Umumnya bila menyentuh tentang solat jamak, sering kali juga kita terlupa cara-cara untuk melakukannya. Maklumlah solat jamak dan qasar ini jarang-jarang dilakukan melainkan jika kita sekeluarga bermusafir menempuh perjalanan yang jauh. Contohnya pergi bercuti ke luar negara atau paling tidak pun balik kampung di musim cuti sekolah umpamanya.
Sama ada perasan atau tidak, selalunya di hentian R&R Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), kita akan ternampak tatacara, panduan dan cara solat jamak dan qasar di dinding surau yang sengaja dilekatkan untuk dijadikan panduan. Jadi mudahlah kepada kita pengguna lebuh raya untuk mendirikan solat secara jamak dan qasar dengan membacanya terlebih dahulu.
Manakala untuk lebih jelas, dikongsikan cara-cara melakukan sembahyang Jamak dan Qasar yang dipetik daripada perkongsian di laman web Masjid Wilayah Persekutuan
Cara-cara melakukan sembahyang Jamak dan Qasar
Makna Jamak ialah dihimpunkan
Makna Qasar ialah dipendekkan
Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu:-
“Sahaja aku musafir kerana Allah Tallah”.
Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim.
Jamak Takdim dan diQasarkan (dipendekkan)
Ads
1. Melakukan sembahyang asar dalam waktu zuhur itu di namakan jamak takdim.
Lakukan sembahyang zuhur 2 rakaat selepas itu diikuti pula sembahyang asar 2 rakaat.
Niat untuk sembahyang zuhur ialah “Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Taala”.
Niat untuk sembahyang asar pula ialah “Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Tallah”.
Jamak Takhir dan diQasarkan (dipendekkan)
1. Melakukan sembahyang zuhur dalam waktu asar itu di namakan Jamak Takhir.
Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu:-
“Aku nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu asar”
Lakukan sembahyang asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang zuhur 2 rakaat.
Ads
Niat untuk sembahyang asar ialah “Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Taala”.
Niat untuk sembahyang zuhur ialah “Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Talla”.
Kita boleh juga jamakkan magrib dengan isyak atau sebaliknya tapi waktu magrib tidak boleh diqasarkan ia tetap 3 rakaat caranya ialah:-
Jamak takdim dan diqasarkan (dipendekkan)
1.Melakukan sembahyang isyak dalam waktu magrib itu dinamakan jamak takdim.
Niat untuk sembahyang magrib ialah
“Sahaja aku sembahyang fardu maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takdim kerana Allah Talla”.
Ads
Niat untuk sembahyang isyak ialah
“Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takdim kerana Allah Tallah”.
Jamak takhir dan diqasarkan (dipendekkan)
1. Melakukan sembahyang magrib dalam waktu isyak itu dinamakan jamak takhir.
Tapi jangan lupa niatkan sebelum waktu magrib berakhir
“Aku nak jamakkan sembahyang magrib dalam waktu isyak”
Niat untuk sembahyang isyak ialah
“Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takhir kerana Allah Talla”.
Niat untuk sembahyang magrib ialah
“Sahaja aku sembahyang fardu magrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takhir kerana Allah Tallah”.
Untuk akhirnya, semoga dengan perkongsian kali ini dapat memberi info bermanfaat dan semoga perjalanan kita seisi keluarga mendapat keredhaan Allah. Amin…
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Buat penggemar minuman barli terutamanya ibu-ibu yang sedang mencari rahsia untuk penjagaan cantik mesti berasa gembira dengan perkongsian info ini. Apa tidaknya, andai sebelum ini minum barli sekadar kerana suka akan rasanya, namun kini boleh amalkan minum barli dengan dicampur beberapa bahan-bahan tertentu untuk mendapatkan manfaat dalam penjagaan kecantikan.
Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian daripada Nurul Syazwani ini.
Hai semua. Hari ni akak nak share resepi air barli viral. Masa mula-mula jumpa resepi ni,akak excited sangat sebab tak sangka barli pun boleh mencantikkan kulit dan menguruskan badan kita. Murah kot modal dia. Nak minum hari-hari pun boleh.
Tapi nak cantik bukan setakat rebus barli tu je,kena ada kawan-kawan dia sekali. Takde semua bahan tu,tak wujud la air barli viral ya.
Air barli ni kalau kita minum secara konsisten, badan kita boleh kurus, kulit yang kusam pun boleh jadi berseri semula. Tambahan juga boleh anjalkan kulit secara semulajadi. Tak payah susah-susah nak pergi cucuk botox. Minum je air barli hari-hari. Jimat hehe.
