Jika bukan pengalaman sendiri, pasti anda pernah dengar ibu hamil yang mengidam macam-macam ketika hamil. Betul tak? Kononnya pembawaan budak. Tak kira lah sama ada apa yang diidamkan itu rasional atau tidak.
Itulah topik yang dikupaskan oleh Ajak dan Shuib iaitu ibu hamil yang sedang mengidam ketika segmen pagi di sebuah radio baru-baru ini.
Turut berkongsi pengalaman sama, Shuib bercerita mengenai kenangan manis bersama arwah isterinya yang dikatakan mengidam pelik seperti ingin merasa sabun.
Malah, Shuib turut memberitahu isterinya juga pernah mengidam untuk makan daging Wagyu ketika sedang hamil anak bongsu mereka iaitu Ayash Affan.
“Mengidam hendak makan daging Wagyu. Dia ketap bibir sambil telan air liur dan ketika hamil Ayash Affan ni dia memang suka sangat makan daging Wagyu.
“Dan haritu masa dia minta tu, sememangnya Alhamdulillah dapat ditunaikan dan dia terlalu seronok sangat makan daging tu. Seronoknya, Ya Allah, dapat jugak ditunaikan,” cerita Shuib.
Tidak kurang dari itu, Ajak juga sempat memuat naik video di laman Instagramnya yang memperlihatkan reaksi pelawak Shuib ketika radio memutarkan lagu Allahyarhamah isterinya, penyanyi Siti Sarah Raisuddin.
Dalam video tersebut, Shuib hanya memaling muka tanpa berkata apa-apa saat mendengar lagu nyanyian arwah isteri tercinta dan berkongsi kapsyen “Kalau isteri kita mengidam, Suami usahalah sebaiknya tunaikan..Barangkali itu adalah permintaan terakhir dia.. -Shuib.”.
Pelawak dan juga penyampai radio itu turut meninggalkan komen di ruang perkongsian itu dengan mengatakan Ajak telah membuatkan dia mengalir air mata.
“Kau cekik air mata aku pagi-pagi Jak,” tulis Shuib secara ringkas.
Rata-rata netizen turut berasa sebak melihat reaksi wajah Shuib, malah ada juga di antara mereka yang memahami apa yang dilalui oleh pelawak berkenaan.
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kehilangan orang tersayang pasti ada rindu yang sangat mendalam di dalam hati. Selain doa dititipkan untuk yang telah pergi sebagai tanda ingatan, lumrahnya juga akan turut menziarahi pusara.
Baru-baru ini Bunga Citra Lestari (BCL) telah berkongsi beberapa keping gambar dimuat naik di instagramnya, menziarahi pusara arwah suaminya.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Difahamkan kunjungan BCL bersama anak tungganya Noah Sinclair berserta ibu dan bapa mertuanya dari Malaysia ke pusara bagi mengubat rindu dan kebetulan juga pada hari terbut adalah merupakan hari ulang tahun kelahiran Allahyarham Ashraf Sinclair yang telah meninggalkan pada Februari 2019.
Oleh sebab itu, isterinya yang juga merupakan penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) telah memuat naik gambar allahyarham di Instagram dengan kapsyen menyatakan rasa rindunya terhadap Ashraf.
Selain itu, dia juga turut menyertakan gambar ketika menziarahi pusara Ashraf bersama ahli keluarganya termasuklah keluarga suaminya dari Malaysia.
Terlihat juga anak tunggalnya, Noah Sinclair yang setia bersama ibu tersayang sambil memeluk bahu penyanyi itu ketika dia mulai sebak.
Paling mencuri tumpuan sudah tentu perkongsian daripada ibu Ashraf di Instagram apabila memaklumkan yang cucunya, Noah telah memimpin bacaan Yasin ketika di pusara allahyarham sewaktu mereka datang menziarahi.
Dalam posting Khadijah Abdul Rahman, dia memaklumkan yang mereka hadir ke Jakarta bersempena dengan hari lahir anak sulung mereka yang sudah tiada.
Mereka juga turut datang untuk bertemu dengan keluarga di Jakarta iaitu BCL serta cucu lelaki mereka. Tambahnya, dia begitu merindui Ashraf dan berdoa supaya anak lelakinya itu ditempatkan di Jannah.
Terkadang kita sering terlupa, dalam hidup ini ada keluarga orang lain lebih susah hidupnya.
Ini sebagaimana kisah yang telah dikongsikan oleh Puan Hayati Abu Hassan, isteri kepada seorang pembekal ayam.
Jika sebelum ini, setiap lebihan kaki ayam yang dipotong, sering dianggap sampah olehnya dan pengakhirannya kaki-kaki ayam tersebut ditanam untuk dilupuskan.
Namun hinggalah terjadi satu kes, yang membuatkan betapa hatinya tersentuh, dan ini perkongsian penuh daripadanya.
