Berita baik kepada penggemar nasi sejuk. Tahukah anda nasi yang disejukkan akan berkurangan nilai kalorinya?
Menurut perkongsian menerusi group Makmal Makanan (MaMa), Dr Fatimah Salim mengulas bahawa secara umumnya, beras mengandungi karbohidrat berstruktur komplex (kanji) iaitu amylose dan amylopectin.
Selanjut ikuti perkongsian beliau.
Nasi sejuk rendah indeks glisemik!
Asasnya, beras mengandungi karbohidrat berstruktur komplex (aka kanji) iaitu amylose dan amylopectin. Kedua kanji ini terbentuk daripada rantaian gabungan ratusan ribu molekul kecil glukosa.
Ads
Semasa memasak nasi, kedua molekul kanji ini akan mengalami proses pengelatinan melalui tindakbalas air dan haba. Proses pengelatinan ini penting untuk proses pencernaan supaya mudah dicerna oleh enzim dalam sistem penghadaman kepada karbohidrat ringkas iaitu glukosa.
Molekul glukosa inilah yang akan diserap ke dalam darah. Semakin banyak molekul glukosa yang berjaya terhasil semasa pencernaan kanji, semakin banyak molekul glukosa yang akan berjaya diserap ke dalam badan, semakin tinggi indeks glisemik. Indeks glisemik merujuk kepada kepekatan glukosa dalam darah setelah makan (postprandial glucose level).
Proses pencernaan karbohidrat bergantung kepada size makanan, jenis masakan, saiz suapan, daya kunyahan dan proses pencernaan dalam mulut oleh enzim amylase dan dalam usus kecil oleh enzim alpha-glucosidase. Namun, faktor yang paling utama ialah sifat kimia dan fizikal komponen kanji yang terdapat dalam makanan berkenaan.
Dapatan kajian membuktikan menyejukkan nasi sebelum makan dapat menukarkan sifat kanji kepada kanji degil (resistant starch) yang bermaksud sukar untuk dicernakan oleh enzim pencernaan. Ini kerana, apabila nasi disejukkan, kanji akan mengalami proses penyusunan semula struktur rantaian molekul glukosanya menjadi lebih padat daripada struktur kanji yang asal. Proses ini dikenali dengan retrogradation.
Ads
Keadaan ini akan menyebabkan proses pencernaan menjadi lebih sukar di mana susah bagi enzim tadi untuk memecahkan kanji kepada molekul kecil glukosa. Dengan berkurangnya molekul glukosa yang terhasil, maka berkuranglah molekul glukosa yang diserap ke dalam darah, maka rendah kesan glisemiknya dan kuranglah hasil kalorinya ke atas badan.
Apakah yang berlaku kepada kanji degil ini?
Disebabkan kanji degil ini tidak mampu dicernakan oleh enzim yang berkaitan dalam sistem penghadaman, maka ianya akan ditolak ke dalam usus besar dan akan difermentasi oleh bakteria di sana. Proses penguraian oleh bakteria ini akan menghasilkan gas hidrogen, metana dan asid lemak. Asid lemak akan digunakan oleh badan, manakala gas hidrogen dan metana ini jika tidak dikeluarkan (dalam bentuk kentut) boleh menyebabkan kembung atau lebih dikenali dengan istilah ‘angin’.
Menariknya sesetengah individu tidak terkesan dengan pengumpulan gas kerana kepelbagian jenis bakteria dalam usus besar mereka. Semasa proses penghuraian, jenis bakteria yang berlainan akan menghasilkan bahan kimia gas yang berlainan. Bahan-bahan kimia gas ini akan bertindakbalas sesama sendiri dan saling meneutralkan. Maka, tiadalah gas yang terkumpul, tidaklah akan kembung.
Ads
Sesuai untuk kurangkan risiko kencing manis dan kegemukkan.
Disebabkan rendah indeks glisemik, nasi sejuk bagus untuk mengurangkan risiko kencing manis dan kegemukan. Namun, mereka yang menghadapi masalah ‘kembung’ tidak digalakkan disebabkan kebarangkalian pengumpulan gas dalam usus besar. Dan yang paling penting, JUMLAH HIDANGAN harus diambil kira untuk mendapatkan kesan ini. Walaupun makan nasi sejuk, jika kuantiti yang diambil adalah banyak, tiada manfaatnya juga.
