Berdiet Tanpa Jemu, Kini Tubuh Langsing Seperti Anak Dara!

Share
Faham akan kepayahan dan masalah itu, hingga tidak ramai yang mampu untuk terus konsisten berdiet. Namun berbeza dengan wanita ini. Berbekalkan semangat dan disiplin yang diamalkannya hingga berjaya turunkan berat badan  bukan 1kg atau 2kg lemak daripada tubuhnya telah disingkirkan tetapi 35.5kg! Bayangkanlah, apa yang dilakukan oleh wanita ini sehingga turun sebegitu banyak dalam masa 8 bulan. Nak tahu lanjut, jom semak perkongsiannya.

Hari-hari diet tanpa jemu. Hampir 8 bulan. Wani berjaya lost 35.5kg. Tak kurus macam orang lain. Tapi kurus sikit dari dulu.

Orang tanya. Macam mana-mana diet ni. Wani cuma bagitahu. Jaga makan. Jangan makan waktu malam. Jangan minum air manis. Tu yang Wani amal selama diet. Dari mula-mula start diet dah amal minum green tea jasmine.

Air kosong. 3-4 liter sehari. Memang akan ulang-ulang ke tandas. Ke hulu hilir bawa botol air. Bukan senang nak kurus.

Setiap kali makan. Wajib makan on time. Pagi 9 am. Lunch 1 pm. Dinner 6 pm. Lepas 7 pm memang tak makan dah. Makan makanan berkhasiat ( panggang atau rebus ). Kurangkan garam.

Setiap minggu. 3-5kali Wani akan bersenam. Sekarang ni selang-selang cardio workout dengan zumba. Kalau dulu zumba je. Wani pilih untuk senam dalam rumah je. Lagi senang. Jimat masa.

Tenkiu untuk husband wani. Sentiasa support wife mu ini.

Nampak langsing di sisi suami

Diet bukan untuk dipuji. Tapi untuk diri sendiri. Sekurang-kurangnya Wani dah usaha untuk hidup sihat.

Sarapan ringkas namun nampak menyelerakan

Kat sini. Wani sertakan contoh breakfast + green tea jasmine setiap pagi. Tak pernah miss.

Pada posting terdahulu, Wani turut berkongsi perbezaan gambarnya ketika turun  27kg dalam masa 6 bulan selepas berdiet dengan sebelum berdiet.

Makan masa sebab diet seimbang dan jaga makanan. Nak kurangkan 12-10kg lagi. (doakan wani ).

Sumber : Wani Syazwani 

 

 

IKLAN