Air Barli (Cantikkan kulit + kuruskan badan)
Bahan-bahan :
1/2 cawan barli
7 gelas air
1 batang kayu manis ceylon
Lemon
Madu (kalau nak manis)
**boleh guna sukatan sendiri ya.
Cara-cara :
1. Rebus barli + kayu manis selama 30-45 minit,sampai barli kembang.
2. Pastu dah boleh tutup api. Sebelum minum nanti perahkan lemon sedikit dan masukkan madu sedikit.
Siapa cakap nak sihat nak gebus kena guna modal besar.
Minum je air barli hari-hari. Korang akan lihat kulit korang glowing mowing
Setiap ibu bapa pastinya mahukan anak-anak mereka bijak pandai. Justeru, sejak kecil lagi pelbagai perkara dititikberatkan termasuklah pemakanan.
Jom dengar perkongsian dari Dr Taufiq Razif tentang makanan yang boleh meningkatkan prestasi otak anak-anak.
Dr Taufik Razif
Kadang-kadang saya tengok mak ayah bagi jajan kat anak bukan sebab nak bagi sangat tapi sebab keliru dan tak tahu nak bagi makan apa kat anak.
Takpe, slow-slow kita belajar bab makanan terbaik untuk anak ye. Makanan ni la nanti yang akan jadi darah daging anak kita sebab tu la pemilihan makanan pun akan bagi efek pada perkembangan otak si comel kita.
Ni antara #5 makanan terbaik yang kita boleh bagi kat anak kita.
#1 – Salmon
Memang salmon ni agak mahal tapi sebenarnya salmon ni antara sumber terhebat Omega 3 Fatty Acid ( DHA ) dan EPA yang membantu perkembangan dan fungsi otak si comel
#2 – Telur
Nampak lekeh tapi sebenarnya telur ni antara sumber protein yang hebat. Kuning telur pula kaya dengan choline yang membantu perkembangan memori si comel
#3 – Oat
Rasa oat ni tak ramai yang suka tapi kalau kita latih anak makan oat daripada kecil, memang sampai besar dia boleh terima. Tak sedap tu cuma persepsi je. Saya pun tengah latih anak saya makan oat. Dia bedal sorang je sepinggan oat sekarang ni!
Oat kaya dengan dengan tenaga untuk otak. Paling bagus kalau buat oat sebagai sarapan si comel kita supaya tenaga pertama yang otak si comel kita dapat nanti adalah daripada oat, bukannya daripada teh tarik yang penuh susu dan gula tu!
#4 – Sayur sayuran yang bervariasi
Penuhkan je peti ais rumah kita dengan sayuran seperti tomato, lobak, bayam dan lain-lain. Biasanya sayuran yang berwarna camni banyak antioksidan yang membuatkan otak si comel kita kuat dan sihat. Antioksidan ni jugak boleh mengurangkan risiko kanser pada anak-anak kita juga. Kenapa nak penuhkan peti ais dengan hotdog, jajan dan nugget yang memang terbukti merbahaya pada otak si anak kan?
#5 – Susu dan Yogurt
Kedua sumber makanan ni kaya dengan protein dan vitamin B. Sangat penting untuk pertumbuhan tisu otak, neurotransmitter dan enzim. Cuma kena hati-hati sikit bab yogurt. Banyak yogurt sekarang tak berapa nak asli dah. Banyak yang tambah gula. Tu yang rasa manis melampau-lampau tu.
Tolong ajar info ni pada keluarga dan pasangan masing-masing ye. Benda ni kalau diamalkan, kesan baiknya boleh dilihat sampai tua pada anak-anak kita. InsyaAllah!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rezeki Allah hadir dengan pelbagai cara. 8 tahun membina rumah tangga bersama, namun rezeki untuk menimang si kecil bernama anak masih belum ada. Begitu pun pasangan suami isteri ini cukup reda dan terus sabar menanti.
Terbaru Achey Bocey, 32 dan isteri, Nor Hasanah Yahya telah mengambil seorang anak angkat perempuan.
Kehadiran bayi perempuan yang diberi nama Nur Tiara Zinnirah Nasir itu sejak 6 Ramadan lalu nyata memberi kegembiraan dan sinar buat pasangan ini.
Ringan tulang bantu isteri
Sifat penyayang dan penuh keibubapaan jelas terpancar di wajah kedua-duanya. Apa lagi bila Achey sendiri sangat rajin dan ringan tulang membantu isterinya.
Nyanyi lagu untuk anak
Terbaru dia memuatnaik video mencuci pakaian si kecil sambil menyanyi. Pelbagai reaksi pengikut dilaman instagramnya. Rata-rata memuji dan tak kurang ada yang sebak mendengar lagu yang dinyanyikan oleh Achey.