Nota: Nasi sejuk yang dimaksudkan di sini ialah nasi yang TIDAK basi ya. Cara untuk menentukan nasi sudah basi atau belum ialah dengan melihat perubahan dari segi rupa, warna, tekstur dan rasa. Sekiranya nasi masih lagi berkeadaan baik, maka bolehlah dimakan. Jika tidak, boleh buang, bagi haiwan ternakan atau dijadikan baja tumbuhan saja.
Wanita bila bercakap tentang penjagaan dan tip kecantikan tentu menjadi antara topik menarik untuk dibualkan di hari raya ini.
Terlalu banyak tip dan petua ingin dikorek dan dikongsi bersama agar boleh dimanfaatkan.
Salah satunya adalah seperti perkongsian Suttarat Wan Hanifah (Kak Ifah) tentang resepi minuman homemade yang diberikan oleh tukang urut yang kerap ditemuinya di salah sebuah resort di Satun, Thailand.
Semoga memberi manfaat apabila diamalkan. Selamat mencuba!
“Patutlah Kak Ifah perasan Kak Joh ini nampak bertenaga, tubuh pun nampak kemas tak gemuk nyakit walaupun dah berumur akhir 50-an.”
Bahan-bahan
5 batang serai diketuk
3 biji buah epal hijau dan dibelah dua
Satu periuk air anggaran dalam 1-1.5liter air
Cara-Caranya
Masukkan semua bahan. Rebus sehingga epal menjadi lembut.
Ini Cara Langsing Kak Ifah
1. Minum air rebusan ini sama ada ketika suam atau suhu bilik. Boleh gantikan air rebusan ini sebagai air minuman/air putih
Kak Ifah habiskan air ini dalam sehari. Tak cukup buat lagi.
2. Belajarlah catu makanan. Banyakkan protein dan sayur-sayuran.
3. Makanan paling akhir di makan pada sebelah petang. Bila dah maghrib bolehlah nak buat amalan-amalan sambil tunggu Isyak.Selepas Isyak tidurkan anak, bolehlah kita rehat dan tidur awal.
4. Sesekali buat senaman. Dengan umur dan tahap kemalasan Kak Ifah, kak Ifa buat yoga atas katil. Sebab tak penat sangat tapi result alhamdulillah ok.
Sumber: Suttarat Wan Hanifah via Mingguan Wanita
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Epal kaya nutrisi dan baik untuk kulit dan tubuh. Kandungan tinggi serat, kaya antioksida dan vitamin C. Buah epal menjadi kegemaran golongan kanak-kanak dan juga dewasa. Teksturnya yang ranggup dan manis membuatkan epal tidak jemu untuk dinikmati.
Menurut laporan kajian kesihatan dari Amerika Syarikat, mendedahkan sebiji epal hijau mengandungi 14 gram (g) karbohidrat manakala epal merah pula 15 g karbohidrat. Pengambilan epal antara pilihan snek sihat yang membekalkan pelbagai khasiat sekiranya diamalkan setiap hari.
Anak-anak Ada Asma Elok Makan Epal Setiap Hari
Untuk pengetahuan ibu bapa, dari aspek kesihatan, buah epal ini dapat membantu anak yang ada asma dan beberapa masalah lain lagi.
Melalui perkongsian Dr Mazliana Mazlan, beliau menasihatkan ibu bapa yang ada anak menghidap asma, boleh berikan epal. Buah epal adalah real food terbaik untuk anak.
Cuba banyakkan buah epal untuk anak yang ada asma. Paling kurang sehari sebiji, untuk kurangkan risiko serangan asma jadi lebih teruk.
Paling Kurang Sebiji
Lagi banyak epal yang anak makan, lagi kurang risiko kekerapan nak dapat serangan asma, insyaAllah.
Dalam epal ada flavonoids. Kandungan inilah yang buat tahap asma anak kita makin baik.
Flavonoids akan mantapkan fungsi paru-paru anak.
Bila ada sesuatu yang trigger asma anak, paru-paru dapat bekerja dengan baik. Maka serangan asma pun akan jarang berlaku, atau tak teruk sangat seperti sebelumnya.
