaja tau!
Malah, laman web itu juga menunjukkan masa yang disyorkan untuk pengundi melawat pusat untuk membuang undi.
Jangan lupa catat atau ambil tangkapan skrin aliran (saluran) dan nombor (bilangan) yang ditetapkan untuk dibawa ke pusat mengundi pada hari pengundian, 19 November.
Selain itu, laman web tersebut menyatakan bahawa pengundi yang layak mengundi pada PRU15 adalah mereka yang telah didaftarkan oleh SPR ke dalam Daftar Pemilih sehingga 9 Oktober 2022.
Jika sebelum ini rumahtangga kita bahagia dan tiada berlaku pertengkaran antara suami isteri. Namun, sejak akhir-akhir ini, anda merasakan rumahtangga tidak seperti dulu lagi. Pasangan anda sering marah-marah perkara yang kecil. Tentu anda tertanya-tanya kenapa sebabnya.
Selain itu, ada yang mengalami masalah rambut gugur, rasa berdebar atau mimpi yang pelik-pelik.
Sudah tentu risau bila ia menganggu kehidupan seharian. Memang tidak dinafikan kita akan berdoa memohon kesejahteraan. Namun dikatakan juga situasi ini ada kaitan dengan gangguan makhluk halus.
Nak tahu lebih lanjut bagaimana menghindari gangguan dalam rumahtangga ikuti perkongsian daripada Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin
Mimpi pelik
1.Pernah anda bermimpi pasangan anda berkahwin lain atau mimpi pasangan ada perempuan atau lelaki lain.
2.Mimpi Bersetubuh dengan lelaki atau perempuan lain.
3.Mimpi binatang berbisa,mimpi jatuh tempat tinggi
4.Mimpi tempat kotor
5.Mimpi budak kecil,bermain dengan budak dan menyusukan budak
6. Mimpi sesat dalam hutan
7.Mimpi Terbang
8. Mimpi rumah usang lama
9.Mimpi nenek tua,
10.Mimpi orang beri barang
11.Mimpi kena kejar ada orang nak bunuh
12.Mimpi Mati dikapankan
13.Mimpi bersalin dan banyak lagi.
Asal seseorang itu kerap bermimpi tanpa mereka sedar diri mereka mengalami gangguan makhluk halus.
Petanda gangguan makhluk halus.
Itulah yang kerap saya jumpa pada pasangan yang datang ikhtiar hamil dengan saya.
Kebanyakan mereka yang kerap mimpi seperti di atas bila di Ruqyah mereka mengalami gangguan makhluk halus.
Ini Kesannya
Bila terkena gangguan hubungan suami isteri benda kecil boleh gaduh besar, tiada nafsu pada pasangan, bernafsu pada pasangan ketika isteri datang haid. Isteri juga bernafsu pada suami bila datang haid. Ketika isteri waktu subur kerap demam sakit, Suami pula bila sedang bersama menjadi layu di tengah jalan, isteri jadi panas bila dekat dengan suami,bila nak bersama ada bau di kemaluan,badan kerap bisa,kerap lenguh belakang bahu dan belikat,kerap kembung perut dan sedawa angin,kerap sakit kepala dan rambut banyak gugur,kerap nak muntah,kerap berdebar resah gelisah tanpa sebab,sukar tidur malam gelisah,kerap fikir nak mati,kerap cepat terasa sentap.
Bila berlaku semua seperti di atas kehidupan kita seharian akan terganggu. Di tempat kerja ada je masalah,bila berniaga jadi tiada mood tiada semangat,rezeki pula jadi sempit,serabut sentiasa.Bila lambat di ubati sakit begini akan akibatkan kehidupan kita seharian akan musnah.
Sikap tidak percaya
Bila saya bercerita tentang di atas. Bila dah baca apa yang saya tulis di atas pada mereka yang sukar nak percaya akan berfikiran begini.
Mengarut la.Tipu la.Kebetulan je kot.Ye ke
Mana Tahu ni? Boleh percaya ke? Apa buktinya? Mimpi mengarut la mainan tidur je. Dengar boleh percaya jangan mana ada makhluk halus zaman sekarang dan macam-macam lagi andaian.
Saya tak suruh pun percaya semua apa yang saya cakap di atas,tapi apa yang saya tulis di atas adalah saya kumpul maklumat dari pesakit saya rawat sendiri.
Info tersebut kebanyakan seperti di atas jika anda mengalaminya bermakna diri anda ada gangguan dalam badan. Jika anda rasa diri anda banyak tanda di atas nasihat saya pergilah rawatan islam berhampiran ya.
Ramai pesakit saya yamg ikhtiar hamil dengan saya mengalami gangguan. Saya kerap di tanya soalan macam mana boleh mudah terkena gangguan makhluk halus Ustaz.
Jawapan saya. “Orang yang kerap terkena gangguan makhluk halus kebanyakannya semangat mereka lemah, banyak yang takut,mudah berfikir negatif, tidak boleh kawal nafsu marah, sentiasa cepat bersangka buruk pada orang, tidak yakin pada kemampuan diri. Bila semua ini ada pada diri mudah la kena gangguan makhluk halus.
Bagaimana nak elak gangguan makhluk halus
Saya juga kerap di tanya juga bagaimana nak elakkan gangguan makhluk halus??
Jawapan nya mudah:
1.Dekatkan diri dengan Allah
Apa yang saya buat Jaga Solat 5 waktu,tanamkan dalam diri sentiasa Positif,Perbanyakkan baca Surah Al ikhlas dalam seharian,Sentiasa Tanamkan dalam hati Allah sentiasa bersama kita,Sentiasa Tersenyum walaupun di uji berbagai dugaan,
2. Gembirakan keluarga
Sentiasa gembira bila di sisi orang tersayang,Gembirakan hati pasangan dan anak2 kita,Buat apa yang kita suka ,Gembirakan Hati Ibu Dan Ayah,Sentiasa Gembira sesiapa pun berada di sisi kita.Jangan sombong bongkak bangga diri apa yang kita ada..
