Mengamalkan pengambilan epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan, terutama bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.
Epal hijau mempunyai pelbagai khasiat kerana kandungi nutrisinya yang tinggi, seperti zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A, vitamin B dan serat yang mudah larut.
Jika memakan epal hijau, kita digalakkan memakan sekali dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan.
Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Cuma pesakit gastrik harus berhati-hati dengan epal hijau yang masam.
Ads
Selain itu epal hijau mempunyai manfaat seperti :
1. Menghalang pembinaan plak kolesterol dalam dinding salur darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
2. Membantu kesihatan menguatkan fungsi paru-paru.
Ads
3. Menguatkan tulang dengan menambah pada mineral pada tulang.
“Betul ke Doktor ni dah tampal gigi aku? Kenapa makin sakit ni? Patutnya kalau dah tampal, makin eloklah. Ish Doktor ni, buat betul-betul ke tak ni?”
Mungkin ini antara yang pernah dialami oleh sebilangan antara kita. Walaupun gigi telah ditampal namun masih terasa sakit. Nak tahu puncanya, Dr. Yuliana Ayob berkongsi info untuk makluman bersama.
[su_highlight background=”#f4f2c0″ color=”#d93232″]6 Sebab Gigi Masih Sakit Selepas Ditampal[/su_highlight]
1) PROSES TAMPALAN IBARAT MENCUCI LUKA DI TANGAN
Cuba anda bayangkan, jari anda terkena pisau. Sakit tak? Sakit kan. Lepas sehari, makin kurang sakit.
Cuba anda bayangkan, gigi yang berlubang, bayangkan, jika ia berlubang kat tangan korang, pastu Doktor gunakan sejenis peralatan, korek-korek untuk buang kulit mati, buang kulit kotor, pastu Doktor cuci, letak ubat, dan tutup dengan ‘plaster’. Agak-agak korang, sakit tak? Sakitlah, selagi tak sembuh luka tu, selagi tu ia sakit. Paling kurang pun seminggu.
Bayangkan lagi, gigi anda yang berlubang tu, kami buang struktur gigi yang rosak. Berdesing telinga dengar bunyi peralatan kami, kami letak ubat, letak bahan tampalan, dan tutup lubang.
Memang akan ada rasa sakit selama beberapa hari selepas tampalan, kerana proses tampalan tadi bukanlah proses seminit dua. Dalam gigi kita ni ada saraf. Saraf yang sensitif semasa rawatan boleh menyebabkan kesakitan.
Jadi, tak perlulah risau. Sabar dulu beberapa hari. Ia akan baik semula.
2) GIGIKU BERLUBANG SANGAT DALAM
Dahlah tak mahu jumpa kami, sampai gigi berlubang sangat dalam. Sampai nak kena akar dah. Aduh, kasihannya gigi.
Gigi, kalau dah berlubang dalam sangat, memang boleh kena bahagian yang ada banyak saraf. Saraf kalau dah terluka, ibarat hati seorang ibu yang terluka, kita minta maaf, mak kita maafkan. Tapi, parut tu masih ada. Sakit tu, masih ada…hmm..
Ada sakit tu…untuk beberapa hari. Mungkin sampai seminggu.
3) JENIS BAHAN TAMPALAN
Ada ke bahan tampalan yang sempurna? Yang terbaik, terhebat dan termahal. Eh. Biasalah, nak yang bagus, harga lebih mahal. Tapi dalam kes bahan tampalan ni, memang ada kelebihan dan keburukan masing-masing.
Tetapi, banyak lagi kelebihannya. Cuma, ada jenis tampalan tertentu yang boleh menyebabkan rasa sensitif untuk beberapa hari. Kebiasaannya, rasa sensitif itu akan berkurang.
4) MAKAN MINUM APA SAHAJA
Biasanya kita tiada nasihat khusus untuk menjaga apa yang dimakan atau diminum selepas tampalan. Kalau selepas beranak, ada pantang larangnya.
Selepas tampalan pula, jika anda makan makanan yang panas atau sejuk, ia juga mungkin boleh menyebabkan rasa ngilu. Tiada pantang larang khusus selepas tampalan. Tetapi jika anda berasa ngilu selepas tampalan akibat jenis makanan atau minuman yang diambil, itu biasalah. Kalau tak nak rasa sensitif, jagalah apa yang anda makan. Ada pula orang yang makan kacang atau gigit tulang ayam selepas tampalan. Aduh… Apa jadi?
5) TAMPALAN PECAH
Sedar tak sedar, rupa-rupanya gigiku sakit selepas tampalan kerana telah pecah.
Apa puncanya?
Gigit makanan keras.
Makanlah makanan yang lembut dalam tempoh 24 jam selepas tampalan.
6) TAMPALAN YANG TINGGI
Namun, jika sakit masih berlarutan selepas seminggu dan anda rasa sukar untuk menggigit atau mengunyah makanan, ada kemungkinan tampalan itu tinggi. Berjumpalah dengan Doktor, supaya kami boleh ratakan tampalan yang tinggi.
Jadi, cukuplah dahulu 6 punca biasa yang sering menyebabkan anda berasa tidak selesa selepas tampalan. Paling utama dan terutama, jumpalah Doktor sekurang-kurangnya satu kali setahun, supaya pemeriksaan awal untuk mengesan gigi yang berlubang dapat dilakukan dengan jayanya.