ADA KAJIAN MENYATAKAN IBU MENGANDUNG YANG MENGAMBIL EPAL 4 BIJI SEMINGGU, RISIKO ASMA PADA ANAK YANG DIKANDUNG AKAN BERKURANG LEBIH 37 PERATUS. JADI KALAU ANDA ADA SEJARAH KELUARGA DENGAN MASALAH ALAHAN SEPERTI ASMA, EKZEMA, RESDUNG ATAU PSORIASIS, ADA BAIKNYA JADIKAN EPAL SAHABAT BAIK KETIKA MENGANDUNG.
Dengan izinNya, Insya Allah akan berkurang risiko alahan untuk ‘transfer’ kepada anak. Sama-sama kita cuba banyakkan real food untuk anak-anak ya, lebih kena jaga bila anak ada masalah alahan.
Aktiviti berbasikal kini memang digemari ramai, malah tidak dinafikan sering juga dijadikan antara aktiviti riadah bersama keluarga yang cukup menyeronokkan.
Andai ingin mencuba, apa kata sebagai langkah pertama sebelum menggayuh lebih jauh bersama anak beranak, mulakan dahulu mengelilingi kawasan perumahan atau taman. Bila anak-anak telah biasa dan selesa barulah di bawa menjelajah di jalan-jalan yang lain pula. Pastinya dengan cara ini secara tidak langsung kita sebagai ibu bapa dapat mendidik anak-anak mengamalkan gaya hidup sihat.
Fakta ada juga mengatakan, denyutan jantung seseorang yang berbasikal juga akan menjadi lebih baik dan sekali gus mempertingkatkan kesihatan sistem kardiovaskular. Kajian menunjukkan bahawa kesihatan kardiovaskular seseorang akan meningkat sebanyak tiga hingga tujuh peratus dengan berbasikal.
Pun begitu, dalam memastikan tubuh kekal sihat dengan berbasikal seperti ini, kita jangan lupa ada juga risiko terutamanya buat kita yang telah berusia. Hal ini telah dikongsikan oleh Encik Yunus Yusof di akaun fbnya berdasarkan pengalamannya selama ini.
Jom kita fahami untuk kebaikkan bersama.
KONGSI PENGALAMAN:
Buat para peminat dan pengayuh basikal separuh masa, suam-suam kuku, amatur, sekali-sekala, ranking melebihi 100 dan berusia 40 tahun ke atas.
Sila ambil perhatian terhadap tahap kesihatan kita semua terutama yang berkaitan jantung sebelum memulakan aktiviti berbasikal dengan melakukan pemeriksaan kardio di mana-mana klinik atau hospital dan dapatkan nasihat pegawai perubatan bertauliah.
Sila ambil perhatian terhadap simptom-simptom serangan jantung ketika aktiviti kayuhan seperti berikut:
1. Rasa sempit dada seperti ditindih.
2. Rasa mencucuk-cucuk di dada
3. Rasa semput yang tidak seperti biasa
4. Rasa seperti dicekik di leher.
Langkah awal yang perlu dilakukan adalah:
1. Rehatkan badan serehat-rehatnya sehingga degupan jantung kembali normal.
2. Elakkan berjalan, bercakap atau apa-apa sahaja tindakan yang akan meningkatkan degupan jantung.
3. Hubungi pihak yang dirasakan boleh datang untuk mengambil anda samada JPAM, Bomba dan sebagainya.
4. Elakkan kerisauan yang akan meningkatkan kadar degupan jantung.
5. Terus ke hospital atau klinik berhampiran.
6. INGAT… anda perlu diusung. bukan berjalan sendiri.
Pandangan di atas adalah pandangan peribadi saya yang telah berdepan dengan situasi serangan jantung oleh pengayuh sepanjang penglibatan dengan aktiviti berbasikal dan BUKAN pendapat ilmiah bidang perubatan. Untuk info yang lebih tepat sila dapatkan nasihat dari pegawai perubatan yang bertauliah.
Selian itu di sini dikongsikan 3 tip atau nasihat lain yang diberikan di ruangan komen oleh kenalan-kenalannya yang juga boleh kita manfaatkan.
Pertama :
Kedua :
Ketiga :
sumber : Yunus Yusof
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di