Itulah yang saya lakukan …Hidup hanya sekali sahaja…Pastikan apa yang kita buat ada matlamat apa yang kita nak capai…
3. Sedekah
Perbanyakkan sedekah dalam apa cara sekalipun terutama sedekahlah pada anak Yatim..Jangan Kedekut pada isteri,pada anak2,pada kedua ibu ayah kita,sanak saudara kita…Kerana doa mereka semua inilah yang membuatkan kita jadi kuat,jadi ceria gembira jadi bahagia.
4. Ikhlaskan diri
Apa yang penting buat dengan ikhlas,Ikhlas kan diri kerana Allah ..Percayalah jika anda buat semua ini..Anda semua akan lebih bersemangat,rezeki anda akan bertambah murah…Bila gembira makhluk halus pun tiada ruang seinci pun nak masuk dalam tubuh kita.
Itulah cara saya untuk hindarkan gangguan makhluk halus.
5. Air penawar dengan bacaan surah Al-Quran
Lagi satu cara saya ,Sebelum tidur saya akan ambil Air suam segelas…Kemudian ambil garam secubit letakkan dalam minuman. Selepas itu baca :
Al Fatihah 3x
Al ikhlas. 3x
Bismillah Lima 3x
dan selawat 3x…
selesai baca minum air tersebut…Buatlah dengan Yakin inshaaAllah izin Allah pasti di lindungi Allah dari sebarang gangguan makhluk halus..Sekiranya selepas minum anda rasa loya,rasa nak muntah,sedawa2 kembung perut badan menggeletar rasa resah gelisah bedebar2,Nasihat saya dapatkanlah rawatan islam berhampiran ya.
Apa pun saya doakan pada semua yang membaca apa yang saya tulis ini agar di beri kesihatan yang baik,di murahkan rezeki,di beri keluarga yang bahagia,di beri anak yang soleh dan solehah,di panjangkan umur dan di permudahkan segala urusan dunia dan akhirat Aamiin Ya Allah….
Sumber: Pusat Perubatan Islam Al-mujahidin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Terkini, wanita hamil dan ibu mertuanya yang dilaporkan hilang semalam akibat banjir kilat semalam di Kampung Iboi ditemukan dalam keadaan berpelukan kira-kira 100 meter dari lokasi rumah mereka runtuh.
Mayat Nurul Anis Abu Hassan, 28, yang hamil empat bulan itu ditemukan bersama ibu mentuanya, Salmah Mat Akib, 53, pada jam 9.30 pagi di bawah timbunan batang pokok yang turut dihanyutkan arus deras.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon berkata, kedua-dua jasad mangsa ditemukan dalam keadaan baik dan tiada kesan kecederaan.
Beliau berkata, pihaknya percaya bongkah kayu dilanggar arus deras dan menghempap rumah mangsa.
“Mangsa dipercayai hanyut sebelum tersangkut pada kayu dan batu menyebabkan mangsa terperangkap di bawah timbunan kayu.
“Pasukan penyelamat ternampak kaki mangsa dan berjaya mengeluarkan mangsa pertama dan diikuti mayat kedua,” katanya ketika ditemui di lokasi mencari dan menyelamat (Sar) hari ini.
Sayani berkata, tumpuan kita seterusnya adalah melakukan pencarian remaja lelaki berusia 14 tahun, Khairul Ikhwan Nor Azman yang masih hilang.
Beliau berkata, operasi masih dilakukan di kawasan pencarian dan akan diperluaskan sekiranya masih belum ditemui.
“Kita turut menggunakan khidmat anjing pengesan (K9) JBPM untuk melakukan operasi pencarian hari ini,” katanya.
Terdahulu, suami kepada mangsa Salmah Mat Akib, Abd Rahman Said, 71, menerima panggilan dari menantunya memberitahu keadaan air yang semakin naik di kawasan rumah mereka kira-kira jam 4 petang.
“Bila sampai saya lihat jambatan tidak ada sebab sudah dihanyut arus, saya terus parkir kereta dan berlari ke rumah tapi saya tengok rumah saya pun sudah tidak ada,” katanya.
Beliau berkata isterinya yang terlantar kerana strok ditemani menantunya yang sedang mengandung anak sulung serta anak tirinya di rumah itu tidak sempat menyelamatkan diri kerana kejadian berlaku begitu pantas.
Sementara itu, suami Nurul Hanis, Khairul Ashraf Nor Azman, 24, berkata ketika kejadian dia sedang bekerja di Pulau Pinang dan sepatutnya pulang hari ini bagi membawa isteri melakukan pemeriksaan kandungan.
Katanya, dia menerima panggilan daripada kakaknya mengenai kejadian banjir itu dan terus bergegas pulang, namun apabila sampai rumah yang didiami isterinya itu hilang dibawa arus deras.
“Saya dan isteri tinggal di Pulau Pinang, namun isteri minta balik ke kampung dan tinggal dengan emak saya untuk jaga dia sebab emak kena strok,” katanya yang mendirikan rumah tangga pada Februari lalu.
Khairul Ashraf berkata kali terakhir dia bertemu dengan isterinya pada minggu lepas dan isterinya sempat meninggalkan pesan supaya menjaga dirinya baik-baik.
“Sebelum kejadian kami juga sempat berbalas mesej dan dia meminta saya membelikan dia makanan dan macam-macam benda lain, tapi bila kejadian ini berlaku tak sempat saya nak tunaikan permintaan dia,” katanya.