Sumber : Dr. Yuliana Ayob
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa sangka rupanya resdung ini boleh juga dialami oleh anak-anak kita yang masih kecil, sebelum ini tentu ada yang menganggap resdung hanya terjadi pada orang dewasa sahaja. Namun tanggapan ini tidak benar rupanya.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Dr Ezairy M Sallih, Pakar Bedah Telinga, Hidung & Tekak menjelaskan lanjut tentgang resdung dikalangan kanak-kanak.
Jadi kita sebagai ibu ayah kenalah tahu terlebih dahulu tanda-tanda yang menunjukkan anak-anak kita ada mempunyai masalah tersebut atau tidak. Jadi bolehlah rawatan awal diberikan daripada terus menjadi serius.
Jadi nak tahu lanjut, jom baca perkongsian Dr Ezairy ini. Semoga bermanfaat.
Alahan Resdung Pada Kanak-kanak
Ada orang bertanya saya, macam mana nak tahu anak-anak kita ni ada masalah alahan resdung?
Ha, masalah ni wajib diketahui oleh kita sebagai ibu bapa. Sebab kalau tak tahu, makanya susah lah untuk kita merawat penyakit anak kita ni.
❗️ Kerap bersin-bersin pada waktu pagi, kadang tu hidung rasa tersumbat, boleh juga berlaku waktu cuaca sejuk atau malam
❗️ Mengadu gatal pada hidung, mata, muka dan telinga
❗️ Setiap kali ambil makanan seafood, terdedah kepada habuk, atau ambil sesetengah jenis makanan terus gatal-gatal dan datang gejala resdung. Tak semua akan ada alami alahan kepada punca allergen yang sama, setiap pesakit berbeza. Kenalpasti punca alahan anda
❗️Gatal dan tak selesa pada tekak, rasa macam ada lendir di belakang hidung dan tekak.
Semua gejala di atas perlu dikenalpasti. Mungkin tak semua simptom anak anda ada, tetapi jika ada salah satu gejala tersebut, bawalah berjumpa doktor. Mereka sebenarnya boleh dibantu.
Oh ya, rawatan resdung ni bukan sahaja tentang dos dan jenis ubat, tetapi juga meliputi cara panggunaan ubat, teknik, konsistensi, kerjasama pesakit, faktor persekitaran dan banyak lagi.
Umum mengetahui oat bagus untuk dijadikan sebagai makanan kesihatan. Namun, mungkin ada yang tidak tahu bahawa pesakit diabetes perlu elakkan makan oat jenis istant dan quick oat.
Rata-rata daripada kita, hanya membeli sahaja tetapi tidak tahu rupanya oat ini ada pelbagai jenis, dan sebaiknya perlu memilih jenis oat yang betul.
i) Instant oat
Oat yang paling banyak menjalani pemprosesan. Ia dimasak terlebih dahulu, kemudian dikeringkan, digelek, dilenyek dan dipotong kepada kepingan halus bagi tujuan memudahkan untuk dimasak.
Ia direndam bersama air panas dan terus boleh dimakan dan boleh dimakan segera.
ii) Quick oat
Quick oat ini adalah oat yang dipotong kurang halus berbanding instant oat.
Tempoh masaknya juga lebih lama, lebih kurang 2 hingga 3 minit.
iii) Rolled oat
Ia adalah oat yang sudah dilenyek tetapi belum dimasak semasa pemprosesannya.
Ia lebih tebal daripada quick oat.
Ia perlu dimasak lebih lama, lebih kurang 5 hingga 7 minit.
iv) Steel cut oat
Ia adalah oat yang paling kurang diproses kerana dipotong kasar dan tidak dilenyek.
Apabila dikunyah, rasanya kenyal.
Cara masaknya agak lama, sekitar 20 hingga 30 minit sebelum boleh dimakan.
Tampil berkongsi info, Penceramah Kesihatan dan Pemakanan, Dr Zubaidi Ahmad di Facebooknya memaklumkan cara pemprosesan oat hanya melibatkan fizikal sahaja.
“Kandungan karbohidrat (nilai kalori) keempat-empat oat ini hampir sama.
“Namun, yang berbeza adalah nilai indeks glisemik (GI) iaitu kadar penyerapan ke dalam tubuh. Ini kerana semasa diproses kandungan serat akan dibuang,” terangnya.
Penting untuk diketahui, semakin halus oatmeal, semakin tinggi nilai GI dan cepat diserap ke dalam badan lalu ditukar kepada gula.
“Jadi, bagi pesakit kronik terutama diabetes mellitus, elakkan pengambilan instants oat dan quick oats.
“Ini kerana nilai GI bagi instant oat dan quick oats adalah 83 iaitu hampir sama seperti nasi putih,” tambah beliau.
Oleh itu, saran Dr Zubaidi, mereka digalakkan untuk mengambil rolled oat dan steel cut kerana nilai GI adalah sederhana iaitu 58 sama kategori dengan beras perang.
Ambil satu atau dua sudu besar oats untuk setiap hidangan (waktu pagi dan malam) untuk rasa lebih kenyang.
Resipi Bubur Asyura versi Utaqa yang manis, lemak dan mudah disediakan. Ikuti bahan, cara memasak serta tip menghasilkan bubur asyura yang pekat, licin dan sedap.