SAMPAH BAGIMU, HIDANGAN KELUARGAKU
Suami saya adalah pembekal ayam kampung di negeri ini. Alhamdulillah, banyak restoran-restoran yang menyajikan lauk ini di Kuantan, suami sayalah watak disebalik cerita.
Kebanyakan restoran mahukan ayam yang telah dipotong mengikut kehendak mereka. Ada yang potong 4, ada potong 8! Apabila ayam dipotong, hampir semua kedai tidak mahu ambil kaki ayam, hati, pedal dan organ dalaman lain. Leceh untuk disimpan agaknya.
Selalunya suami saya akan menyimpan kaki-kaki ayam dan hati ayam ini dalam freezer besar di rumah.
Tapi kalau dah masuk 2 minggu dan stok ayam masuk lagi, tempat yang terhad memaksa suami saya mencari jalan untuk mengosongkan freezer dari barang lain.
Maka jalan terakhir, tanam atau buang sahaja kaki dan hati ayam ini jika tidak disedekah kepada orang lain.
‘Ada kaki ayam tak? Kak Yah nak sikit.’ Pesanan ringkas dari kakak sulung saya di satu pagi. Kebetulan suami saya dah merungut kaki ayam dan hati yang banyak dalam freezer.
Kami ambil keputusan menghantar sendiri semuanya ke rumah kakak. Sebenarnya ni satu jalan mudah. Jika kakak datang sendiri, pasti sedikit saja dia ambil. Tapi jika kami hantar dengan kenderaan pacuan empat roda kami, dah pasti kami boleh kosongkan freezer bahagian kaki ayam dan hati sekelip mata. Bagi semua! Padan muka kakak uruskan. Kami hantar dan terus pulang ke rumah. Lupakan hal kaki ayam.
Esoknya, saya terima pesanan yang sangat panjang dalam aplikasi WhatsApp dari kakak.
‘Ti, tau tak. Semalam kak tengok banyak betul kaki dengan hati ayam hampa bagi. Terkejut jugak. Kak rendam semua. Bila dah lembut, kak bungkus. Kak panggil jiran-jiran datang ambil.
Mula-mula serba salah juga. Bimbang orang kata: sampah, kau sedekah. Tapi kak fikir, bagi sajalah. Siapa nak, ambil. Tak nak, jangan ambil. Tapi, ramai betul datang ambil. Alhamdulillah habis semuanya.’
Tersenyum saya membacanya. Kemudian dia menyambung.’Semalam, lepas ajar budak-budak mengaji. Ada seorang jiran kak ‘message’.
Terima kasih Kak Yah, bagi kaki ayam tadi. Syukur sangat. Tak tahulah nak cakap macamana. Semacam betul-betul Allah hantar kaki ayam ni pada kami sekeluarga. Sebenarnya dah dua hari kami anak-beranak tak makan.
Suami saya kena tangkap polis kes mencuri. Saya tak tahu nak pujuk macamana dah anak saya yang menangis lapar. Makanan di rumah satu pun tak ada. Tiba-tiba Kak Yah bagitau suruh datang rumah ambil kaki ayam ni. Allah. Macam ajaib. Terima kasih Kak Yah. Dah tidur anak-anak saya dapat makan malam ni. Terima kasih sangat-sangat.
Ti, kak tulis ni pun sambil menangis. Lepas ni hampa jangan buang lagi kaki ayam. Bagi kak. Kak nak bagi pada jiran-jiran. Kita tak tahu siapa dapat kita selamatkan dari lapar asbab bagi benda yang kita anggap ‘sampah’ ni.’
Allah Allah. Menangis saya baca. Sungguh, zaman sekarang dah mengubah banyak corak hidup kita. Kita dituntut untuk jaga hak seorang jiran. Tapi, kita makin jauh.
Kita dituntut supaya tidak tidur selagi ada jiran yang masih kelaparan kerana kemiskinan tapi kita langsung tak ambil tahu. Yang paling dahsyat, ada juga yang tak kenal pun jiran-jirannya. Rupa bagaimana. Kerja apa. Anak berapa orang. (Sayalah itu) Allahu.
Sedekahlah. Beri apa yang ada dalam tangan. Bantu tanpa mengharap ia dinilai dan kita dapat pujian. Beri tanpa harap apa-apa.
Khalas!
Beri kemudian lupakan. Allah Allah. Berilah kami peluang yang banyak untuk bersedekah. Sungguh kami selalu leka. Jangan balas kami dengan takdir buruk di akhirat kerana kelalaian kami pada hak saudara kami yang susah.
Dalam pada teruja dengan menu-menu berbuka yang serba maknika, berilah kami ruang untuk menghilangkan lapar orang yang teruji. Sungguh, kamilah hambamu yang hina dan selalu lupa…
Sampah bagi kita, kadang jadi hidangan hebat bagi satu keluarga yang dalam kesusahan. Moga Allah ampunkan kami.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.